Sedap sangat lagu ni hael. The instrumental really complements the melody. I love how you masuk first note je dah terus give me goosebumps. Congrats for making such a great song!!
Masih ada seminggu untuk mengundi Hael Husaini bagi kategori Selebriti Tergempak dan MV Diam untuk kategori Video Muzik Tergempak di Gempak Most Wanted Awards 2024 💙 Undian akan ditutup pada 28 Disember.
Tahniah Hael Husaini, Antonim Part I masuk senarai 10 Album/EP Terbaik Malaysia 2024 Muzik Kita: "Hael Husaini membelah batas kreativitinya tanpa had. Hal ini jelas dalam penghasilan “Diam” sebagai salah satu Pop yang memberi revolusi sound Hael Husaini sebagai pemuzik. Caranya membentuk Antonim pt.1 cukup cemerlang dengan komposisi melodi yang baik, produksi muzik yang begitu kemas bagi membentuk satu pakej Pop yang cukup current. Ternyata kolaborasinya bersama Iqie Hugh, Hanis Rafis, Omar K dan Ezra Kong benar-benar membuah hasil yang cukup baik untuk perkembangan kariernya."
Throwback full review Antonim Part I oleh Muzik Kita: Bergerak sebagai seorang bintang Pop yang begitu diraikan muziknya, Hael Husaini sudah membuktikan pada kita semua akan keseriusannya untuk bekerja dalam skala kreatifnya yang tak terbatas. Tidak hanya bergerak sebagai penyanyi, Hael meluaskan landskap muzik yang dia miliki sebagai komposer yang baik. Hal ini sudah jelas dalam portfolio muziknya yang cukup prolifik dan diperakui. Sejak “Jampi” sehingga “Hajat”, “Haram” and the list goes on, Hael Husaini saya sifatkan sebagai salah satu gerakan Pop yang sangat penting dalam membentuk satu sound yang meninggikan standard muzik tempatan ke tahap yang sangat baik. Hasil daripadanya, karya-karya yang diciptakan tidak hanya untuk rakaman lagunya semata-mata namun melodi ciptaa Hael sudah dinyanyikan penghibur papan atas daripada Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Jaclyn Victor juga Wany Hasrita semua sudah memperakui kebolehannya. Meneruskan kelangsungan bermuzik yang tiada putusnya buat Hael, “Antonim pt. 1” menjadi pertaruhan terbaru tahun ini sebagai sebuah album mini yang menjadi pentafsiran terbaik muzik yang mahu dia tonjolkan. Terbuka untuk bekerja dengan bakat-bakat baru dalam komposisi muzik, nama seperti Iqie Hugh, Firdaus Rahmat dan Hanis Rafi mengisi persembahan perdana Antonim dalam persembahan enam lagu keseluruhan yang ada. Dibuka dengan single yang menjadi focus track di album ini “Diam” (Iqie Hugh / Hael Husaini) dihasilkan dalam sebuah persembahan yang momentum muziknya cukup luar biasa. Melodi lagu ini ditinggikan standardnya dengan instrumentasi, efek dan produksi muzik yang sangat-sangat baik. Melodinya addictive, teras Popnya dimanipulasi sebaik-baiknya dengan susunan muzik yang cukup current dan dinamik. Korusnya semakin baik di bahagian kedua sehingga penghujung. Sempurna sebagai sebuah Pop yang cukup tenaganya, kreativitinya juga nilai komersil yang cukup tinggi. Ini antara Pop yang cukup hebat saya dengarkan dalam masa dua tiga bulan kebelakangan ini. Semua aspek membaluti sempurna sesama sendiri - baik melodi, lirik, kemasan muzik sehingga persembahan vokal Hael. Untuk penghasilan lagu ini sahaja saya boleh markah penuh untuk kebijaksanaan Hael dan Iqie meramu sebuah Pop yang sebegini hebat sound yang dihasilkan. Kehebatan “Diam” diteruskan dengan komposisi muzik Hael bersama Ezra Kong di lagu “Usia” yang asas Balada pada melodi ini dikemaskan dengan susunan muzik Pop yang memiliki attitude yang tersendiri. Melodinya mengikat dengan sekali pendengaran. Melayaninya dengan mambaca penulisan liriknya cukup membuai dan kecanduan. Diteruskan dengan “Kejora” (Hanis Rafi / Firdaus Rahmat / Hael Husaini) yang lebih mellow dan melankolis. Persembahan vokal Hael cukup baik di lagu ini - menyeimbangi kehendak melodi juga lirik dengan sangat baik. Ada beberapa momen yang saya kira di lagu ini kedengaran cukup merdu sekali terutama sekali saat dia menyampaikan bait “Bahagia terasa // Bertanya naluriku”. Tiga lagu terawal di album ini sudah membuat saya benar-benar teruja menikmati kreativiti bermuzik Hael sebelum diteruskan dengan “Hero” (Iqie Hugh / Hael Husaini) datang dengan idea yang lebih fun untuk memecah ilham Pop dengan infusi riff gitar yang keras menerusi instrumentasi muziknya. Ditutup dengan “Please” dan “Sama Seperti Dulu” yang diramu kembali dengan string session berbeza dengan versi asal, namun saya kira versi asalnya terlalu baik untuk saya move on dengan versi yang baru ini. “Antonim Pt.1” sebuah naskhah Pop yang solid untuk membebaskan Hael bekerja dengan standard kreativitinya yang cukup tinggi. Kualiti yang diberikan menerusi keseluruhan persembahan album ini saya kira harus dijadikan benchmark untuk semua pemuzik Pop hari ini. 9/10
Memang padu album ni, berbaloi tunggu lama. Tapi itulah... masa Hael Husaini tengah mendunia dengan Jampi, Haram, Hajat, tambah lagi lagu-lagu ciptaan dia untuk penyanyi lain, langsung tak ada bayang AIM. Masa dia tengah slow, tiba-tiba ada balik AIM. Bila dah keluar album, dah buat balik lagu utk penyanyi lain, tak ada khabar berita pasal AIM. Kang dia slow balik, muncul semula AIM 😂
artis malaysia ni takut nk bersaing sbenarnya depa jenis kuat termenung. tunggu lagu datang dpn muka. lpastu tak terkenal salahkan budak2 baru nak naik padahal sndiri tk berusaha
@@_non987Orang menghina kita tak perlu menghina semula. Kalau begitu, apa bezanya kita dengan mereka? Jadilah peminat yang bijak, bukan peminat yang terlalu beremosi.
1st time dgr terus aku tertarik dgn lagu ni. walau ramai ckp tak bestla apa la. Pada aku ni adalah lagu terbaik dari Hael. ko dgr guna earphone pasti ko akan puas..
Meledak kolaborasi Hael Husaini bersama Iqie Hugh tahun ini. Dua buah lagu, Diam dan Bukan Lagi Kita, berjaya melangkah ke pentas Anugerah Juara Lagu 39. Lebih hebat, lagu Diam menjadi pemenang Lagu Tema Terbaik di Asian Academy Creative Awards 2024, menewaskan pesaing dari negara Jepun, China, Hong Kong, India dan lain-lain. Semoga ada lagi kolaborasi hebat mereka berdua di masa hadapan!
Suka gandingann Hael Husaini dan Iqie Hugh sejak lagu Sama Seperti Dulu. Sayang lagu tu tak ada rezeki masuk AJL. Alhamdulillah tahun ni rezeki Hael & Iqie berganda.
Jom teruskan mengundi Hael Husaini untuk kategori Selebriti Tergempak dan MV Diam untuk kategori Video Muzik Tergempak di Gempak Most Wanted Awards 2024 💙 Undian akan ditutup pada 28 Disember. Ini adalah undian pusingan pertama untuk melayakkan calon-calon Top 20 ke Top 5.
Sesetengah manusia perlu merendahkan orang lain untuk merasa diri mereka hebat. Mereka ini manusia-manusia toksik (seperti yang digambarkan di dalam lagu ini), bukan manusia-manusia kuat.
Lagu ni menang Asian Academy Creative Awards mengalahkan lagu-lagu dari Jepun, China, Hong Kong. Juri antarabangsa pun kroni Hael Husaini rupanya, kuat betul kabel dia, sampai ke peringkat Asia 😂 Kita tengok nanti adakah haters akan terus pertikaikan tempat Diam di AJL.
