Sifu Durian BAB 2 | Penyediaan TAPAK Tananam - Busut atau Batas?

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 6 ก.ย. 2024
  • Video ini menerangkan kaedah yang terbaik bagi menyediakan tapak tanaman durian - menggunakan sistem busut atau batas - untuk menanam durian.
    Paling penting, jika kebun durian anda dikelilingi pokok sawit, perparitan sekeliling kebun durian perlu di buat. Rujuk BAB 6 dan BAB 19 dan BAB 39.
    Perparitan bukan sahaja untuk memutuskan akar dari pokok palma, tetapi juga semua jenis pokok yang menjadi jiran kebun kita. Ia mesti diputuskan.
    Saiz busut yang terbaik dengan ketinggian 1 meter dan diameter 4 meter, lagi besar busut adalah lagi baik kerana durian akan lebih cepat membesar kerana tanahnya lembut untuk akar menjalar lebih cepat.
    Sifu Durian BAB 1 | Pengenalan Kepada Cikgu Man al-Makki
    • Sifu Durian BAB 1 | S...
    Sifu Durian BAB 3 | Cara Betul Menanam Durian
    • Sifu Durian BAB 3 | Ca...
    Sifu Durian BAB 4 | Berapakah Kos Menanam Durian?
    • Sifu Durian BAB 4 | Be...
    Sifu Durian BAB 5 | Teknik Memangkas @Pruning Pokok Durian
    • Sifu Durian BAB 5 | Te...
    Sifu Durian BAB 6 | Kebun Durian Cikgu Man @Sifu Durian
    • Sifu Durian BAB 6 | KE...

ความคิดเห็น • 26

  • @bambarayon777
    @bambarayon777 ปีที่แล้ว

    Terima kasih perkongsiannya sahabat

  • @republikbibit
    @republikbibit 3 ปีที่แล้ว

    Waalaikumsalam wr.wb salam Durian Dari Indonesia Cikgu🙏🏻🙏🏻🙏🏻

  • @otschannel9859
    @otschannel9859 4 ปีที่แล้ว

    info yg bgus ni...tq tuan

  • @mohdnazrishahruddin4441
    @mohdnazrishahruddin4441 3 ปีที่แล้ว

    Cikgu, apa pendapat cikgu sistem penanaman "Double Planting" seperti yg dibuat di Thailand?

    • @rumahkusyurgaku9776
      @rumahkusyurgaku9776  3 ปีที่แล้ว

      NO KOMEN, apa masalah dan hasilnya nt. Sifu ada tanam 2 tapak @4 pokok, baru berumur 4 tahun, musang king, buat masa sekarang elok naiknya, tak tau berbuah mcmana nt, tunggu 2-3 tahun lagi tu

    • @mohdnazrishahruddin4441
      @mohdnazrishahruddin4441 3 ปีที่แล้ว

      @@rumahkusyurgaku9776 terima kasih Sifu. Panjang umur kita tengok nanti Insya Allah.

  • @jasmanjabar
    @jasmanjabar 2 ปีที่แล้ว

    Assalamualaikom. Kawasan bukit bertanah merah sesuaikah untuk menanam durian. Saya ada tanah seluai 2 ekar sedang dibersihkan dan bercadang menanam varaiti durian. Bantuan dan tunjuk ajar tuan amat diperlukan dan dihargai.

    • @rumahkusyurgaku9776
      @rumahkusyurgaku9776  2 ปีที่แล้ว

      sesuai tuan kalau tuan ada masa, pada 13 Disember 2021 (isnin) ada ceramah dan lawatan percuma dengan Sifu di Kg Gajah, Perak dgn Sifu kita, jika nak hadiri sembang durian dengan penanam seluruh Malaysia ini , sehari shaja, free, col saya 019.353.4563

  • @jelanipaniran808
    @jelanipaniran808 2 ปีที่แล้ว

    Cikgu, saya beli kebun yg ada anak pokok durian. Tapi jarak antara pokok pokok cuma 10 hingga 15 kaki sahaja. Apa kah pokok2 ni bokeh berbuah dan tidak ditimpa masalah?

