Hutang wajib dibayar, susah macam mana pun memang kena bayar, susah nanti bila dah mati, bayar la sikit, walaupun sikit at least kau cuba untuk bayar, insyaAllah ada pahala di situ dan dipermudahkan oleh Allah SWT kalau kita berusaha
Skg struggle utk bayar ptptn, mau habiskan tunggakan. Yg penting bayar dlu. Asalkan ada kerja, kerja biasa2 pun xpa. Klau tunggu dpt kerja yg setara dgn degree dlu, belum tau lg bila dpt start bayar ni. Semoga saya dan kawan2 semua yg ada ptptn dipermudahkan dlm urusan bayaran.
Alhamdulillah sekarang dah selesai hutan PTPTN, aku nak kongsi sedikit tips. Habis belajar bayar je, ikut dia punya jumlah yg ditetapkan. Fresh graduate tak boleh expect gaji tinggi dekat Malaysia. Sekarang PTPTN ada buat diskaun lagi sampai April tak silap. Direct debit potong 10%, bayar half pun potong 12%, bayar habis 15%.
Bayar habis pun boleh, bayar separuh pun boleh, cuma direct debit tak pasti. Cuma kes aku hari tu, kad kredit tak boleh exceed 5k/day. Total payment dalam 7k, so pegawai tu kata boleh buat payment half/half dalam tempoh sebulan. Itu yg dia kata kat aku, tapi keesokannya aku datang utk bayar lagi separuh.
SY SBGAI IBUBAPA MULA MENYIMPAN RM300 SEBULAN SELAMA 11 TAHUN DARI UMUR ANK SY 7 TAHUN, JADI TOTAL RM36900 UNTUK ANAK SAYA GUNAKAN BELAJAR SMASA DI UMUR 18 TAHUN, SY HARAP ANK SY TIDAK PERLU MEMBUAT PINJAMAN PTPTN SEMASA BELAJAR DAN TIDAK PERLU TERBEBAN SEMASA BEKERJA NK BYR HUTANG PTPTN. SEKIAN PENDAPAT SY
Kalau saya sebagai bapa its better anak saya cari duit sendiri untuk gi belajar sebab imagine last ii sem dia belajar main ii Last ii gagal Lepastu nak berhenti pulak tu...bukan duit dia membazir duit kita ibu bapa membazir fikir ii kan la😅
Kalau saya pula, saya biar je anak tu bekerja di usia muda, belajar tinggi2 sekarang, last2 kerja biasa2 juga dengan gaji yang sama dengan orang yang tak belajar. Buang masa. Kalau ada rezeki, minta kerja kerajaan yang guna spm. Boleh cuba simpan duit di usia muda. Tak perlu buang duit dan tenaga. Cuba fikir, anak2 ahli politik, belajar tak pandai pun, boleh naik kereta mewah. Jadi kesimpulannya, rezeki telah tertulis. Jangan buang masa.
Nak bagi penjelasan dan pembetulan sedikit tentang point 1 dan 2. Point 1 - rekod pinjaman semua peminjam ptptn dimasukkan ke dalam ccris. Ada tunggakan ataupun tak, peminjam yang patuh bayar ataupun culas semua masuk ccris. Cuma yg culas bayar ni akan nampak la kat ccris tu yang ada tunggakan. Bila ada tunggakan, bank susah la nak approved loan. Jangan guna istilah ptptn senarai hitamkan peminjam kat ccris. Ia dah membawa maksud yang lain dan misleading. Point 2 - sejak tahun 2018 ptptn tidak lagi menyenarai hitamkan nama peminjam untuk ke luar negara melalui Jabatan Imigresen. Jadi hujah ke 2 tu dah tak valid.
@@FaktaRingkas selepas tukar kerajaan pd tahun 2018, ptptn dah tarik balik semua sekatan ke luar negara. Pasti ke sekatan tu dari ptptn? Bukan agensi lain?
saya da start bayar sejak tahun 2019. walaupun gaji x seberapa sederhana boleh bayar skit2.. lama2 habis lah. saya dulu macam korang jgak x nak bayar apa semua lebih kurang 4 tahun tangguh tak bayar lepas graduate tu sbab x dpat kerja lagi.. lepas tu pikir2 balik ni tanggungjawab kita.. kita dah guna duit yang kita pinjam dari ptptn kita kene bayar. InshaAllah semoga dipermudahkan kawan2 dekat luar sana amin.
Kalau ada yang rasa tak mampu untuk bayar jumlah yang besar, boleh juga untuk apply buat UJRAH. Jumlah yang perlu bayar setiap bulan jadi lebih berkurang. RM100 sebulan. Saya tak pasti kalau ada yang kurang dari tu. Apa apa pun, kita ikhtiar untuk cuba membayar hutang. Saya doakan kepada sesiapa yang ada masalah kewangan atas faktor ekonomi sekarang agar dimurahkan rezeki. Aminn.
Ptptn bagus utk pelajar yang keluarganya tidak berkemampuan.. jadi tugas pelajar adalah cari kerja yang bagus selepas graduate.. x kisah kalau kerja luar bidang course pelajaran kita.. atau kerja taraf diploma/spm..
Hutang2 pinjaman ni xjadi masalah sebenarya.jika peluang kerjaya itu berbaloi gaji yg diberi..tapi bila dh masuk alam kerja baru kau tau cari duit mcm mana punya susah..dh masuk 2022 pun basic masih 1200🤣🤣🤣🤣🤣
Memang mahu bayar itu tanggungjawab tetapi kos pendidikan sangat tinggi di Malaysia ...contohnya diuniversiti swasta... Hutang mencekik leher.. Lepas habis belajar...nak beli rumah, kerta, khawin, hutang pendidikan yang terlalu tinggi, nak belanja untuk keluarga, kos sara hidup semakin tinggi, adui kesianla orang berpelajaran sekarang. Zaman dulu walaupun atok bapa kita kurang pelajarn tapi mereka hidup sihat, harmoni, tenang, gembira.
hanya di malaysia pendidikan perlu dibayar mahal2..dekat eropah sana pendidikan dan perubatan antara kelebihan free of caj yg diberikan kpd rakyat mereka
Boleh bayar guna kwsp account 2, settle lump sum sekali senang, tak payah ptptn duk email tak habis2, bila dah ade anak tu, bukak sspn untuk pendidikan anak2, JGN AMBIL PTPTN.
