Di sekolah agama sdh ada pelajaran mustholah hadis...tenang sahaja , masyarakat semua aman damai, hadis dhoif adalah hadis boleh beramal dgn.nya....dan seterusnya.....
Cadangan saya, kita cakap berdasarkan ilmu. Ilmu ni ialah apa yg terkandung dalam al Quran dan Hadith serta terbitan daripadanya. Kalau ilmu ni tiada disiplin, senanglah siapa boleh dakwa apa2 sahaja. Dan dibuktikan melalui benda2 yg pelik seperti mimpi, terbang, jalan atas air dll. Beginikah ilmu agama islam?
Mohon ustaz dalami ilmu mustolah dan cara penilaian hadis. Pengamalan hadis daif hampir sepakat ulama' membolehkan dengan syarat syaratnya. Hadis palsu tidak sama dengan hadis daif.
Kita sayang habib kerana mereka keluarga nabi SAW, sebagaimana kita sayang kpd umat islam yg lain kerana mereka saudara kita. Tapi ini tidak bermaksud apa yg para habib buat semuanya betul dan tidak boleh dipertikaikan kerana mereka kluarga nabi. Habib dan sesiapa sahaja perlu kembali kepada asas dan disiplin ilmu islam yg sedia termaktub, iaitu al Quran dan Sunnah.
Logiklah kalau tauliah kamu ditarik. Hadis dhoif bukannya hadis palsu@ maudhu'. Hadis dhoif tetap diterima sbg hadis, yg menjadikannya dhoif itu mungkin diaebabkan perawinya.
Bro ada PERTURAN dalam hendak di keluarkan hadis dhaif.. syaratnya amat ketat.. tetapi ustaz² yg berkuliah main baca tanpa beri KEFAHAMAN ttg status dhaif kepada pendengar. Jika hadis palsu yg di baca lagi merapu laa si ustaz² penceramah.. Pendengar bukan boleh bezakan hadis² dhaif ke palsu bila mereka dengar dan hadam KEMUNGKINAN mereka akan menyebarkan hadis² tersebut.. jika ikut sistem pyramid jika penyebaran itu berterusan MAKA satu zaman nanti UMAT akan mengganggap hadis itu SAHIH.
ilmu ni luas ustaz..bukan 5 tahun bukan 10 tahun bukan 15 tahun bljr lpstu buat pendapat sndiri..terutama ilmu hadis..ustaz tahu tk nk kuasai bukan mendalami ye nak kuasai shj ilmu hadis ni wajib tahu 23 madah ilmu alat baru blh telaah scra dlm hadis..nak ke 23 ilmu alat tu paling sikit 20 tahun dok di pondok..kata tok2 guru pondok lgi 20 tahun tu baru blh ngjr kitab hadis nipis yg asas..nak ngjar yg induk yg tebal tu 25-30 tahun alim pondok bru blh ngjar..so tanyalah diri kita sndiri kita ni dh brapa lma bljr? hbs dpt ijzah B.A /M.A seolah dh alim kita ye..tak perlu lah nak gelojoh bab ilmu ni andai kita ni belum smpai lg..tak berdosa pun ustaz..tmbh dosa lgi klu kita ckp bnda yg kita tak tahu bukn bidang kita..sy cdang kt ustaz nak jumpa hadis pelik pelik lgi pergilah tarim hadramaut yaman sana..yg tmpat haba'ib tu baru kita tahu kerdil kecil ilmu kita nih xde apa apa nilai..afwan minkum wallahu alam
@@MohdMasriBinMohdRamli aduhai..inilah masalahnya dgn mereka ni tuan..anggap silibus 'pondok'iyah adalah kemuncak segala ilmu termasuk hadis.huraian ilmu pun sempit...bila dia sebut tarim dah tahu manhajnya macam mana.. patutpun diabaikan golongan ghuluw mcm ni..wallahu a'lam
