Masalah Keputihan. Jemaah Wanita, hukum dan cara atau usaha menangani.

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 15 ต.ค. 2024
  • Assalamualaikum.
    Disertakan di sini, beberapa link untuk bacaan sebagai tambahan pemahaman.
    Harap membantu jemaah wanita sekalian.
    Saya doakan yang mengalami masalah ini, akan disembuhkan penyakit ini. Berusaha, insyaaAllah, dimudahkan urusan anda dan diringankan ujian anda.
    muftiwp.gov.my...
    muftinegeri.sa...
    utusantv.com/2...
    Sekian, wassalam.
    #keputihan #umrah

ความคิดเห็น • 53

  • @jojotree6878
    @jojotree6878 ปีที่แล้ว +1

    Terima kasih byk atas ilmu. Saya dulu tktahu, asyik ulang2 solat sbb keputihan selalu keluar time solat walaupun dah bersihkan sebelum wudhu. Skrg dah jumpa ilmu. Terima kasih atas perkongsian. ❤

    • @jojotree6878
      @jojotree6878 ปีที่แล้ว +2

      Saya da mkn mcm mcm ubat klinik tp dia takkan hilang terus. Dia akn dtg balik. Dan ubat tu doctor ckp tk blh kerap mkn sbb akn ganggu liver dlm jangka masa lama. Saya da cuba mkn yogurt prebiotic. Tp sy kne masuk clinic sbb trigger gastric, sy da cuba dgn jus delima. Keputihan berkurang tp sy stop sementara sbb skrg tgh bln puasa. Jus delima blh trigger gastric saya. InshaAllah nnt saya ikhtiar yg air rebusan kunyit. Sbb rasanya haritu baca google air rebusan kunyit antara blh matikan bacteria keputihan ni. Dulu give up juga, stress. Tp skrg ni selagi masih hidup, kita ikhtiar je selagi boleh. Tanak stress dan tanak stress dan tanak stress sbb benda ni.

    • @lenkamal
      @lenkamal  ปีที่แล้ว +4

      Saya doakan dimudahkan usaha nak sembuh. Dalam Islam tak ada yg mustahil, berusaha dan berdoa. Setiap usaha kita nak berubat pun pahala, kerana niat kita nak mudah beribadah, nak dekat dengan Allah, nak terus² beriktikaf jika di masjid. Allah sayang sebab tu kita diuji. Saya baca ni pun dari ayat², banyak usaha dah dibuat. Saya harap dimudahkan segala urusan dan termakbul doa untuk kesembuhan. Amin

    • @jojotree6878
      @jojotree6878 ปีที่แล้ว +3

      @@lenkamal Terima kasih puan atas doa nya. Sebak rasa bila ada yg doakan kita. 🥺
      Mudah mudahan Allah perkenankan doa Puan. Amin. ❤️

    • @JayJay-vs7yp
      @JayJay-vs7yp ปีที่แล้ว +1

      Waalaikumussalam Puan Len Kamal. Alhamdulillah, jazzakallahu khairan. Saya rasa kalau kaum lelaki/para suami patut juga melihat video ini supaya mereka faham dan boleh membantu isteri menangani masaalah ini terutama ketika di tanah suci.
      Bagi mengalaman saya masa muda2 dulu ada juga pernah dijangkiti yis keputihan ini, in shaa Allah boleh dirawat. Sebaiknya wanita berjumpa dengan Pakar Sakit Puan dan biasanya pesakit akan diberi ubat biji untuk dimasukkan ke dalam faraj menggunakan suatu tiub untuk memasukkan pil tersebut ke dalam faraj. Selepas bbrpa jam, semua yis keputihan pada dinding faraj akan mengalir keluar. Dr juga pasti akan bagi Ubat anti-biotik yang kuat supaya jangkitan akan segera sembuh. Jika tidak dirawat jangkitan kuman akan merebak hingga ke saluran felopian dan rahim. Ini hanya sebagai perkongsian pengalaman saya dahulu dan rawatan, in shaa Allah. Semoga info saya bermaat. Semoga Allah SWT kurniakan kesihatan terbaik untuk kita semua. Aamiin YRA

    • @lenkamal
      @lenkamal  ปีที่แล้ว +1

      Alhamdulillah. Sy setuju dengan pendapat Puan, betul juga, para suami perlu juga faham keadaan dan permasalahan yg dihadapi oleh isteri kan. Terima kasih kerana berkongsi pengalaman ini. Harap yg mempunyai masalah keputihan dapat berjumpa doktor segera dan tidak melarat hingga ke jangkitan dalam lain. InsyaaAllah.