Peliknya peringatan pertama bayaran melalui SURAT sahaja?? how klau peminjam tu tidak lagi tinggal di alamat tersebut? Sampai sudah terlupa ye lah bila dah berhutang manusia selalu lupa. I hope PTPTN should bagi peringatan START bayaran balik melalui "EMAIL" juga!! So korang yang dah habis belajar tu klau boleh terus je cari cara bayaran balik pinjaman cepat²
Pinjaman dapat 15k. Skrang ni yg tertunggak pon 7k dh. Kalau dimurahkan rezeki aku akan byq 15k pinjam tu dulu . Yg tertunggak ni letak tepi kita sembang lain samada aku dgaq ok aku byaq.
nie nk citer . 6 tahun lepas , saya kena stroke dan pengsan masa sem . dan tidak boleh sambung bljar sbb half kan . saya ingat boleh la pergi ptptn bersama bapa saya smbil tolak saya naik wheelchair . masa tue dkt utc ipoh . bapa saya kata saya tak boleh sambung bljar dgn kondisi begini . mintak postpone atau discount .pembayarannya . tapi dorang lyan endah x endah dan siap marah saya klau dh potong nama ptptn . nnti ade surat dtg dgn nada tinggi . nk tnyalah mmg perangai ptptn mcm nie kew . low respects for others . stroke kawan .
macam masa susah sekali pun cuba setelkan PTPTN every month..sebab aku dah kena!! dulu aku tak perasan PTPTN aku dah start bayar..bila dapat tahu terus setel kan everything..tapi walaupn dah setel, record still ada dlm CTOS,CCRIS dan interest rate housing loan aku terjejas sbb ni..so berhati-hati lah
Dr @dradamzubir, boleh tak buat video tips merancang perbelanjaan rumah, brg basah cthnya. Samada utk student yg duduk rumah sewa ataupun newlywed. Tqdr
ye hutang perlu bayar kwsp tu pon hak kite kerajaan tak boleh sekat nak bayar ptptn dgn kwsp walau tak graduate.. tu mkn die ingat senang nak kumpul duit zaman skrg ekonomi tak stabil lagi2 duit tu semua dah bayar keperluan.. hutang2 anak2 rumah kereta moto .. kwsp laa tempat boleh bayar tapi disekat la apa la kene graduate la.. masing2 ada salah nasib la
Mmg sakit nak bayar ptptn, lgi2 graduan menganggur & kerja gaji nyawa2 ikan. Sape kerja gaji besor 2-3 tahun setel dah bayor. Aku lgi la MARA + PTPTN... naya beb. Adik aku nak habis SPM skrg dah ragu2 nak msk U sbb aku lah result nya. Selagi xde potensi ROI selagi tu adik aku akan elak
nak selamat, amik kos yg mmg tgah hot skarang, lagi2 bidang it management. Software, animation, graphic etc... mmg laku degree ni sekarang lagi2 si mark zuckerberg dgn metaverse dia tuu.. Amik business management skarang mmg byklah pesaingnya..
Aku sampai ke degree xamik PTPTN. Habis spm keje stahun utk kumpul duit ke diploma. Wktu diploma n degree memg kene kerja p.time utk bayar yuran, sara hidup n all assessments stuff.
Sekarang masuk U pon dah x releven sgt. Bljr ngarut2 yg bile keluar U x gune sgt pon. Baik amek kursus2 kemahiran berkaitan bidang yg kite minat. Tu lebih jimat dan x buang mase. Ni bljr tinggi2 dapat degree, dpt kerje pon susah, dah dpt pon keje tah ape2, gaji pon ciput. Mmg kene scam betol dg universiti.
@@mrtj8663 tak boleh cakap mcm tu. Masing2 perlu seiring. Bdw im a lecturer in vocational course. Setiap IPT ada modus operandinya utk industri depan. Lajnah ilmu yg seiring.
Sampai bila lockdown boikot kedai? Nk kerja company bankruptcies. Nk bayar hutang PTPTN .... Dia ugut pasal tukang jahit pukal ... Dia rampas Lukisan pola.
pandai pinjam, kena pandai bayar lah. Nanti kena blacklist baru tahu. Apa pun tidak boleh buat pinjaman di masa2 akan datang (Beli kereta/Beli Rumah, apply postpaid dan lain2 pinjaman) bank tdk akan bagi.
mmg letih berhutang ni...skrg ada 4k lbih lg balance ..tiap2 bln aku byr.. mgkin 2 3 thun lg abis lah..klau kau mlas bljr baik xpyh lah brhutang..kje je trus haha ...
PTPTN saya selalu langsai setiap bulan. Tetapi saya setiap kali buka akaun online PTPTN saya tak faham maksud Ujrah & Senarai dalam resit pembayaran balik pinjaman tu. Berapa percent yang dikenakan kalau tertunggak dalam beberapa hari sahaja. BTW Tq D Adam Zubir atas semua penerangan yang sangat jelas
Ujrah 1% itu sudah termasuk dalam jumlah yang perlu dibayar setiap bulan. Tiada sebarang charge sekiranya lewat. Cuma jadi tunggakan. Untuk lebih lanjut refer dgn ptptn
Sebab tu saya tanya senarai dan jumlah dalam resit itu merujuk kepada apa. Bukannya pasal ujrah sahaja. Mungkin saya salah dalam penerangan soalan kut 😂🤣😂
Sekadar berkongsi pengalaman saya : Sebenarnya tiada istilah blacklist pun untuk peminjam yg x bayar hutang, nama korang memang x akan disenarai hitam pun, dy hanya bgi kesan terhadap status CCRIS Record je yg akan nmpak x cantik. Al kisah, aq memang jenis x bayar ptptn langsung selepas beli kereta pertama, so record ccris memang x cantik, tpi aq nk beli kereta kedua, kereta pertama beli sebelum record CCRISS jadik x cantik so bank lulus, aq pun submit loan tpi bank lulus loan aq walaupun ptptn tertunggak dh 4 thun x bayar🤣, aq tanya apa alasan dyorg leh approve, dyorg ckap sbb gaji encik lebih 6k, dyorg hanya mintax aq bayar tunggakan 1 bulan ptptn je , pastu sign agreement kereta🤣, terkejut jgak
@@jackalsf54 haha itu lah, so actually dy ikut rank gaji jgak la kan, mcm kelebihan jgak org yg gaji besar ni walaupun x bayar ptptn berbanding yg gaji below 3k 😂
Masalahnya geng2 politicianla puncanya yg mnybbkn ank2 muda hari ni x nk byr ptptn... kononnyerr dpt mmrintah nnti smua free... skrg ni jelas politician dgn tipu mnipu x bleh dipisahkn... byarlah ptptn tu krana hutang wajib dibayar wlau x dituntut...
Bende dah tak ada duit.. nak jugak gedik sambung belajar.. Lepas tu lagi lagi lagi gedik sampai buat Loan PTPTN.. skrg bila dah hutang tak mampu nak bayar.. ada tunggakan bagai.. sebok nak menyalahkan PTPTN.. dah miskin tu buat laa cara miskin.. pergi kerja terus... 😑
Baru baru ni, saya tanya pihak PTPTN: 1. bayar tunggakan, nama keluar dari CCRIS 6bulan selepas tunggakan selesai 2. Kalau restructure pinjaman, nama dalam bank negara akan jd "T" means tak dapat buat loan
Tak semestinya kot. Atas pihak bank untuk kira luluskan loan. Sy pernah masa awal2 ada tunggakan 1.5k, sbb silap sy tak pergi berunding di kaunter ptptn. Baru sedar yg pinjaman diploma belum ujrah, masih konventional. Then, sy berunding dgn pegawai, sy setelkan tunggakkan, buat restructure masa tahun 2016, campur dua akaun dip dgn deg jadi satu akaun. Buat auto debit tiap2 bulan byr. Alhamdulillah tahun 2019, sy lulus loan rumah.
