PASAR PENDEKAR PASIR PUTEH KELANTAN | PASAR PAGI DALAM KEBUN GETAH | KEDAI KOPI PENDEKAR
ฝัง
- เผยแพร่เมื่อ 29 ต.ค. 2024
- Hari ni kami akan bawa anda ke sebuah pasar yang terletak di Kampung Guntong Pasir Puteh Kelantan. Hari ini adalah hari perasmian Pasar Pendekar juga dikenali dengan nama Pasar Kampung Guntong. Keunikan Pasar Pendekar ini ialah pasar tersebut berada dalam kebun getah. Tak siapa sangka dalam ladang getah ada sebuah pasar pagi yang sangat meriah. Di Pasar Pendekar ada menjual pelbagai keperluan harian seperti sayur-sayuran, ikan dan gerai makanan. Pasar Pendekar yang sebelum ini dikenali dengan nama Pasar Pagi Kampung Guntong ini telah ditukar nama kepada Pasar Pendekar. Penduduk setempat sebelum ini memanggil dengan nama pasar pagi dalam kebun getah kerana lokasi nya yang amat unik iaitu dalam kebun getah.
Lokasi Pasar Pendekar
goo.gl/maps/j7...
Lawati juga blog Addashuk
www.addashuk.com
Waktu Operasi Pasar Pendekar ini adalah seawal pukul 6 pagi hingga 12 tengahari iaitu hanya pada hari jumaat sahaja. Pada hari Majlis Perasmian Pasar Pendekar, pengunjung serta penjual digalakkan memakai pakaian ala-ala pendekar dan juga pakaian tradisional masyarakat Kelantan.
Pasar Pendekar ini terletak di Kampung Guntong Pasir Puteh Kelantan iaitu 500 meter dari jalan Pasir Puteh ke Kota Bharu. Disini juga terdapat gerai jualan barangan terpakai, ikan anak pokok, beg, mainan kanak-kanak dan yang paling penting sekali ialah ada sebuah kedai makan iaitu Kedai Kopi Pendekar. Sekiranya anda berkunjung kesini, jangan lupa menikmati juadah makan pagi dengan suasana seperti era 50an. Kedai Kopi ini menyediakan meja makan dan kerusi dan yang paling unik ialah ada juga disediakan tikar dan meja untuk anda semua merasai pengalaman orang dulu-dulu.
Pasar Pendekar ataupun juga dikenali dengan nama Pasar Bunian telah dirasmikan pada 14 Oktober 2022 iaitu dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Penduduk Kampung Guntong Wakaf lanas dengan kerjasama Jawatankuasa Kebudayaan Pelancongan dan Perpaduan Daerah Pasir Puteh. Pasar Pendekar ini dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Pasir Puteh, YABrs. Tuan Haji Ahmad Adlee Bin Yasin. Untuk memeriahkan lagi majlis perasmian ini pengunjung dan peniaga digalakan untuk memakai pakaian zaman dahulu bagi mengambarkan suasana zaman era 40an, 50an. Pakaian ala-ala pendekar bagi lelaki sangat dialu-alukan bagi generasi sekarang merasai zaman datuk nenek mereka dahulu.
Jangan lupa memberi sokongan kepada Addashuk Channel ini untuk kami membuat lebih video-video menarik untuk tontonan anda semua. Terima kasih kerana menonton.
Memang best makan bersila atas tanah macam tu. Angin pulak sepoi-sepoi bahasa. Dikelilingi dengan kehijauan. Mantap 🥰
Boleh la dtg sini nanti..
Mantap 🤩
Terima kasih tuan Akinyamok
Menarik Pasar Pendekar. Macam-macam ada
Menarik sini.. Kena dtg sekali
@@Addashuk In Shaa Allah
👍👍👍👍
molek sekali sekalo wat petunjukan silat situ ms ari pasar
Jolo tu.. Baru keno dgn nama pasar pendekar
Mantap terbaik.... Cantik view dron
Terima kasih ih.. 😅
Nice😍
Keno gi tu pasar pendekar 😅😅
Yak x dea nk gi jgk....napok hebat wirawati tuh hehe, pendekar x terbe kow tu baru nie....
Kawe beli tanjak rm35 sini.. Buleh bwk anak2 mari sini jea
Terbaik tuan kita hadir tanda support selalu
Terbaik bang
Wah! Ini rare! Opening hebat ,ni yg terbaik pasal Negeri Pantai Timur mengekalkan warisan dan tradisional Melayu setempat. Saya Ada perasan mengenai pemakain semutar penggunaan Kain Lepas kemudian dapat tengok yg wanita Ada yg pakai seperti Cek Siti Wan Kembang pemerintah wanita zaman zilam Negeri Kelantan..penggunaan 3 lapis pakaian wanita Cara lama...penggunaan batik yg memang sinonim dengan org Pantai Timur. Apapun terbaik my bradah ❣️
Waaaa semutar memang sangat sinonim dgn org tua2 di Kelantan, kebanyakan org tua kat Kampung masih lg pakai semutar