Bapa jatuh sakit apabila tahu atirah bukan anak kandungnya

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 27 มิ.ย. 2021
  • #BuletinBernama : Kesilapan meletakkan tanda nama ketika dilahirkan 20 tahun lepas dipercayai akibat kecuaian kakitangan sebuah hospital di Kota Bharu, Kelantan sehingga menyebabkan Noratirah Husin 'tertukar' ibu bapa, meninggalkan kesan mendalam kepada wanita itu.
    Tambahan lagi, 'ayah' yang membelanya selama ini, Husin Omar meninggal dunia pada usia 64 tahun akibat sakit jantung pada November tahun lepas, selepas ujian DNA diketahui pada September 2019 mengesahkan dia bukan anak kandung lelaki itu.

ความคิดเห็น • 830

  • @harisyoung4110
    @harisyoung4110 3 ปีที่แล้ว +1104

    20 tahun lebih terbela ank org lain ni kalau menang saman ni juta2 dapat ni, lg2 smpaikn kena sakit jantung bapak dia tu, kukuh kes ni.

    • @tiniali1963
      @tiniali1963 3 ปีที่แล้ว +74

      @Wan Zyan selain kakitangan hospital, selalunya organisasi yg berkenaan kena tanggung juga. Kalau hospital kerajaan, kerajaan la yg kena tanggung, kalau hospital swasta, hospital tu la yg kena. Wpun nurse/kakitangan tu dh tak ada, organisasi tu masih ada....

    • @miaphoenix173
      @miaphoenix173 3 ปีที่แล้ว +24

      Tak payah lah. Dia dididik dgn baik

    • @harisyoung4110
      @harisyoung4110 3 ปีที่แล้ว +152

      Didik n layan dgn baik pun tapi pihak yg cuai ttap nk kena brtanggungjawab.. ni sama je dgn penganiayaan, bab darah daging n keturunan ni bkn bole buat main.. andai kata dorang dua tu dh nikah n diwalikn plk bapak yg bkn darah daging trus jd tak sah, sapa yg akn tanggung dosa tu ?

    • @miaphoenix173
      @miaphoenix173 3 ปีที่แล้ว +3

      @You Tiub in shaa Allah.. trm ksh atas nasihat

    • @ahmadnadzran4720
      @ahmadnadzran4720 3 ปีที่แล้ว +7

      Bila dtg satu mslh cuba cari jln selesaikan, bkn lari atau tambah lg mslh..

  • @fuzzfizz
    @fuzzfizz 2 ปีที่แล้ว +174

    Adryana paling kesian dalam cerita ni. Tiba tiba dia jadi "yatim-piatu", tak pernah kenal mak kandung dia, tak sempat kenal ayah kandung dia dengan lebih lama.

    • @sitiaishahabdolgani1543
      @sitiaishahabdolgani1543 2 ปีที่แล้ว +8

      Atirah pun tk sempt jumpa ayah dia

    • @syedalyahya
      @syedalyahya 2 ปีที่แล้ว +5

      @@sitiaishahabdolgani1543 atirah boleh cari lagi

  • @mairaa9184
    @mairaa9184 3 ปีที่แล้ว +272

    Lebih kesian pada Iwani....
    Yatim piatu secara hakikat.
    Namun, Allah Maha Kuasa. Maha Bijaksana.
    Hanya masa yg akan menunjukkan natijah segala kejadian. Sabar dan redho. Yakini percaturan Allah hanya utk yg terbaij.

    • @GalaxyJ-dc8lu
      @GalaxyJ-dc8lu 3 ปีที่แล้ว +2

      😭😭

    • @Aeybiseediy
      @Aeybiseediy 3 ปีที่แล้ว +11

      Hikmah kpd kpd kedua kembar. Takdir jd anak yatim piatu pd usia muda tp ditakdirkan juga dpt bersama keluarga yg elok dan serba mampu

  • @marinateddy3012
    @marinateddy3012 3 ปีที่แล้ว +412

    Tahhh laa aku kesian dgn kembar yg bukan anak kandung tu ... Bayangkan rasa bukan adik beradik ..mcm rasa terpinggir pulakk

    • @atiqahsalam3291
      @atiqahsalam3291 3 ปีที่แล้ว +31

      Kan ..ksian kt dia ...dalah lain sngt muka

    • @HeavyBreathingCat
      @HeavyBreathingCat 3 ปีที่แล้ว +49

      Aku kesian kat yang kandung tu pulak. Yg bukan kandung tu mesti takkan terpinggir. Sebab dah lama kenal dgn adik-beradik. Adik-beradik pun mesti lebih selesa dgn yg bukan kandung sbb membesar sama2. Yang kandung tu diorg baru lagi kenal. Muka diorg pun agak lain jugak. Yg bukan kandung dan kakaknya cantik makeup (sbb mungkin diorg membesar sama2, belajar sama2) yg kandung tu biasa2 je. Huhu. Kalau aku jadi yang kandung tu akan rasa mcm kacau keluarga diorg pulak. :(

    • @nikzu288
      @nikzu288 2 ปีที่แล้ว +1

      😭

    • @sitiaishahabdolgani1543
      @sitiaishahabdolgani1543 2 ปีที่แล้ว +9

      Tpi last mk kembar yg sebnr tu jga mereka bertiga jdi tk terpisah dhlh

    • @MuhammadMuaz92
      @MuhammadMuaz92 2 ปีที่แล้ว +11

      lebih kesian yg bukan kembar tu, dah la xsempat jumpa ibu kandung, kakak², ayah pun kenal sekejap saja.. tapi apa² pun keluarga angkat dia dh jaga dia mcm anak kandung sendiri dan perasaan tu takkan berbelah bagi..

  • @eagleeyes9637
    @eagleeyes9637 3 ปีที่แล้ว +1062

    Haishhh elok disaman je hospital tu disebabkan cuai.. Nie cuai tahap super nie.. Allahuakbar masuk habuk pulak mata nie adeii, yal btl

    • @mystique_2k874
      @mystique_2k874 3 ปีที่แล้ว +22

      @@cwfmobile7125 x kena pd kita kannnn

    • @kyo4156
      @kyo4156 3 ปีที่แล้ว +74

      @@cwfmobile7125 ada hikmah atau tidak, saman tetap saman....kalau rumah kau kena pecah, kau redha je ke? Xbuat report polis?