Kurang tepat tu. 1. Selepas bayar tunggakan, rekod hutang kembali cantik. Jd bank boleh approved loan. Tapi rekod pinjaman masih ada dalam ccris selagi pinjaman masih berbaki. 2. Betul kalau buat restructure loan status pinjaman akan berubah dr O kepada T. Bank susah nak approve loan yang berstatus T. Praktis setiap bank tak sama. Ada yang rejek terus, ada yg approved denga interest yang lebih tinggi. Tapi bnm membenarkan bank untuk approved loan selepas 6 bulan buat restructure dengan syarat rekod bayaran balik cantik sepanjang tempoh tu.
Dr.. sekadar bertanya. Betul ke ? Kepada sesiapa peminjam yang ada buat takaful insuran boleh cover hutang ptptn selepas peminjam itu mati ???? , Dan, jika benar, adakah itu pilihan yang baik ? Dengan hanya membayar insuran tanpa menghirau hutang ptptn ??????? . Mohon pencerahannn DR.
Basic gaji RM 1200 . Minus commitment lg, kalau bayar PTPTN tak lepas nak isi minyak ulang alik kerja, seminggu purata RM 70, jarak pergi balik 100KM+. Bukan tak nak bayar, cuma tak mampu lagi.
Syukur saya tak pakai PTPTN, duit biasiswa tu saya pakai untuk bayar yuran dan duit pakai makan saya sangat sangat sikit. Saya tengok ramai kawan kawan yang belanja mewah pakai PTPTN. Student kena kawal perbelanjaan.
masalahnya sambung belajar pastu nak bayar macam mana dulu dah nak buat penanguhan dia kata x cukup setahun plak, bila nak buat penanguhan sekarang hutang tertunggak plak ada, takut dia suruh bayar dulu plak, mana nak cekau duit.
Mcm mne pandangan tuan, kalau pinjaman dgn ptptn tak lulus n tros ambik keputusan brnti belajar sbb tak mampu nak bayar Cash dkat kolej.. da brnti tetibe berapa tahun kemudian ptptn call soh bayar ptptn.. Cm mne kira nya to, menyusah kan oag btol laa..
But ramai kan, bila hutang dah byk baru gelabah nk settle guna epf🤣 To me mmg rugi, benda boleh byr installment without outstanding, tak psl rugi guna epf.
Yes this. Bagi saya better ada cash flow yang okay, tambah2 lagi ptptn ni loan yg flexible gila nak bayar balik kalau kita duduk runding dgn dia. EPF pulak pulangan tahunan agak stabil, jd baik jgn usik duit tu. Tapi ada org yang jenis tak suka tgk dia ada angka hutang yg byk & nak cepat2 settle. So..,up to them je la since tu duit dia haha.
Saya pon masih xbayar sbb eksiden dan xdapat sambung belajar dan banyak tahun plak tu. Insyaallah saya mula bayar nnti ada rezeki kerja stabil dengan keadaan kaki saya yg xberapa nak elok
Y suku, y16, nvx, superbike, datuk bike boleh lak beli... Konvo ke sana ke sini... Itu boleh lak... Hutang PTPTN tak nak bayar... Banyak cantik!!! (Bukan semua la)
5 tahun pertama aku bekerja gigih bayar ptptn sampai habis. itu namanya tanggungjawab. bila kita belajar bertanggungjawab maka derita la hidup kita. sebab nabi dah pesan hutang wajib bayar.
Kalau saya mohon pembiayaan peribadi untuk langsaikan hutang (seperti Bank Rakyat Personal Financing-i Debt Consolidation atau Pembiayaan Peribadi-i Bank Islam: Penyatuan Hutang) bagi menaikkan kembali kredit skor saya adakah ia berbaloi?
Mcm mne nk bayar, kalau diploma pon gaji 1.2k. tk relevan siaa stay kL gaji 1.2k. bukan fresh grad ok. Ni aku kje dh 3tahun. 3tahun still under contract.
Ak x bayar sbb Masa ak study hanya ak je Lulus ptptn x cukup untuk byar yuran kolej ak Masa tu... Smua student dpt full cover untuk yuran.. hbis study ak x dpt ambil certificate ak sbb ada hutang dgn kolej... Mcm mna nak apply kerja kalau certificate ak x ada.. mcm mna nak bayar balik kalau kerja x dpt.. ak ni blajar tinggi2 tpi last2 berniaga je.. sbb x dpt kerja bidang yg ak study ..isi kerja kosong pn ak x letak yg ak ada smbung study sbb xde bukti ak study.. company mna percaya kalau ak ckp kosong..
yg aq tau kerajaan Malaysia banyak babee yg duduk berkerja, pastu sistem pendidikan moden dh x relevan, banyak kelemahan dlm sistem pendidikan moden era sains dan technology ni
2019 sy ada pergi ptptn utk mintak buat restructure pembayaran. Bila nk apply pegawai tu ckp kena settlekan tunggakan baru boleh buat restructure. Persoalan nya, klu sy boleh settlekan tunggakan buat apa sy nk buat restructure?. Make sense kan?.
Tunggakan perlu diselesaikan dulu utk mulakan bayaran balik.. pergi pejabat ptptn, minta pengurangan bayaran tunggakan.. dia akan tanya berapa yg awak mampu utk bayar, selebih jumlah tunggakan akan dimasukkan@dicampurkan dengan jumlah pinjaman.. cth, tunggakan rm8K.. mampu bayar tunggakan hanya rm3K.. jadi baki rm5K akan dicampurkan dengan jumlah pinjaman kita.. . Percayala, saya dulu pon pk mcm awk jugak.. tp memikirkan hutang WAJIB bayar, jadi usahala selagi boleh utk selesaikan.
@@noorain6761 masa tu pegawai tu ckp tu je cara nya, kena setelkan SEMUA tunggakan. Sy ckp x mampu nk setel tunggakan sekaligus, dia geleng kepala. 🤷🏿♂️ Sy masih simpan lagi jumlah kena bayar yg dia tulis dekat kertas. Takde pun ckp mcm yg awk ckp tu.
@@mhdzakimlr7573 ye awk.. masa saya call dia mmg cakap kena settle SEMUA tunggakan baru boleg restructure pembayaran.. pahtu saya dtg bincang dekat pejabat sbb mmg xmampu nak bayar sekelepuk rm8K+ tu.. pahtu dia tanya berapa yg saya mampu,, saya katala ada rm3K je. Pahtu dia bincang dengan pihak atasan, dia kata dia boleh terima rm3K tu dan selebihnya tunggakan ditambahkan pd jumlah bayaran balik.. cuba awk call pegawai ptptn yg lain atau call HQ. Cari kepastian.. sbb saya dh start bayar setahun lbh, Alhamdulillah dh jd 29K je skrg drp jumlah 35K. Huhu
masa nak amik pinjaman ptptn untuk diploma…pihak ptptn cakap akan ada benefit untuk pelajar diploma tapi bila saya tanya balik dekat cawangan ptptn diorg cakap tak ada apa ii benefit pun bagi mereka yang membuat pinjaman dengan ptptn di tahap diploma…dari situ aku menyesal 😵💫
Jgn main2 dgn CCRIS. Aku dh kena. Wpun hutang PTPTN tinggal rm2k, tp prnh sangkut byr installments 4-5 bulan sebab pindah negeri dan perlukan byk belanja. diorg block trs aku drp buat loan. Bahayo woo.. last2 balance tu aku byr lump sum. Byr lump sum ade diskaun..
