Ustaz Ibnu Rijal :: KISAH PARA NABI ~ Perancangan Membakar Nabi Ibrahim a.s PART 2

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 26 ธ.ค. 2021
  • Ustaz Ibnu Rijal :: KISAH PARA NABI
    Perancangan Membakar Nabi Ibrahim a.s PART 2
    Kuliah Maghrib Bulanan - 26.12.2021
    Surau Taman Pauh Jaya, Seberang Perai
    PERINGATAN
    Dilarang download, re-upload dalam apa jua cara tanpa memohon kebenaran. Pihak penerbitan tidak meredhainya. Seandainya anda ingin membantu menyebarkan, sila copy link dan share.
    Bersama membantu Team Produksi Unais Mediaworks.
    Sumbangan anda amatlah dialu-alukan ;
    (Bank) Maybank
    (No Akaun) 5521 - 8951 - 5485
    (Atas Nama) Pusat Tarbiyyah Unais
    LIKE | SUBSCRIBE | FOLLOW | SHARE
    Facebook:
    Instagram: / unaismediaworks
    TH-cam: / tarbiyyahunaischannel
    Telegram Channel: t.me/unais_official
    #SirahParaNabi
    #TheIbnuRijal
    #UnaisMediaworks

ความคิดเห็น • 15

  • @ryowatanabei9051
    @ryowatanabei9051 2 ปีที่แล้ว +3

    😍😍😍

    • @ryowatanabei9051
      @ryowatanabei9051 2 ปีที่แล้ว

      Trima ksh admin sbb Pin komen sy,,
      Sy like komen & subcribe dgn niat mdh3an dpt membntu yg xsbrpa,,
      Lgi 1 sy suka cara pemikiran UIR ni,,

  • @KethkeaakeaxinRaithraatetten
    @KethkeaakeaxinRaithraatetten 2 ปีที่แล้ว +3

    "Kita manusia pelakon cerita
    Di pementasan alam ciptaan-NYA
    Bukan sengaja melanggar arahan
    Kadang terlupa watak dan peranan"