  • @NORZIENANIBINTIABDULSAMADKPKM
    @NORZIENANIBINTIABDULSAMADKPKM ปีที่แล้ว +1

    Terima Kasih atas ilmu yg diberi..Sekiranya belum terlewat bertanya soalan saya ingin bertanya dan mohon pengesahan apa yang sy berfikir2 ini..Ketika umrah yang lepas, semasa melakukan tawaf (tidak ingat samada mengerjakan tawaf umrah sunat / tawaf sunat) & xingat pada pusingan ke berapa sy terasa macam berpeluh/ terasa lembap di f****j..tapi tidak rasa macam ia keluar dari saluran citu sprti keputihan..masa tu waktu sekitar 4 petang n cuaca panas..namun masa itu saya yakin ia bukan keputihan sebab xterasa keluar dari saluran f****j seperti selalu dan meneruskan towaf & solat sunat towaf, saie, bertahalul..seterusnya balik hotel baru saya cek panti liner n tidak nampak ada keputihan & bl perhati betul2 barulah perasan ada sdkt samar2 tp xpasti itu keputihan atau kesan lembapan f***j..sy sememangnya ada masalah keputihan(tidak banyak tp tiap2 hari akan keluar & kdg2 tu 2 3x dlm 1hr & jgk semasa solat) & rasa mcm mengganggu solat sy..namun semasa di mekah/madinah sy rasa ia jarang keluar n kalau keluar hanya sedikit sgt2..& kadang2 terasa macam ada benda keluar /rasa lembap tp bila cek pada panti liner/ seluar xda apa2..n sebab itu jgk lah sy yakin apa yg rasa lembap td tu bukan keputihan tanpa hentikan towaf / ke toilet untuk cek..sy juga selalu berdoa semasa towaf agar keputihan sy xkeluar sepanjang towaf..Jadi mohon pencerahan dari puan apakah sah tawaf sy tersebut..kerana saya khuatir juga setelah balik dari umrah sy duk mendengar isu keputihan ini kerana takut ia membatalkan wuduk n towaf serta umrah saya tersebut..Terima kasih..

    • @lenkamal
      @lenkamal  ปีที่แล้ว

      Puan yang dirahmati Allah dengan kesedaran dan ilmu yang baik.. Alhamdulillah Puan ada terasa untuk bertanya penjelasan, saya akan jawab dari pemahaman dan juga soal jawab pengalaman saya sebelum ini. Pertama, hukum bagi keputihan ini adalah najis, kedua keputihan ini juga dianggap sebagai "penyakit". Jadi apabila situasi ini berlaku memang akan terdapat banyak pendapat, kerana najis tidak boleh dibawa ke ibadah yang memerlukan wudhu seperti solat dan tawaf. Tetapi adakah orang yang berpenyakit ini tidak boleh atau tidak perlu solat, tawaf dan membaca al-Quran?
      Tidak, berwudhulah dan lalu kan segala ibadah dengan yakin. Penyakit ini juga adalah ujian dari Allah swt. Hilangkan rasa was-was. Jadi dari perjalanan cerita Puan, tiada masalah, insyaaAllah ibadah ini tidak melanggar atau batal.
      Walaubagaimanapun, ini berbeza dengan keputihan dan solat wajib, tetap terbatal wudhunya, diantara solat wajib satu dengan yang lain.

  • @siahraudah9901
    @siahraudah9901 ปีที่แล้ว +1

    Assalammualikum,nk taye mcm mutawwif sy kata adlh lebih baik klu nk solat depan kaabah,dlm masjid 1 jam sebelum azan.klu sy 1 jam 30 camtu basuh,ambik wuduk dan ambik tmpt dlm masjid bagaimana pula ? Soalan kedua,klu lepas solat fardu saya nk buat umrah wich is tawaf kene basuh dan ambik wuduk ye ?

