SEJARAH TINGKATAN 3 BAB 1. 2 FAKTOR KEDATANGAN KUASA BARAT

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 11 ก.ย. 2024
  • Faktor kedatangan kuasa barat pada abad ke-16
    i) Barangan mewah
    - kuasa Barat pada ketika itu berminat untuk mendapatkan bahan seperti rempah-ratus, minyak wangi,emas,perak dan hasil hutan
    - Orang Eropah mendapatkan barangan mewah dari China
    ii) Pusat pengumpulan barang
    - sebagai tukaran, negara China mahukan emas, perak, bijih timah dan lain-lain, barang-barang ini boleh diperoleh di Kepulauan Melayu
    - syarikat perdagangan tersebut memerlukan pusat pengumpulan bahan mentah tempatan.
    iii) Pelabuhan persinggahan
    - Kuasa Barat memerlukan pelabuhan yang sesuai sebagai tempat berlimdung sementara menunggu peralihan angin monsun.
    - untuk memudahkan mereka kapal berlabuh, mengisi bekalan air, makanan dan kemudahan membaiki kapal
    iv) Agama Kristian
    - matlamat penjajahan mereka adalah untuk kekayaan, keagamaan dan kemasyhuran
    Kedatangan kuasa barat pada abad ke-17 dan 18
    i) Revolusi perindustrian
    - Revolusi perindustrian berlaku di Britain pada abad ke 17 manakala negara Eropah lain abad ke 18
    - Selepas berlakunya revolusi perindustrian, dasar kuasa Barat berubah corak, mereka perlu mencari pusat perdagangan dan menguasai tanah jajahan yang dapat membekalkan bahan-bahan mentah bagi keperluan kilang perusahaan mereka secara berterusan
    - perindustrian ini membolehkan barangan dikeluarkan secara besar-besaran, oleh itu kawasan pasaran yang lebih luas perlu dicari untuk memasarkan barang tersebut supaya keuntungan dapat dimaksimumkan.
    Kedatangan kuasa barat pada abad ke-19 dan 20
    i) Perkembangan industri kereta
    - menambahkan permintaan untuk hasil getah
    - hasil getah merupakan bahan penting dalam perusahaan penebat barangan elektrik
    ii) Kesuburan tanah dan kekayaan hasil bumi
    - Negara kita mempunyai tanah yang luas, subur dan iklim yang sesuai untuk tanaman.
    - Negara kita juga kaya dengan hasil bumi seperti bijih timah, bijih besi, emas, petroleum dan arang batu
    iii) Industri mengetin
    - Pada abad 19 Amerika Syarikat memerlukan penggunaan bijih timah untuk industri mengetin makanan, mengetin minuman, membuat bumbung rumah dan tong minyak
    - disebabkan itu harga bijih timah melambung tinggi
    - selepas tahun 1840, permintaan bijih timah bertambah dengan pesat
    iv) Pembukaan Terusan Suez
    - menghubungkan Pelabuhan Said di Laut Mediterranean dan Suez di Laut Merah telah mempercepat urusan perdagangan
    - perdagangan di antara Alam Melayu dan benua Eropah semakin betambah.
    v) Ciptaan Kapal Wap
    - Abad 19 kapal wap dicipta
    - kapal wap penting untuk membawa muatan yang banyak, perjalanannya lebih cepat dan jimat kos
    - penghantaran barang dagangan menjadi semakin mudah dan murah
    vi) Persaingan Kuasa Barat
    - wujud semangat persaingan kuasa-kuasa Barat dalam kegiatan menakluki kawasan atau wilayan di luar Eropah
    - mereka sanggup berperang demi mendapatkan tanah jajahan
    - kuasa Barat menganggap semaki luas tanah jajahan, semaki tinggi sanjungan yang diperoleh
    vii) Ciptaan Telegraf
    - membolehkan ahli perniagaan di benua Eropah dan Amerika menghubungi ejek atau wakil mereka di Tanah Melayu dengan cepat
    - penglibatan Tanah Melayu dalam kegiatan pasaran dunia Antarabangsa semakin penting.
    viii) Slogan Beban Orang Putih
    - Kuasa Barat berhasrat untuk menyebarkan pengaruh dan tamadun mereka ke seberang laut
    - hujahan mereka tentang peradaban mereka lebih penting berbanding dengan kebudayaan penduduk yang dijajah bagi merasionalkan penjajahan mereka
    - mereka menggunakan slogan “Beban Orang Putih” yang bermaksud tanggungjawab mereka dan tugas mereka adalah untuk membantu dan memberikan kesejahteraan kepada peribumi di wilayah yang dijajah oleh mereka

