PUSAT SAINS DAN KREATIVITI TERENGGANU | TEMPAT MENARIK DI KUALA TERENGGANU | TEMPAT WAJIB SINGGAH

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 11 ก.ย. 2024
  • Assalamualaikum, hari ni kami akan bawa anda ke sebuah tempat yang menarik untuk anda bawa anak-anak menambah ilmu pengetahuan mengenai sains. Lokasi yang kami maksudkan ialah Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT).
    Singgah juga ke blog Addashuk untuk lebih artikel-artikel menarik
    www.addashuk.com
    Lokasi Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu PSKT
    goo.gl/maps/Mf...
    Sekiranya anda berada di Negeri Terengganu sudah pasti anda akan merancang melawat banyak tempat menarik. Keindahan pulau dan pantai pula memang tidak dapat dinafikan lagi. Terdapat juga tempat untuk menambah ilmu pengetahuan yang boleh anda lawati dan anak-anak dapat menambah ilmu berkaitan sains. Tempat yang kami maksudkan itu ialah Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT), dan PSKT ini merupakan salah satu tempat menarik di Terengganu.
    Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT) terletak di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) dan kompleks PSKT ini tersergam indah di Padang Hiliran Kuala Terengganu. PSKT telah dilancarkan pada tahun 2005 oleh Menteri Besar Terengganu. Sudah pasti PSKT ini menjadi tarikan kepada para pengunjung yang datang ke negeri Terengganu.
    Waktu operasi Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu
    Ahad - Rabu 8.30 pagi - 5.00 petang (Kemasukan Terakhir 3.30 petang)
    Khamis 8.30 pagi - 4.00 petang (Kemasukan Terakhir 2.30 petang)
    Jumaat TUTUP
    Bayaran Tiket Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu
    Dewasa RM12
    Pelajar RM10
    Pakej Keluarga 2 Dewasa 2 Pelajar RM40
    Di PSKT ini terdapat empat buah galeri yang menempatkan pelbagai alat-alat berkaitan sains yang sangat interaktif serta berkonsepkan permainan. Sudah semestinya ini dapat menarik minat anak-anak atau pelajar untuk mempelajari banyak ilmu pengetahuan tentang ilmu sains. Sekiranya anda belum pernah datang kesini, anda boleh bawa anak-anak anda ke Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu ini dan alami keseronokan belajar ilmu sains.
    Jangan lepaskan peluang untuk membawa keluarga datang melawat ke PSKT. Pelbagai ilmu sains yang anda dapat disini. Anda pasti akan berpuas hati dan rasa berbaloi dengan harga tiket yang dibayar.
    Jangan lupa SUBSCRIBE ya, Terima kasih kerana menonton..

ความคิดเห็น • 3