Bagi pemahaman aku lagu ni tuju pada diri sendiri. Diri sendiri yang selalu buat kesilapan yang sama dan diri sendiri yang sudah penat dengan kesilapan yang berulang kali. Atau suara dalam hati yang selalu hasut untuk buat benda tak elok. Jadi suara tu perlu diam dan kita usaha untuk pendamkan dengan suruh 'dia' diam. Self sabotage
Selamat ulang tahun, moga panjang umur, murah rezeki & bahagia bersama keluarga. Moga terus berkarya mengikut acuan sendiri. Jangan terpengaruh dengan ayat-ayat racun pembunuh kreativiti.
Puas hati membaca artikel ni dari Yahoo Life Singapore. Hael Husaini wins Best Theme Song at the AACA 2024 Heidi Hsia 5 Dec - Hael Husaini has successfully shut his critics up by winning Best Theme Song/Title Theme at the Asian Academy Creative Awards 2024. The singer, who couldn't attend the ceremony held in Singapore, shared clips from the event where his name was announced the winner, and wrote, "Malaysia, we did it! Praise be to God." Hael's song "Diam" bested other contenders from various countries like New Zealand, China, Hong Kong, Japan and India to win the accolade. The song was the opening theme of the 2023 iFame-produced TV series, "My Famous Ex-Boyfriend" for Astro, adapted from the Alaf 21 novel, "Petrichor". The singer himself starred in the drama, playing the role of an artiste called Haque Zuhal. Earlier, many took to social media to criticise "Muzik-Muzik Semi-Final" jury's decision for picking "Diam" as one of the finalists for this year's "Anugerah Juara Lagu". With Hael winning the award abroad, fans of the singer are now taking to social media to further support his upcoming performance at the annual competition.
Kenapa media Singapura macam lebih memahami situasi dari media Malaysia? Tapi sedihnya orang luar nampak macam mana kita tak menghargai dan meraikan bakat anak tempatan.
@@berengeryn media Malaysia lapar clickbait. Pergi album launching penyanyi tapi article yang keluar semua lebih kepada gosip, komen-komen netizen untuk dijadikan highlight. Hujung-hujung baru tulis, artis X berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran albumnya. Macam gampang.
Ayo Hael, bikin industri musik Malaysia juga bisa mendobrak kembali pasar Indonesia. Kece loh lagunya, wajah baru cara bermusik komposer Malaysia😂❤️👍🙏💪💪💪💪
Saya tahu lagi ni pun disebabkan finalis semifinal Muzik Muzik.. terus terang cakap pertama Kali dengar lagu ni mcm bunyi mencarut disebabkan ada ayat celaka..😂. tp percaya lah,korang dengar 2 ,3 Kali lagu ini baru korang perasan lagi ni ada sesuatu .. Dari segi Arrangement music memang mantap,apa lagi vokal hael memang padu.. betul org cakap,tak kenal Maka tak cinta.. mcm lagu diam ni juga memang layan..❤❤..sebab itu saya cakap lagu ni ada sesuatu.. Good luck for Ajl..
1st time dgr lagu ni kt radio...terus rse bestnye...kebanyakan lagu2 hael ni 1st time dgr mmg easy listening kt telinga...even sy xminat Hael, tp lagu2 die mmg sedap ar...
First time dengar masa final gegar vaganza dah rasa lagu ni deserves to be in ajl. But at the same time, dah boleh predict ada pihak tak puas hati, sebab setiap kali hael husaini masuk ajl dengan lagu pop, memang akan dipertikaikan, even lagu hajat yg viral semalaysia pun dikutuk tak layak. hopefully hael husaini tak berputus asa mencalonkan lagu-lagu pop yg fresh, challenging & lain dari yg lain di carta muzik muzik. please don't play safe & hanya calonkan lagu balada.
Tu la, bila lagu balada Hael Husaini masuk AJL, kalau dikritik pun tak adalah sampai tahap dipanggil lagu sampah. Takut nanti dia dah tak nak calonkan lagu pop, "lebih baik aku calonkan lagu balada je, lagu balada aku pun banyak." Harap Hael Husaini tak berfikir sebegitu.
@@tigasatubulanlapan my opinion, lagu-lagu pop hael husaini lebih berani meneroka dimensi baru berbanding lagu-lagu balada beliau yg lebih konvensional.
Hael Husaini & AJL Solo Jampi (#AJL32) Hajat (#AJL33) Hati (#AJL35) Bintang (#AJL38) Diam (#AJL39) Duet Haram (#AJL33), with Dayang Nurfaizah Trio Lara (#AJL36), with Haqiem Rusli, Naim Daniel
Hael Husaini ni memang trendsetter ya. Gila betul arrangement lagu & lirik dia. Biasanya chorus tu letak melodi yang sama, dia tidak ya. Satu bawa maksud penegasan, satu lagi memang lepas geram. Lagu ni memang sesuai untuk tahun 2024. Pop melayu baru. Tahniah. Best sangat lagu ni.
@@alan2516 i think that’s what sets him apart frm his peers. Dia dgn Naim Daniel, both tak takut nak experiment dengan their limits. Even lagu2 ciptaan dia untuk org lain semua pun top notch
@@alan2516even berlakon tu pun dia ambik risiko besar, tapi berbaloi. aku rasa kalau lagu ni setakat jadi ost drama tanpa kehadiran hael husaini sebagai pelakon, hype & anticipation utk lagu diam ni tak sebesar sekarang. dia berani ambik risiko lakonan dikecam.
kalau ikutkan lagu2 yg tersenarai utk sfmm tahun ni, rsenya lagu ni ada potensi menang AJL..nombor berapa tu x kesah tp rsenya mmg boleh mng.... rooting for lagu diam Hael, Hening Rindu marsha, dgn Bukan Lagi Kita, Nadheera...
Terbaik performance Hael di Jakarta. Puas dengar sound dari Indonesia. Walau bagaimanapun, fanclub kekal terpaling rileks padahal Hael Husaini perform di pentas berprestij.
Fanclub ni volunteer basis, so aku no comment. Yang aku persoalkan, RFE & Astro. Dua artis RFE buat persembahan di luar negara, mana liputan Astro Gempak, officialhlive, ERA dan lain lain? Yang viralkan soundcheck Bukan Lagi Kita Nadeera bukan media milik Astro, tapi XTRA milik TV3. Media Astro semua tidur ke? Tak perasan ada dua artis RFE/Astro perform di luar negara? RFE punya media sosial sendiri pun lebih banyak liputan pasal konsert Sumandak Stars.
@@Purpleplantt Itu satu hal lagi. Hari pertama okay la, ada jugak kongsi video rehearsal dan video performance diorang. Masuk hari kedua lepas tangan, mungkin sebab peminat boleh tengok sendiri secara live streaming. Penat komen benda yang sama. Media milik Astro pun lebih berminat tentang gosip dan komen netizen untuk dijadikan headline, padahal dua artis mereka berdiri di pentas yang berprestij. Tengok la hari kedua tu pihak organizer sendiri yang request diorang nyanyi dua lagu, padahal rancangan awal satu lagu sahaja. Benda ni boleh di highlight, sebab itu bermakna persembahan Hael dan Nadeera memang terbaik. Tapi? Tiada sebarang post dan video pun pasal performance diorang pada hari kedua tu, kecuali dari artis tu sendiri dan peminat mereka.
@@alan2516Betul, padahal hari kedua tu lah main event, ada red carpet, masing-masing menyanyi 2 lagu. Aku perasan ig RFE selalu repost ig Wani Kayrie. Kalau tak buat posting sendiri pun, repost je lah Hael & Nadeera, tak boleh ke?
Why media malaysia ni tk up pasal award yg hael dpt ni yg ada pun 3/4 news je yg ada.. pelik lah haihh era pon senyapp je padahal under astro kot napa ntah Kalau ada kontroversi paling lajuuu ini menang peringkat asia senyap pulekk. Dari malam hael menang kita ni tunggu ajekk media post pasal ni last” yg post ciputt jee sumpah tk expect ni highlight kat susan then hael ni letak celah mana
Hael Husaini tak serik-serik pertaruhkan lagu pelik-pelik untuk bertanding 😂 kudos bro, tak semua penyanyi Malaysia berani. Berani berkarya dan berani pertaruhkan ke pentas besar.
