Tadabbur Surah al-Sajdah
ฝัง
- เผยแพร่เมื่อ 10 พ.ย. 2024
- Surah ini selalu dibaca pada rakaat pertama solat Subuh pagi Jumaat disertai dengan sujud sajadah. Terdapat beberapa kelebihan bagi individu yang membaca surah ini antaranya:
1) Rasulullah SAW membacanya sebelum tidur
2) Rasulullah SAW membacanya pada solat Subuh pagi Jumaat
Jemput tonton, like, share dan subscribe channel saya. Moga bermanfaat.
Alhamdulillah terima kasih ustaz ❤
Ayat 4-9 menjawab tuduhan mereka yg tidak beriman yg mengata Nabi Muhammad (saw) yg mereka(mencipta) Quran.. yg sebenarnya Quran adalah Dari Allah..Allah taala mencipta yg lebih hebat lagi (Dari penglihatan manusia) Dan Dari penerangan itu juga menerangkan Quran turun Dari tempat diatas Arasy Allah ayat 4-9... Dan Allahualam
'Ainul Mardhiah binti Khairul Azhar 1191326
Kita akan kembali kpd Allah
Org2 kafir tidak percaya hari kebangkitan
Nabi baca surah as sajdah dan al mulk sebelum tidur
ASMA' BINTI MOHAMMAD AZMAN 1201164
Pada ayat ke 12 - 14, Allah menceritakan hinanya pendosa di hari akhirat kelak. Ibrahnya, kita sebagai manusia yang masih hidup ini mestilah mengambil peluang untuk banyakkan ibadah dan berbuat baik di dunia ini, supaya tidak menyesal di hari akhirat kelak
AINUL MARDHIAH BINTI ZULKIPLI 1201705
Surah As Sajadah yang terletak selepas surah Luqman ini diturunkan di Mekah yang menfokuskan tentang kehambaan manusia dan kebangkitan semula sebagai peringatan kepada manusia. Manusia perlu ingat bahawa mereka adalah makhluk yang lemah yang dipertanggungjawabkan untuk menghambakan diri kepada Allah serta mengambil pengajaran dengan petunjuk2 yang Allah bagi
Siti Sarah Binti Mahmud (1201485)
As-Sajdah bermaksud sujud . Dan orang yg bersyukur dia akan sujud dan bertasbih kepada Allah . Balikkan segala nikmat dan rezeki yg kita dapat itu kepada Allah kembali .
Allah yang mentadbir alam ini . Segala perkara yang berlaku di dunia ini , tiada satu pun yang terlepas daripada pengetahuan Allah taala . Sama ada perkara itu berlaku secara terang mahupun sembunyi.
Putri Nur Hanim bt Bakri 1200992
Nama Surah As Sajdah diambil dr ayat 15 surah ini. Orang yang bersujud, tidak akan menyombongkan diri dan menyerahkan diri kepada Allah. Setiap masalah yang berlaku kita mesti serah kepada Allah dan mengambil hikmah
UMAIRATUL EZZAH BINTI MD ARIFF MARICAR
1201329
1. Ayat ke 15 pada perkataan سجدا, maksud bersujud di situ adalah simbolik sebagai seorang hamba kepada Allah yang menyerahkan sepenuh diri kepada tuannya
2. Dalam isi2 surah As-sajdah juga membuktikan kebangkitan semula itu adalah perkara yang wajib
3. Antara intupati surah as-sajdah ialah penciptaan setiap makhluk, kehidupan setelah kematian, hinanya pendosa di hari akhirat, petunjuk pengajaran daripada kejadian di sekeliling kita
Nurul I’zzah binti Yussof
-hidayah itu milik Allah
-amalkan membaca surah Al Mulk dan As Sajdah sebelum tidur seperti mana Nabi SAW amalkan
NUR SYAHIRAH BINTI SULAIMAN (1201177)
- Nama surah ialah 'Sajdah' yang membawa maksud sujud.
- Allah Maha Mengetahui akan segalanya.
- Walaupun telah banyak hujah dan bukti dalam Al-Quran tentang kehidupan selepas mati, namun orang kafir tetap tidak percaya kerana hidayah itu hanya milik Allah untuk hamba-Nya yang terpilih dan yang berusaha mencari.
