Ramadan Yang Hilang | Episod 1

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 26 ก.ค. 2024
  • Ramadan Yang Hilang | Episod 1
    Ramadan Yang Hilang mengisahkan konfilk antara 2 adik-beradik, Zafirah dan Delisha. Delisha yang merupakan anak angkat kepada ibu bapa Zafirah menerima lebih perhatian dan kasih sayang. Ibu kandung Delisha, Rahimah telah meninggal dunia akibat penyakit asma sewaktu Delisha berumur 10 tahun. Bapa tiri Delisha, Bidin pula ditangkap oleh polis kerana membunuh tanpa niat. Delisha yang sering didera secara emosi dan fizikal oleh bapa tirinya merupakan seorang kanak-kanak yang murung. Pelajarannya jauh ketinggalan sebab Delisha sering ponteng sekolah dan tidak serius dalam pembelajaran. Jauh berbeza dengan personaliti Delisha, Zafirah merupakan seorang kanak-kanak yang periang, bijak dan bahagia dengan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi oleh ibu bapanya, Zubir dan Saadiah. 1 Ramadan muncul lagi. Inilah Ramadan yang suram buat keluarga Zubir dan Saadiah. Bagi mereka, ia ibarat Ramadan yang hilang. Zubir, Saadiah dan Zafirah berbuka puasa bertiga tanpa berbual sepatah pun antara mereka. Zayyad pula masih belajar di Kuwait. Selepas 3 tahun, kepulangan Delisha bersama seorang anak berusia 2 tahun mengejutkan Zafirah dan Saadiah. Zafirah juga bertemu kembali dengan Rafiq. Apakah yang akan berlaku seterusnya?
    Pelakon: Eira Syazira, Syatilla Melvin, Zamarul Hisham, Zila Bakarin, Noryati Taib, Arja Lee, Alis Mariya, Melly Amalin, Sherrie Merlis
    #RamadanYangHilang
    Tonton Episod Penuh:
    www.tonton.com.my
    / @dramasangatofficial
  • บันเทิง

ความคิดเห็น •