Throwback review lagu Diam oleh Muzik Kita: "Dibuka dengan single yang menjadi focus track di album ini “Diam” (Iqie Hugh / Hael Husaini) dihasilkan dalam sebuah persembahan yang momentum muziknya cukup luar biasa. Melodi lagu ini ditinggikan standardnya dengan instrumentasi, efek dan produksi muzik yang sangat-sangat baik. Melodinya addictive, teras Popnya dimanipulasi sebaik-baiknya dengan susunan muzik yang cukup current dan dinamik. Korusnya semakin baik di bahagian kedua sehingga penghujung. Sempurna sebagai sebuah Pop yang cukup tenaganya, kreativitinya juga nilai komersil yang cukup tinggi. Ini antara Pop yang cukup hebat saya dengarkan dalam masa dua tiga bulan kebelakangan ini. Semua aspek membaluti sempurna sesama sendiri - baik melodi, lirik, kemasan muzik sehingga persembahan vokal Hael. Untuk penghasilan lagu ini sahaja saya boleh markah penuh untuk kebijaksanaan Hael dan Iqie meramu sebuah Pop yang sebegini hebat sound yang dihasilkan."
memandangkan undian abpbh dah ditutup, mari lah kita pulun undi lagu bukan lagi kita di carta muzik muzik sahabat sekalian. mana tahu ada rezeki dua lagu ciptaan hael husaini masuk ajl39
Jom undi Hael Husaini untuk kategori Selebriti Tergempak dan MV Diam untuk kategori Video Muzik Tergempak di Gempak Most Wanted Awards 2024 💙 Undian dibuka sehingga 28 Disember. Ini adalah undian pusingan pertama untuk melayakkan calon-calon Top 20 ke Top 5.
Tahniah Hael Husaini dapat ke separuh akhir Muzik Muzik sebagai penyanyi, komposer dan penulis lirik utk lagu Diam dan sebagai komposer dan penulis lirik utk lagu Bukan Lagi Kita nyanyian Nadeera. Semoga ada rezeki ke AJL!
Celaka membawa maksud malang atau sial atau tidak bernasib baik. Juga merupakan satu nama neraka jahannam (wailun). Celaka : malang Kecelakaan : kemalangan/kesusahan Celaka ini membawa makna yg sangat negatif. Sebab itu orang melayu mempunyai persepsi/anggapan perkataan celaka tidak baik digunakan. 'celakanya diri ini mengenali manusia seperti kamu" "Sial/malang/susah nya diri ini mengenali manusia seperti kamu"
Terima kasih semua yang telah mengundi Hael Husaini di ABPBH36 💙 Jom teruskan mengundi hingga undian ditutup esok. Kategori Utama (Penyanyi Lelaki Popular) Kategori Ekstra (Lagu Paling Boom Popular)
Dalam drama My Famous Ex Boyfriend asyik ulang chorus je, tak belanja part lain, geram tau 😂 Bila Hael Husaini nyanyi live masa final Gegar Vaganza, akhirnya dapat dengar verse, tapi itupun bukan full song, pendek sangat. Penantian 2 bulan nak dengar full song akan berakhir malam ni 🎉
Tahniah lagu Diam berjaya menang anugerah Best Theme Song or Title Theme (Malaysia) di Asian Academy Creative Awards 2024👏 Next step mewakili Malaysia compete dengan National Winners dari negara-negara lain. Result diumumkan bulan 12 nanti. Semoga ada rezeki Diam.
baca balik komen2 kat sini, byk yg kata lagu ni boleh menang AJL. tapi kalau tak layak ke separuh akhir, musnahlah harapan AJL. jadi marilah mari kita mengundi sahabat sekalian.
Alamak dah masuk zon bahaya ni...takut terkeluar terus dari carta minggu depan. selagi masih kekal dlm carta, masih ada point yg dikumpul. kita fokus kekalkan dlm carta utk bbrp minggu lagi. 11 minggu tak cukup lama, belum cukup point ni. Jgn putus asa, ayuh undi 💪
Dah lama Hael Husaini tak ada killer song lepas trilogi Jampi-Haram-Hajat. Lagu-lagu sedap ada je, tapi bukan killer song. Diam ni barulah killer song. He's back!
Bayangkan Hael Husaini buat show, opening menyanyi lagu Bintang (sedih gila), lepas tu lagu Diam (marah gila), finally closing Kelentang Kelentong (happy gila) Drastik perubahan graf emosi.
"belum release lagi tapi cuba bayangkan Diam masuk AJL pergh mungkin kita dpt melihat hael berlakon psycho atas stage🫠" tweet this statement last year so let's make it a reality💪🏻we can do our part as his fans..don't forget to vote everyday okay!
Setakat ini 12 lagu ciptaan Hael Husaini telah layak ke AJL. Tujuh lagu dinyanyikan oleh Hael Husaini, lima lagu dinyanyikan oleh penyanyi lain. Sebagai penyanyi, komposer dan penulis lirik AJL39: Diam AJL38: Bintang AJL36: Lara AJL35: Hati AJL33: Haram, Hajat AJL32: Jampi Sebagai komposer dan penulis lirik AJL39: Bukan Lagi Kita AJL35: Peluang Kedua, Belenggu Rindu AJL34: Anta Permana AJL33: Nisan Cinta
Betul betul. Kena planning timing, kalau lambat sangat masuk carta, stress fans mengundi, takut tak cukup minggu 😅 Lepas Diam, calonkan Usia pulak please 🙏
Review Muzik Kita tentang lagu Diam. Muzik Kita beri rating 9/10 untuk album Antonim Part I ------------------------------------ Dibuka dengan single yang menjadi focus track di album ini “Diam” (Iqie Hugh / Hael Husaini) dihasilkan dalam sebuah persembahan yang momentum muziknya cukup luar biasa. Melodi lagu ini ditinggikan standardnya dengan instrumentasi, efek dan produksi muzik yang sangat-sangat baik. Melodinya addictive, teras Popnya dimanipulasi sebaik-baiknya dengan susunan muzik yang cukup current dan dinamik. Korusnya semakin baik di bahagian kedua sehingga penghujung. Sempurna sebagai sebuah Pop yang cukup tenaganya, kreativitinya juga nilai komersil yang cukup tinggi. Ini antara Pop yang cukup hebat saya dengarkan dalam masa dua tiga bulan kebelakangan ini. Semua aspek membaluti sempurna sesama sendiri - baik melodi, lirik, kemasan muzik sehingga persembahan vokal Hael. Untuk penghasilan lagu ini sahaja saya boleh markah penuh untuk kebijaksanaan Hael dan Iqie meramu sebuah Pop yang sebegini hebat sound yang dihasilkan.
Biggest strength hael husaini sememangnya muzik pop. Aku harap antonim part 2 ada lebih bnyk lagu pop dari lagu balada. Part 1 dua pertiga lagu balada.
Hael Husaini tetaplah melawan arus. Walaupun selera muzik majoriti orang kita masih kekal dengan melodi recycle tahun 1990an, sampai sekarang dia masih tak ada lagu macam tu. Lagu-lagu dia tetaplah pelik. Pelik tapi sedap. Sedap tapi pelik. Itulah identiti lagu-lagu Hael Husaini, walaupun genre & emosi berbeza antara lagu.
Cuba bayangkan Perayu dan Diam kedua-duanya di AJL39. Transisi dari terpaling sedih ke terpaling marah. Dah penat merayu, dah letih pasrah menerima segalanya, dah tak larat memendam rasa, sudah cukup ku bertahan, sekarang masa untuk korang semua DIAM, aku nak luahkan semua kemarahan yang selama ini aku pendam! Hopefully Perayu akan dapat masuk carta Muzik Muzik juga 🙏
tenangkah takdirku//biarku memendam rasa//hanya Tuhan yang mengerti//hatiku yang pudar resah menanti adanya bahagia Diam is what happens when this person finally snaps, finally loses patience, finally gets tired of waiting.
Diam berjaya mengekalkan kedudukan sebagai juara Carta Muzik Muzik. Terima kasih semua yang mengundi 💙 Jom teruskan mengundi hingga lagu ini layak ke SFMM39.
Penat hadap dengan family toxic ni.. Lagi ni aku rasa baik yg aku dendam tu dia dgr lagu ni.. Sesuai Sgt dgn org yg toxic2 sila kan dgr lagu ni puas2 bg ko sedar diri tu.
Tak kisah sgt pasal Hael Husaini sbb dia dah pernah menang AJL 2x, tapi aku harap sgt Diam menang #AJL39 utk Iqie Hugh. Lagu ni peluang terbaik Iqie utk menang. Komposer muda hebat yg patut dikenali & dihargai lebih ramai org.