ความคิดเห็น • 46

  • @shirotanyuuto
    @shirotanyuuto ปีที่แล้ว +3

    terima kasih cikgu, senang saya nak ulangkaji subjek sejarah ♡

  • @lavender867
    @lavender867 3 ปีที่แล้ว +24

    TERIMA KASIH CIKGU ATAS TUNJUK AJAR TERHADAP KAMI SEMUA🥰🥰👍👍👍👍👍👍👍👍

  • @studyaccount5542
    @studyaccount5542 2 ปีที่แล้ว +3

    tq cgu..semua nota ringkas dan mudah difahami🥰🥰🥰🥰

  • @sitikhadijah-tl9cf
    @sitikhadijah-tl9cf 3 ปีที่แล้ว +3

    Thanks for your information.. 🏫

  • @sitikhadijah-tl9cf
    @sitikhadijah-tl9cf 3 ปีที่แล้ว +3

    Saya sangat hargai

  • @aigeeang7766
    @aigeeang7766 3 ปีที่แล้ว +5

    tq teacher faham

  • @adibjamiluddin7686
    @adibjamiluddin7686 3 ปีที่แล้ว +2

    terima kasih video ini membantu tlh membantu saya untuk membuat nota

  • @raihaanahrazali3709
    @raihaanahrazali3709 3 ปีที่แล้ว +1

    👍

  • @fxizfxrhan470
    @fxizfxrhan470 3 ปีที่แล้ว +1

    terima kasih cikgu

  • @muhaiminmahadi5497
    @muhaiminmahadi5497 3 ปีที่แล้ว +5

    Muhaimin Bin Mahadi 3SIC7

  • @EllynTheElephant
    @EllynTheElephant 3 ปีที่แล้ว +5

    Terima kasih, cikgu~ Ini sangat membantu saya untuk ingat faktor-faktor kedatangan kuasa barat di negara kita.

    • @CikguMurniMJ
      @CikguMurniMJ  3 ปีที่แล้ว +1

      Sama2, smg bermanfaat.. Blh cg tahu awak dr sek mana ☺️

  • @rk-qi8kj
    @rk-qi8kj 3 ปีที่แล้ว +1

    tq ckgu,lebih senang nk study💗

  • @umayyahaz-zahrachannel159
    @umayyahaz-zahrachannel159 3 ปีที่แล้ว +1

    Alhamdulillah faham.. terima kasih cikgu

  • @niksitinoradlina
    @niksitinoradlina 3 ปีที่แล้ว +4

    Terima Kasih Cikgu.... Mudah Faham 👍

  • @raihaanahrazali3709
    @raihaanahrazali3709 3 ปีที่แล้ว +1

    👍👍👍👍

  • @bosskumaluapa3745
    @bosskumaluapa3745 3 ปีที่แล้ว +1

    Terimakasih cikgu saya dah faham cikgu terima kasih cikgu😊😊

  • @izlindamokhtar2145
    @izlindamokhtar2145 3 ปีที่แล้ว +1

    Terima kasih cikgu. Sangat membantu.