    • @firdausabdulwahab9703
      @firdausabdulwahab9703 3 ปีที่แล้ว +39

      @@cwfmobile7125 sedap la sembang, mmg la ad hikmah, try jd kat diri sendiri tgk mcm mana rasa

    • @wirapalongsoccerstaracadem7995
      @wirapalongsoccerstaracadem7995 3 ปีที่แล้ว +19

      @@cwfmobile7125 yg lain smua kondem lu bro...aku support...benda ni walaupun nmpak besar, kita ni diajar sikap mahmudah sejak kecil...Allah beri nikmat kpd bukan si kembar tu utk sempat kenal siape mak ayah walaupun xsmpat jumpa ibu kndung selama 20tahun...lama tu..benda yg sukar utk diterima...tapi ingat, nikmat Allah beri...Allah nk tgk ape tindakan kita...adakah kita mampu utk memaafkn pkerja hospital stelah 20tahun ataupun sebaliknya menyaman...dlm hadis pon ada myebut Allah syg org2 yg sabar...bukan gfriend kita, Allah yg syg..ingat, kesedihan ni adalah ujian dan nikmat...kpd yg mgecam ni, set balik tujuan hdup dmuka bumi..mmg xkena ats btg hidung...tapi kita cuba ke arah itu..ape salahnye trima pdapat baik org lain...ni asyik nk mnidakkan aje..hmm...cepat sgt tgh tu menaip tanpa fikir...wallahua'lam

    • @indifferentyoongi7088
      @indifferentyoongi7088 3 ปีที่แล้ว +3

      @@wirapalongsoccerstaracadem7995 ye,yang Budak Tak matang atas nie patut sumbat dalam Lori,konon hidup kondem orang jer tau

  • @aredaamie2079
    @aredaamie2079 3 ปีที่แล้ว +387

    Sedihnya yg sorang tu x sempat jumpa ibu kandung. Nasib ada ibu susuan

    • @meowsocomel5252
      @meowsocomel5252 3 ปีที่แล้ว +47

      Ya..bagus awak sedar. Mereka semua adik beradik Susuan. Ayah susuan juga. Jadi tak de batas aurat haram berkahwin. Sebab tu Allah takdirkan ada hukum susuan

    • @aredaamie2079
      @aredaamie2079 3 ปีที่แล้ว +23

      @@meowsocomel5252 syukur kan ada hukum yg mempermudahkan umat

    • @Aya-te6cv
      @Aya-te6cv 3 ปีที่แล้ว +3

      Bukn sorg lg xsempat jumpa ayah jg ke? Yg tu pula xsempat jumpa ibu n jumpa skjp je ayah.

    • @aredaamie2079
      @aredaamie2079 3 ปีที่แล้ว

      @@Aya-te6cv Athirah tu ke? Ayah kandung dia dah meninggal?

    • @Aya-te6cv
      @Aya-te6cv 3 ปีที่แล้ว

      @@aredaamie2079 sbb ms diorg check dna cuma sebut ayah atirah n ibu adryani, gmbar pun xde bp yg adryani tu.

  • @ainurmardhiah4570
    @ainurmardhiah4570 2 ปีที่แล้ว +45

    indahnya islam,bayangkan kalau xde istilah ibu susuan n so on...mesti situasi lagi rumit...bte Alhamdulillah Allah pertemukan jgk dgn keluarga sebenar walaupun dh besar🥲

  • @rinduhilmani1147
    @rinduhilmani1147 3 ปีที่แล้ว +40

    Mak ayah sedih bukan sbb dia bukan anak kandung tapi sedih bagaimana nasib anak kandung sekarang. Adik beradik pun rasa ingin tau di mana pasangan kembarnya.

  • @amadbrothersstudio6112
    @amadbrothersstudio6112 3 ปีที่แล้ว +51

    20 tahun lebih menangung kecuaian . Banyak jiwa terluka , terkejut , trauma , sedih . Saman mesti diteruskan . Agar menjadi pengajaran buat kakitangan hospital yg buat kerja sambil lewa .

    • @inigerobokbunyi8388
      @inigerobokbunyi8388 3 ปีที่แล้ว +9

      sangat setuju! itu lah masalahnya bila bekerja focus hanya nak balik cukup waktu, dn sampai masa, makan duit Pencen hasil rakyat!

    • @magicaries4193
      @magicaries4193 10 หลายเดือนก่อน +1

      Biasa staff kerajaan terumatama dekat hospital ni kerja dorang sambil lewa bukan semua tp kebanyakkan la kerja nak senang jer kualiti kerja macam taik

  • @eevee1482
    @eevee1482 3 ปีที่แล้ว +47

    Macam sinetron Puteri Yang Ditukar. Tngok citer tu pon aku sedih sayu. inikan pula realiti😭😭😭 semoga tabah dengan ujian ini.

  • @nurinbelle1301
    @nurinbelle1301 3 ปีที่แล้ว +142

    Hikmahnya kejadian ini dua keluarga menjadi satu keluarga yg besar.

    • @fauziahahmat3836
      @fauziahahmat3836 2 ปีที่แล้ว

      Bagaimna pun semua nya dh jadi adik beradik susuan

  • @misscaptain5744
    @misscaptain5744 2 ปีที่แล้ว +49

    Kesian dekat Adryana Iwani...dua2 parents sebenar dia da takda n sempat kenal sekejap je 😢

  • @mamr2428
    @mamr2428 3 ปีที่แล้ว +78

    Semoga Adriana iwani tabah..sbb dia cuma dapat jumpa ayah kandung dia 2 bulan dan xpernah jumpa ibu kandungnya yang telah wafat sebelum itu lagi..

    • @niynasehzadebayezid6776
      @niynasehzadebayezid6776 2 ปีที่แล้ว +1

      Adryani tu dgn athirah tu kembar kan? Cuma dibesarkan dlm family yg lain? Dan berangapan yg adryana tu kembar dia? Means yg tertukar tu athirah dan adryana eh? Ish pening😂

    • @mamr2428
      @mamr2428 2 ปีที่แล้ว

      @@niynasehzadebayezid6776 pandai..

    • @sitiaishahabdolgani1543
      @sitiaishahabdolgani1543 2 ปีที่แล้ว

      Atirah pun tk sempt jumpa ayah kandung dia dh meninggal

  • @noraziyantalib2163
    @noraziyantalib2163 2 ปีที่แล้ว +56

    dr 1 sisi islam, mereka bertiga sebenarnya dlm perlindungan Allah kerana dpt tahu perkara sbnr skrg bukan slps kahwin... jika tidak.. akn panjanglah kisah hidup duka mereka... ujian dlm rahmat Allah

  • @b_kaljenazah
    @b_kaljenazah 3 ปีที่แล้ว +300

    Tapi dah jadi adik beradik susuan. Insya-Allah pasti ada hikmah di sebalik segala yang berlaku.