Lirik dia straight foward je.. macam kau nak bgtau kat seseorang tolong diam..diamlah..diamlah gila!!!!!!!!!!!!!!!!!!..tak perlu nak jaja citer sana sini..nak fitnah sana sini.. nak buka aib sana sini dan sebagainya lagi...tapi dlm versi lagu..muzik rentak..bapak best gila!!!!!..hael ada dlam muziknya yg genius tersendiri...
ok target kita sekarang kekalkan Diam dlm carta selama mana yg boleh. tahun lepas Bintang kekal dlm carta selama 17 minggu. for Diam, ini minggu ke-10.
Paling menyakitkan, dikhianati ahli keluarga. Dikhianati sahabat boleh putus sahabat, dikhianati kekasih boleh putus cinta. Tapi keluarga tetap keluarga sampai mati.
Mv ni akhirnya dia hapuskan n tanam orang tu iaitu…dirinya sendiri. Kira macam sisi jahat dalam dirinya yang bising menghasut dia buat perkara tak bagus tu, dia diamkan timbus dalam tanah. Sisi jahat yang ada pada diri kita semua juga yang patut kita diamkan sebelum ia musnahkan kita giteww. Terbaik Hael n Ique Hugh n director mv ni 💯👍🏻
Kumpul markah banyak2 sekarang,, supaya nanti kalau Hael ada calonkan lagu kedua, kita boleh fokus undi lagu tu pulak, tak perlu risau sangat pasal Diam.
3 new entry in a week give big impact not gonna lie but don't give up okay💪🏻as long as Diam is in the charts, just keep voting, don't stop until your fingers cramp
the thing is kita je yg boleh maintain kan kedudukan ni jadi kalau boleh jgn miss satu hari pun utk vote. kalau takut terlupa, masuk 12am terus pergi website and use all acc at different server.
Aku suka betul dengan graf lagu ni. Lirik & melodi tu memang perfect. Rasa puas bila menyanyi, padahal mood aku normal saja. Tidak geram, tidak marah. Tapi rasa puas macam aku tengah luahkan amarah yang dah lama pendam dengan seseorang😂
Masih ada 2 minggu untuk mengundi Hael Husaini di ABPBH 36 💙 Jom teruskan mengundi hingga 30 September. Kategori Utama (Penyanyi Lelaki Popular) Kategori Ekstra (Lagu Paling Boom Popular)
Enak bet musiknya.produk Malaysia emang tak pernah gagal soal musik.nada dan suara bisa nge blend gitu pencarian nada dan lyrik yg tepat dan gak ngasal.
Terima kasih semua. Kata kata anda semua memberi saya lebih semangat untuk keluarkan lagu- lagu yang lain 💪🏻🫶🏻 #Keepstreaming
Bestnya music dalam ni dengar macam lagu luar negara😩😩
Sedap sangat lagu ni hael. The instrumental really complements the melody. I love how you masuk first note je dah terus give me goosebumps. Congrats for making such a great song!!
Hael bile nk keluarkan album koleksi terbaik dan anew full physical album?
Sama² Hael..Kitorang semua sentiasa support Hael Husaini kita nihh..Penyanyi Nombor Shatu-1 Malaysia❤
Bila nak kluarkan kat Spotify?
Masih ada seminggu untuk mengundi Hael Husaini bagi kategori Selebriti Tergempak dan MV Diam untuk kategori Video Muzik Tergempak di Gempak Most Wanted Awards 2024 💙 Undian akan ditutup pada 28 Disember.
Tahniah Hael Husaini, Antonim Part I masuk senarai 10 Album/EP Terbaik Malaysia 2024 Muzik Kita:
"Hael Husaini membelah batas kreativitinya tanpa had. Hal ini jelas dalam penghasilan “Diam” sebagai salah satu Pop yang memberi revolusi sound Hael Husaini sebagai pemuzik. Caranya membentuk Antonim pt.1 cukup cemerlang dengan komposisi melodi yang baik, produksi muzik yang begitu kemas bagi membentuk satu pakej Pop yang cukup current. Ternyata kolaborasinya bersama Iqie Hugh, Hanis Rafis, Omar K dan Ezra Kong benar-benar membuah hasil yang cukup baik untuk perkembangan kariernya."
Throwback full review Antonim Part I oleh Muzik Kita:
Bergerak sebagai seorang bintang Pop yang begitu diraikan muziknya, Hael Husaini sudah membuktikan pada kita semua akan keseriusannya untuk bekerja dalam skala kreatifnya yang tak terbatas. Tidak hanya bergerak sebagai penyanyi, Hael meluaskan landskap muzik yang dia miliki sebagai komposer yang baik.
Hal ini sudah jelas dalam portfolio muziknya yang cukup prolifik dan diperakui. Sejak “Jampi” sehingga “Hajat”, “Haram” and the list goes on, Hael Husaini saya sifatkan sebagai salah satu gerakan Pop yang sangat penting dalam membentuk satu sound yang meninggikan standard muzik tempatan ke tahap yang sangat baik.
Hasil daripadanya, karya-karya yang diciptakan tidak hanya untuk rakaman lagunya semata-mata namun melodi ciptaa Hael sudah dinyanyikan penghibur papan atas daripada Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Jaclyn Victor juga Wany Hasrita semua sudah memperakui kebolehannya.
Meneruskan kelangsungan bermuzik yang tiada putusnya buat Hael, “Antonim pt. 1” menjadi pertaruhan terbaru tahun ini sebagai sebuah album mini yang menjadi pentafsiran terbaik muzik yang mahu dia tonjolkan.
Terbuka untuk bekerja dengan bakat-bakat baru dalam komposisi muzik, nama seperti Iqie Hugh, Firdaus Rahmat dan Hanis Rafi mengisi persembahan perdana Antonim dalam persembahan enam lagu keseluruhan yang ada.
Dibuka dengan single yang menjadi focus track di album ini “Diam” (Iqie Hugh / Hael Husaini) dihasilkan dalam sebuah persembahan yang momentum muziknya cukup luar biasa. Melodi lagu ini ditinggikan standardnya dengan instrumentasi, efek dan produksi muzik yang sangat-sangat baik.
Melodinya addictive, teras Popnya dimanipulasi sebaik-baiknya dengan susunan muzik yang cukup current dan dinamik. Korusnya semakin baik di bahagian kedua sehingga penghujung. Sempurna sebagai sebuah Pop yang cukup tenaganya, kreativitinya juga nilai komersil yang cukup tinggi.
Ini antara Pop yang cukup hebat saya dengarkan dalam masa dua tiga bulan kebelakangan ini. Semua aspek membaluti sempurna sesama sendiri - baik melodi, lirik, kemasan muzik sehingga persembahan vokal Hael. Untuk penghasilan lagu ini sahaja saya boleh markah penuh untuk kebijaksanaan Hael dan Iqie meramu sebuah Pop yang sebegini hebat sound yang dihasilkan.
Kehebatan “Diam” diteruskan dengan komposisi muzik Hael bersama Ezra Kong di lagu “Usia” yang asas Balada pada melodi ini dikemaskan dengan susunan muzik Pop yang memiliki attitude yang tersendiri. Melodinya mengikat dengan sekali pendengaran. Melayaninya dengan mambaca penulisan liriknya cukup membuai dan kecanduan.
Diteruskan dengan “Kejora” (Hanis Rafi / Firdaus Rahmat / Hael Husaini) yang lebih mellow dan melankolis. Persembahan vokal Hael cukup baik di lagu ini - menyeimbangi kehendak melodi juga lirik dengan sangat baik. Ada beberapa momen yang saya kira di lagu ini kedengaran cukup merdu sekali terutama sekali saat dia menyampaikan bait “Bahagia terasa // Bertanya naluriku”.
Tiga lagu terawal di album ini sudah membuat saya benar-benar teruja menikmati kreativiti bermuzik Hael sebelum diteruskan dengan “Hero” (Iqie Hugh / Hael Husaini) datang dengan idea yang lebih fun untuk memecah ilham Pop dengan infusi riff gitar yang keras menerusi instrumentasi muziknya.
Ditutup dengan “Please” dan “Sama Seperti Dulu” yang diramu kembali dengan string session berbeza dengan versi asal, namun saya kira versi asalnya terlalu baik untuk saya move on dengan versi yang baru ini.
“Antonim Pt.1” sebuah naskhah Pop yang solid untuk membebaskan Hael bekerja dengan standard kreativitinya yang cukup tinggi. Kualiti yang diberikan menerusi keseluruhan persembahan album ini saya kira harus dijadikan benchmark untuk semua pemuzik Pop hari ini.