  • @dreamsub7906
    @dreamsub7906 2 ปีที่แล้ว +2

    Cikgu kitaorang dapat link Dari Cikgu tingkatan 1 kitaorang tingkatan 1 Cikgu

  • @tarmizizulkefli7566
    @tarmizizulkefli7566 3 ปีที่แล้ว +1

    Terima kasih cikgu😀 sangat membantu

  • @veecasylo259
    @veecasylo259 2 ปีที่แล้ว +1

    Siuuuu

  • @linsooktheng530
    @linsooktheng530 3 ปีที่แล้ว +2

    Terima kasih cikgu😊. Penerangan yang amat jelas.👍

    • @CikguMurniMJ
      @CikguMurniMJ  3 ปีที่แล้ว

      Tq, semoga bermanfaat 💐

  • @faizhadi4755
    @faizhadi4755 3 ปีที่แล้ว +3

    Terima Kasih Cikgu

  • @izzul7928
    @izzul7928 3 ปีที่แล้ว +4

    terima kasih cikgu , perkongsian yang menarik ♥️

  • @ainsayfika9056
    @ainsayfika9056 2 ปีที่แล้ว +1

    Cikgu , macam mne klu soalan yang diberi " Jelaskan latar belakang penubuhan syarikat - syarikat perdagangan Eropah ? " ape keyword dia cg ? Dan mcm mne nak jawab soalan tu ? sorry cg tanya byk 😅

  • @thaya5495
    @thaya5495 3 ปีที่แล้ว +3

    Thank you cikgu can understand 😃

    • @CikguMurniMJ
      @CikguMurniMJ  3 ปีที่แล้ว +1

      Most welcome dear 💐

    • @thaya5495
      @thaya5495 3 ปีที่แล้ว

      😍🥰

  • @steph7596
    @steph7596 3 ปีที่แล้ว +4

    wah, terima ksih cikgu..mudah difahami 👍👍👏

    • @CikguMurniMJ
      @CikguMurniMJ  3 ปีที่แล้ว +1

      tq... semoga bermanfaat.. jangan lupa jawab latihan ya.. : )

  • @xinyu4868
    @xinyu4868 3 ปีที่แล้ว +2

    Thx tc totally understand

  • @yuhfrypotato
    @yuhfrypotato 3 ปีที่แล้ว +2

    Cikgu,bole tk buat vid ntuk cara penulisan jawapan soalan jelaskan,huraikan dn lain²🙏,sya selalu keliru

    • @CikguMurniMJ
      @CikguMurniMJ  3 ปีที่แล้ว +1

      Ok insyaallah, nanti cg kongsikan ya.. Terima kasih atas cadangan 👍

    • @yuhfrypotato
      @yuhfrypotato 3 ปีที่แล้ว

      @@CikguMurniMJ 😁

  • @cikguZue
    @cikguZue 3 ปีที่แล้ว +1

    Sy share ye..

    • @CikguMurniMJ
      @CikguMurniMJ  3 ปีที่แล้ว

      Sila cikgu, terima kasih 💐

  • @izzuanroslan9873
    @izzuanroslan9873 3 ปีที่แล้ว +1

    MOHON SHARE CIKGU

    • @CikguMurniMJ
      @CikguMurniMJ  3 ปีที่แล้ว

      Sila cikgu.. Semoga bermanfaat 💐

  • @ladyaincollection5210
    @ladyaincollection5210 3 ปีที่แล้ว +1

    Cikgu guna apa utk slide? PP ?

  • @faroukismet4540
    @faroukismet4540 3 ปีที่แล้ว +1

    Die bkn dtg nak sebarkan agama ke
    Sebab british ade bawak paderi

    • @CikguMurniMJ
      @CikguMurniMJ  3 ปีที่แล้ว

      Ya, salah satu faktor kedatangan adalah utk sebarkan agama kristian

  • @ame.8652
    @ame.8652 3 ปีที่แล้ว +1

    👍