    • @spykillersproduction5915
      @spykillersproduction5915 3 ปีที่แล้ว +16

      Betul... Dah jadi adik beradik susuan..auto jadi anak sendiri.. Cuma wali x boleh ditukar ganti.. Islam itu Indah.. Allah sebaik baik perancang.. Hikmah Allah tu luas... Cepat atau lambat je utk Allah ungkaikan sesebuah kisah kita di dunia... Sebab dia syg kita.. 😊
      Nak saman individu yg cuai tu dah nk cari mana.. Saman pada hospital tempat mereka lahir je la... Utk dijadikan pengajaran kpd Kakitangan staf yg ada disitu sekarang supaya lebih Hati2 dalam tugas..ni melibatkan hati serta perasaan kedua belah keluarga dan jua melibatkan psikologi antara kedua belah pihak👌allahu

    • @hakimzima90
      @hakimzima90 2 ปีที่แล้ว +1

      Bakal jenazah ?

    • @b_kaljenazah
      @b_kaljenazah 2 ปีที่แล้ว +1

      @@hakimzima90 Ya, kita semua adalah Bakal Jenazah. ☺️

  • @mazilaabdulmanap9619
    @mazilaabdulmanap9619 2 ปีที่แล้ว +10

    Subhanallah! Kecuaian yang sukar dimaafkan, pasti!!!

  • @peacefulindian318
    @peacefulindian318 3 ปีที่แล้ว +40

    Alhamdulillah,semua dah selesai dgn baik.
    Ini semua krn kecuaian pekerja2 hospital.😚

  • @muhammadnazrinnazrin7192
    @muhammadnazrinnazrin7192 3 ปีที่แล้ว +140

    Kasih syg bukan diukur dgn pertalian darah atau tidak.... Suami isteri pun xde pertalian darah, tapi masih boleh berkasih syg sehingga ke akhirnya

    • @ahmadfakharudin2983
      @ahmadfakharudin2983 2 ปีที่แล้ว +6

      memang la kasih sayang x diukur pada pertalian darah,
      sekarang diorang terkilan sebab kecuaian, bukan soal kasih sayang tu.
      suami isteri sah jimak dan boleh terpisah dengan lafaz cerai.
      adik beradik plk mahram dan takkan terpisah hubungan darah daging die walau apa jadi.

  • @zuten88
    @zuten88 3 ปีที่แล้ว +367

    Takpe dah jadi anak susuan tu.. anak sendiri ke, tersilap anak ke, yang penting didikan yang baik, boleh berbakti kat orang tua..

    • @idahaniselhaq
      @idahaniselhaq 3 ปีที่แล้ว +9

      Betol3 😁

    • @nazerulnaz6929
      @nazerulnaz6929 3 ปีที่แล้ว +33

      Kalau time khawin macam mana, wali satu masalah kalau terkhawin adik beradik ni bukan isu kecil

    • @alynasyazwani647
      @alynasyazwani647 3 ปีที่แล้ว +10

      @@nazerulnaz6929 tu yg takut.

    • @shahdanz956
      @shahdanz956 3 ปีที่แล้ว +3

      Anak dia tertukar pon pmpuan... Jadi xjdi isu utk family ni...

    • @alynasyazwani647
      @alynasyazwani647 3 ปีที่แล้ว +3

      @@shahdanz956 isunye tgtg perasaan. Kita da biasa dgn yg sorang ni. Rupanya dia bukan saudara kandung. Sampai bila2

  • @lailamajnun6140
    @lailamajnun6140 3 ปีที่แล้ว +242

    mcm mne ek perasaan..kembar kite rpt dgn org lain..selesa dgn org lain…bandig ngn kite ni..halamakk…sedih weh…mcm kne palau pn ada…

    • @yuyu.ghaziproduction4485
      @yuyu.ghaziproduction4485 3 ปีที่แล้ว +29

      Sedih jgk bila kembar dia cakap camtu 😭

    • @lailamajnun6140
      @lailamajnun6140 3 ปีที่แล้ว +30

      @@yuyu.ghaziproduction4485 betulll..kembar dia ckp lg selesa dgn yani tu…sedih plak…ptot xyh gtw pn..

    • @zachlukman5766
      @zachlukman5766 3 ปีที่แล้ว +9

      alaa, sepupu aku ade je kembar seiras tapi tak ngam. duduk skola asrama pun nk skola asing2 tak nak sama. haha

    • @lailamajnun6140
      @lailamajnun6140 3 ปีที่แล้ว +4

      @@zachlukman5766 byk nye aq jmpe cmni jgk..tp ade yg rpt..smpai pisah skit pn nangis2…hahah…selalu nye prmpuan la

    • @noraadam159
      @noraadam159 3 ปีที่แล้ว +13

      Kira yg sorang tu sempat jmpa ayh kandung sekejap je la. Ayah kandung dia pulak rapat dgn athirah, iwani pulak rapat ng athirah... Lps ni byk hal mereka boleh share btiga, bkn berdua lagi. 1 permulaan jalan yg baru yg lebih indah. Ada hikmah.. Yg pasti adik beradik susuan

  • @saifulmisai9746
    @saifulmisai9746 3 ปีที่แล้ว +26

    Xpe... bersyukur sbb dibesarkan dlm keluarga yg penuh kasih syg dan keluarga dh jalankn tggjwb yg baik beri pendidikan dan agama yg cukup smpi skrg.alhamdulillah....syukur perancangan Allah SWT itu lbh baik dri segalanya.

  • @snowmoon8050
    @snowmoon8050 3 ปีที่แล้ว +39

    Kesiannya. Semoga Allah beri kemudahan kpd adik2 ini dn keluarganya dlm menghadapi situasi ini.

  • @nurhidayah966
    @nurhidayah966 3 ปีที่แล้ว +29

    Apa yg berlaku ada hikmahnya.. Allah s.w.t sebaik-baik perancang.. ada hikmah yg mungkin tak nampak.. walau macamana pun, dia dibesarkan dgn baik.. tu pun dah bersyukur.. semoga tabah menghadapi Hari yang mendatang

    • @nosiahmdisa2694
      @nosiahmdisa2694 3 ปีที่แล้ว

      Mcmana blh terperasan tukar anak?k

  • @lenabiyi6265
    @lenabiyi6265 3 ปีที่แล้ว +192

    Allah lebih mengetahui. Semoga semua yg terlibat redha dgn qada' & qadar ini. Sebagai hamba tiada apa yg mampu d lakukan. Walaupun menang saman pasti x dapt mengembalikan apa yg terlepas & apa yg menggantikan apa yg hilang

    • @jayyhaleelo9796
      @jayyhaleelo9796 3 ปีที่แล้ว +10

      Trjalin nya 2 buah klrga yg sblum tidak prnh mngenali antara 1 sama lain..adik beradik makin bertmbh ramai..Mgkn ada hikmat disebaliknya..