9/10
Memang padu album ni, berbaloi tunggu lama. Tapi itulah... masa Hael Husaini tengah mendunia dengan Jampi, Haram, Hajat, tambah lagi lagu-lagu ciptaan dia untuk penyanyi lain, langsung tak ada bayang AIM. Masa dia tengah slow, tiba-tiba ada balik AIM. Bila dah keluar album, dah buat balik lagu utk penyanyi lain, tak ada khabar berita pasal AIM. Kang dia slow balik, muncul semula AIM 😂
Syabas Hael dan team Antonim. Semoga terus bersemangat menghasilkan album.
Terus menghasilkan karya karya terbaik 👏👏👏
Alhamdulillah, tahniah Hael Husaini, Iqie Hugh dan drama My Famous Ex Boyfriend.
This song needs more recognition ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Hael mmg kreatif.. sbb tu slalu mng AJL.. bukan sbb ank emas.. lagu2 dia mmg best..
artis malaysia ni takut nk bersaing sbenarnya depa jenis kuat termenung. tunggu lagu datang dpn muka. lpastu tak terkenal salahkan budak2 baru nak naik padahal sndiri tk berusaha
@@_non987Orang menghina kita tak perlu menghina semula. Kalau begitu, apa bezanya kita dengan mereka? Jadilah peminat yang bijak, bukan peminat yang terlalu beremosi.
Tahniah Hael Husaini dan Iqie Hugh. Kolaborasi hebat!
1st time dgr terus aku tertarik dgn lagu ni. walau ramai ckp tak bestla apa la. Pada aku ni adalah lagu terbaik dari Hael. ko dgr guna earphone pasti ko akan puas..
Selamat hari lahir Hael Husaini. Semoga dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik dan terus menghasilkan karya-karya yang hebat.
Meledak kolaborasi Hael Husaini bersama Iqie Hugh tahun ini. Dua buah lagu, Diam dan Bukan Lagi Kita, berjaya melangkah ke pentas Anugerah Juara Lagu 39. Lebih hebat, lagu Diam menjadi pemenang Lagu Tema Terbaik di Asian Academy Creative Awards 2024, menewaskan pesaing dari negara Jepun, China, Hong Kong, India dan lain-lain. Semoga ada lagi kolaborasi hebat mereka berdua di masa hadapan!
Suka gandingann Hael Husaini dan Iqie Hugh sejak lagu Sama Seperti Dulu. Sayang lagu tu tak ada rezeki masuk AJL. Alhamdulillah tahun ni rezeki Hael & Iqie berganda.
@@UmairaAznisetakat ni brp lagu diorang collab?
@Jijoejie Empat lagu. Sama Seperti Dulu, Hari Raya, Diam, Bukan Lagi Kita.
Sebelum ni x suka lagu Hael Husaini. Minat pun x. Sebb lagu ni cepat2 cari siapa penyanyi. Rupenyer Hael Husaini. Best...!
gue baru denger lagu ini baru saja di Asian televisi award di Indosiar
Jom teruskan mengundi Hael Husaini untuk kategori Selebriti Tergempak dan MV Diam untuk kategori Video Muzik Tergempak di Gempak Most Wanted Awards 2024 💙 Undian akan ditutup pada 28 Disember.
Ini adalah undian pusingan pertama untuk melayakkan calon-calon Top 20 ke Top 5.
Let's go!
Hari hari saya undi💕
Sesetengah manusia perlu merendahkan orang lain untuk merasa diri mereka hebat. Mereka ini manusia-manusia toksik (seperti yang digambarkan di dalam lagu ini), bukan manusia-manusia kuat.
Sesuai sgt lagu ni ditujukan kpd org mcm tu
Tepat sekali!
Tahniah hael menang asian academy for best theme song...... shhhhh diammm...
Kan..best theme song di peringkat serantau.. Tahniah buat Hael.
Lagu ni menang Asian Academy Creative Awards mengalahkan lagu-lagu dari Jepun, China, Hong Kong. Juri antarabangsa pun kroni Hael Husaini rupanya, kuat betul kabel dia, sampai ke peringkat Asia 😂 Kita tengok nanti adakah haters akan terus pertikaikan tempat Diam di AJL.
Baru pergi tengok tiktok terus gi tengok youtube lagu ni sebab menang 😅
Makin panas hati lah diorang. Get ready je lah lebih banyak kecaman.
@@nughair1133Sama kita niiii😂
Bagi pemahaman aku lagu ni tuju pada diri sendiri. Diri sendiri yang selalu buat kesilapan yang sama dan diri sendiri yang sudah penat dengan kesilapan yang berulang kali. Atau suara dalam hati yang selalu hasut untuk buat benda tak elok. Jadi suara tu perlu diam dan kita usaha untuk pendamkan dengan suruh 'dia' diam. Self sabotage
💯
Suka interpretation ni 👍
Setuju, trbaik komen ni👍
damn
Wow, very interesting!
Mv lagu ni best gempak
Selamat ulang tahun, moga panjang umur, murah rezeki & bahagia bersama keluarga. Moga terus berkarya mengikut acuan sendiri. Jangan terpengaruh dengan ayat-ayat racun pembunuh kreativiti.
Setuju. Jangan pandang belakang tapi terus maju.
Puas hati membaca artikel ni dari Yahoo Life Singapore.
Hael Husaini wins Best Theme Song at the AACA 2024
Heidi Hsia
5 Dec - Hael Husaini has successfully shut his critics up by winning Best Theme Song/Title Theme at the Asian Academy Creative Awards 2024.
The singer, who couldn't attend the ceremony held in Singapore, shared clips from the event where his name was announced the winner, and wrote, "Malaysia, we did it! Praise be to God."
Hael's song "Diam" bested other contenders from various countries like New Zealand, China, Hong Kong, Japan and India to win the accolade. The song was the opening theme of the 2023 iFame-produced TV series, "My Famous Ex-Boyfriend" for Astro, adapted from the Alaf 21 novel, "Petrichor".
The singer himself starred in the drama, playing the role of an artiste called Haque Zuhal.
Earlier, many took to social media to criticise "Muzik-Muzik Semi-Final" jury's decision for picking "Diam" as one of the finalists for this year's "Anugerah Juara Lagu". With Hael winning the award abroad, fans of the singer are now taking to social media to further support his upcoming performance at the annual competition.
Kenapa media Singapura macam lebih memahami situasi dari media Malaysia? Tapi sedihnya orang luar nampak macam mana kita tak menghargai dan meraikan bakat anak tempatan.
@@berengerynorg kita lebih suka kutuk-mengutuk, jatuh-menjatuhkan
@@berengeryn media Malaysia lapar clickbait. Pergi album launching penyanyi tapi article yang keluar semua lebih kepada gosip, komen-komen netizen untuk dijadikan highlight. Hujung-hujung baru tulis, artis X berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran albumnya. Macam gampang.
Hael husaini nie mcm vibes bruno mar kalo buat lagu. Lagu diaorg genre yg lain yg lain tapi mmg akan trngiang d telinga bila d dgr berulang ulang
Kan, setuju👍
Mcm faizal tahir
Ayo Hael, bikin industri musik Malaysia juga bisa mendobrak kembali pasar Indonesia. Kece loh lagunya, wajah baru cara bermusik komposer Malaysia😂❤️👍🙏💪💪💪💪
jangn lupa support album dia antonim part 1 jgk.
He need to international level Hollywood ... Not only Indonesian
Saya tahu lagi ni pun disebabkan finalis semifinal Muzik Muzik.. terus terang cakap pertama Kali dengar lagu ni mcm bunyi mencarut disebabkan ada ayat celaka..😂. tp percaya lah,korang dengar 2 ,3 Kali lagu ini baru korang perasan lagi ni ada sesuatu .. Dari segi Arrangement music memang mantap,apa lagi vokal hael memang padu.. betul org cakap,tak kenal Maka tak cinta.. mcm lagu diam ni juga memang layan..❤❤..sebab itu saya cakap lagu ni ada sesuatu.. Good luck for Ajl..
Happy birthday abg Hael 🎉 May all your hopes and dreams come true.
Congrats Hael lagu ini berjaya🎉🎉❤❤🎉🎉
Lagu ne best..hael antara pencipta lagu d Msia yang luar biasa👏🏻😍
Betul love sangat lagu lagu dia❤
Jalan terus. Bak kata pepatah, tak hidup dek puji, tak mati dek keji.
congats hael masuk ajl, you deserve it!!
