🔥🔥MAKAM TUN HABAB (HABIB) DAN MAKAM KOTA TOUHID | EXPLORASI MISTERI MISTIK🔥🔥

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 4 พ.ย. 2019
  • Explorasi Misteri Mistik kali ini ke Makam Tun Habab (Habib) yang terletak berdekatan dengan bandar Kota Tinggi, Johor diperkarangan kubur Islam di mana beliau keturunan Bendahara yang menjadi Sultan.
    Explorasi ini bersama sukarelawan yang berminat untuk menziarah makam-makam sejarah yang merupakan satu aktiviti ilmu pengetahuan yang sangat bermakna dalam mengenali lebih rapat sejarah Kesultanan Melayu Johor Lama.
    Lokasi-lokasi sejarah ini juga dekat dengan makam dan masjid dimana kisah Sultan Mahmud Mangkat Dijulang yang di tikam oleh Laksamana Bentan kerana dendam isterinya dibunuh oleh Sultan kerana seulas nangka.
    Saksikan rakaman video ini sehingga ke akhirnya.
    ___________________________
    🔴MAKAM TUN HABAB KOTA TINGGI
    Kota Tinggi, Johor.
    Nama sebenar baginda ialah Bendahara Tun Abdul Majid Tun Habab (Habib) Padang Saujana Johor. Beliau menjadi bendahara
    Semasa zaman Sultan Ibrahim Shah I dan jawatannya diteruskan semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah II. Baginda
    ditabalkan menjadi Sultan Johor ke II selepas kemangkatan Sultan Mahmud Shai I yang tidak meninggalkan waris.
    Baginda menggunakan gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Shah yang keempat. Baginda telah memindahkan pusat pemerintahan
    Johor dari Kota Makam Tauhid ke Kota Panchor pada tahun 1700.
    Keturunan Bendahara Tun Habab Abdul Majid ini telah memperluaskan lagi kuasa Empayar Kesultanan Johor.
    Anakanda baginda, Tun Zainal Abidin menjadi Sultan Terengganu yang pertama. Keturunannya berterusan sehingalah ke hari ini.
    Tunku Tengah, Puteri Sultan Abdul Jalil Shah IV berkahwin dengan Daeng Perani, putera salah seorang dari anak raja Bugis
    lima saudara yang masyhur keturunannya menjadi Sultan Johor sekarang.
    Tun Abas, putera Sultan Abdul Jalil Shah
    IV menjadi Bendahara Seri Maharaja Pahang. Keturunannya menjadi Sultan Pahang hingga ke hari ini.
    Oleh itu, salah silah keturunan raja-raja dan sultan yang memerintah Johor, Pahang dan Terengganu sekarang ini adalah berasal dari
    Sultan Abdul Jalil Shah IV (Bendahara Tun Abdul Majid Tun Habab (Habib) Seri Maharaja Padang Saujana Johor.
    🔴KOTA DAN MAKAM TOUHID
    Kota Touhid merupakan ibu negeri Johor yang ke 8, terletak di Tanah Besar Johor. Kota ini menjadi ibu negeri johor sebanyak dua kali iaitu pada TMI637 semasa pemerintahan Sultan Abdul Jalil Shah III (1623-1577) semasa pemerintahan Bendahara (Sultan) Abdul Jalil Riayat Shah (1699-1718).
    Semasa pemerintahan sultan Abdul Jalil Shah III, baginda bersahabat baik dengan Belanda. Baginda telah membina kota ini dengan menggunakan batu-bata yang diperkenalkan oleh Belanda. Walaubagaimanapun pada TM1642, kota ini ditinggalkan kerana kawasan ini diserang penyakit dan membuat ibu negeri yang baru di Pasir Raja.
    Kota ini sekali lagi dijadikan ibu negeri Johor semasa pemerintahan Sultan Abdul Jalil Riayat Shah ditinggalkan kali kedua, berpindah ke Panchor. Kota ini kemudiannya dijadikan sebagai tanah perkuburan pembesar-pembesar
    Johor, sehingga menimbulkan kekeliruan tentang asal-usulnya yang kemudiannya dikenali sebagai Kota Makam Touhid.
    Kerja-kerja restorasi bangunan ini telah dilakukan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti.
    ____________________________
    Matlamat explorasi ini untuk memberikan pengetahuan kepada masyarakat yang ada segelintir yang tidak tahu sejarah atau lokasi sejarah ini. Selain itu untuk mengingatkan kembali sejarah melayu ini dalam diri kita.
    Saksikan video ini sehingga habis untuk mengetahui pengalaman team Explorasi Misteri Mistik yang akan dikongsikan.
    _________________________
    ✅ Channel TELEGRAM Explorasi Misteri Mistik:
    t.me/ExplorasiMisteriMistik
    #ExplorasiMisteriMistik #KotaTouhid #MakamTunHabab
  • บันเทิง