    • @lenkamal
      @lenkamal  ปีที่แล้ว +2

      Waalaikumsalam. Boleh, sejam sejam setengah, jangan kemana mana. Dari hotel terus ke depan Kaabah. Solatlah, zikir, dan baca quran atau berdoa saja. Hingga masuk waktu. Ini boleh.
      Yang tidak boleh, ada keputihan, dah cuci dan wudhu, nak datang awal. Dari hotel, singgah shopping atau makan, berbual di dataran, atau dengan kata lain berlengah-lengah. Yang ada keputihan, wudhu valid untuk satu waktu solat wajib berserta solat sunat antaranya sebelum dan selepas solat wajib tersebut.
      Jika dah selesai solat fardhu, masih dalam wudhu, boleh buat tawaf sunat. Amalan bersambung tak masalah. Yang menjadikan perlu ambil wudhu semula jika masuk solat fardhu seterusnya, atau beraktiviti lain seperti pergi makan, berbual sana sini… perkara ini agak payah untuk dijelaskan, cuma saya cuba sampaikan maksud sebenar iaitu wudhu wanita dengan keputihan perlu dijaga, beramal sepanjang ada wudhu tidak salah, jangan ada rasa was2. Terbatal saja perlu berwudhu semula dengan membersihkan semula. Sepanjang ada wudhu jangan buat perkara lain atau melalaikan termasuk bermain hp. Sepanjang beriktikaf itu, jangan lupa juga meminta kesembuhan daripada keputihan ini supaya memudahkan kita beramal dengan lebih baik. InsyaaAllah

  • @mira_lina1234
    @mira_lina1234 ปีที่แล้ว +3

    Puan, jika kita melakukan tawaf rukun haji, perlukan kita menukar pantyliner setiap satu pusingan tawaf atau kita habiskan 7 pusingan tawaf? Minta pencerahan dari puan ye.. terima kasih

    • @lenkamal
      @lenkamal  ปีที่แล้ว +2

      Jika Hajah ada masalah keputihan ini, tidak perlu menukar setiap pusingan. Lengkapkan saja. Keputihan jatuh hukum penyakit. Yakin jangan was². Islam itu tidak menyusahkan dan ada penyelesaian pada setiap masalah.

    • @mira_lina1234
      @mira_lina1234 ปีที่แล้ว

      Penerangan yang jelas..terima kasih puan diatas maklum balas nya... jazakallah Khairan Kathira..

  • @nazzazahari6185
    @nazzazahari6185 ปีที่แล้ว +2

    Waalaikumsalam.. terima kasih perkongsian nya kak len..ilmu yg sgt bermanfaat.. inshaAllah sy akan bertolak ke mekah esok..

    • @lenkamal
      @lenkamal  ปีที่แล้ว +2

      Alhamdulillah, semoga diberi kekuatan, kesihatan yg baik dalam menjalani ibadah. Dan dimudahkan segala urusan dari rumah hingga ke rumah kembali. Juga diterima segala amalan yang besar atau yang kecil. Doakan kami dapat kembali ke sana juga. Aamiin.

    • @nazzazahari6185
      @nazzazahari6185 ปีที่แล้ว

      @@lenkamal Aamin ya Mujib.. Terima kasih kak len 🥰

  • @cikain4014
    @cikain4014 11 หลายเดือนก่อน +1

    Tawaf Umrah bole ke wuduk yg sama selepas solat fardhu?

    • @lenkamal
      @lenkamal  11 หลายเดือนก่อน

      Wsalam, boleh. Tapi jangan berlengah seperti berbual, pergi makan, atau bersosial media. Lakukan kadar segera dengan bersambung.

  • @321originalme2
    @321originalme2 ปีที่แล้ว

    Mcm mna pulak kalau nak qada' solat fardu? Adakh boleh kta guna wudhuk solat fardu itu?

  • @nuraslina6179
    @nuraslina6179 ปีที่แล้ว

    Terima Kasih atas ilmu yg diberi. Nak Tanya ..Ketika umrah, semasa menuju ketempat tawaf rasa macam keluar angin atau cecair (tak pasti) nak teruskan atau macamana.

    • @lenkamal
      @lenkamal  ปีที่แล้ว

      sama-sama. Pertama sekali maaf kerana lewat reply, saya berharap reply saya tetap bermanfaat walau terlewat. Semasa Hajar menuju tempat tawaf, seperti ada keluar angin atau cecair, tetapi sebenarnya Hajah cuma terasa was-was, dalam hati - ada atau tidak ni. Perkara ini biasa terjadi bagi orang yang telah berusia atau yang telah melahirkan anak. Dalam situasi was-was, angin dari bawah (kentut) boleh diabaikan jika tiada bunyi dan tiada bau. Manakala jika kita memang berpenyakit keputihan atau cecair sering keluar, juga boleh diabaikan hingga selesai tawaf tersebut. Islam itu ringan jika situasi berpenyakit. Banyakkan berdoa dimudahkan urusan ibadah kita, banyakkan beristighfar supaya diampunkan dosa kita, baca Surah AnNas supaya dijauhkan syaitan dan iblis yang sering mengganggu dan mendatangkan perasaan was-was dalam diri umat manusia. InsyaaAllah.