    • @sitizuraidahmdshairi7331
      @sitizuraidahmdshairi7331 3 ปีที่แล้ว +2

      Betul tu..setuju

    • @MrKencang87
      @MrKencang87 3 ปีที่แล้ว +2

      Mereka yang merasai, jadi hak mereka untuk saman atau tidak. Bukan hak kita kerana bukan kita yang lalui..
      Dalam kehidupan ni, ada benda yang kita boleh cuai, ada benda yang kita tak boleh cuai. Ada benda yang kita cuai, boleh dimaafkan, dan Begitulah sebaliknya walaupun kecuaian itu boleh dimaafkan, tetapi tetap perlu hukuman supaya tidak berulang lagi kecuaian itu..
      Itulah fungsi kenapa Mahkamah ada di dunia ini, Syurga dan Neraka di akhirat nnt. Wassalam..

    • @ahmadyusof1754
      @ahmadyusof1754 3 ปีที่แล้ว

      @@MrKencang87 baik ikut undang2 Allah. Nak saman maknanya kita sengaja ikut undang2 dunia drp undang2 Allah. Kita kena buat pilihan yg baik.

    • @miloais5260
      @miloais5260 3 ปีที่แล้ว

      @@MrKencang87 manusia bukan sempurna memang akan terjadi kalau kehendak Allah. Kau ingat nurse tu sengaja ke, cukup je klau dia minta maaf dgan kluarga tersebut. Sekarang urusan dia dengan kluarga tersebut.

  • @nuraalia3186
    @nuraalia3186 3 ปีที่แล้ว +26

    Moga tiga2 ni mmbesar menjadi anak2 yg solehah dan berjaya selalu ❤️

  • @sitinorsoffiasheikhrosli6970
    @sitinorsoffiasheikhrosli6970 3 ปีที่แล้ว +25

    Masha Allah sngt terkesan dpt berita ni.. Ya Allah Yang Maha Agong. Ada hikmah dri apa yg berlaku... 💞

  • @syedendyfazrin2985
    @syedendyfazrin2985 3 ปีที่แล้ว +133

    Ada sebab Allah jadikan semua ni. Allah tak pernah silap.

    • @shortcut7325
      @shortcut7325 3 ปีที่แล้ว +22

      Apa yg buruk berlaku ats kesalahan dan kecuaian manusia tu sendiri bro.xperlu guna agama utk menutup kesalahan sndiri.

    • @dj-or2kl
      @dj-or2kl 3 ปีที่แล้ว +10

      @@shortcut7325 tetapi ada kalanya kejadian ni ada hikmah bro

    • @zakiah_ramli
      @zakiah_ramli 3 ปีที่แล้ว +9

      Antara hikmahnya dua keluarga menjadi satu keluarga yang besar❤️ masyaa Allah alhamdulillah

    • @ibnusadun2293
      @ibnusadun2293 3 ปีที่แล้ว +8

      @@shortcut7325 baik atay buruk semua dgn kehendak allah,,kesalahan tu lain salah tetap salah,,bukan main agama utk selamat dri,,apa trjadi semua kehendak allah atas sitap apa yg berlaku,,dn x dak sapa nk tutup kesalahan sapa2 pn,,

  • @aj8774
    @aj8774 3 ปีที่แล้ว +12

    Anak itu anugerah Tuhan, tidak kiralah anak siapa pun, apabila kita mengasuh, mendidik, merawat n sebagainya, tiada istilah dia anak orang lain, lagi best bertambah keluarga, saja2 orang hendak berikan anak kepada orang lain, susahlah sikit, di besarkan dalam keluarga mana pun tiada apa masaalah pun, yang penting anak itu di pelihara n bukan di buang, kepada bapa tidak perlu sedih n susah hati, apabila kita memikul amanah yang telah di berikan oleh Tuhan kepada kita menjaga anak yang di berikan oleh Tuhan terimalah dengan baik n berbesar hati, bertambah lagi ahli keluarga, anak itu amanah Tuhan kepada ibu bapa, amanah Tuhan yang Tuhan berikan, tidak kiralah anak siapa pun, kita umat Islam ini bersaudara, cuma berlainan ibu bapa sahaja, tapi bersaudara se Agama, anak itu tertukar semasa kecil adalah hikmahnya itu, hanya Tuhan yang tahu maksud tersurat n tersirat, boleh jadi beri kita peluang untuk mendidik n menjaga anak orang lain jadi anak kandung, mungkin dengan ini dapat lagi menjalinkan hubungan persaudaraan n talisilaturrahim, fikir yang positif, bukan negetif, fikir perancangan Tuhan itu adalah yang terbaik, tiada beza kita ni di antara satu sama lain, kita semua datang dari tempat yang sama, mengapa perlu bersedih, sepatutnya gembira bertambah lagi ahli keluarga, apa2 pun untuk bapa berkenaan bergembiralah bertambah lagi ahli keluarga, setiap perancangan Tuhan adalah yang terbaik Aamiin

  • @Tengku-zaril
    @Tengku-zaril ปีที่แล้ว +3

    Salute sama bapa dia sbb jaga anak dy dgn baik dn sihat sampai sekarang 👍👍

  • @rahmybzeyes994
    @rahmybzeyes994 3 ปีที่แล้ว +17

    Mengalir airmata ku mendengar kisah ini, sedih dan tak tau mcm mana mereka2 ni nak menghadapi situasi sekarang.

  • @user-sf5ri7qn3y
    @user-sf5ri7qn3y 7 หลายเดือนก่อน +1

    cantik nya athirah ani dan ana..semoga sentiasa di berkati dan di rahmati ALLAH beautiful angels

  • @jihad_muslim9644
    @jihad_muslim9644 3 ปีที่แล้ว +45

    Aku kesian yg bkan kembar tu.. Apa perasaan dia bila thu dia bkan spe2 pde kembar tu.. Sedih doh.. Gila kecuaian mcm ni

  • @Zack_z89
    @Zack_z89 3 ปีที่แล้ว +119

    Suddenly semua org check balik dgn mak ayah diorg.. samada diorg ni betul ke anak kandung diorg 😂😂😂

    • @NAEMA911
      @NAEMA911 3 ปีที่แล้ว +9

      Muka sy mmg sama dgn ibu. Perangai pun sama. 🤣

    • @hearyyie9712
      @hearyyie9712 3 ปีที่แล้ว +4

      untung aku lahir kt rmh..kami adik beradik semua lahir di rmh kecuali adik aku yang bongsu

    • @ahmadfawwazismailzanudin5719
      @ahmadfawwazismailzanudin5719 3 ปีที่แล้ว +2

      @@hearyyie9712 Habis ahh adik hang... hahaha

    • @rshdhsfr
      @rshdhsfr 3 ปีที่แล้ว +2

      @@ahmadfawwazismailzanudin5719 hahahaha jahat lah 😂

    • @muhammadshahazwansaleem6960
      @muhammadshahazwansaleem6960 3 ปีที่แล้ว +1

      @@NAEMA911 muka kembar tu pun sama.. 😜

  • @abdulhamidmohammad1974
    @abdulhamidmohammad1974 3 ปีที่แล้ว +43

    Kementerian harus pandang berat hal ni. Jangan jadi lagi. Hangin rakyat nanti.