Hutang wajib dibayar, susah macam mana pun memang kena bayar, susah nanti bila dah mati, bayar la sikit, walaupun sikit at least kau cuba untuk bayar, insyaAllah ada pahala di situ dan dipermudahkan oleh Allah SWT kalau kita berusaha
Setuju
setuju bro, alhamdulillah berkat langsai hutang ni byk rezeki baru masuk..skrg buat hutang baru utk rumah je..lain2 clear dah..
@@mr.patchman884 Hutang wajib dibayar
@@mr.patchman884 astaghfirullahalazim
@@mr.patchman884 ikut ustaz ke ikut Al-Quran Kau ni?
Nama pun hutang wajib bayar la bro…
Skg struggle utk bayar ptptn, mau habiskan tunggakan. Yg penting bayar dlu. Asalkan ada kerja, kerja biasa2 pun xpa.
Klau tunggu dpt kerja yg setara dgn degree dlu, belum tau lg bila dpt start bayar ni.
Semoga saya dan kawan2 semua yg ada ptptn dipermudahkan dlm urusan bayaran.
Sebab org tak terbayar pinjmn ptptn,,sebab koleg yg menipu,,jaminan kerja tiada,,,buat org behutangg,,sekolah penipu makan duit ja taw
Alhamdulillah sekarang dah selesai hutan PTPTN, aku nak kongsi sedikit tips. Habis belajar bayar je, ikut dia punya jumlah yg ditetapkan. Fresh graduate tak boleh expect gaji tinggi dekat Malaysia. Sekarang PTPTN ada buat diskaun lagi sampai April tak silap. Direct debit potong 10%, bayar half pun potong 12%, bayar habis 15%.
Kalo byr habis tu skali byr lumsum atau kene habiskan sbelum bln 4?
Bayar habis pun boleh, bayar separuh pun boleh, cuma direct debit tak pasti. Cuma kes aku hari tu, kad kredit tak boleh exceed 5k/day. Total payment dalam 7k, so pegawai tu kata boleh buat payment half/half dalam tempoh sebulan. Itu yg dia kata kat aku, tapi keesokannya aku datang utk bayar lagi separuh.
@@annorraihanabdrahman5249 byr half2 tu diskaun 15% still dpt lgi ker kalo byr habis terus?
@@muhdhanif9219 boleh, pergi je dekat kaunter dia. Explain kat counter nak bayar habis tapi nak bayar 2 kali. Tapi cuma dalam tempoh sebulan sahaja.
as fresh graduate yg keje gaji 1.5k je hahaha aku bayar 100-200 setiap bulan je hahaha
dulu pernah kene tipu dengan sorang menteri tu..kata nak jadikan ptptn sebagai biasiswa..tapi hahaha..basah kepala kene lipak ...
SY SBGAI IBUBAPA MULA MENYIMPAN RM300 SEBULAN SELAMA 11 TAHUN DARI UMUR ANK SY 7 TAHUN, JADI TOTAL RM36900 UNTUK ANAK SAYA GUNAKAN BELAJAR SMASA DI UMUR 18 TAHUN, SY HARAP ANK SY TIDAK PERLU MEMBUAT PINJAMAN PTPTN SEMASA BELAJAR DAN TIDAK PERLU TERBEBAN SEMASA BEKERJA NK BYR HUTANG PTPTN. SEKIAN PENDAPAT SY
Kalau saya sebagai bapa its better anak saya cari duit sendiri untuk gi belajar sebab imagine last ii sem dia belajar main ii Last ii gagal Lepastu nak berhenti pulak tu...bukan duit dia membazir duit kita ibu bapa membazir fikir ii kan la😅
Tindakan bijak
Bagus. Teruskan usaha encik dalam memudahkan urusan pendidikan utk anak2.
Kalau saya pula, saya biar je anak tu bekerja di usia muda, belajar tinggi2 sekarang, last2 kerja biasa2 juga dengan gaji yang sama dengan orang yang tak belajar. Buang masa. Kalau ada rezeki, minta kerja kerajaan yang guna spm. Boleh cuba simpan duit di usia muda. Tak perlu buang duit dan tenaga. Cuba fikir, anak2 ahli politik, belajar tak pandai pun, boleh naik kereta mewah. Jadi kesimpulannya, rezeki telah tertulis. Jangan buang masa.
up skit sebulan 1k baru anak happy enjoy habiskan duit time belajar nnti :')
Nak bagi penjelasan dan pembetulan sedikit tentang point 1 dan 2.
Point 1 - rekod pinjaman semua peminjam ptptn dimasukkan ke dalam ccris. Ada tunggakan ataupun tak, peminjam yang patuh bayar ataupun culas semua masuk ccris. Cuma yg culas bayar ni akan nampak la kat ccris tu yang ada tunggakan. Bila ada tunggakan, bank susah la nak approved loan. Jangan guna istilah ptptn senarai hitamkan peminjam kat ccris. Ia dah membawa maksud yang lain dan misleading.
Point 2 - sejak tahun 2018 ptptn tidak lagi menyenarai hitamkan nama peminjam untuk ke luar negara melalui Jabatan Imigresen. Jadi hujah ke 2 tu dah tak valid.
@@FaktaRingkas selepas tukar kerajaan pd tahun 2018, ptptn dah tarik balik semua sekatan ke luar negara. Pasti ke sekatan tu dari ptptn? Bukan agensi lain?
Betul tu tuan.
setuju
Macam mana nk check ccris kita?
@@fazizifasteasy3805 kat bank negara atau website bnm
saya da start bayar sejak tahun 2019. walaupun gaji x seberapa sederhana boleh bayar skit2.. lama2 habis lah. saya dulu macam korang jgak x nak bayar apa semua lebih kurang 4 tahun tangguh tak bayar lepas graduate tu sbab x dpat kerja lagi.. lepas tu pikir2 balik ni tanggungjawab kita.. kita dah guna duit yang kita pinjam dari ptptn kita kene bayar. InshaAllah semoga dipermudahkan kawan2 dekat luar sana amin.
Kalau ada yang rasa tak mampu untuk bayar jumlah yang besar, boleh juga untuk apply buat UJRAH. Jumlah yang perlu bayar setiap bulan jadi lebih berkurang. RM100 sebulan. Saya tak pasti kalau ada yang kurang dari tu. Apa apa pun, kita ikhtiar untuk cuba membayar hutang. Saya doakan kepada sesiapa yang ada masalah kewangan atas faktor ekonomi sekarang agar dimurahkan rezeki. Aminn.