ความคิดเห็น • 71

  • @nadianad1349
    @nadianad1349 4 ปีที่แล้ว +48

    Sedikit info tentang Sultan Abdul Jalil Shah IV yang ramai konfius :-
    - Tun Habab tak pernah menjadi Sultan Johor.
    - Bendahara Tun Habab mangkat pada tahun 1697.
    - Sultan Mahmud Shah II mangkat tahun 1699.
    - Jawatan Bendahara, di isi oleh anak sulung Tun Habab, iaitu Tun Abdul Jalil (selepas kemangkatam Tun Habab 1697). Selepas kemangkatan Sultan Mahmud Shah II, Bendahara Tun Abdul Jalil diangkat menjadi Sultan Johor ke-4 (1699) dengan memakai gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV.
    - Raja Kecil dari Siak menyerang Johor pada tahun 1717 dalam misi merampas kuasa pemerintahan Kesultanan Johor. Kerana Raja Kecil mendakwa dirinya adalah waris Sultan Mahmud Shah II.
    - Tahun 1718, Raja Kecil menawan Panchor dan melantik diri baginda sendiri sebagai Sultan Johor dengan memakai gelaran Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah.
    - Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV mangkat pada tahun 1720 dan dimakamkan di Kuala Pahang di sebut sebagai "Marhum Mangkat di Kuala Pahang". Baginda mangkat setelah dibunuh oleh Laksamana Nakhoda Sekam, atas arahan dari Raja Kecil.
    ** Maka Makam Tun Habab di Kampung Makam, Kota Tinggi itu adalah sememangnya Tun Habab. Dan di Kuala Pahang, adalah Makam Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV anakanda Tun Habab.
    **Semoga pencerahan ini bermanfaat.

    • @zuli7650
      @zuli7650 4 ปีที่แล้ว

      Saya setuju dgn tuan

    • @rizalweng7449
      @rizalweng7449 4 ปีที่แล้ว

      Setuju

    • @alibmohamed5341
      @alibmohamed5341 4 ปีที่แล้ว

      Ni bru btol sejarahnya

    • @mrr4979
      @mrr4979 4 ปีที่แล้ว

      Berdasarkan batu nisan..mereka orang Acheh ke?

    • @TheArshad85
      @TheArshad85 4 ปีที่แล้ว

      Stuju. Makam yg ada di kuala pahanh tu pun dummy aje. Nk cite lebih2 sensitif.

  • @sky2themoon_wzarachanel392
    @sky2themoon_wzarachanel392 3 ปีที่แล้ว +3

    Alfatihah.. terimaksh byk2 ustaz atas pencerahan dn usaha menjejak makam diraja ini. sy dpt melihat dengan jelas walaupun tidak dapat menziarah. ini adalah susur galur keturunan melalui peta salasilah mmg nama tun abdul majid adalah nama yang pertama.

