Perjalanan dari Melaka Sentral ke Durian Tunggal

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 13 ก.ย. 2024

ความคิดเห็น • 3

  • @yusofhusni7808
    @yusofhusni7808 หลายเดือนก่อน +2

    Trmksh berkongsi video nya... Kongsi info, bulan oktober nanti akan Ada direct flight Dari airport B.BERENDAM ke Singapore!

  • @husnymazlan8155
    @husnymazlan8155 หลายเดือนก่อน +2

    Di hadapan Masjid Al-Azim, ada susur simpang empat lampu isyarat di bawah jejambat.
    Laluan terus susur menuju ke Pusat Bandaraya Melaka. Diikuti susur masuk ke kanan menuju ke Alor Gajah, Tampin dan Seremban melalui Lebuhraya Alor Gajah - Melaka Tengah - Jasin (AMJ) iaitu Laluan Persekutuan 19 arah utara manakala susur masuk ke kiri pula menuju ke Merlimau, Jasin dan Muar (Johor) melalui Lebuhraya Alor Gajah - Melaka Tengah - Jasin (AMJ) iaitu Laluan Persekutuan 19 arah selatan.
    Berhampiran Melaka Sentral dan Pasar Besar Lotus (dahulunya dikenali sebagai Tesco) cawangan Melaka Sentral, ada simpang empat lampu isyarat.
    Laluan terus menuju ke Alor Gajah, Tampin dan Seremban melalui Lebuhraya Alor Gajah - Melaka Tengah - Jasin (AMJ) iaitu Laluan Persekutuan 19 arah utara. Diikuti belok ke kiri menuju ke Pusat Bandaraya Melaka dan Jalan Penglima Awang manakala belok ke kanan pula menuju ke Bachang, Batu Berendam dan Lapangan Terbang Batu Berendam.
    Minit 3:05 saat : Jejantas Lotus - Melaka Sentral.
    Di simpang tiga ada lampu isyarat, laluan terus menuju ke Malim, Alor Gajah dan Tampin manakala belok ke kanan pula menuju ke Batu Berendam dan Bukit Katil.
    Di simpang tiga ada lampu isyarat, belok ke kanan menuju ke Batu Berendam, Lapangan Terbang Batu Berendam dan Durian Tunggal manakala belok ke kiri pula menuju ke Malim, Alor Gajah dan Tampin.
    Minit 4:35 saat : Jalan Tun Fatimah.
    Di Malim, ada simpang empat lampu isyarat.
    Laluan terus menuju ke Alor Gajah, Tampin dan Seremban. Diikuti belok ke kiri menuju ke Pusat Bandaraya Melaka manakala belok ke kanan pula menuju ke Bachang, Batu Berendam, Lapangan Terbang Batu Berendam, Ayer Keroh dan Durian Tunggal.
    Minit 5:18 saat : Jalan Bachang.
    Di simpang tiga ada lampu isyarat, laluan terus menuju ke Batu Berendam, Lapangan Terbang Batu Berendam, Durian Tunggal dan Ayer Keroh manakala belok ke kiri pula menuju ke Cheng.
    Di susur pusingan - U, laluan terus menuju ke Batu Berendam, Lapangan Terbang Batu Berendam, Ayer Keroh, Alor Gajah, Durian Tunggal dan Lebuhraya Utara Selatan E2 manakala pusingan - U ke kanan pula menuju ke Bukit Beruang dan Pusat Bandaraya Melaka.
    Di hadapan Stesen Minyak Petronas Batu Berendam, ada simpang tiga lampu isyarat.
    Laluan terus menuju ke Durian Tunggal, Alor Gajah, Lapangan Terbang Batu Berendam dan Lebuhraya Utara Selatan E2 manakala belok ke kanan pula menuju ke Ayer Keroh dan Bukit Beruang.
    Di simpang tiga bulatan, laluan terus menuju ke Durian Tunggal, Alor Gajah dan Lebuhraya Utara Selatan E2 manakala belok ke kiri pula menuju ke Lapangan Terbang Batu Berendam.
    Berhampiran di simpang tiga bulatan, ada papan tanda penunjuk arah terus menuju ke Durian Tunggal dan Alor Gajah.
    Di simpang tiga ada lampu isyarat, laluan terus menuju ke Durian Tunggal, Alor Gajah dan Tampin manakala belok ke kanan pula menuju ke Taman Sutera Wangi.
    Di simpang empat bulatan, laluan terus menuju ke Ayer Keroh, Durian Tunggal, Alor Gajah, Sungai Udang dan Lebuhraya Utara Selatan E2. Diikuti belok ke kiri menuju ke Taman Perumahan Gangsa Jaya manakala belok ke kanan pula menuju ke Kawasan Komersil dan Perindustrian Gangsa Jaya.
    Selepas dari simpang empat bulatan, ada papan tanda jarak antaranya Durian Tunggal iaitu 6 kilometer sahaja.
    Di Pekan Gangsa, ada simpang empat lampu isyarat.
    Laluan terus menuju ke Durian Tunggal. Diikuti belok ke kiri menuju ke Alor Gajah dan Sungai Udang manakala belok ke kanan pula menuju ke Ayer Keroh dan Lebuhraya Utara Selatan E2.
    Minit 10:28 saat : Kampung Gangsa.
    Minit 12:55 saat : Pekan Durian Tunggal.
    Di Pekan Durian Tunggal, ada simpang tiga lampu isyarat.
    Laluan terus menuju ke Alor Gajah, Masjid Tanah dan Tampin manakala belok ke kanan pula menuju ke Ayer Keroh dan Lebuhraya Utara Selatan E2.
    Setakat itu saja komen daripada saya. Sekian

  • @RaisZahari
    @RaisZahari หลายเดือนก่อน +2

    Saya orang durian tunggal