Jgn takut, ptptn xde simbah cat merah kat rumah....ingattt....hutang wajib dibyr jika tidak dituntut....
Ptptn bagus utk pelajar yang keluarganya tidak berkemampuan.. jadi tugas pelajar adalah cari kerja yang bagus selepas graduate.. x kisah kalau kerja luar bidang course pelajaran kita.. atau kerja taraf diploma/spm..
Bayar jugak tapi sekadar mampu ja..keja sendiri...doakan saya dapat langsaikan hutang pt saya secepat mungkin ya kawan² Aamiin..
Ptptn pun bagi pilihan.. xnk byr sila dapatkan dekan utk result final.. ank muda jgn percaya manifesto ahli politik.. smoga berjaya
Alhamdulillah. Walaupun susah nak commit bayar every month, akhirnya dpt jugak settle kan bayar sebelum umur 30.
Aku tersentuh dengan ayat “pelaburan hartanah” Orang kaya terus kaya, monopoli, kapitalis.
Hutang2 pinjaman ni xjadi masalah sebenarya.jika peluang kerjaya itu berbaloi gaji yg diberi..tapi bila dh masuk alam kerja baru kau tau cari duit mcm mana punya susah..dh masuk 2022 pun basic masih 1200🤣🤣🤣🤣🤣
Itu lah pasal basic pun masih RM1200. Gila2 nak survive gimana boss
TANGKAP AZAM BAKI
Tu lah pasal...runsing betul
Memang mahu bayar itu tanggungjawab tetapi kos pendidikan sangat tinggi di Malaysia ...contohnya diuniversiti swasta... Hutang mencekik leher.. Lepas habis belajar...nak beli rumah, kerta, khawin, hutang pendidikan yang terlalu tinggi, nak belanja untuk keluarga, kos sara hidup semakin tinggi, adui kesianla orang berpelajaran sekarang. Zaman dulu walaupun atok bapa kita kurang pelajarn tapi mereka hidup sihat, harmoni, tenang, gembira.
IPTA kan ada
hanya di malaysia pendidikan perlu dibayar mahal2..dekat eropah sana pendidikan dan perubatan antara kelebihan free of caj yg diberikan kpd rakyat mereka
income tax mahal oooo
Memandai je dia ni.. Kakak ii aku semua study kt overseas smpi kos ratus ribu.. Nk ckp apa?
@@justlysa2100 dia tgk negara² scandanivian kot
Percaya sangat kata-kata pkr dia ni
@@justlysa2100 kakak kau warga negara sana ke? Maybe free untuk local people je kot
Alhamdulillah 24k da settle bayar. Tu pun sbb keje kat aussie.. klau keje mlysia mgkin 30 thun baru settle haha
Maaf bertanya, kerja apa ya di aussie ?
Uish hebat cmne nak apply tu😂
Alhamdulillah genap 6 tahun lepas grad bebas hutang ptptn 🥰
Dari 20k,sekarang tinggal 1.8k hutang.. By bulan 6 habis dah. Yahoo!
Alhamdulillah
Tolong doakan sy dapat kerja tetap. Sekarang kontrak, agak sesak sket kewangan. Mmg target nk cepat habiskan bayar hutang belajar ni kalau boleh.
Boleh bayar guna kwsp account 2, settle lump sum sekali senang, tak payah ptptn duk email tak habis2, bila dah ade anak tu, bukak sspn untuk pendidikan anak2, JGN AMBIL PTPTN.
Owh boleh ea, klu dtg kaunter ptptn dia boleh terus buatkan ke yang tolak akaun 2 kwsp tu?
@@shahrinzulkifle5594 pegi kwsp, isi borang utk tolak duit dlm account 2 bayar pada ptptn
Peliknya peringatan pertama bayaran melalui SURAT sahaja?? how klau peminjam tu tidak lagi tinggal di alamat tersebut? Sampai sudah terlupa ye lah bila dah berhutang manusia selalu lupa. I hope PTPTN should bagi peringatan START bayaran balik melalui "EMAIL" juga!!
So korang yang dah habis belajar tu klau boleh terus je cari cara bayaran balik pinjaman cepat²
Pinjaman dapat 15k. Skrang ni yg tertunggak pon 7k dh. Kalau dimurahkan rezeki aku akan byq 15k pinjam tu dulu . Yg tertunggak ni letak tepi kita sembang lain samada aku dgaq ok aku byaq.
nie nk citer . 6 tahun lepas , saya kena stroke dan pengsan masa sem . dan tidak boleh sambung bljar sbb half kan . saya ingat boleh la pergi ptptn bersama bapa saya smbil tolak saya naik wheelchair . masa tue dkt utc ipoh . bapa saya kata saya tak boleh sambung bljar dgn kondisi begini . mintak postpone atau discount .pembayarannya . tapi dorang lyan endah x endah dan siap marah saya klau dh potong nama ptptn . nnti ade surat dtg dgn nada tinggi . nk tnyalah mmg perangai ptptn mcm nie kew . low respects for others . stroke kawan .
Gomen bang gomen
Mmng pun prangai org krajaan mmng pun
Perangai rata2 keje KERA mmg bnyk yg berlagak , kurang ajar , baling je wheelchair tu ke muka dia
Mende lah pekerja pon beria
ptptn tu macam ahlong/lintahdarat tapi versi kerajaan 😌
I'm done 🥳. Siap dpt 15% disc bayar habis. Lega da otak 1 da settle
Penguatkuasa dtng jmpa kita ker. Sbb dtng email kata mcm tu like peringatan ke3
macam masa susah sekali pun cuba setelkan PTPTN every month..sebab aku dah kena!! dulu aku tak perasan PTPTN aku dah start bayar..bila dapat tahu terus setel kan everything..tapi walaupn dah setel, record still ada dlm CTOS,CCRIS dan interest rate housing loan aku terjejas sbb ni..so berhati-hati lah
Macam mane nak tahu kita dah start kene bayar??
@@muhdnasrul912 boleh call cawangan PTPTN terus.. dan bila dah call tnya mcm mna nk akses record pembayaran melalui website jugak
Alhamdullilah dah settle January tahun ni. Bayar full
Dr @dradamzubir, boleh tak buat video tips merancang perbelanjaan rumah, brg basah cthnya. Samada utk student yg duduk rumah sewa ataupun newlywed. Tqdr
Walaupun saya xambil ptptn tetap saya nak dengar untuk ilmu brkaitan ptptn👍
sama la sy x amik gak...😅 skrg tinggal 1 sem je lg...huhuhu
Alhamdulillah.. Ptptn baru settle bayar.. 11 tahun gak baru settle bayar ptptn 40K. Termasuk interest. 😂
sy 60k baru setahun bayar. 57k lagi 😂😂
Pinjam asal ptptn berape tu???
@@muhdnasrul912 itu la. 40K. Kalau termasuk interest x igt la berapa. Sbb saya x tukar ke ujrah. Saya stay comventional masa tu. Sbb nak byr.
@@mohdsyafiqzainon5964 x per bro. Slow2. Asalkan byr. Tp saya setahun x byr. Pastu awal tahun keluarkan akaun 2 epf.