  • @mohdfadlullahibrahim692
    @mohdfadlullahibrahim692 3 ปีที่แล้ว +2

    Ni tempat saya dengan adik beradik main zaman dulu...alhamdulillah...sekarg kami dah pindah Perak...rumah kami pun dulu tapak nya adalah perkuburan lama...Subhanallah...Alfatihah

  • @alhaqdaud3404
    @alhaqdaud3404 3 ปีที่แล้ว +2

    Salam Hurmat, Sya pernah trbca dlm ktab feqah(lupa nmanya) sunnat buka sandal/kasut dlm perkarangan kubur.. Apalgi yg sdh berturap cntik...D hadramaut lg ketat mreka ta'zim perkuburan, jka mlawat kwasan perkuburan Zanbal msk gerbang kbur sdh buka sandal kwsan ribuan Wali, Skadar pencerahan dn info atas krja yg sgt mulia sdara/sdri buat , Wallohualam

  • @mohdrahimi4609
    @mohdrahimi4609 4 ปีที่แล้ว +15

    Tun Habib Abdul Majid adalah Great great great Moyang kpd Sultan Johor , Pahang & Terengganu skrg .

    • @muhammadhaziqdanialzaharim8566
      @muhammadhaziqdanialzaharim8566 3 ปีที่แล้ว +6

      Tun Habib Abdul Majid berketurunan Arab Hadhrami dan Sultan Perak yg bersusur galur hingga Sultan Melaka

    • @mohdrahimi4609
      @mohdrahimi4609 3 ปีที่แล้ว

      @@muhammadhaziqdanialzaharim8566 ya saya tahu susur Galur sultan perak .

    • @mohdrahimi4609
      @mohdrahimi4609 3 ปีที่แล้ว

      @@muhammadhaziqdanialzaharim8566 Tun Habib ini Bapa Dinasti Bendahara Johor Riau . Yang sama keturunan Sultan perak itu , Kesultanan Johor lama. Dinasti Johor lama tamat selepas kemangkatan Sultan Mahmud mangkat dijulang . Dinasti bendahara (waris2) Tun habib ini lah pengasas Kesultanan johor riau. Penerus pemerintahan Empayar Johor.

    • @mazlinaali58
      @mazlinaali58 3 ปีที่แล้ว

      Moyang saya juga. Saya dari susur galur Daeng Perani.

    • @thefoundation5537
      @thefoundation5537 3 ปีที่แล้ว +1

      @@muhammadhaziqdanialzaharim8566 keturunan Rasullulah saw

  • @farithsulaiman9728
    @farithsulaiman9728 4 ปีที่แล้ว +3

    Pertama kali saya pergi ke Makam Tun Habab di Kg. Makam, Kota Tinghi oada Februari 2019 semasa pergi merawat keluarga seorang rakan guru yang mengajar di Tampin, NS. Sebaik sahaja masuk ke kawasan makam dan sedekahkan Fatihah, hati rasa berasa sayu dan hiba. Untuk makluman, saya juga keturunan dari keturunan Bugis dan dimaklumkan ada kaitan dengan keturunan Bugis di Johor, terutama keturunan raja-raja Bugis di Johor.

    • @bondanina2615
      @bondanina2615 3 ปีที่แล้ว

      Nenek saya Bugis Lowok... Nenek kata dia ada berkerabat dgn nenek Almarhum Sultan Iskandar kata beliau... Dan ada kemungkinan kita jua bersaudara.

    • @bondanina2615
      @bondanina2615 3 ปีที่แล้ว

      Nenek saya Bugis Lowok... Nenek kata dia ada berkerabat dgn nenek Almarhum Sultan Iskandar kata beliau... Dan ada kemungkinan kita jua bersaudara.

  • @sethdansethnasir
    @sethdansethnasir 3 ปีที่แล้ว +1

    Rumah saya xberapa jauh dgn makam tun habab ni.masa zmn remaja sekitar tahun 1994_1996 rajin main main dikwasan sekitar, di belah blkang makam ni tempat main bola sepak.klau bosan kitaorg akan sembunyi dlm liang lahad yg bru siap digali

  • @gproductionchannel9180
    @gproductionchannel9180 4 ปีที่แล้ว +4

    Allahu . kubur arwah ayah saya juga berhampiran dgn Makam Tun Habab. harap lpas pkp ini dapat la saya ziarah nnti. Al -Fatihah

  • @mustaqimbig3195
    @mustaqimbig3195 4 ปีที่แล้ว +9

    Ustaz .. Nnti dtg pahang .. Ziarah makam-makam pahlawan melayu pahang ..