    • @nuraslina6179
      @nuraslina6179 ปีที่แล้ว +1

      Kalau angin yg keluar Tu dari bahagian faraj , macamana..batal tak...terima Kasih menjawab

    • @lenkamal
      @lenkamal  ปีที่แล้ว

      Untuk kentut vagina, ada dua perkara yang kita perlu jelas. Pertama, jika angin keluar dari lubang, iaitu angin dari dalam badan, ia membatalkan wudhu. Kedua, jika angin tersebut bukan keluar dari lubang, hanya angin yang terperangkap di bibir vagina, itu tidak membatalkan wudhu. InsyaaAllah, nanti sy buat video berkenaan kentut vagina juga ye

  • @sitisarah972
    @sitisarah972 ปีที่แล้ว

    Boleh kah yg ada keputihan ni jamak solat ketika musafir . Yg kedua bolehkan gunakan wuduk yg sama selepas solat fardu untuk silat qada?

    • @lenkamal
      @lenkamal  ปีที่แล้ว +1

      Dua soalan ini, boleh.
      Boleh jamak jika bersebab tidak dapat melakukan solat secara tunai.
      Boleh gunakan wudhu yg sama untuk solat qada'.
      Sebab hamba yang ingin dekat dengan pencipta, jangan kita abaikan solat walau apa alasan pun. Dalam Islam pasti ada penyelesaian. Kerana itu perlu faham kenapa dan kenapa. Keputihan adalah sejenis penyakit. Jika kita dah berusaha mengubati, banyakkan berdoa supaya sembuh. Tetapi solat tetap dilakukan sebaiknya. Jadi, jangan terlalu was².. ingat was² itu kawan syaitan. Setelah kita ada ilmu dan faham, hilangkan rasa was² itu. Selamat beramal

  • @zuhaidarusni7552
    @zuhaidarusni7552 ปีที่แล้ว +2

    Puan nak tanya, kalau solat terawih dalam masjidil haram. Perlu ke kita pergi check keputihan untuk terawih rakaat seterusnya? Atau kalau yakin keputihan keluar baru perlu check. Sebab kdg2 tak perasan kluar keputihan, hbis solat baru nampk ade pada underware.😅

    • @lenkamal
      @lenkamal  ปีที่แล้ว +2

      Tak perlu. Keputihan ni jatuh hukum penyakit. Jangan tengok walau perasan atau tidak perasan.
      Situasi 1 : tidak batal sepanjang Isyak, tarawikh, witir dalam satu wudhu.
      Situasi 2 : Jika isyak selesai, tarawikh 2 rakaat kemudian terbatal kerana keluar angin, perlu wudhu semula, perlu ke tandas, perlu tukar bersihkan kemaluan, tukar pantiliner dan berwudhu dengan sempurna. TIDAK BOLEH PAKAI SPRAY. Kemudian sambung tarawikh semula hingga habis.
      Saya harap hajah faham penerangan bertulis ini

    • @zuhaidarusni7552
      @zuhaidarusni7552 ปีที่แล้ว +1

      @@lenkamal Alhamdulillah faham. Terime kasih banyak2 sudi jwb soalan saya. Berhari2 cari jawapan.

    • @wananajihah1036
      @wananajihah1036 11 หลายเดือนก่อน +1

      Puan nak tanya, kalau kita solat fardu dalam masjidil haram and then sambung untuk qada solat fardu.
      Perlu ke kita pergi check keputihan untuk qada solat seterusnya? Atau kalau yakin keputihan keluar baru perlu check. Sebab kadang² tak perasan keluar keputihan, habis solat baru nampk ada pada pantiliner.

    • @lenkamal
      @lenkamal  11 หลายเดือนก่อน +1

      Tidak perlu Puan, TETAPI antara solat fardhu, solat qada, solat sunat dan apapun ibadah yg puan nak lakukan itu termasuk membaca Quran, jangan buat perkara yang melalaikan seperti bersosial media, berbual bual dengan rakan sebelah, makan aiskrim, bergossip dan sebagainya yg membuang masa. Kerana jika kita ada masa untuk dibuang, bermakna kita ada masa terluang, dan masa itu sebaiknya dilakukan untuk keluar masjid, check keputihan dan ambil wudhu semula. Puan boleh gambarkan tak konsep amalan berterusan dalam satu wudhu kerana keputihan ini. Jika puan faham konsep ini, puan akan faham maksud saya.