Skrng bro kerja apa
ye hutang perlu bayar kwsp tu pon hak kite kerajaan tak boleh sekat nak bayar ptptn dgn kwsp walau tak graduate.. tu mkn die ingat senang nak kumpul duit zaman skrg ekonomi tak stabil lagi2 duit tu semua dah bayar keperluan.. hutang2 anak2 rumah kereta moto .. kwsp laa tempat boleh bayar tapi disekat la apa la kene graduate la.. masing2 ada salah nasib la
Hidup untung hutang, teruskan berhutang dan teruskan bayar ye adik2
Alhamdulillah, tolong bayarkan .. smoge awk di murahkan rezeki.. ameen, tp bayar kan ptptn sy ..
Ptptn saya 12k, bulan September 2021 jadual pembayaran start saya terus bayar lumpsum 5k hahahahh
Buat masa ini still bayar ptptn walaupun sedikit lama2 jadi Bukit 🤭🤭🤭🤭 pergi luar negara pun tiada halangan
Bayar sebulan berapa
Mmg sakit nak bayar ptptn, lgi2 graduan menganggur & kerja gaji nyawa2 ikan. Sape kerja gaji besor 2-3 tahun setel dah bayor.
Aku lgi la MARA + PTPTN... naya beb. Adik aku nak habis SPM skrg dah ragu2 nak msk U sbb aku lah result nya. Selagi xde potensi ROI selagi tu adik aku akan elak
nak selamat, amik kos yg mmg tgah hot skarang, lagi2 bidang it management. Software, animation, graphic etc... mmg laku degree ni sekarang lagi2 si mark zuckerberg dgn metaverse dia tuu.. Amik business management skarang mmg byklah pesaingnya..
Aku sampai ke degree xamik PTPTN. Habis spm keje stahun utk kumpul duit ke diploma. Wktu diploma n degree memg kene kerja p.time utk bayar yuran, sara hidup n all assessments stuff.
course kalau lecturer senang bagi markah lg bagus. result cemerlang ptptn dpt convert biasiswa.
Sekarang masuk U pon dah x releven sgt. Bljr ngarut2 yg bile keluar U x gune sgt pon. Baik amek kursus2 kemahiran berkaitan bidang yg kite minat. Tu lebih jimat dan x buang mase. Ni bljr tinggi2 dapat degree, dpt kerje pon susah, dah dpt pon keje tah ape2, gaji pon ciput. Mmg kene scam betol dg universiti.
@@mrtj8663 tak boleh cakap mcm tu. Masing2 perlu seiring. Bdw im a lecturer in vocational course. Setiap IPT ada modus operandinya utk industri depan. Lajnah ilmu yg seiring.
2 tahun bertahan d poli mkn maggie tiap hri.. prnh rsa nk pinjam ptptn tpi takut nk bayar balik.. lebih baik susah skrng dripada susah kemudian..
Tak elok utk kesihatan bro makan maggi je at least sepinggan nasi dgn telur pun dah ok.
Hbis tu mcm mana nk survive bro ? Buat kerja part time ke ?
Sampai bila lockdown boikot kedai? Nk kerja company bankruptcies. Nk bayar hutang PTPTN .... Dia ugut pasal tukang jahit pukal ... Dia rampas Lukisan pola.
skolah xbrapa pndai tu xpyh la nk smbung bljr siap nk pjm ptptn ada yg smpi dh brank pinak utg x abs byr lpas tu kje ngulo2 srba xkna
sy keluar kwsp utk bayar lumsum ptptn.alhamdulillah setel semua dah...
pandai pinjam, kena pandai bayar lah. Nanti kena blacklist baru tahu. Apa pun tidak boleh buat pinjaman di masa2 akan datang (Beli kereta/Beli Rumah, apply postpaid dan lain2 pinjaman) bank tdk akan bagi.
mmg letih berhutang ni...skrg ada 4k lbih lg balance ..tiap2 bln aku byr.. mgkin 2 3 thun lg abis lah..klau kau mlas bljr baik xpyh lah brhutang..kje je trus haha ...
Bang klau bole buat TH-cam short lepastu description letak video penuh senang nak bait sub
Rasa2 klu student yg msih tk dpt keje lgi tgk video ni mcm mne la perasan dia.
betul bro
:')
Semoga fresh graduate dan yang masih mencari kerja yang lebih better dipermudahkn urusan hidup untuk membayar komitmen
Alhamdulillah sy study dlu krajaan negeri perak tggung 100%..
PTPTN saya selalu langsai setiap bulan. Tetapi saya setiap kali buka akaun online PTPTN saya tak faham maksud Ujrah & Senarai dalam resit pembayaran balik pinjaman tu. Berapa percent yang dikenakan kalau tertunggak dalam beberapa hari sahaja.
BTW Tq D Adam Zubir atas semua penerangan yang sangat jelas
Ujrah tu upah yang dikenakan setiap bulan. Ia bukan late payment charge.
Ujrah 1% itu sudah termasuk dalam jumlah yang perlu dibayar setiap bulan. Tiada sebarang charge sekiranya lewat. Cuma jadi tunggakan. Untuk lebih lanjut refer dgn ptptn
Ujrah tu saya pun tahun wajib bayar. Cas yang dikenakan kalau tak dibayar
Sebab tu saya tanya senarai dan jumlah dalam resit itu merujuk kepada apa. Bukannya pasal ujrah sahaja. Mungkin saya salah dalam penerangan soalan kut 😂🤣😂
@@ashleykist6831 ujrah bukan caj yang dikenakan kalau tak dibayar.
Sekadar berkongsi pengalaman saya :
Sebenarnya tiada istilah blacklist pun untuk peminjam yg x bayar hutang, nama korang memang x akan disenarai hitam pun, dy hanya bgi kesan terhadap status CCRIS Record je yg akan nmpak x cantik. Al kisah, aq memang jenis x bayar ptptn langsung selepas beli kereta pertama, so record ccris memang x cantik, tpi aq nk beli kereta kedua, kereta pertama beli sebelum record CCRISS jadik x cantik so bank lulus, aq pun submit loan tpi bank lulus loan aq walaupun ptptn tertunggak dh 4 thun x bayar🤣, aq tanya apa alasan dyorg leh approve, dyorg ckap sbb gaji encik lebih 6k, dyorg hanya mintax aq bayar tunggakan 1 bulan ptptn je , pastu sign agreement kereta🤣, terkejut jgak
Yg gaji besar ni kadang bank boleh pejam mata. Masalahnya kat yang gaji rm2k nak pakai honda, ptptn tak bayar.
@@jackalsf54 haha itu lah, so actually dy ikut rank gaji jgak la kan, mcm kelebihan jgak org yg gaji besar ni walaupun x bayar ptptn berbanding yg gaji below 3k 😂
Bang saya semak imegresen result kata tiada halangan, tapi saya ada tunggakan ptptn sikit, so tahu tak saya lepas ke tak pergi luar negara
Masalahnya geng2 politicianla puncanya yg mnybbkn ank2 muda hari ni x nk byr ptptn... kononnyerr dpt mmrintah nnti smua free... skrg ni jelas politician dgn tipu mnipu x bleh dipisahkn... byarlah ptptn tu krana hutang wajib dibayar wlau x dituntut...
