Rawatan di Media Sosial - Ustaz Syawal Al-Kdasi

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 21 ต.ค. 2024
  • RAWATAN DI MEDIA SOSIAL?
    Secara asasnya, kaedah rawatan adalah secara berhadapan. ini ditunjukkan sendiri oleh Rasulullah SAW dan juga kaedah rawatan modern yang ada pada hari ini dimana pesakit berjumpa dengan perawat ataupun doktor.
    Ini berlandaskan kepada hadtih Nabi SAW :
    Daripada Aisyah R.anha berkata, Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW selalu membaca doa perlindungan untuk ahli keluarganya, baginda mengusap dengan
    tangan kanan kepada anggota mereka yang sakit, lalu baginda membacakan doa :
    اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَاسَ، اشْفِهِ وَأَنْتَ الشَّافِي، لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ، شفَاءً لا يُغَادِرُ سَقَمًا
    Maksudnya: "Ya Allah, tuhan segala manusia, hilangkanlah penyakit ini dan berilah
    kesembuhan, sesungguhnya Engkau adalah Yang Maha Penyembuh, tidak ada
    kesembuhan kecuali dengan kesembuhan dari-Mu, (berilah) kesembuhan yang tidak
    meninggalkan penyakit (lain)."
    (Riwayat al-Bukhari)
    Begitu juga didalam hadith Nabi SAW :
    كُنَّا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَسْقِي وَنُدَاوِيَ الجَرْحٰى،
    وَنُرُدُّ القَتْلٰى
    Kami bersama menyertai Nabi SAW dalam peperangan bagi menyediakan minuman serta merawat sahabat Nabi SAW yang
    cedera. Dan kami membawa sahabat Nabi yang mati syahid (ke Madinah).
    (Riwayat Imam Al-Bukhari)
    Kedua - dua hadith ini menunjukkan kepada kita bahawa pesakit berjumpa dengan perawat atau doktor ataupun sebaliknya sekiranya pesakit tidak mampu untuk hadir kepusat rawatan atau ke hospital.
    Apabila sesi ataupun proses ini berlaku, maka pesakit atau keluarga pesakit boleh menceritakan keadaan pesakit kepada perawat bagi mengenalpasti simptom dan tanda-tanda yang ada pada pesakit untuk mempermudahkan proses rawatan.
    Begitu juga proses rawatan dan sesi konsultasi dilakukan secara tertutup, privasi dan terpelihara yang melibatkan ahli keluarga sahaja. Disamping itu perawat dan doktor boleh melakukan rawatan direct (secara terus kepada pesakit) iaitu berhadapan. Sekiranya ada yang terjadi ketika sesi rawatan perawat boleh bertindak dan mengendalikan pesakit dan rawatan dengan sempurna.

ความคิดเห็น •