Pertama kali dengar lagu nih dah tahu confirm masuk AJL. Sangat fresh!
1st time dgr lagu ni kt radio...terus rse bestnye...kebanyakan lagu2 hael ni 1st time dgr mmg easy listening kt telinga...even sy xminat Hael, tp lagu2 die mmg sedap ar...
Lagu ni mmg deserve brtanding dlm ajl.. not his fans actually tapi lagu ni mmg great la.. first time dgr dh rs best.
First time dengar masa final gegar vaganza dah rasa lagu ni deserves to be in ajl. But at the same time, dah boleh predict ada pihak tak puas hati, sebab setiap kali hael husaini masuk ajl dengan lagu pop, memang akan dipertikaikan, even lagu hajat yg viral semalaysia pun dikutuk tak layak. hopefully hael husaini tak berputus asa mencalonkan lagu-lagu pop yg fresh, challenging & lain dari yg lain di carta muzik muzik. please don't play safe & hanya calonkan lagu balada.
Tu la, bila lagu balada Hael Husaini masuk AJL, kalau dikritik pun tak adalah sampai tahap dipanggil lagu sampah. Takut nanti dia dah tak nak calonkan lagu pop, "lebih baik aku calonkan lagu balada je, lagu balada aku pun banyak." Harap Hael Husaini tak berfikir sebegitu.
@@tigasatubulanlapan my opinion, lagu-lagu pop hael husaini lebih berani meneroka dimensi baru berbanding lagu-lagu balada beliau yg lebih konvensional.
Muzik dia best... international vibe
Ya Hael memang pakar beeimaginasi dgn rentak segar
Hael Husaini & AJL
Solo
Jampi (#AJL32)
Hajat (#AJL33)
Hati (#AJL35)
Bintang (#AJL38)
Diam (#AJL39)
Duet
Haram (#AJL33), with Dayang Nurfaizah
Trio
Lara (#AJL36), with Haqiem Rusli, Naim Daniel
Wow, solo, duet, trio pernah. Lepas ni cuba dgn band pulak.
Aku ni jarang ii suka lagu dkt malaysia ni tapi yang ni serious sedap di dengar mmg level ii international 🙌
Lagu ini Menang Anugerah Best Theme Song (Malaysia) Di Asian Academy Creative Awards 2024 di Singapura beberapa hari lalu. TAHNIAH HAEL HUSAINI!
First time dgr d tiktok..terus jatuh hati..Love❤..song for haters, toxic relationship, etc.
Hael Husaini ni memang trendsetter ya. Gila betul arrangement lagu & lirik dia.
Biasanya chorus tu letak melodi yang sama, dia tidak ya. Satu bawa maksud penegasan, satu lagi memang lepas geram. Lagu ni memang sesuai untuk tahun 2024. Pop melayu baru. Tahniah. Best sangat lagu ni.
Sbb tu dia menang AJL 2x haha
@@smoothlykbutter risk taker betul dia ni.
@@alan2516 i think that’s what sets him apart frm his peers. Dia dgn Naim Daniel, both tak takut nak experiment dengan their limits. Even lagu2 ciptaan dia untuk org lain semua pun top notch
@@alan2516even berlakon tu pun dia ambik risiko besar, tapi berbaloi. aku rasa kalau lagu ni setakat jadi ost drama tanpa kehadiran hael husaini sebagai pelakon, hype & anticipation utk lagu diam ni tak sebesar sekarang. dia berani ambik risiko lakonan dikecam.
@@klspderYa, awal2 je kayu, tapi time scene berat dia boleh bawa lakonan dia tu.👍🏻
lega + happy sangat Diam berjaya ke AJL. Congrats Hael! Lagu ni diiktiraf juri luar negara dan juri dalam negara.
kalau ikutkan lagu2 yg tersenarai utk sfmm tahun ni, rsenya lagu ni ada potensi menang AJL..nombor berapa tu x kesah tp rsenya mmg boleh mng.... rooting for lagu diam Hael, Hening Rindu marsha, dgn Bukan Lagi Kita, Nadheera...
Tahniah, atas anugerah gemilang
Terbaik performance Hael di Jakarta. Puas dengar sound dari Indonesia. Walau bagaimanapun, fanclub kekal terpaling rileks padahal Hael Husaini perform di pentas berprestij.
Fanclub ni volunteer basis, so aku no comment. Yang aku persoalkan, RFE & Astro. Dua artis RFE buat persembahan di luar negara, mana liputan Astro Gempak, officialhlive, ERA dan lain lain? Yang viralkan soundcheck Bukan Lagi Kita Nadeera bukan media milik Astro, tapi XTRA milik TV3. Media Astro semua tidur ke? Tak perasan ada dua artis RFE/Astro perform di luar negara? RFE punya media sosial sendiri pun lebih banyak liputan pasal konsert Sumandak Stars.
@@Purpleplantt Itu satu hal lagi. Hari pertama okay la, ada jugak kongsi video rehearsal dan video performance diorang. Masuk hari kedua lepas tangan, mungkin sebab peminat boleh tengok sendiri secara live streaming. Penat komen benda yang sama. Media milik Astro pun lebih berminat tentang gosip dan komen netizen untuk dijadikan headline, padahal dua artis mereka berdiri di pentas yang berprestij. Tengok la hari kedua tu pihak organizer sendiri yang request diorang nyanyi dua lagu, padahal rancangan awal satu lagu sahaja. Benda ni boleh di highlight, sebab itu bermakna persembahan Hael dan Nadeera memang terbaik. Tapi? Tiada sebarang post dan video pun pasal performance diorang pada hari kedua tu, kecuali dari artis tu sendiri dan peminat mereka.
@@alan2516Betul, padahal hari kedua tu lah main event, ada red carpet, masing-masing menyanyi 2 lagu. Aku perasan ig RFE selalu repost ig Wani Kayrie. Kalau tak buat posting sendiri pun, repost je lah Hael & Nadeera, tak boleh ke?
Why media malaysia ni tk up pasal award yg hael dpt ni yg ada pun 3/4 news je yg ada.. pelik lah haihh era pon senyapp je padahal under astro kot napa ntah Kalau ada kontroversi paling lajuuu ini menang peringkat asia senyap pulekk. Dari malam hael menang kita ni tunggu ajekk media post pasal ni last” yg post ciputt jee sumpah tk expect ni highlight kat susan then hael ni letak celah mana
Akhirnya Hael Husaini kembali ke pentas ajl dengan lagu pop👏Dan kembali ke pentas ajl dengan lagu yang dicipta utk artis lain. Tahniah, dua comeback.
Moga ini jadi pemula kembalinya era pop Hael Husaini. Harap-harap Antonim part 2 ada lebih banyak lagu pop dari Antonim part 1.
Congrats abg Hael, so proud of you!
Hael Husaini tak serik-serik pertaruhkan lagu pelik-pelik untuk bertanding 😂 kudos bro, tak semua penyanyi Malaysia berani. Berani berkarya dan berani pertaruhkan ke pentas besar.
berani lah. tak mcm artis malaysia ni lagu jiwang je. ada yg pegi jauh setakt ni ? tahun 90an bleh lah.
@@_non987sekali lagi, orang menghina, kita tak perlu menghina semula. Kalau begitu, apa bezanya kita dengan mereka? Jadilah peminat yang bijak.
@@UmairaAzni satu nasihat yg baik. terima kasih ☺
Lagu diam dah mara ke ajl semoga juara milik hael ❤
Throwback review lagu Diam oleh Muzik Kita:
"Dibuka dengan single yang menjadi focus track di album ini “Diam” (Iqie Hugh / Hael Husaini) dihasilkan dalam sebuah persembahan yang momentum muziknya cukup luar biasa. Melodi lagu ini ditinggikan standardnya dengan instrumentasi, efek dan produksi muzik yang sangat-sangat baik.
Melodinya addictive, teras Popnya dimanipulasi sebaik-baiknya dengan susunan muzik yang cukup current dan dinamik. Korusnya semakin baik di bahagian kedua sehingga penghujung. Sempurna sebagai sebuah Pop yang cukup tenaganya, kreativitinya juga nilai komersil yang cukup tinggi.