Ada yang tak setuju sebab saya kelihatan menyamakan hadis tak ditemui asal dengan hadis palsu. Mereka akan berhujah dengan video Al-Shaikh Ahmad Ma'bad, seorang ulama hadis di Universiti al-Azhar. Shaikh Ahmad Ma'bad membezakan hadis tiada asal dengan mawdhu' kerana hadis mawdhu' ialah hadis yang perawinya adalah kazzab, atau pemalsu hadis. Itu daripada sudut istilah. Saya tak ada masalah pun dengan kenyataan Shaikh Ahmad Ma'bad itu. Adakah Shaikh Ahmad Ma'bad membenarkan penyebaran hadis yang tak ditemui asalnya dengan hujah boleh guna hadis dhaif dalam Fadhail al-A'mal? Dalam video itu tidak ada disebutkan pasal hal tersebut. Dalam masa yang sama, ulama-ulama lain jua ada menyenaraikan alamat hadis palsu, antaranya ketidakwujudan hadis tersebut di dalam kitab-kitab hadis. Baik. Itu perbezaan isu istilah. Sebagai langkah praktikal? Adakah hadis yang tak ditemui asal boleh disebarkan? Boleh sebut siapa ulama hadis yang kata hadis tak ditemui asal termasuk dalam hadis dhaif yang boleh guna untuk Fadhail al-A'mal? Langkah praktis lagi: Hadis “Barangsiapa yang memberitahu akan kemasukan bulan (1 Rejab) yang mulia ini kepada orang lain, maka haram baginya api neraka.” Hadis ini tak ditemui dalam kitab hadis. Bahkan tak ada langsung ulama hadis silam yang komen tentang hadis ini. Bahkan hadis ini tak ada langsung dalam kitab koleksi hadis-hadis palsu. Adakah hadis ini tak boleh dikatakan palsu? Sebab jika ikut istilah, hadis palsu@mawdhu' adalah hadis yang ada perawi kazzab atau pemalsu hadis. Hadis yang saya sebutkan ni, sanad pun tak ada, siapa perawi pun tak ditemui. Tak boleh kata ia hadis palsu? Sebagai perkongsian, pejabat Mufti Wilayah menyatakan tentang hadis ini: Hadith di atas adalah palsu dan tidak diketahui asalnya daripada kitab-kitab hadith yang muktabar. Ini merupakan salah satu pendustaan yang direka dan disandarkan di atas nama Nabi SAW. [ Rujuk: muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/3179-irsyad-al-hadith-siri-ke-350-hadith-palsu-kemasukan-awal-bulan-islam ] Adakah selepas ini semua hadis yang tersebar di whatsapp yang tak pernah ditemui dalam kitab hadis, hatta kitab hadis palsu, tak diketahui asal usul, sanad pun tak ditemui, tak boleh dikatakan palsu? Adakah semua ini nanti nak guna hujah hadis dhaif boleh untuk Fadhail al-A'mal? Saya berharap mereka yang membantah komentar saya tentang hadis tak ditemui asal, dan hanya membataskan hadis palsu@mawdhu' kepada yang ada perawi kazzab sahaja, tolong jawab soalan ini. Terima kasih.
Terbaik ustaz, pencerahan yg baik.
JazakAllahu khaira ustaz
Jazakallahu khoir kepada ustaz Masri
Salam Ustaz..Jazakallahu khoir..Semoga kehidupan Ustaz dirahmati.
Itu beza antara kita ahlussunnah dan ahlusmimpi wahasanah!
Di sekolah agama sdh ada pelajaran mustholah hadis...tenang sahaja , masyarakat semua aman damai, hadis dhoif adalah hadis boleh beramal dgn.nya....dan seterusnya.....
Ulama' sudah lama doh membicara tentang bab hadis ... ulama' membicara hadis dlm ilmu mustholah hadis...
kenapa dihuruharakannya pulak doh...😢
Cadangan saya, kita cakap berdasarkan ilmu. Ilmu ni ialah apa yg terkandung dalam al Quran dan Hadith serta terbitan daripadanya. Kalau ilmu ni tiada disiplin, senanglah siapa boleh dakwa apa2 sahaja. Dan dibuktikan melalui benda2 yg pelik seperti mimpi, terbang, jalan atas air dll. Beginikah ilmu agama islam?