  • @rozitarozita5110
    @rozitarozita5110 ปีที่แล้ว +1

    Assalam...mcm klau kita nak tunaikan solat sunat,...kena ambk wuduk jgk ke

    • @lenkamal
      @lenkamal  ปีที่แล้ว

      Waalaikumsalam. Solat sunat berturutan selepas solat fardhu tersebut, TIDAK PERLU. contohnya, solat zohor, selepas tu ada solat jenazah, BOLEH solat. Dan Hajah nak sambung solat sunat selepas zohor, BOLEH. Tak perlu ambil wudhu.

  • @weenrasmin12
    @weenrasmin12 ปีที่แล้ว +1

    Assalamualaikum Puan utk ubat tahan haid, bila masa perlu ambik?

    • @lenkamal
      @lenkamal  ปีที่แล้ว +1

      Waalaikumsalam.. ubat tahan period bergantung pada jenis yg kita ambil. Lain klinik lain jenis. Ada yg ambil selepas period yg terakhir. Jadi sebulan awal. Ada yang ambil seminggu sebelum period. Yg terperiod waktu di Mekah, boleh juga beli terus di sana, itu insyaaAllah 3 hari kering. Dapatkan nasihat klinik atau famasi.

    • @weenrasmin12
      @weenrasmin12 ปีที่แล้ว +1

      @@lenkamal ok terima kasih puan 😊

  • @y2yern
    @y2yern ปีที่แล้ว +1

    assalamualaikum kak len..kalau lepas solat fardhu, kita kena bersihkan semula la ye sebelum pergi tawaf. samada keputihan keluar atau tak, mesti bersihkan dan berwuduk semula la kan. baru boleh pergi tawaf pula..betul ke macam ni..

    • @lenkamal
      @lenkamal  ปีที่แล้ว

      Waalaikumsalam. Jika solat fardhu di mataf, contohnya dah selesai solat zohor.
      Lepas tu kita nak buat solat sunat, BOLEH.
      Lepas tu nak tawaf sunat, BOLEH.
      Kena wudhu semula jika nak solat ASAR atau terbatal wudhu kerana terkentut atau tersentuh dengan shawat. Dan wudhu ini perlu bersihkan semua semula. Tukar pantyliner dan wudhu. Harap saya menjawab soalan. Nak fahamkan agak susah dalam talian macam ni. Semoga faham

    • @y2yern
      @y2yern ปีที่แล้ว +1

      kalau semasa/selepas solat kita berasa keputihan tu keluar, macam mana ya

    • @lenkamal
      @lenkamal  ปีที่แล้ว

      Tak apa, teruskan solat hingga habis, jangan berhenti. Kerana keputihan itu dah jatuh hukum sebagai sejenis "penyakit". Keputihan ini disamakan hukumnya dengan penyakit istihadah (haid tidak berhenti) juga penyakit kencing tidak lawas.
      Baca link di bawah di bahagian hukum. Ini adalah sama.
      mufti.terengganu.gov.my/index.php/bayan-almunir/persoalan/464-haid-tidak-putus-21-hari

    • @y2yern
      @y2yern ปีที่แล้ว +1

      kalau keputihan tu keluar masa tengah tawaf pun kira boleh teruskan la ye.

    • @lenkamal
      @lenkamal  ปีที่แล้ว

      Iya. Bila kita anggap dia sebagai penyakit, kita tak boleh elakkan. Beribadah kepada Allah tetap perlu sebagai umat Islam dan hamba yang mencari keredhaan Allah. Tetapi perlu kita faham hukumnya. Boleh tawaf teruskan.