  • @amadje3693
    @amadje3693 4 ปีที่แล้ว

    Cikgu man boleh ke tanam durian sekali dgn kelapa

  • @ralphsham
    @ralphsham 3 ปีที่แล้ว

    Cikgu man nak tanya kalau dah tanam blh ke kita tambah tanah...atau korek balik untuk buat batas

  • @ameerizzat9945
    @ameerizzat9945 3 ปีที่แล้ว

    Ckgu man pnya pokok durian, jarak antara pokok dgn pokok brp

    • @rumahkusyurgaku9776
      @rumahkusyurgaku9776  3 ปีที่แล้ว +1

      berbagai tuan, yang kebun pagar kayangan (BAB 6) jarak 35 kaki antara batas dan 30 kaki antara pokok. Ada juga kebun lain yang jarak jauh. Tapi jangan kurang 25 kaki tuan.

  • @hazizihazeman2447
    @hazizihazeman2447 3 ปีที่แล้ว

    Salam .jika tanah paya Dan ditambak...boleh x Saya tanam durian gunakan sistem busut

    • @rumahkusyurgaku9776
      @rumahkusyurgaku9776  3 ปีที่แล้ว +1

      Boleh. Pastikan busut atau batas tidak ditenggelami oleh air semasa musim hujan, batas/busut hendaklah dibuat tinggi sehinggi 5 kaki pun bole dengan diameter 12-15 kaki, lagi lebar batas lg baik. Ada seorang peladang di Perak yg batasnya 5 kaki tinggi (video akan di upload selepas pkp nt). Rujuk BAB 39, Mungkin bole beri idea pada tuan. Wallahualam.

  • @pdzak
    @pdzak 2 ปีที่แล้ว

    Salam Cikgu... boleh ke tanah untuk membuat batas atau busut menggunakan tanah yang dikorek semasa membuat parit? Penambahan tanah jenis topsoil atas busut/ batas berapa tinggi jika perlu?

    • @rumahkusyurgaku9776
      @rumahkusyurgaku9776  2 ปีที่แล้ว

      itulah yang terbaik, kita guna tanajh yang kita korek untuk parit atau boleh juga di import dari luar jika tidak mencukupi

  • @hondacivic2632
    @hondacivic2632 3 ปีที่แล้ว

    Cikgu berapa ketinggian busut dan lebar yg cikgu syorkan dan boleh kah kita tanam pisang sementara tunggu durian dpt hasil.ada org cakap x sesuai kerana akar pokok pisang mkn baja durian.
    Btul ka...

    • @rumahkusyurgaku9776
      @rumahkusyurgaku9776  3 ปีที่แล้ว +3

      biasa ketinggian minimum busut 2 kaki, kerana bila ia semakin lama nanti terutama selepas bertahun-tahun ia akan semakin rendah dan kebanyakan akan maintain sekaki adalah busut yang cantik. Luas busut terpulang persekitaran tanah tuan. Yang dilakukan oleh cikgu Man dan beberapa peladang durian di kawasan Parit Perak sekitar 12 kaki diameter. Boleh juga lebih kecil, contohnya 8 - 10 kaki, tetapi lagi besar lagi cantik kerana bila pokok semakin besar dan berumur 8 tahun ke atas akan terlihat cantiknya keadaan pokok nanti.
      Untuk tanam pisang KAMI TIADA PENGALAMAN. Kalau tuan nak cuba untuk 3 tahun pertama boleh sahaja, cuma pisang dan pokok nangka/cempedak berdaun banyak/lebar dan banyak ulat pada daunnya yang MUNGKIN boleh sedikit sebanyak menjejaskan perkembangan anak durian. TETAPI dengan kawalan racun yang baik, rasanya tidak akan terjejas. Wallahualam.

    • @hondacivic2632
      @hondacivic2632 3 ปีที่แล้ว

      @@rumahkusyurgaku9776 sistem busut ni kita x perlu korek lubang atau kena korek lubang sikit pada tapak cikgu,, atau pun x perlu cuma ambil tanah letak atas tapak je..

    • @rumahkusyurgaku9776
      @rumahkusyurgaku9776  3 ปีที่แล้ว +2

      tak perlu korek lubang.. kalau buat parit, gunakan tanah itu, atau nk beli tanah pun boleh