- Perbanyakkan amal ibadah selagi mana kita masih hidup agar tidak menyesal di akhirat kelak.
- Ambillah pengajaran kepada apa yang berlaku di sekeliling kita.
Ummi Izzati binti Mohamad Jamahari 1200320
Dalam surah as-Sajdah ada menyatakan bahawa hanya sedikit daripada manusia yang mempunyai sifat syukur. Maka, kita sebagai hamba hendaklah meningkatkan rasa kesyukuran dalam diri kepada Allah atas segala yang diberikan kepada kita. Seperti firman Allah dalam Surah Ibrahim, ayat 7 bahawa Allah akan menambah nikmat kepada sesiapa yang bersyukur, dan jika kita mengingkari nikmatNya maka azab Allah amat pedih dan berat.
Hadis Riwayat Tarmizi juga menyatakan bahawa nabi SAW mengamalkan surah sajdah dan mulk sebelum tidur, maka hendaklah kita berusaha untuk mengamalkannya. Moga dengan itu menjadi salah satu asbab kita mendapat perlindungan serta rahmat daripada Allah di dunia dan akhirat.
Wallahua'lam.
NIK FAIZATUL AZIAN BT JAMIL(1200427)
-surah sajdah yang membwa maksud "sujud" dimana kita sebagai manusia tidak wajar menyombongkan diri di dunia dan menjalankan tugas sebagai hamba Allah dengan betul.
Khalisa Syaza binti Mohd Jamil 1201922
Antara intipati surah as-Sajadah ialah menceritakan tentang kehidupan setelah mati. Hal ini untuk menyangkal pertanyaan orang kafir Quraisy yang bertanya kepada nabi tentang adanya kehidupan selepas kematian.
Aini Suhaila binti Mohd Rajali (1202029)
- Perkataan 'sajadah' disebut pada ayat ke 15 dalam surah ini
- Bila kita sujud kepada Allah maksudnya kita merendahkan diri kepada Allah dan menyerahkan segala kepada-Nya
- Terbentuk nya kita apabila Allah tiupkan roh di dalam rahim
RAYYAN BINTI ROSDIN (1201658)
Pengajaran yang diperoleh daripada Surah ini ialah bermulanya nama As-Sajadah daripada perkataan سجدا yang membawa maksud 'sujud'. Ia menunjukkan tanda kehambaan kepada Allah.Dalam ayat ini juga menyatakan orang2 yang benar2 beriman ialah mereka yang apabila diberi peringatan,akan berserah diri sepenuhnya kepada Allah,bertasbih kepada-Nya dan menjauhkan diri dari sifat sombong. Semoga kita tergolong dalam orang2 yang beriman ini. Wallahu'alam.
Naeimah binti Mohamad 1201965
Setiap apa yang berlaku disekeliling kita hatta sekecil-kecil perkara, semuanya ada pengajaran yang tersembunyi yang Allah nak tunjuk kepada hamba-Nya. Cuma hati kita rendah diri untuk belajar, ambil ibrah daripada nya atau tidak. :)
Arina wazirah bt azanol 1201377
Antara intipati yang boleh diambil dari surah as-sajdah ialah kekuasaan Allah dalam mencipta segala yang dimuka bumi ini menjadikan kita ini lebih bersyukur kerana dapat merasai nikmat yang diberikan oleh Allah . Selain itu , di dunia perlulah kita berlumba lumba dalam melakukan amal ibadah supaya di akhirat kelak urusan nya akan lebih mudah dan tiada penyesalan yang akan berlaku .
Nurul Izzati binti Zamanhuri (1201195)
Nama surah ini diambil daripada ayat yang ke15 dalam surah ini.
Perkataan sajdah bermaksud sujud.
Dalam video ini, ustaz ada menerangkan bahawa sujud itu merupakan salah satu cara bersyukur.
Ustaz juga ada berkongsi bahawa dalam Al-Quran terdapat banyak ayat yang menceritakan bahawa sedikit sahaja orang yang bersyukur.
Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan mereka yang bersyukur. Aameen.