    • @drsurayaskincare_dssc_chan5797
      @drsurayaskincare_dssc_chan5797 3 ปีที่แล้ว +1

      Takdir sudah tertulis begitu

    • @koory0uz904
      @koory0uz904 3 ปีที่แล้ว +1

      @@drsurayaskincare_dssc_chan5797 kalau anak lelaki yg tertukar, lepas tu kawin sendiri dgn kakak sendiri..?

    • @jii8171
      @jii8171 2 ปีที่แล้ว

      @@koory0uz904 takdir Allah dah buat cantik2 insyaAllah x jadinya mcm tu, tgok perempuan semua tu, mmg salah pekerja hospital namun takdir mmg begitu🤦🏼‍♀️ ni percaya qada dan qadar x? Org yg beriman x ckp mcmtu, tuhan kau zalim kah? Sbb tu byk doa mintak petunjuk mesti Allah tunjuk, sentiasa ada kebaikan di penghujungnya🤲

    • @koory0uz904
      @koory0uz904 2 ปีที่แล้ว

      @@jii8171 pernah ada kes la bro, adik beradik lelaki kawin dgn kakak sbp masa bayi dorang tertukar parents ,siap beranak pinak

    • @orkeddiary2758
      @orkeddiary2758 2 ปีที่แล้ว

      Saman jangan tak saman

  • @tokbagan9121
    @tokbagan9121 2 ปีที่แล้ว +6

    Ni bahana bila kerja sambil lewa. Amanah dlm kerja sgt penting. Have pride in doing your job

  • @maahadtahfizalisatiqamah
    @maahadtahfizalisatiqamah 2 ปีที่แล้ว +10

    Takdir Allah siapa yang sangka. InsyaAllah bersatu semula di Syurga.

  • @ummiwalid980
    @ummiwalid980 3 ปีที่แล้ว +622

    TAPI AIR SUSU BADAN IBU ANGKAT BRMKNA TAK BATAL AIR SOLAT

    • @cwfmobile7125
      @cwfmobile7125 3 ปีที่แล้ว +59

      Betul betul saya sokong kenapa nk susah .hati kerana setia susu badan adalah batal air sembahyang

    • @nkadhaasadra
      @nkadhaasadra 3 ปีที่แล้ว +144

      Ade dgr ceramah ustaz, 5x susu badan dgn ibu laen, automatik jd ank sndri, haram berkahwin dgn adk brdik susuan, cuma wali je xboleh di ganti, wali nikah hanya bapa/adk brdk lelaki yg sebenar/atok/bapak sedara sebelah ayah dan wali hakim slps di wakil kn.

    • @hayatmuratentertainment4
      @hayatmuratentertainment4 3 ปีที่แล้ว +46

      @@cwfmobile7125 tpi yg kita khuatiri sekiranya keluarga kandung dia ada ank lelaki .. ditakuti terkawin abg sndri atw adk sndri..

    • @ichaechacomel435
      @ichaechacomel435 3 ปีที่แล้ว +25

      Bila kita cuai kije,ingat la...salah dosa org kita yang tanggung.wa nauzu billah.

    • @arizhaes-fahan4729
      @arizhaes-fahan4729 3 ปีที่แล้ว +18

      Betul tu. Dan kuasa Allah jugak, misteri ni diketahui tepat pada waktunya.

  • @paralgine9891
    @paralgine9891 3 ปีที่แล้ว +51

    ade hikmah dsblik semua ini..!untungnye msing2 ade 2 kluarga

    • @cwfmobile7125
      @cwfmobile7125 3 ปีที่แล้ว +4

      Betul betul saya sokong ada hikmah yang terjadi

  • @luvmekahmadinah4164
    @luvmekahmadinah4164 3 ปีที่แล้ว +31

    Simpati... Sesuatu terjadi, sudah Pasti ada Hikmahnya.. (kata2 drp alim ulama)

  • @nurzara2757
    @nurzara2757 2 ปีที่แล้ว +5

    perkara dah pun terjadi. Nak saman pon, saman je lah. Tak nak pon, xpe. Sbb ia ubah apa2. Di pandangan Allah SWT, kita semua bersaudara, asal kita menjaga rukun iman n Islam sebaiknya. 💝

  • @camakcalo2028
    @camakcalo2028 2 ปีที่แล้ว +5

    Terime jelaa dgn redhaa.. Berkasih sayang la sesame manusia..in shaa Allah bahagie sampai bile2☺️🌺✨

  • @yujiro5557
    @yujiro5557 3 ปีที่แล้ว +17

    Paling sakit sekali Adryana..Allahu bertabah ya dik..Allah maha mengetahui..

    • @jii8171
      @jii8171 2 ปีที่แล้ว

      @𝗗𝗮𝘁𝗼' 𝗕𝗼𝘁𝗮𝗸 𝗖𝗵𝗶𝗻 hahahambar

  • @rauzahmahbib6083
    @rauzahmahbib6083 9 หลายเดือนก่อน

    Tertukar baby kat hospital ni semuanya ketentuan ALLAH sta.siapa lah kita untuk mempertikaikan.saya salute org2 yang berkerja di hospital.saya Sangat2 hormat mereka.

  • @mskmoto4973
    @mskmoto4973 3 ปีที่แล้ว +38

    Dh mcm dlm gambaq sinetron Puteri Yang Ditukar"

  • @houseofcats3374
    @houseofcats3374 3 ปีที่แล้ว +113

    Jgn di buat main main...melibatkan aurat,mahram ,faraid..kena jaga betul betul.dlm islam penting kerja kena disiplin,dedikasi dan jujur.ni pulak tertukar anak disebabkan kecuaian.

    • @MIsa-iq4sj
      @MIsa-iq4sj 3 ปีที่แล้ว +20

      Semua tu x boleh pakai sebab selama ni x tau, itu takdir..dah Tau baru boleh buat apa yg patut ikut syarak dgn nasihat mereka yg berilmu.

    • @meenaa6053
      @meenaa6053 3 ปีที่แล้ว +19

      mesti dah jadi ibu susuan..

    • @MIsa-iq4sj
      @MIsa-iq4sj 3 ปีที่แล้ว +4

      Status tu x d ketahui,itu pun sekira nya ketiga tiga mereka d beri susu badan oleh ibu yg membesarkn mereka...ni real punya putri yg d tukar.