  • @heqalnajmi4142
    @heqalnajmi4142 2 ปีที่แล้ว +1

    Terima kasih

  • @faizabdrahman9329
    @faizabdrahman9329 2 ปีที่แล้ว

    👍👍👍

  • @sygawien933
    @sygawien933 6 หลายเดือนก่อน

    18.1.24❤

  • @bojekG
    @bojekG 2 ปีที่แล้ว +1

    40:35

  • @michaellogancallahanjr.7876
    @michaellogancallahanjr.7876 2 ปีที่แล้ว

    *Bagi nombor 6 tu selepas solat Zohor, Asar dan Isyak baca setiap dua doa tu 3 kali.*
    *Moga moga bermanfaat bagi semua orang. Ini antara senjata umat akhir zaman*
    0. Bacalah Al Quran sekurang-kurangnya 2 muka surat setiap hari.
    1. Baca Surah Al-Mulk setiap malam.
    2. Baca Surah Al-Kahfi sama ada:
    a) Baca 10 ayat awal dan 10 ayat akhir setiap hari.
    b) Baca 110 ayat setiap hari Jumaat.
    3. Baca Sayyidul Istighfar 3 kali selepas Subuh dan 3 kali selepas Maghrib:
    اللَّهُمَّ اَنْتَ رَبِّيْ لَا اِلٰهَ اِلّاَ اَنْتَ خَلَقْتَنِيْ وَ اَنَا عَبْدُكَ وَ اَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَاْ اْسْتَطَعْتُ اَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ اَبُـوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَاَبُوْءُ بِذَنْبِيْ فَاْغْفِرْلِيْ فَاِنَّهُ لَا يَغْفِرُ اْلذُّنُوْبَ اِلَّا اَنْتَ.
    4. Baca 4 kali pada waktu pagi dan 4 kali pada waktu petang:
    اللَّهُمَّ إِنِّي أَصْبَحْتُ (امْسَيتُ) أُشْهِدُكَ وَأُشْهِدُ حَمَلَةَ عَرْشِكَ وَمَلَائِكَتَكَ وَجَمِيعَ خَلْقِكَ أَنَّكَ أَنْتَ اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ وَحْدَكَ لَا شَرِيكَ لَكَ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُكَ وَرَسُولُكَ
    أَصْبَحْتُ : Pagi
    امْسَيتُ : Petang
    5. Amalkan baca doa penghapus dosa syirik kecil dan besar:
    اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ أَنْ أُشْرِكَ بِكَ وَأَنَا أَعْلَمُ، وَأَسْتَغْفِرُكَ لِمَا لاَ أَعْلَمُ.
    6. Baca 7 kali selepas Subuh dan 7 kali selepas Maghrib:
    اَللَّهُمَّ أَجِرْنِي مِنَ النَّارِ.
    dan tambah ayat ini hanya selepas Maghrib:
    اللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ.
    atau
    اللَّهُمَّ اِنِّي اَسْئَلُكَ الجَنَّةَالْفِردَوْس.
    7. Baca doa ini selepas Tahiyat Akhir sebelum memberi salam setiap solat:
    اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ
    8. Baca doa ini selepas i'tidal sebelum sujud dalam solat:
    رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ حَمْدًا كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيْهِ.
    9. Amalkan Baca Surah Al-Ikhlas 3 kali kerana ia menyamakan kita telah khatamkan Al-Quran.
    10. Amalkan solat sunat fajar 2 raka'at sebelum Subuh kerana ia lebih berharga daripada dunia dan isi-isinya. Baca Surah Al-Insyiroh pada rakaat 1 dan Surah Al-Fil pada rakaat 2 jika kamu mahu selamat dari kejahatan orang lain dan musuhnya.
    11. Amalkan Solat sunat Ba'diyah 4 raka'at selepas Isya' kerana ia adalah seakan-akan beribadah pada malam Lailatul Qadar.
    12. Amalkan solat sunat 12 raka'at setiap hari secara istiqomah kerana ia dapat menghindarkan daging seseorang dibakar daripada api neraka.
    13. Amalkan selawat 💯 kali setiap hari atau pun kalau boleh 1000 kali sehari jikalau mampu.Kalau amalkan selawat 100 kali selepas Subuh, Allah SWT tunaikan 30 hajat di dunia dan 70 hajat di akhirat dengan syaratnya ialah tidak bercakap dengan orang lain.
    14. Amalkan baca doa ini kerana ia memenatkan 70 malaikat mencatat ganjaran selama 1000 hari:
    جَزَی اﷲُ عَنَّاسَيِّدِنَا مُحَمَّدًاﷺ مَا هُوَ أُهْلُهْ.
    15. Amalkan Doa Surah Ali Imran Ayat 8, Surah Al-Anbiya Ayat 87, Surah Al Baqarah ayat 201 dan Surah Al A'raf Ayat 23.
    16. Kalau awak tak nak was was sudah berapa rakaat dalam solat guna petua saya dengan baca surah AL Kauthar pada rakaat 1 dan surah AL Ikhlas pada rakaat 2 untuk mudah ingat rakaat berapa sebab kadang kadang terlebih 1 rakaat. (Jangan lupa baca AL-Fatihah pulak)
    17. Kalau awak sudah berkesempatan sampai ke masjid untuk solat atau untuk solat Jumaat, galakkan solat sunat Tahiyatul Masjid berserta dengan Sunat Qobliyah dan Sunat Ba'diyah.
    18. Daripada Abu Hurairah RA, bahawa beliau mendengar Nabi SAW bersabda:
    إِنَّ أُمَّتِي يُدْعَوْنَ يَوْمَ القِيَامَةِ غُرًّا مُحَجَّلِينَ مِنْ آثَارِ الوُضُوءِ، فَمَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمْ أَنْ يُطِيلَ غُرَّتَهُ فَلْيَفْعَلْ
    Maksudnya: “Sesungguhnya umatku akan dipanggil pada hari Kiamat dengan dahi, tangan dan kaki yang berseri-seri disebabkan daripada kesan-kesan wudhuk. Barangsiapa yang mampu daripada kalangan kamu untuk melebihkan dahinya maka lakukanlah ia.” [Riwayat al-Bukhari (136)] Riwayat Muslim (246)
    Anggota-anggota wudu' termasuk juga lebihkan basuhan pada kedua-dua tangan dan kaki dan kepala rambut tapi jangan lebih daripada 3 Kali.
    19. justpaste.it/6850i
    20. cepatquran.com/blog/wp-content/uploads/2018/01/NOTA-RINGKASAN-ASAS-TAJWID-21.pdf