Ilmu Hadis lebih bagus tanya ustaz Wan JI Wan Hussin
Mohon ustaz dalami ilmu mustolah dan cara penilaian hadis. Pengamalan hadis daif hampir sepakat ulama' membolehkan dengan syarat syaratnya. Hadis palsu tidak sama dengan hadis daif.
Ya benar. Saya dah sebut dalam video ni. Yang saya kata tak boleh ialah hadis yang tak diketahui asal.
Iya..memang itu lah yg sy fahami dalam video ini..
Hadis dha'if boleh digunapakai dlm bab fadhilat amalan..
Tp tidak pada hadis yg tiada asal..
Kita sayang habib kerana mereka keluarga nabi SAW, sebagaimana kita sayang kpd umat islam yg lain kerana mereka saudara kita. Tapi ini tidak bermaksud apa yg para habib buat semuanya betul dan tidak boleh dipertikaikan kerana mereka kluarga nabi. Habib dan sesiapa sahaja perlu kembali kepada asas dan disiplin ilmu islam yg sedia termaktub, iaitu al Quran dan Sunnah.
Logiklah kalau tauliah kamu ditarik. Hadis dhoif bukannya hadis palsu@ maudhu'. Hadis dhoif tetap diterima sbg hadis, yg menjadikannya dhoif itu mungkin diaebabkan perawinya.
Bro ada PERTURAN dalam hendak di keluarkan hadis dhaif.. syaratnya amat ketat.. tetapi ustaz² yg berkuliah main baca tanpa beri KEFAHAMAN ttg status dhaif kepada pendengar. Jika hadis palsu yg di baca lagi merapu laa si ustaz² penceramah..
Pendengar bukan boleh bezakan hadis² dhaif ke palsu bila mereka dengar dan hadam KEMUNGKINAN mereka akan menyebarkan hadis² tersebut.. jika ikut sistem pyramid jika penyebaran itu berterusan MAKA satu zaman nanti UMAT akan mengganggap hadis itu SAHIH.
ilmu ni luas ustaz..bukan 5 tahun bukan 10 tahun bukan 15 tahun bljr lpstu buat pendapat sndiri..terutama ilmu hadis..ustaz tahu tk nk kuasai bukan mendalami ye nak kuasai shj ilmu hadis ni wajib tahu 23 madah ilmu alat baru blh telaah scra dlm hadis..nak ke 23 ilmu alat tu paling sikit 20 tahun dok di pondok..kata tok2 guru pondok lgi 20 tahun tu baru blh ngjr kitab hadis nipis yg asas..nak ngjar yg induk yg tebal tu 25-30 tahun alim pondok bru blh ngjar..so tanyalah diri kita sndiri kita ni dh brapa lma bljr? hbs dpt ijzah B.A /M.A seolah dh alim kita ye..tak perlu lah nak gelojoh bab ilmu ni andai kita ni belum smpai lg..tak berdosa pun ustaz..tmbh dosa lgi klu kita ckp bnda yg kita tak tahu bukn bidang kita..sy cdang kt ustaz nak jumpa hadis pelik pelik lgi pergilah tarim hadramaut yaman sana..yg tmpat haba'ib tu baru kita tahu kerdil kecil ilmu kita nih xde apa apa nilai..afwan minkum wallahu alam
Jadi tuan nak beritahu Tarim tu tempat penyebaran hadis-hadis pelik ya?
@@MohdMasriBinMohdRamli aduhai..inilah masalahnya dgn mereka ni tuan..anggap silibus 'pondok'iyah adalah kemuncak segala ilmu termasuk hadis.huraian ilmu pun sempit...bila dia sebut tarim dah tahu manhajnya macam mana.. patutpun diabaikan golongan ghuluw mcm ni..wallahu a'lam
Untuk yang ilmu rendah baru nak belajar macam tuan boleh pergi tarim. Yang dah tinggi makam cuma selak je tirai.