    • @khadijahbintihasan1314
      @khadijahbintihasan1314 3 ปีที่แล้ว +8

      Dah jadi ank susuan dah ni

    • @dzulrashdi6689
      @dzulrashdi6689 3 ปีที่แล้ว +5

      Nasib baik belum khawin. Kalu khawin bspa jadi wali pada bukan anak dia. Maka.....

  • @Ummu_Umara
    @Ummu_Umara 3 ปีที่แล้ว +48

    Berapa banyak kes tertukar bayi yang tak diketahui???? Na'uzubillahi

  • @zulidham2364
    @zulidham2364 3 ปีที่แล้ว +54

    Tapi tiga2 comey

    • @muhammadfarid9962
      @muhammadfarid9962 2 ปีที่แล้ว +2

      aku baru nk komen..dh ada yg komen..🤣

  • @mustafasakilan3404
    @mustafasakilan3404 2 ปีที่แล้ว +28

    Nasib baik org islam syukurlah walaupun tersentak hati. Belajar sunguh2.

    • @captainkaizo3824
      @captainkaizo3824 2 ปีที่แล้ว +1

      Mmng boleh bersyukur. Tapk tak semua dapat tahan. Kalau tak ayah dia tak mninggal tahu tntg tu. Aku doakan siapa yg besarkan anak tu untuk masuk ke syurga. Aamiinnn

  • @ky8885
    @ky8885 3 ปีที่แล้ว +49

    syukur alhamdulillah adik2 ni dpt tahu keluarga kandungnya.. kalau dia dpt tau lepas kawin,kemungkinan melibatkan wali xsah.. Allahu Akbar

    • @hikerskental5790
      @hikerskental5790 3 ปีที่แล้ว

      Lagi parah kalau terkawin dgn adik beradik sendiri

  • @moharinaabdulshukor8464
    @moharinaabdulshukor8464 2 ปีที่แล้ว +2

    Innalillahi wainna illahirojiun, takziah buat seluruh ahli keluarga arwah atas kehilangan ini. semoga tabah, sabar dan redho dengan ujian ini.

  • @faraht1250
    @faraht1250 3 ปีที่แล้ว +2

    Kamu bukan kehilangan tapi mendapat seorang lagi ahli keluarga kesayangan. Semoga kedua-kedua keluarga dirahmati Allah.

  • @m.s.t1941
    @m.s.t1941 3 ปีที่แล้ว +7

    Ape pun sabar lah..buat sesuatu yang lebih baik tuk keluarga..walaupun lain2 atau terpisah,Masih sesama bangsa,ikatan silaturahim eratkan,kukuh kan,demi keluarga Dan adik beradik..

  • @zaitonabdulmajid3716
    @zaitonabdulmajid3716 3 ปีที่แล้ว +2

    Walau pun bukan anak kandung....ia tetap seorang insan yang Allah anugerahkan kepada ibu dan bapa.Tentu Allah saja yg tahu mengapa ia terjadi....kerana Dia Maha Pengasih....kasih sayang bukan sekadar pertalian darah.

  • @symatzar6945
    @symatzar6945 3 ปีที่แล้ว +2

    jgn rumitkan keadaan, dorang mmg 1 keluarga. Dibesar dgn baik. Bukan soal hukum hakam, ni kes x sengaja. cuba letak diri kita kat tempat dorang ttba esok tu parent bukan parent sebenar kita... Setiap tahun raya salam, solat sama2, makan sama2.. ttba nak esk nak raya tu ada hukum.. da x boleh salam raya mak bapak sendiri dan hukum lain2.
    Ni namanya kita empathy. Jgn nak label org empathy sebagai "pemikiran liberal", "x bole ikot akal fikiran semata2 " "jgn guna otak tp guna panduan quran" peliknya keluarga tu rilek jr bab faraid org luar pulak gelabah mcm ada share sama..

  • @MrKencang87
    @MrKencang87 3 ปีที่แล้ว +2

    Mereka yang merasai, jadi hak mereka untuk saman atau tidak. Bukan hak kita kerana bukan kita yang lalui..
    Dalam kehidupan ni, ada benda yang kita boleh cuai, ada benda yang kita tak boleh cuai. Ada benda yang kita cuai, boleh dimaafkan, dan Begitulah sebaliknya walaupun kecuaian itu boleh dimaafkan, tetapi tetap perlu hukuman supaya tidak berulang lagi kecuaian itu..
    Itulah fungsi kenapa Mahkamah ada di dunia ini, Syurga dan Neraka di akhirat nnt.
    Mudah2an Allah kurniakan kita Syurga tanpa hisab. Maaf andai tersalah bicara..
    Wassalam..

  • @mahfudmdm5815
    @mahfudmdm5815 3 ปีที่แล้ว +11

    Kasian berita paling menarik dimalaysia ketika ini semoga nanti selepas virus Corona beransur pulih media TV Indonesia bisa mengundangnya mereka bertiga.

    • @BruceWaynez
      @BruceWaynez 3 ปีที่แล้ว +4

      They no need publicity, respect their privacy. Cukup sekadar disini masyarakat umum tahu melain kan ada tindakan undang2 diadakan baru ada sidang media.

  • @ROGERROGERKELATEOfficial
    @ROGERROGERKELATEOfficial 2 ปีที่แล้ว +1

    Al fatihah buat arwah ayah adk athirah.semoga terus tabah hadapi ujian ini.sempat berborak seminggu sebelum arwah pergi.semoga proses perbicaraan berjalan lancar.Amiin

  • @mrjoemarc
    @mrjoemarc 3 ปีที่แล้ว +5

    Sedihnya tak dapat bayangkan ingatkan selama ni tinggal dengan keluarga betul2 tapi rupanya bukan anak kandung. 20 tahun bukan masa yang singkat, lain rasanya bila dah tinggal bersama utk terima benda ni. Mungkin ada hikmah apa yang terjadi semua ni.

  • @PasemboqtempeChannel
    @PasemboqtempeChannel 3 ปีที่แล้ว +4

    Allahu. Semoga x berulang lagi kesilapan macamni. Aamiin ya rabbal'alamin...

  • @khairulazlee3745
    @khairulazlee3745 3 ปีที่แล้ว +2

    Rupanya adryana iwani tu bukan adik beradik kandung.. Jgn bersedih iwani.. Mungkin Allah dah takdirkan semua ni.. Allah ada perancangan terbaik utk iwani.. Ada hikmah di sebalik semua ni..

  • @azimahisnin5293
    @azimahisnin5293 3 ปีที่แล้ว

    Bersyukurlah nak....sgl yg brlaku ada hikmahnya.......teruskn brsilaturrahim...jaga kedua belah pihak....kamu beruntung punya keluarga besar....subhanallah.

  • @TheLavennovell
    @TheLavennovell 3 ปีที่แล้ว +1

    Alhamdulillah, masing2 walau tertukar dapat keluarga yang baik2.