  • @mohdazrul9626
    @mohdazrul9626 2 ปีที่แล้ว

    X sabar tggu sambutan...kisah sultan al fateh

    • @UnaisMediaworks
      @UnaisMediaworks  2 ปีที่แล้ว +1

      th-cam.com/video/SeL8GgRA39Q/w-d-xo.html

  • @novathor1788
    @novathor1788 2 ปีที่แล้ว

    SEJAK kebelakangan ni bnyak wayang menteri tular..btul ustaz mmg geram org yg pndi belakon ni

  • @basirahmatahati5329
    @basirahmatahati5329 2 ปีที่แล้ว

    Subhanallah.. Kisah Nabi Ibrahim dibakar itu hanyalah misal perbandingan ataupun perumpamaan.
    Bukannya itu yang Allah swt ingin sampaikan dan kenapa sebarkan sedangkan Allah swt sendiri belum menjelaskan apa yang kamu faham?
    Alhamdulillah
    Segala Pujian Hanyalah Milik Allah
    Yang Maha Mengetahui Segala sesuatu yang terjadi diantara langit dan dibumi.
    .
    Fikirkanlah...
    Adakah kejadian BANJIR yang hadir ini TEGURAN, PERINGATAN ataupun AZAB?
    Ia adalah peringatan sebelum azab yang lebih berat yang bakal diturunkan.
    .
    Teguran sudah diberikan ketika dihadirkan Covid yang tidak kelihatan.
    Tapi sayangnya ramai merasakan ia bukan teguran berkaitan dengan amalan harian.
    Padahal sudah dijadikan masjid sepi hingga solat berjarak seolah di tanah perkuburan.
    .
    Banjir..samada yang terkesan, yang melihat ataupun yang mendengar ada peringatan besar yang perlu difahami.
    .
    Iaitu kembalilah pada agama yang benar iaitu agama Nabi Ibrahim dengan IKHLAS berdasarkan TAUHID seperti yang Allah swt kehendaki,
    [Al Imran 3:95]
    .
    Dengan BERIMAN PADA PERKARA-PERKARA GHAIB sepenuh hati,
    Perkara pertama yang dituntut untuk kita mengimani.[Al Baqarah 2:3]
    .
    Perkara ghaib bukanlah hari Akhirat seperti yang difahami,
    Kerana hari Akhirat itu Alam Ghaib yang ada selepas ayat Perkara Ghaib ini. [Al Baqarah 2:4]
    .
    Perkara-perkara ghaib iaitu ROH, AKAL, HAWA NAFSU & HATI itulah perkara BATIN ataupun ROHANI,
    Merupakan pasangan disebalik jasad yang dikurniakan dalam kehidupan ini.
    [Adz Dzaariyaat 51:49]
    Yang telah diabaikan oleh kebanyakan orang sehingga langsung tidak diambil peduli.
    .
    Melihat dengan penglihatanNya, mendengar dengan pendengaranNya
    Berusaha memahami KENAPA dan MENGAPA supaya diberikan jawapanNya
    Kerana disebalik kejadian ada ilmu dan petunjuk ke arah jalanNya, [Al Imran 3:190]
    .
    Orang yang beriman perlu mengamalkannya bukan sekadar meyakini,
    Sentiasa memandang sisi ghaib disebalik apa yang terjadi,
    Jika tidak hidup hanya menurut hawa nafsu sahaja selama ini. [Muhammad 47:14]
    .
    Sebab itu masing-masing bernafsu bila nampak peluang buat kebaikan,
    Malah jadi mudah untuk bersatu tapi hanya bila sudah tiada pilihan,