  • @Aisyah-j1b8o
    @Aisyah-j1b8o 10 หลายเดือนก่อน

    Assalamualaikum akak, ty for the information.
    Sy nak tanya.. kalau sy solat lepastu terkentut dan membatalkan solat. Perlukah sy menyucikan diri sekali lagi atau boleh ambil wudhu sahaja? 😢
    Dan andaikan keputihan keluar pada panties.. perlukan sy membasuh seluar sy juga?😢
    Sy punya keluar bnyk sangat dan sentiasa keluar. Rasa sangat terbeban untuk membasahkan seluar 😢😢

    • @nsgg3214
      @nsgg3214 3 หลายเดือนก่อน

      Pantiliner skrg byk dh murah2, beli pantiliner ja dan tukar so xperlu la kot smpai nk buang2 sluar dlm😅 klau cmtu mmg terbeban lah.
      Mcm akk lin bgtau dan smua org tahu bahawa keputihan tu najis nak tak nak kena sucikn diri dari keputihan, nk cuci mcm2 cara, sbbtu sy kata beli pantiliner xyahla nk kedekut, andai kata terlupa bwak msa keluar lapikkan dgn tisu, next wktu solat/terkentut cek skali klau ada keputihan cuci dan tukarlah pantiliner/tisu baru.

  • @ibufayriq459
    @ibufayriq459 ปีที่แล้ว +1

    Assalamualaikum, bagaimana kalau batal karena buang angin. Apakah celana dalam perlu diganti atau bisa wudhu spray? Terima kasih, salam dari indonesia 😊

    • @lenkamal
      @lenkamal  ปีที่แล้ว

      Waalaikumsalam. Saya jawab dari dua situasi.
      1. Terbatal kerana buang angin atau terkentut tanpa masalah keputihan - boleh ambil wudhu gunakan spray tanpa menukar seluar dalam (pad/pantyliner)
      2. Terbatal kerana buang angin atau terkentut bagi orang yang mempunyai masalah keputihan. Mesti membersihkan, kemudian menukar seluar dalam / pad / pantiliner. Kemudian baru mengambil wudhu.
      Harap terjawab soalannya. Terima kasih ya bu kerana menonton

    • @sitihalijah2210
      @sitihalijah2210 ปีที่แล้ว +1

      Assalamualaikum..Sy nk tnya kalau yg keluar itu bukan lendir atau ketulan putih cuma basah saja dan seluar berbau bila dicuim sebelum membersihkan.adakah itu dikira keputihan jg..dan LG satu Jika Ada masalah kentut yg susah sbb ade penyakit buasir dan Jika DIA kentut RSA ade keluar sesuatu dihadapan kemaluan ade kah itu jg keputihan?akhir sekali adakah keputihan bole tembus dr seluar dlm ke kain atau seluar yg dipakai dan perlukan bersihkan kerusi yg diduduk atau tmpt yg diduduk?kerana kuatir telah menajiskn tmpt..

  • @khadeejahrose2320
    @khadeejahrose2320 ปีที่แล้ว +2

    Berapa jauh ye ke toilet dari masjid..saya br pertama Kali nak pergi inshaallah bln 4 nti

    • @lenkamal
      @lenkamal  ปีที่แล้ว

      Tandas tak jauh. Jika di dataran Kaabah, kena keluar ke dataran masjid dan cari laluan ada tulis WC (water closet) gambar pink untuk perempuan. Dalam masjid tiada tandas, di dataran Kaabah bawah eskolator hanya ada tempat berwudhu tanpa tandas. Jadi memang kena keluar dari masjid.
      Untuk pemakaian spray ialah hanya DI DALAM MASJID, KAWASAN WANITA.
      selainnya jika berada di MATAF (DATARAN 🕋) dan DATARAN MASJID, sila rujuk video di bawah :
      th-cam.com/video/oYZVXciP3Tc/w-d-xo.html

    • @az5628
      @az5628 ปีที่แล้ว

      Jauh jugak.. dkt dgn hotel zamzam dah.. klu dah kluar, mmg payah nk masuk semula bila dh hampir waktu solat sbb polis akan tutup jalan..

  • @nursyariha9936
    @nursyariha9936 ปีที่แล้ว +1

    Ustazah, kalau solat tarawih 8 rakaat lepas solat Isyak tu boleh guna wuduk yg sama ke?

    • @lenkamal
      @lenkamal  ปีที่แล้ว +1

      Maaf, pertama kali, saya bukan Ustazah. Tetapi saya menjawab kan soalan ye.. BOLEH.
      Boleh solat Isyak, dan tarawikh dan witir, dalam sekali wudhu. Tetapi jika terbatal wudhu diantara waktu tersebut, contohnya semasa tarawikh, nak sambung tarawikh semula, MESTILAH membersihkan pad dan seluar dalam juga, kemudian baru berwudhu. Bukan berwudhu sahaja. Harap saya menjawab soalan. InsyaaAllah, wallahuaklam.

  • @rosismail2325
    @rosismail2325 ปีที่แล้ว +1

    senaman kagel