HIJRAH BERSELAWAT | TABLIGH : SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 5 ก.ย. 2024
  • Rancangan ini berbentuk Selawat dan Tazkirah dianjurkan oleh TV Al Hijrah. Hijrah Berselawat dijayakan bersama Ustaz Maulana Wan Helmi, kumpulan Inteam, kumpulan ArRayyan. Bermula dengan alunan bacaan ayat Quran, diikuti Selawat Salamun Salam oleh kumpulan secara berjemaah diikuti tazkirah oleh Maulana Wan Helmi yang menjelaskan Kebijaksanaan Nabi SAW dalam berbicara serta fasih berbicara sehingga mudah difahami oleh semua golongan yang mendengarnya. Seterusnya nasyid Maulaya didendangkan dan diikuti tazkirah berkaitan utusan Allah dari kalangan nabi dan rasul. Mereka diutuskan Allah untuk menyeru manusia kepada kebaikan dan meninggalkan keburukan terutama dari segi akidah. Rasulullah SAW menyeru kaum Quraish sehingga sebahagian besar dikalangan mereka beriman. Nasyid seterusnya ialah Allah Allah Agishna dan Tholama diikuti kesinambungan tazkirah iaitu usaha para Rasul yang berterusan begitu juga Nabi Muhammad SAW walaupun ditentang oleh kaum musyrikin dan dijanjikan harta dan takhta. Man Ana merupakan nasyid seterusnya dan sambungan tazkirah masih lagi menyentuh usaha Rasulullah SAW berdakwah dan menyeru kaum muslimin untuk menyebarkan agama walaupun sepotong ayat. Usaha baginda diteruskan oleh para sahabat sehingga keseluruh dunia.

ความคิดเห็น • 5

  • @yusnura
    @yusnura หลายเดือนก่อน +1

    10:43 - Maulaya salli wa salim
    18:09 - Allah Allah aghisna
    41:31 - mahalul qiyam

  • @balambgardenff8147
    @balambgardenff8147 3 หลายเดือนก่อน +1

    اللهُمَّ صلِّ على سيِّدِنا محمد وعلى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ

  • @razinninja748
    @razinninja748 29 วันที่ผ่านมา

    Ayah Bapa Doa Fatihah

  • @imanrajin8864
    @imanrajin8864 2 หลายเดือนก่อน +1

    Aduh gimana ni gawat abang hazamin inteam di sini abang hazamin mesti risau dengan adik iman comel dan manjakan abang hazamin inteam 😘😎❤

  • @razinninja748
    @razinninja748 29 วันที่ผ่านมา

    Razin