    Bila hidup diberi kesenangan terus kembali mempersekutukan Tuhan,
    Itulah tipu daya Syaitan supaya merasa dirinya telah banyak buat kebaikan.
    .
    Sekadar tahu mengucapkan Maaf Zahir dan Batin semasa Aidilfitri,
    Tapi hanya pandang sisi zahir dan batin tidak pernah ambil peduli. [Ar Rum 30:7]
    .
    .
    Fikirkanlah..
    Supaya kelak tidak dipersoalkan kenapa tidak memikirkan segala apa yang terjadi. [Yusuf 12:105]
    Sangat sedikit yang bersyukur untuk memikirkan dengan akalnya sendiri. [As Sajda 32:9]
    Orang yang berilmu itu akan memahami dari akalnya sendiri,
    Yang sebaliknya hanya pandai copy dari akal mereka yang telah lama mati,
    Dahla copy lepas tu bangga dengan paste sana sini dalam ceramahnya setiap hari.
    .
    Kembalilah dengan bertauhid dan berserah diri padaNya supaya tidak ditimpa azabNya nanti,
    Kerana sudah diberi masa untuk jalani hidup penuh kesenangan dan nikmat di dunia ini.
    [Az Zukhruf 43:29]
    Pesanan ini bukanlah syair pujangga atau sangkaan hasil dari syok sendiri,
    Melainkan dari Al Quran kitab panduan yang dituntut berpegang teguh hingga ke mati.
    .
    Berimanlah pada perkara ghaib sepenuh hati supaya peroleh petunjuk dan juga kunci,
    Kunci supaya berjaya membongkar rahsia Al Quran dan mukjizat yang tersembunyi,
    Sebab itulah 5 ayat pertama Al Baqarah diasingkan yang ramai tidak sedari,
    Allah swt jua yang tentukan siapakah akan didetikkan akalnya untuk menyedari.
    .
    Seperti mana mudah bagi Allah menutup alam ghaib didepan mata begitulah mudah untuk menutup pandangan manusia dari peroleh sebarang petunjuk didalam KitabNya.
    .
    Fikirlah dengan seikhlasnya..
    Sebelum menolak atau menerima apa yang sudah dibaca,
    Supaya Allah swt membuka matahati sesiapa yang berusaha untuk memahaminya.
    [Al Jathiya 45:20]
    Agar dapat menyedari sejauh mana kerosakan agama milik Allah yang di amalkan sekian lama.
    .
    Bukan niat hendak mengajar, sekadar menyampaikan surat untuk dihayati.
    Terpulanglah samada inginkan kebaikan ataupun ingin menzalimi diri,
    Atau ingin bersama golongan kanan mahupun bersama golongan kiri.
    .
    .
    “Dia lah Tuhan yang memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda keesaanNya dan kekuasaanNya (UNTUK KEHIDUPAN ROHANI KAMU), dan yang menurunkan (untuk jasmani kamu) sebab-sebab rezeki dari langit. dan tiadalah yang ingat serta mengambil pelajaran (dari yang demikian) MELAINKAN ORANG YANG SENTIASA BERTUMPU (KEPADA ALLAH).”[Ghafir 40:13]
    .
    .
    Alhamdulillah..
    Segala Pujian Hanyalah Milik Allah swt,
    Atas izin dan upaya dariNya maka hadirlah perkongsian ini.