Ada ustaz2 yg membela hadis2 tanpa asal Dan palsu sbb hadis tu menjadi hujah2 mereka untuk membela amalan2 bidaah mereka .wallahualam.
Kejahilan ustaz ini tentang istilah ulama' "hadis ini tidak ada asal". Mohon dikaji sebelum disebarkan.
apa yg tuan tak setuju dgn 'hadis yg tak ada asal' spt hujah ustaz tersebut..
@@theZZmovie disamakan dengan hadis palsu @ maudu'
@@harithhumam4372 saya faham penjelasan beliau..tak tahu kenapa tuan tak setuju..
Ada yang tak setuju sebab saya kelihatan menyamakan hadis tak ditemui asal dengan hadis palsu.
Mereka akan berhujah dengan video Al-Shaikh Ahmad Ma'bad, seorang ulama hadis di Universiti al-Azhar. Shaikh Ahmad Ma'bad membezakan hadis tiada asal dengan mawdhu' kerana hadis mawdhu' ialah hadis yang perawinya adalah kazzab, atau pemalsu hadis.
Itu daripada sudut istilah. Saya tak ada masalah pun dengan kenyataan Shaikh Ahmad Ma'bad itu. Adakah Shaikh Ahmad Ma'bad membenarkan penyebaran hadis yang tak ditemui asalnya dengan hujah boleh guna hadis dhaif dalam Fadhail al-A'mal? Dalam video itu tidak ada disebutkan pasal hal tersebut.
Dalam masa yang sama, ulama-ulama lain jua ada menyenaraikan alamat hadis palsu, antaranya ketidakwujudan hadis tersebut di dalam kitab-kitab hadis.
Baik. Itu perbezaan isu istilah.
Sebagai langkah praktikal? Adakah hadis yang tak ditemui asal boleh disebarkan? Boleh sebut siapa ulama hadis yang kata hadis tak ditemui asal termasuk dalam hadis dhaif yang boleh guna untuk Fadhail al-A'mal?
Langkah praktis lagi: Hadis “Barangsiapa yang memberitahu akan kemasukan bulan (1 Rejab) yang mulia ini kepada orang lain, maka haram baginya api neraka.”
Hadis ini tak ditemui dalam kitab hadis. Bahkan tak ada langsung ulama hadis silam yang komen tentang hadis ini. Bahkan hadis ini tak ada langsung dalam kitab koleksi hadis-hadis palsu.
Adakah hadis ini tak boleh dikatakan palsu? Sebab jika ikut istilah, hadis palsu@mawdhu' adalah hadis yang ada perawi kazzab atau pemalsu hadis. Hadis yang saya sebutkan ni, sanad pun tak ada, siapa perawi pun tak ditemui. Tak boleh kata ia hadis palsu?
Sebagai perkongsian, pejabat Mufti Wilayah menyatakan tentang hadis ini:
Hadith di atas adalah palsu dan tidak diketahui asalnya daripada kitab-kitab hadith yang muktabar. Ini merupakan salah satu pendustaan yang direka dan disandarkan di atas nama Nabi SAW. [ Rujuk: muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/3179-irsyad-al-hadith-siri-ke-350-hadith-palsu-kemasukan-awal-bulan-islam ]
Adakah selepas ini semua hadis yang tersebar di whatsapp yang tak pernah ditemui dalam kitab hadis, hatta kitab hadis palsu, tak diketahui asal usul, sanad pun tak ditemui, tak boleh dikatakan palsu? Adakah semua ini nanti nak guna hujah hadis dhaif boleh untuk Fadhail al-A'mal?
Saya berharap mereka yang membantah komentar saya tentang hadis tak ditemui asal, dan hanya membataskan hadis palsu@mawdhu' kepada yang ada perawi kazzab sahaja, tolong jawab soalan ini.
Terima kasih.