Majlis Graduasi dan Penyampaian Sijil Pelajar Intern (USIM)

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 25 มิ.ย. 2024
  • Bismillah
    Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga dan sahabat Baginda.
    Alhamdulillah. Hari ini merupakan hari terakhir para pelajar intern dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menjalani praktikal di Japan Da'wah Centre Osaka. Oleh itu, kami mengadakan Majlis Graduasi dan Penyampaian Sijil pada hari ini sebelum kepulangan mereka ke Malaysia pada hari Isnin akan datang. Pelajar-pelajar ini merupakan pelajar Jurusan Sarjana Muda Bahasa Arab dan Kesusasteraan Islam. Banyak yang telah mereka belajar dari latihan kali ini dan yang paling penting dalam latihan ini adalah belajar tentang bagaimana untuk kita memahami Al-Quran supaya ia menjadi panduan bagi melahirkan pendakwah yang berkualiti berpandukan Al-Quran secara terus. Ada diantara pelajar ini telah didedahkan dengan cara-cara berdakwah dari pembelajaran yang mereka telah duduki namun tidak semua didedahkan kepada keadaan semasa untuk berdakwah di Jepun.
    Dalam masa yang sama, mereka turut memberi sumbangan dakwah kepada warga Jepun dengan penglibatan aktiviti bersama masyarakat Jepun seperti program pertukaran budaya dan pelbagai lagi.
    Seterusnya, Tamat latihan industri ini bukan bermakna perjalanan dakwah yang mereka lalui ini telah tamat malah perjalanan dakwah mereka baru sahaja bermula. Seperti firman Allah SWT di dalam surah Al-Baqarah ayat 4-5:
    وَٱلَّذِینَ یُؤۡمِنُونَ بِمَاۤ أُنزِلَ إِلَیۡكَ وَمَاۤ أُنزِلَ مِن قَبۡلِكَ وَبِٱلۡـَٔاخِرَةِ هُمۡ یُوقِنُونَ ﴿ ٤ ﴾ أُو۟لَـٰۤىِٕكَ عَلَىٰ هُدࣰى مِّن رَّبِّهِمۡۖ وَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ ﴿ ٥ ﴾
    Terjemahan: Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). (4)
    Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya. (5)
    Semoga dengan apa yang mereka pelajari di JDC mendapat manfaat kepada ummah pada masa akan datang dalam pada masa yang sama dapat melahirkan pendakwah yang berkualiti yang mengembangkan Islam di seluruh dunia. “Dunia Dakwah, Dunia Kita”.
    Doakan agar kami yang berdakwah di sini dilindungi Allah sentiasa, diberikan ilmu, diberikan hidayah, diberikan kekuatan, petunjuk, kepetahan untuk berkata kata, sentiasa merendah diri, dimurahkan rezeki, disatukan hati dan dibimbing Allah ke jalan yang lurus.
    Japan Home to a growing Muslim
    Memacu Perkembangan Islam di Jepun.
    Pelaburan (Zakat dan Infaq)
    / pogtkyaav2jssvtl
    Follow media sosial kami (Bahasa):↓↓
    linktr.ee/japan.dawah.centre.bm
    Kongsikan link ini dengan rakan Jepun anda! (Japanese):↓↓
    linktr.ee/japan.dawah.centre
    🇯🇵🕌Harmonikan kebudayaan Jepun dengan Islam
    Da’wah Islam di Bumi Matahari Terbit oleh Zulkarnain Hasan Basri & Sahabat
  • บันเทิง

ความคิดเห็น • 2

  • @jamiah_alias1651
    @jamiah_alias1651 10 วันที่ผ่านมา

    Alhamdulillah... Jepun adalah sebuah negara yg unik utk timba pengalaman... tahniah!

  • @user-rl5nc6bu6h
    @user-rl5nc6bu6h 14 วันที่ผ่านมา

    alhamdulillah.. salam dr Penang🇲🇾🙋