Alhamdulillah Sy dah habis bayr hutang ptptn pd umur 26 tahun.. nk tau rahsia? Pegi keje Singapore hahahha senang 🤣
Boleh tak kasi sy kje kt sana. Sy kje kampung je sekarang. Susah la bila lockdown ke apa ke. Takda wang
Lepas ka bang apply pas kerja dan visa nk kerja singapore sbb xlangsai ptptn lgi. Ada terfikir jgk nk buat visa.
Haritu diorang sponsor tapi syaratnya. Subject kena score lah. Itu rezeki
Menyusahkan betul sambut belajar nk kena hutang bagai 😂😂..bila dh graduate nanti blom tentu dpt keje dlm bidang yg kau amik..pastu stress keje sebab kena fokus bayar hutang 🤣🤣
Wajib bayar. Ptptn lowest rate harga bayaran balik. Brbanding loan lain.. Cuma panjang skit la duration bayaran balik.
Bende dah tak ada duit.. nak jugak gedik sambung belajar.. Lepas tu lagi lagi lagi gedik sampai buat Loan PTPTN.. skrg bila dah hutang tak mampu nak bayar.. ada tunggakan bagai.. sebok nak menyalahkan PTPTN.. dah miskin tu buat laa cara miskin.. pergi kerja terus... 😑
Baru baru ni, saya tanya pihak PTPTN:
1. bayar tunggakan, nama keluar dari CCRIS 6bulan selepas tunggakan selesai
2. Kalau restructure pinjaman, nama dalam bank negara akan jd "T" means tak dapat buat loan
Tak semestinya kot. Atas pihak bank untuk kira luluskan loan. Sy pernah masa awal2 ada tunggakan 1.5k, sbb silap sy tak pergi berunding di kaunter ptptn. Baru sedar yg pinjaman diploma belum ujrah, masih konventional. Then, sy berunding dgn pegawai, sy setelkan tunggakkan, buat restructure masa tahun 2016, campur dua akaun dip dgn deg jadi satu akaun. Buat auto debit tiap2 bulan byr. Alhamdulillah tahun 2019, sy lulus loan rumah.
La masak la lagu ni.. Dah restructure pun tak dapat buat loan.. Hahaahaha.. Cekelat angin la.. 😅
Kurang tepat tu.
1. Selepas bayar tunggakan, rekod hutang kembali cantik. Jd bank boleh approved loan. Tapi rekod pinjaman masih ada dalam ccris selagi pinjaman masih berbaki.
2. Betul kalau buat restructure loan status pinjaman akan berubah dr O kepada T. Bank susah nak approve loan yang berstatus T. Praktis setiap bank tak sama. Ada yang rejek terus, ada yg approved denga interest yang lebih tinggi. Tapi bnm membenarkan bank untuk approved loan selepas 6 bulan buat restructure dengan syarat rekod bayaran balik cantik sepanjang tempoh tu.
Garang tak diorang? Macam takut pulak nak datang kaunter ptptn.
Dr.. sekadar bertanya.
Betul ke ? Kepada sesiapa peminjam yang ada buat takaful insuran boleh cover hutang ptptn selepas peminjam itu mati ???? , Dan, jika benar, adakah itu pilihan yang baik ? Dengan hanya membayar insuran tanpa menghirau hutang ptptn ??????? . Mohon pencerahannn DR.
Basic gaji RM 1200 . Minus commitment lg, kalau bayar PTPTN tak lepas nak isi minyak ulang alik kerja, seminggu purata RM 70, jarak pergi balik 100KM+. Bukan tak nak bayar, cuma tak mampu lagi.
mujur x apply ptptn
@Evo's Gaming untung la awak dapat sambung belajar tanpa apply ptptn...saya tak mampu😔
Bukan x nak bayar, tapi x dpt kerja, yg setara x dpt hat cikai2 pon x lekat....amaran sampai
Potong gaji, alhamdulillah dh selesai hutang tabung ni
G kswp,potong duit acc 2 byr ptptn tiap2 taon/every 2 years.easy af.xyah pening nk pike bayar bulan2
Alhamdulillah, dah habis bayar tahun lepas...
Syukur saya tak pakai PTPTN, duit biasiswa tu saya pakai untuk bayar yuran dan duit pakai makan saya sangat sangat sikit. Saya tengok ramai kawan kawan yang belanja mewah pakai PTPTN. Student kena kawal perbelanjaan.
masalahnya sambung belajar pastu nak bayar macam mana dulu dah nak buat penanguhan dia kata x cukup setahun plak, bila nak buat penanguhan sekarang hutang tertunggak plak ada, takut dia suruh bayar dulu plak, mana nak cekau duit.
Mcm mne pandangan tuan, kalau pinjaman dgn ptptn tak lulus n tros ambik keputusan brnti belajar sbb tak mampu nak bayar Cash dkat kolej.. da brnti tetibe berapa tahun kemudian ptptn call soh bayar ptptn.. Cm mne kira nya to, menyusah kan oag btol laa..
But ramai kan, bila hutang dah byk baru gelabah nk settle guna epf🤣
To me mmg rugi, benda boleh byr installment without outstanding, tak psl rugi guna epf.
Yes this. Bagi saya better ada cash flow yang okay, tambah2 lagi ptptn ni loan yg flexible gila nak bayar balik kalau kita duduk runding dgn dia. EPF pulak pulangan tahunan agak stabil, jd baik jgn usik duit tu.
Tapi ada org yang jenis tak suka tgk dia ada angka hutang yg byk & nak cepat2 settle. So..,up to them je la since tu duit dia haha.
Nak apply scholarship Biasiswa pelajaran nk cover duit PTPTN guna scholarship duit Biasiswa pelajaran.
Alhamdulillah saya settle dah bayar pakai icitra
Saya pon masih xbayar sbb eksiden dan xdapat sambung belajar dan banyak tahun plak tu. Insyaallah saya mula bayar nnti ada rezeki kerja stabil dengan keadaan kaki saya yg xberapa nak elok
Nak sgt byr tp blom mampu. Tiap bulan kne byr Rm320. Bleh ke byr ckit je maybe tiap bulan Rm50. Ringan ckit. Hmmm
Y suku, y16, nvx, superbike, datuk bike boleh lak beli... Konvo ke sana ke sini... Itu boleh lak... Hutang PTPTN tak nak bayar... Banyak cantik!!! (Bukan semua la)
5 tahun pertama aku bekerja gigih bayar ptptn sampai habis. itu namanya tanggungjawab. bila kita belajar bertanggungjawab maka derita la hidup kita. sebab nabi dah pesan hutang wajib bayar.
Tak byr pun. Gji pun skit. Cmna ha. Tk mudh lngsung
Kalau saya mohon pembiayaan peribadi untuk langsaikan hutang (seperti Bank Rakyat Personal Financing-i Debt Consolidation atau Pembiayaan Peribadi-i Bank Islam: Penyatuan Hutang) bagi menaikkan kembali kredit skor saya adakah ia berbaloi?