  • @MrDalimahat
    @MrDalimahat 3 ปีที่แล้ว +11

    Ini lgi giler 20 tahun salah anak…😅 baby tertukar pun kena saman teruk…

  • @zainabhussin3914
    @zainabhussin3914 3 ปีที่แล้ว

    Sabarlah adik adik sy doakn anda semua brjaya dunia dan akhirat. Semua kejadian adalah ketentuan Allah. Majulah kedepan.

  • @abbas3487
    @abbas3487 3 ปีที่แล้ว +2

    Alhamdullilah...tetukar skali pun ...tetap diberi nikmat keluarga yg baik...

  • @eynahamdi7168
    @eynahamdi7168 2 ปีที่แล้ว +2

    Paling sedih anak sebenar yg xpernah dpt kenal ayahibu tuu😭

  • @nasranmuhammad8228
    @nasranmuhammad8228 3 ปีที่แล้ว +1

    Moga Allah merahmatimu, ketiga2 insan terpilih ini, merahmati kedua2 ibu dan bapamu yg melahir dan membesarkanmu dgn penuh tanggungjawab walaupun diakhirnya mengetahui kamu berdua bkn anak kandung masing2. Alhamdulillah'ala kerana sempat bertemu ayah sebenar sblm dijemput Allah. Ingatlah kamu bertiga adalah saudara kandung dan saudara sesusu dalam Islam. Kekalkanlah ukhuwah ini hingga ke Jannah.

  • @wahyudiwahyudi7536
    @wahyudiwahyudi7536 3 ปีที่แล้ว +15

    Ya Alloh😭😭😭ikut nangis aqu

  • @katemmymmy5818
    @katemmymmy5818 3 ปีที่แล้ว +1

    Sabar la kalian semua nak.. Semoga kalian senantiasa di lindungin... Sehat.. Beetemu dgn ibu kandung... Dan jgn sekali2 terlupa dgn org yg dah membesar kn kalian semua....

  • @missfeyzaa2870
    @missfeyzaa2870 3 ปีที่แล้ว +12

    Muka iras sangat2 Ya Allah 😭🥺

    • @norshamshielaothman2583
      @norshamshielaothman2583 3 ปีที่แล้ว +1

      Tu pon tau sebab kembar seiras. Bayangkan kalau bukan kembar seiras

  • @nooraribahnoorid401
    @nooraribahnoorid401 3 ปีที่แล้ว +25

    Nak tau,macam mana boleh terfikir nak buat DNA test?Alhamdulillah masih berkesempatan berjumpa ayah kandung.Alhamdullillah ada 2 keluarga yang menyayangi mereka.Banyak hikmahnya itu.

    • @rosenaniyahya5209
      @rosenaniyahya5209 3 ปีที่แล้ว +3

      Bgmana dh besar ni dpt maklumat ank tertukar sb setelah kian lamanya baru mncari... siapa yg beritahunya ya🤔🤔..

    • @nevermineitsok5519
      @nevermineitsok5519 3 ปีที่แล้ว +22

      Mse sekolah ada program.. kwn2 yg kembar tu ckp.. kt sekolah dorg, ada muka sama mcm yg kembar lg satu tu.. lpas tu senyap mcm tu je.. kali kedua program yg lain, mmg dorg terjumpa.. btl2 trserempak sesama sendiri.. pastu tahu pulak tarikh lahir sama.. dorg decide nk buat dna test tu.. mse mula2 ibu yg kembar tu, mcm xnk buat, yela mcm ssh nk terima knyataan dh besarkn ank org, syg ank org.. ank sdri plak dbesarkn org lain.. tu yg ble dh thu keputusan tu trduduk xthu nk ckp apa dh.. dgr2 mcm tu la ceritanya..

    • @lailamajnun6140
      @lailamajnun6140 3 ปีที่แล้ว +3

      @@nevermineitsok5519 betul…tp mcm pelik…knpe trfkir bt dna test..mcm mne blh trfkir nk bt..xkn sbb muka serupa je terus nk bt…dgn xtau pn kembar seiras ke x mse dorg lahir tu… bnde nk jd kn..bnde x logik blh trjdi jgk

    • @nevermineitsok5519
      @nevermineitsok5519 3 ปีที่แล้ว +7

      @@lailamajnun6140 xthu la.. sbb ctenye mmg mcm tu.. mungkin tuhan nk tunjuk kot.. tu pn dorg cte secara ringkas.. sbb lpas jpe tu dorg ada saling contact, lpas thu tarikh lahir pn sme, hospital pn sme.. mgkin la dorg rse cm something xkena.. mgkin byk lg perkara2 lain yg dorg tnya.. kdg2 tuhan gerak kn hati.. mgkin dorg pn dh wt istikharah ke semua dlu sblm wat keputusan nk test dna tu.. wlaupun kte rse mcm pelik.. tp xmustahil kn.. cme syukur la sbb dorg dh thu hal sebenar

    • @nuruljoo
      @nuruljoo 3 ปีที่แล้ว

      @@lailamajnun6140 mungkin juga yg trtukar tu ade iras dgn adik bradik ankat kembar yg trtukar tu.. dan dia tgk semua sama tarikh lahir,hospital..minat pn sama... mcm xpcaya semua benda pn sama sbb ti kot diorg nk buat test

  • @enfieq
    @enfieq 3 ปีที่แล้ว +8

    Muzik pon pakai lagu drama korea yg pernah boom satu masa dlu.. Autumn in my heart.. Cerita pasal tertukar anak jgk..

    • @zachlukman5766
      @zachlukman5766 3 ปีที่แล้ว

      autumn in my heart ending pelik doh

    • @enfieq
      @enfieq 3 ปีที่แล้ว

      @@zachlukman5766 nama pon drama..hehe..😂

    • @violet-kv2ew
      @violet-kv2ew 3 ปีที่แล้ว +1

      Ost winter sonata - my memory

  • @eiomeyeona8476
    @eiomeyeona8476 3 ปีที่แล้ว +20

    😭😭nangis aku tgok Minn...

  • @Skull7727
    @Skull7727 3 ปีที่แล้ว +1

    Ini semua Allah yang takdirkan, ada hikmah disebaliknya.

  • @pokdogo7012
    @pokdogo7012 3 ปีที่แล้ว

    Sangat bermakna.disebalik sedih..sekurang2nya tahu siapa layak jadi wali nikah nanti.agar tak terus dalam zina..ramai yang abaikan hal remeh ni....untk jaga reputasi kan

  • @sistersroomco2790
    @sistersroomco2790 3 ปีที่แล้ว +3

    Allahu... Sedihnya LA... Bayi tertukar bkn perkara main2 ya... Dia satu tragedi yg menyedihkan...