Ini antara Pop yang cukup hebat saya dengarkan dalam masa dua tiga bulan kebelakangan ini. Semua aspek membaluti sempurna sesama sendiri - baik melodi, lirik, kemasan muzik sehingga persembahan vokal Hael. Untuk penghasilan lagu ini sahaja saya boleh markah penuh untuk kebijaksanaan Hael dan Iqie meramu sebuah Pop yang sebegini hebat sound yang dihasilkan."
memandangkan undian abpbh dah ditutup, mari lah kita pulun undi lagu bukan lagi kita di carta muzik muzik sahabat sekalian. mana tahu ada rezeki dua lagu ciptaan hael husaini masuk ajl39
Jom undi Hael Husaini untuk kategori Selebriti Tergempak dan MV Diam untuk kategori Video Muzik Tergempak di Gempak Most Wanted Awards 2024 💙 Undian dibuka sehingga 28 Disember.
Ini adalah undian pusingan pertama untuk melayakkan calon-calon Top 20 ke Top 5.
Dua lagu ciptaan Hael Husaini layak ke AJL. Mantap 👍
Tahniah Hael Husaini dapat ke separuh akhir Muzik Muzik sebagai penyanyi, komposer dan penulis lirik utk lagu Diam dan sebagai komposer dan penulis lirik utk lagu Bukan Lagi Kita nyanyian Nadeera. Semoga ada rezeki ke AJL!
Berbaloi iolls lebam jari undi dua-dua lagu 😂
Rooting for both songs
Kedua2 buah lagu layak ke final AJL 39..🎉
Celaka membawa maksud malang atau sial atau tidak bernasib baik.
Juga merupakan satu nama neraka jahannam (wailun).
Celaka : malang
Kecelakaan : kemalangan/kesusahan
Celaka ini membawa makna yg sangat negatif. Sebab itu orang melayu mempunyai persepsi/anggapan perkataan celaka tidak baik digunakan.
'celakanya diri ini mengenali manusia seperti kamu"
"Sial/malang/susah nya diri ini mengenali manusia seperti kamu"
Terima kasih semua yang telah mengundi Hael Husaini di ABPBH36 💙 Jom teruskan mengundi hingga undian ditutup esok.
Kategori Utama (Penyanyi Lelaki Popular)
Kategori Ekstra (Lagu Paling Boom Popular)
Masih setia mengundi!
Dalam drama My Famous Ex Boyfriend asyik ulang chorus je, tak belanja part lain, geram tau 😂 Bila Hael Husaini nyanyi live masa final Gegar Vaganza, akhirnya dapat dengar verse, tapi itupun bukan full song, pendek sangat. Penantian 2 bulan nak dengar full song akan berakhir malam ni 🎉
Sikit sikit keluar, saja buat kita tertunggu-tunggu 😂
Okey la tu penantian 2 bulan... Bintang penantian 3 tahun, teaser 2020, release 2023, MV masih dalam penantian.
@@tinkertailor305 Ha betul, penantian Bintang lagi lama 😂 Tapi berbaloi, lagu sedap, layak ke AJL. Muzik video je belum ada.
@@jannamadihah kalau aku Hael Husaini, aku release MV Bintang dekat dekat nak AJL nanti, maksimum impak.
YEEEEEEEE
Hael Husaini berada di dalam senarai Top 5 ABPBH 36 (kategori Penyanyi Lelaki Popular). Jutaan terima kasih kepada semua yang telah mengundi 💙💙💙
Tahniah lagu Diam berjaya menang anugerah Best Theme Song or Title Theme (Malaysia) di Asian Academy Creative Awards 2024👏 Next step mewakili Malaysia compete dengan National Winners dari negara-negara lain. Result diumumkan bulan 12 nanti. Semoga ada rezeki Diam.
Lagu ni mmg special, killer song. Kalau tak masuk ajl, mmg aku ngamuk
Diam menang as ost My Famous Ex Boyfriend kan? MFEB ada menang kategori lain tak?
Fly high Hael & Diam 🌠
@@lattalilatTapi Diam da terkeluar dari carta muzik muzik 39😢
@@ramlahidris4851terkeluar ape layak separuh akhir muzik-muzik 39 😅😅😅
Alhamdulillah, tahniah.
Done undi lagu ni kat Muzik-Muzik. Hael Husaini kembali dgn killer song setelah sekian lama, ada potensi juara AJL. Pastikan layak ke separuh akhir!
Betul, jangan sia-siakan.
Lagu Diam akan bertanding pada hari kedua SFMM39. Jangan lupa menonton TV3 pada hari Jumaat, 15 November, 9.00 malam 💙
baca balik komen2 kat sini, byk yg kata lagu ni boleh menang AJL. tapi kalau tak layak ke separuh akhir, musnahlah harapan AJL. jadi marilah mari kita mengundi sahabat sekalian.
Setuju. Ada banyak lagu viral dalam carta sekarang, saingan amat sengit. Kena rajin mengundi kalau nak Diam ke AJL.
😂Macam Afghan
Baru tengok muzik muzik separuh akhir tv3. Terus cari rasa macam unik lagu ni 😊
Alamak dah masuk zon bahaya ni...takut terkeluar terus dari carta minggu depan. selagi masih kekal dlm carta, masih ada point yg dikumpul. kita fokus kekalkan dlm carta utk bbrp minggu lagi. 11 minggu tak cukup lama, belum cukup point ni. Jgn putus asa, ayuh undi 💪
Lagu terbaik minggu pertama muzik-muzik 39. Aku rasalah..sebab melody sedap
SFMM ke?
Setuju,saya pun suka lagu ni.Harap sgt ke AJL.Lagu ni fresh dan unik
Dah lama Hael Husaini tak ada killer song lepas trilogi Jampi-Haram-Hajat. Lagu-lagu sedap ada je, tapi bukan killer song. Diam ni barulah killer song. He's back!
KANNNN HE'S BACKK LURVEEE DARI DULU
Apa maksud killer song?
@@anakpahangtlagu hit
@@anakpahangt lagu yg bleh jd hit sbb muzik dia lain drpd lain
Bayangkan Hael Husaini buat show, opening menyanyi lagu Bintang (sedih gila), lepas tu lagu Diam (marah gila), finally closing Kelentang Kelentong (happy gila)
Drastik perubahan graf emosi.
Dah jerit jerit marah marah suruh diam, pastu "ayuh sayang kita bersua" 🤣🤣🤣 Tapi nampaklah lagu-lagu dia ada variasi, bukan sepesen je semua.
Kemungkinan besar Diam akan jarang dinyanyikan live, sebab perkataan tu.
@@kambingbakarpakmatDah dua kali live performance, both times keluar TV
"belum release lagi tapi cuba bayangkan Diam masuk AJL pergh mungkin kita dpt melihat hael berlakon psycho atas stage🫠"
tweet this statement last year so let's make it a reality💪🏻we can do our part as his fans..don't forget to vote everyday okay!
Beat gila lagu ni aku bagi rate 100/10❤❤
Setakat ini 12 lagu ciptaan Hael Husaini telah layak ke AJL. Tujuh lagu dinyanyikan oleh Hael Husaini, lima lagu dinyanyikan oleh penyanyi lain.
Sebagai penyanyi, komposer dan penulis lirik
AJL39: Diam
AJL38: Bintang
AJL36: Lara
AJL35: Hati
AJL33: Haram, Hajat
AJL32: Jampi
Sebagai komposer dan penulis lirik
AJL39: Bukan Lagi Kita
AJL35: Peluang Kedua, Belenggu Rindu
AJL34: Anta Permana
AJL33: Nisan Cinta
Hael Husaini komposer muda yg sgt berbakat
bakal juara AJL39. Jangan calon lambat-lambat! Bulan depan CALON TERUSSSSSSS
setujuu, saya takde la follow hael ni sangat, tapi bila dia keluar single je terus excited sebab lagu dia masterpiece teruk 😮💨😮💨
Setuju!
Se7
Betul betul. Kena planning timing, kalau lambat sangat masuk carta, stress fans mengundi, takut tak cukup minggu 😅 Lepas Diam, calonkan Usia pulak please 🙏
Setujuuuuu💯
Lagu high class dari hael macam biasa lagu dari hael lain dari yang lain fresh and best
Review Muzik Kita tentang lagu Diam. Muzik Kita beri rating 9/10 untuk album Antonim Part I
------------------------------------
Dibuka dengan single yang menjadi focus track di album ini “Diam” (Iqie Hugh / Hael Husaini) dihasilkan dalam sebuah persembahan yang momentum muziknya cukup luar biasa. Melodi lagu ini ditinggikan standardnya dengan instrumentasi, efek dan produksi muzik yang sangat-sangat baik.