Terima kasih atas perkongsian dan pencerahan.... sama-sama kita jaga skor kredit masing-masing...
Saya buat auto debit je.. takyah risau ter miss bayar ke tidak tiap bulan.. just make sure dlm bank yg link dgn payment bayaran ptptn ada duit je lah
Betul, saya pun auto debit & dulu ada offer discount kalau bayar guna auto debit. Sekarang tak pasti masih ada lagi ke tak discount tu.
@@slmbkdk ada lagi discount . Dlm 10%
bestnya bila kaya, tak perlu buat ptptn seperti golongan kayangan. Yang kaya terus senang, yang miskin terus susah.
Hendak seribu daya taknak seribu dalil hahaha orang kaya pun dari orang miskin jugak😂
Sya ada soalan kalau tiba2 si peminjam meninggal dunia so siapa nak byr hutang PTPTN tu nnti? Ada wariskah akan tolong byrkn?
Ye adam, aku dah bayar itu hari. terus 9k aku transfer kat ptptn. tapi skang aku dah pokai. hahaha.
Mcm mne nk bayar, kalau diploma pon gaji 1.2k. tk relevan siaa stay kL gaji 1.2k. bukan fresh grad ok. Ni aku kje dh 3tahun. 3tahun still under contract.
Ak x bayar sbb Masa ak study hanya ak je Lulus ptptn x cukup untuk byar yuran kolej ak Masa tu... Smua student dpt full cover untuk yuran.. hbis study ak x dpt ambil certificate ak sbb ada hutang dgn kolej... Mcm mna nak apply kerja kalau certificate ak x ada.. mcm mna nak bayar balik kalau kerja x dpt.. ak ni blajar tinggi2 tpi last2 berniaga je.. sbb x dpt kerja bidang yg ak study ..isi kerja kosong pn ak x letak yg ak ada smbung study sbb xde bukti ak study.. company mna percaya kalau ak ckp kosong..
Ni aku setuju .. jalan kita sama
Aku pun setuju juga,walaupun Jalan kita berbeda.
saya jua ada hutang ptptn untuk diploma dan degree...total 36k...monthly rm300...consisten bayar..sekarang rm24k lagi...arap2 dipanjangkan umo dan rezeki melimpah utk settlekan...
Gaji sekarang berape bersih?
May god ease ur way untuk settlekan hutang ptptn. Sbb hutang wajib bayar 😄
@@nurhafiqah821 amin..niatnya mcm tu la..xmau mati bawak hutang..doa2kan ye
susah laa .. kerja ada diploma pon gaji sama macam spm 🤥🤥🤥🤥🤥🤥🤥🤥🤥🤥🤥
Salam Tuan, mohon advise ttg isu those yg terikat dgn AKPK
Nk tanye skit, saye dah bayar balik ptptn tapi baki masih tidak kurang, ada orang pernah kena?
sebab tu aku malas nk ambik ptptn.. berhutang ni memang beban.. tambah plak aku pon bukan dari keluarga senang.. masuk giatmara skrg dh bekerja dh pon
Selepas tengok thumbnail ini baru saya ingat ptptn tak bayar lgi...😅tq ingatkan dr
Point 2 tu ditangguhkan penguatkuasaannya.
LHDN xkacau orang ke kalau bayar cash above 10k 😂😅
yg aq tau kerajaan Malaysia banyak babee yg duduk berkerja, pastu sistem pendidikan moden dh x relevan, banyak kelemahan dlm sistem pendidikan moden era sains dan technology ni
Kalau ambik moratorium, ada kesan yg tak baik tak selain lambat habis bayar hutang?
Thanks dr! Smoga dipermudahkqn utk bayar semula ptptn hehe.
Puak ni rasa ,,Otd, iphone 13 pro max, minum starbuck, , befday acah2,,,,
2019 sy ada pergi ptptn utk mintak buat restructure pembayaran. Bila nk apply pegawai tu ckp kena settlekan tunggakan baru boleh buat restructure. Persoalan nya, klu sy boleh settlekan tunggakan buat apa sy nk buat restructure?. Make sense kan?.
Tunggakan perlu diselesaikan dulu utk mulakan bayaran balik.. pergi pejabat ptptn, minta pengurangan bayaran tunggakan.. dia akan tanya berapa yg awak mampu utk bayar, selebih jumlah tunggakan akan dimasukkan@dicampurkan dengan jumlah pinjaman.. cth, tunggakan rm8K.. mampu bayar tunggakan hanya rm3K.. jadi baki rm5K akan dicampurkan dengan jumlah pinjaman kita..
.
Percayala, saya dulu pon pk mcm awk jugak.. tp memikirkan hutang WAJIB bayar, jadi usahala selagi boleh utk selesaikan.
@@noorain6761 so means yang tunggakan tu interest kan?
@@luqboyproduction4586 ye betul..
@@noorain6761 masa tu pegawai tu ckp tu je cara nya, kena setelkan SEMUA tunggakan. Sy ckp x mampu nk setel tunggakan sekaligus, dia geleng kepala. 🤷🏿♂️ Sy masih simpan lagi jumlah kena bayar yg dia tulis dekat kertas. Takde pun ckp mcm yg awk ckp tu.
@@mhdzakimlr7573 ye awk.. masa saya call dia mmg cakap kena settle SEMUA tunggakan baru boleg restructure pembayaran.. pahtu saya dtg bincang dekat pejabat sbb mmg xmampu nak bayar sekelepuk rm8K+ tu.. pahtu dia tanya berapa yg saya mampu,, saya katala ada rm3K je. Pahtu dia bincang dengan pihak atasan, dia kata dia boleh terima rm3K tu dan selebihnya tunggakan ditambahkan pd jumlah bayaran balik.. cuba awk call pegawai ptptn yg lain atau call HQ. Cari kepastian.. sbb saya dh start bayar setahun lbh, Alhamdulillah dh jd 29K je skrg drp jumlah 35K. Huhu
Saya nak byr tp skrg sambung degree , mcm mne tu . Sbrlah PTPTN nanti saya byr jgn blacklist kn nama saya…huarghhhhhh
PTPTN is for non-malays. If for the Malays PTPTN is sponsored.
masa nak amik pinjaman ptptn untuk diploma…pihak ptptn cakap akan ada benefit untuk pelajar diploma tapi bila saya tanya balik dekat cawangan ptptn diorg cakap tak ada apa ii benefit pun bagi mereka yang membuat pinjaman dengan ptptn di tahap diploma…dari situ aku menyesal 😵💫
Jgn main2 dgn CCRIS. Aku dh kena. Wpun hutang PTPTN tinggal rm2k, tp prnh sangkut byr installments 4-5 bulan sebab pindah negeri dan perlukan byk belanja. diorg block trs aku drp buat loan. Bahayo woo.. last2 balance tu aku byr lump sum. Byr lump sum ade diskaun..
Berape diskaun tu
@@muhdnasrul912 beberapa ratus ringgit shj boss
bang. buat untuk yang tak bayar hutang JPA pulak