  • @sitisarahzakariya2002
    @sitisarahzakariya2002 2 ปีที่แล้ว +18

    Paling sedih , c tudung coklat lah...dia cuba cover perasaan dia...

    • @furballcamara4694
      @furballcamara4694 2 ปีที่แล้ว +1

      Betul. Dia x sempat jumpa ibunya .. bapanya pula pergi x lama kemudian. Hrp ibu bapa yg ada tu bela dia sampai bila2

  • @azriaimran3418
    @azriaimran3418 3 ปีที่แล้ว +1

    Wah... Comey - comey belako... 🤗🤗🤗🤗🤗

  • @abm1653
    @abm1653 3 ปีที่แล้ว +12

    Sabor..Dlm Syurga bertemu jua.. Akan dikumpul satu keluarga

  • @farhaleo2001
    @farhaleo2001 3 ปีที่แล้ว +13

    Tiber aku pulak rasa ragu2😅😅😅😅

  • @n.anna.
    @n.anna. 3 ปีที่แล้ว +1

    Allahu 😭😭😭 berat ujian mereka ...

  • @user-xt9qy5vh6e
    @user-xt9qy5vh6e ปีที่แล้ว

    Aku yg hati keras mcm ni pn boleh berair mata😂😂😂 ..sedih doh xdpt di ungkapkan dgn kata2..aku doakan smoga mereka smua diberi kesihatan yg baik jdoh yg baik.amiin

  • @Cik_Siput.Luar_Biasa
    @Cik_Siput.Luar_Biasa ปีที่แล้ว +1

    sekarang Noratirah Husin(kembar sebenar kepada Adryani Iwani bt Ibeni Yanin) telah bertukar nama kepada Atirah Iwani bt Ibeni Yanin di JPN selepas mufti kelantan mengatakan kembar yg tertukar wajib bertukar bin/binti kepada nama ayah kandung. manakala Adryana Iwani Ibeni Yanin(nama lama) kini bertukar nama kpd Adryana Iwani binti Husin.

  • @anizabakar9640
    @anizabakar9640 2 ปีที่แล้ว

    Semua jadi takdir...sedih ttp sedih..tp dah berlaku..hikmahnya..kedua2 keluarga menjadi rapat..dan semakin ramai adik beradik..kita luhat pada hikmah..

  • @kainiezamchannel9001
    @kainiezamchannel9001 3 ปีที่แล้ว +2

    Dalam hal aku rasa adryana paling sedih...aku leh rasa apa yg die rasa...

  • @inigerobokbunyi8388
    @inigerobokbunyi8388 3 ปีที่แล้ว

    saman hospital dan kakitangan yg terlibat.hentikan pemberian Pencen serta merta agar jadi pengajaran kpd semua kakitangan awam yg lain agar betul-betul melaksanakan tugas tanpa cuai!

  • @sarajpjhassan3952
    @sarajpjhassan3952 3 ปีที่แล้ว

    Ya Allah sedihnya x apa sis ada hikmah semua ini bykkan bersabar

  • @anterebic2688
    @anterebic2688 3 ปีที่แล้ว

    Aduhaiii...sedihnya mereka..mgkin ada rahmatnye disebalik ape yg berlaku..fkir yg baik2 jer..

  • @ejuschula447
    @ejuschula447 3 ปีที่แล้ว +5

    Bg aku, duduk je la dgn ibu bapa yg bukan darah daging tp telah mmbesarkn kita. wat pe duk nga kluarga DNA/BIO klau ia buat mnderita ht & perasaan

    • @safriezakaria7175
      @safriezakaria7175 3 ปีที่แล้ว +1

      tapi salah siapa..salah keluarga sah dia ke? tak kan.. kenapa keluarga sebenar dia pulak nak disalahkan..

    • @missnurulfatinnajihahbinti3625
      @missnurulfatinnajihahbinti3625 3 ปีที่แล้ว

      Diorang ddk sekali dkt rmh parents kembar.

  • @sibujursireh
    @sibujursireh 3 ปีที่แล้ว +3

    Teringat cerita Korea autumn in my heart

    • @laobe5119
      @laobe5119 2 ปีที่แล้ว

      Background music pun dri autumn in my heart

  • @godfreygisat6452
    @godfreygisat6452 2 ปีที่แล้ว

    kalau aku anak dah basar panjang macam ni, alhamdulillah dah tak kisah dah,dah reziki dia hidup dengan kita ,segala yang berlaku itu sudah ketentuan terima ja

  • @roslimohamad9099
    @roslimohamad9099 3 ปีที่แล้ว +1

    itulah klu kerja sambil byk bercakap. tiada konsentrasi. semua benda nak diceritakan, nak dibualkan.

    • @honeybadgertigertiger2972
      @honeybadgertigertiger2972 3 ปีที่แล้ว

      Nasibaiketika itu handphone cuma untuk cakap dgn mesej sahaja kalau tidak lu fikirlah sendiri

  • @salmahsaad7993
    @salmahsaad7993 3 ปีที่แล้ว

    Adoh.... sedihnya...namun semuanya itu berlaku dgn izin Nya mungkin ada hikmah yg kita tidak tau.....semoga dgn apa yg berlaku ini ada kebaikan kpd semua....aamin

  • @sitijamilahdanuumbara
    @sitijamilahdanuumbara 3 ปีที่แล้ว

    Anggap je ini satu ujian dari Allah SWT kepada hambanya,ada hikmah disebalik semua yang berlaku hanya Allah SWT yang menngatahui semua ini....yang penting kita bersyukur dengan apa yang terjadi itu semua ujian dari Allah SWT...😭😭😭

  • @krishnaturusamy4104
    @krishnaturusamy4104 3 ปีที่แล้ว +1

    Anyway. ...GOD bless all of you
    Take care of yourself. ...
    Good luck. ...
    by heart. ...

  • @abbynady
    @abbynady 3 ปีที่แล้ว +25

    still ayah kau even bukan sama darah..dia yg menjaga

    • @meowsocomel5252
      @meowsocomel5252 3 ปีที่แล้ว +8

      Ayah susuan. Hukum sama MCM ayah sendiri. Mcm adik beradik Susuan..

  • @nmj3735
    @nmj3735 3 ปีที่แล้ว

    Syukur. .. wlpn tertukar, dua2 dpt kasihsayang secukupnya.

  • @15208ad200
    @15208ad200 2 ปีที่แล้ว

    Adryana dan Athirah dapat keluarga lebih besar . Alhamdulillah.

  • @zaidhashim7132
    @zaidhashim7132 2 ปีที่แล้ว

    Innalillahi wainailahi rajiun takziah kepada arwah ayah nya 🙏🙏 🙏🙏

  • @azamzan4144
    @azamzan4144 3 ปีที่แล้ว +6

    Keluarga besar...semoga bahagia..