Melodinya addictive, teras Popnya dimanipulasi sebaik-baiknya dengan susunan muzik yang cukup current dan dinamik. Korusnya semakin baik di bahagian kedua sehingga penghujung. Sempurna sebagai sebuah Pop yang cukup tenaganya, kreativitinya juga nilai komersil yang cukup tinggi.
Ini antara Pop yang cukup hebat saya dengarkan dalam masa dua tiga bulan kebelakangan ini. Semua aspek membaluti sempurna sesama sendiri - baik melodi, lirik, kemasan muzik sehingga persembahan vokal Hael. Untuk penghasilan lagu ini sahaja saya boleh markah penuh untuk kebijaksanaan Hael dan Iqie meramu sebuah Pop yang sebegini hebat sound yang dihasilkan.
Mantap Hael Iqie 👏 Memang killer song lagu ni.
Biggest strength hael husaini sememangnya muzik pop. Aku harap antonim part 2 ada lebih bnyk lagu pop dari lagu balada. Part 1 dua pertiga lagu balada.
Panjang gila review, baru satu lagu😂 diorang ada bagi rating tuk setiap lagu tak?
@@lokithor351 tak ada, dorang bagi rating keseluruhan utk album 9/10
Hael Husaini tetaplah melawan arus. Walaupun selera muzik majoriti orang kita masih kekal dengan melodi recycle tahun 1990an, sampai sekarang dia masih tak ada lagu macam tu. Lagu-lagu dia tetaplah pelik. Pelik tapi sedap. Sedap tapi pelik. Itulah identiti lagu-lagu Hael Husaini, walaupun genre & emosi berbeza antara lagu.
Hael Husaini tetaplah melawan
Tak pelik cuma masyarakat kita yg susah nak terima benda moden dan fresh. Dok tangkap leleh tak sudah. Cerminan status sosial masyarakat
Cuba bayangkan Perayu dan Diam kedua-duanya di AJL39. Transisi dari terpaling sedih ke terpaling marah. Dah penat merayu, dah letih pasrah menerima segalanya, dah tak larat memendam rasa, sudah cukup ku bertahan, sekarang masa untuk korang semua DIAM, aku nak luahkan semua kemarahan yang selama ini aku pendam!
Hopefully Perayu akan dapat masuk carta Muzik Muzik juga 🙏
Sy pun berharap Hael calonkan lagu Perayu. OST Khunsa yg paling strong, paling tinggi potensi layak ke AJL (pendapat sy)
Eh macam bersambung pulak jalan cerita Perayu & Diam. Ada kontinuiti.
tenangkah takdirku//biarku memendam rasa//hanya Tuhan yang mengerti//hatiku yang pudar resah menanti adanya bahagia
Diam is what happens when this person finally snaps, finally loses patience, finally gets tired of waiting.
Tapi nanti susah nk undi dua lagu
Diam berjaya mengekalkan kedudukan sebagai juara Carta Muzik Muzik. Terima kasih semua yang mengundi 💙 Jom teruskan mengundi hingga lagu ini layak ke SFMM39.
Alamak Diam dah jatuh nombor 4. jangan lupa undi korang. kita try kekalkan dlm top 5 at least bbrp minggu lagi 💪
Penat hadap dengan family toxic ni.. Lagi ni aku rasa baik yg aku dendam tu dia dgr lagu ni.. Sesuai Sgt dgn org yg toxic2 sila kan dgr lagu ni puas2 bg ko sedar diri tu.
Betuiii, setuju sgt2.👍🏻
Tak kisah sgt pasal Hael Husaini sbb dia dah pernah menang AJL 2x, tapi aku harap sgt Diam menang #AJL39 utk Iqie Hugh. Lagu ni peluang terbaik Iqie utk menang. Komposer muda hebat yg patut dikenali & dihargai lebih ramai org.
Jarang ada lagu yang menyatakan kekesalan tapi dalam bentuk up beat. Memang rasa celaka bila orang buat kita . Thanks Hael for this song!
Lagu ni lebih kpd marah kot tu yg upbeat hehe
Dah lama Hael Husaini tak masuk ajl dengan lagu pop. Jom undi comeback era pop Hael Husaini.
jngn lupa undi dkt carta muzik muzik .
Undi & undi
jom
Bagus lagu ni, boleh menang AJL
Lirik dia straight foward je.. macam kau nak bgtau kat seseorang tolong diam..diamlah..diamlah gila!!!!!!!!!!!!!!!!!!..tak perlu nak jaja citer sana sini..nak fitnah sana sini.. nak buka aib sana sini dan sebagainya lagi...tapi dlm versi lagu..muzik rentak..bapak best gila!!!!!..hael ada dlam muziknya yg genius tersendiri...
Lirik dia straight foward je
ok target kita sekarang kekalkan Diam dlm carta selama mana yg boleh. tahun lepas Bintang kekal dlm carta selama 17 minggu. for Diam, ini minggu ke-10.
We can do it!
terbaik. antara penyanyi lelaki yg punya kelas tersendiri. harap hael jadi legend
Don't give up korang, undi lagi selagi boleh💪
Masokan kembali dalam carta muzik muzik
Perghh , 2.2 juta views tu , bnyk gilee , memang hebat la 🎉
Talented!
Dikhianati sahabat seratus kali lebih menyakitkan dari dikhianati kekasih.celakanya diri ini kenali manusia seperti kamu Ahmad Tarmizi.
Yang ni betul
spill nama penuh bro....kang terasa semua Ahmad Tarmizi 😂
Paling menyakitkan, dikhianati ahli keluarga. Dikhianati sahabat boleh putus sahabat, dikhianati kekasih boleh putus cinta. Tapi keluarga tetap keluarga sampai mati.
@@zahirah963betul sis😢
@@Adiputra085Ahmad Tarmizi yg tak makan cili tak yah la terasa pedas😁
Jom undi Hael Husaini di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 36), kategori Penyanyi Lelaki Popular 💙 Undian akan ditutup pada 30 September.
Bole kasi link nya,?
@@ramlahidris4851tak boleh letak link luar, komen kena delete. Google "ABPBH 36" 💙
Mv ni akhirnya dia hapuskan n tanam orang tu iaitu…dirinya sendiri. Kira macam sisi jahat dalam dirinya yang bising menghasut dia buat perkara tak bagus tu, dia diamkan timbus dalam tanah. Sisi jahat yang ada pada diri kita semua juga yang patut kita diamkan sebelum ia musnahkan kita giteww. Terbaik Hael n Ique Hugh n director mv ni 💯👍🏻
ada improvement, tak jatuh banyak sangat minggu ni. Don't give up, keep voting korang💪
All the best Hael Husaini. Semoga Diam & Bukan Lagi Kita kedua-duanya ada rezeki ke AJL.
Aku letak lagu 'Diam' sebagai lagu No 1 dari Hael Husaini setakat ini, memg terbaik la..
Aku letak lagu Diam sebagai lagu
good job korang👍👏 3 minggu juara carta, sama macam Bintang last year. Mari kita try tambah lagi💪
Kumpul markah banyak2 sekarang,, supaya nanti kalau Hael ada calonkan lagu kedua, kita boleh fokus undi lagu tu pulak, tak perlu risau sangat pasal Diam.
@@Elsa-zo5lh betul, setuju!
3 new entry in a week give big impact not gonna lie but don't give up okay💪🏻as long as Diam is in the charts, just keep voting, don't stop until your fingers cramp
the thing is kita je yg boleh maintain kan kedudukan ni jadi kalau boleh jgn miss satu hari pun utk vote. kalau takut terlupa, masuk 12am terus pergi website and use all acc at different server.
Aku suka betul dengan graf lagu ni. Lirik & melodi tu memang perfect. Rasa puas bila menyanyi, padahal mood aku normal saja. Tidak geram, tidak marah. Tapi rasa puas macam aku tengah luahkan amarah yang dah lama pendam dengan seseorang😂
Masih ada 2 minggu untuk mengundi Hael Husaini di ABPBH 36 💙 Jom teruskan mengundi hingga 30 September.
Kategori Utama (Penyanyi Lelaki Popular)
Kategori Ekstra (Lagu Paling Boom Popular)
Diam berada di kedudukan #2 Carta Muzik Muzik minggu ini. Terima kasih semua yang mengundi 💙 Jom teruskan mengundi hingga lagu ini layak ke SFMM39.
Jom
Enak bet musiknya.produk Malaysia emang tak pernah gagal soal musik.nada dan suara bisa nge blend gitu pencarian nada dan lyrik yg tepat dan gak ngasal.