  • @shahrulnizam764
    @shahrulnizam764 4 ปีที่แล้ว +4

    Yeah..akhir nya..terbaik

  • @iz_paparengospng775
    @iz_paparengospng775 4 ปีที่แล้ว +8

    Assalammualaikum..ustad...terimakasih diucapkan dengan video terbaru explorasi misteri mistik..tapi boleh tak kalau ustad letakkan no siri di setiap video ...para subscriber baru boleh nonton dari video yg pertama hingga kin I...maaflah klu cadangan saya terasa remeh..

    • @studionsproduction
      @studionsproduction  4 ปีที่แล้ว +4

      Waalaikumussalam.. Masuk ke channel kemudian klik pada folder Explorasi Misteri Mistik.. Di situ sy dh susun setiap video.

  • @mustaqimhusni1559
    @mustaqimhusni1559 4 ปีที่แล้ว +4

    Assalammualaikum ustaz, yg dinantikan vdeo ustaz setiap minggu

  • @zini7176
    @zini7176 3 ปีที่แล้ว +2

    kalau begitu keturunan sultan Kelantan sekarang juga ada kaitan lah dgn susur galur Bendahara Tun Abdul Majid Tun habib sebab keturunan sultan Kelantan juga datang melalui susurgalur sultan Terengganu iaitu Sultan Mansur Riayat Shah I yg merupakan anak kpd Sultan zainal Abidin Shah I(Tun Zainal Abidin) iaitu anak kpd Bendahara Tun Abdul Majid Tun Habib Johor...anak kpd Sultan Mansur Riayat Shah ke-6 iaitu Tengku Muhammad telah berkahwin dgn anak perempuan Long Yunus Kelantan Engku Tuan Nawi, kemudian dilantik menjadi sultan Kelantan dan keturunannya lah yg menjadi sultan Kelantan sampai hari ini....boleh semak dalam page persatuan pencinta sejarah Kelantan dan juga wikipedia tentang susurgalur kesultanan melyu Terengganu dan Kelantan

  • @saidhamzah.1945
    @saidhamzah.1945 3 ปีที่แล้ว

    Alfatihah buat atok moyang saya Krn saya keturunan nya

  • @jouanmahmoud
    @jouanmahmoud 2 ปีที่แล้ว

    Jawatan Tun Habab itu kalau zaman ini macam Perdana Menteri peringkat federal atau Menteri Besar bagi peringkat negeri...
    Cumanya dulu belum wujud konsep persekutuan, semua negeri bawa hal masing², maka posisi bendahara itu setaraf Perdana Menteri.

  • @pecinta_dzurriyah_nabi9575
    @pecinta_dzurriyah_nabi9575 4 ปีที่แล้ว +6

    Assalamu'alaikum.maaf menyibuk..klo beliau bergelar seorang Habib,Sayyid,Syarif,atau Syed,bererti beliau adalah "Dzurriyah Nabi" (Keturunan Nabi) MasyaAllah.. Wali Kulli Niatin Sholihah Wa ila Hadrotin Habib Nabi Muhammadin Shollallahu 'Alaihi Wasallam Al fatihah...

    • @studionsproduction
      @studionsproduction  4 ปีที่แล้ว +3

      Waalaikumusalam..mmg benar. Dia keturunan dari Nabi Muhammad.

    • @pecinta_dzurriyah_nabi9575
      @pecinta_dzurriyah_nabi9575 4 ปีที่แล้ว +3

      @@studionsproduction Alhamdulillah..trm ksh bang respon komen sy. 😇👍

    • @BangWillys_
      @BangWillys_ 4 ปีที่แล้ว +1

      benar..tun habib ni mmg asal dri tanah arab sana klau x silap saya

    • @pecinta_dzurriyah_nabi9575
      @pecinta_dzurriyah_nabi9575 4 ปีที่แล้ว +1

      @@BangWillys_ InsyaAllah tk silap tuan..mmg bnr mereka dri tanah Arab sana yakni dari Hadromaut,Tarim,Yaman.😇👍

    • @shah6697
      @shah6697 3 ปีที่แล้ว

      @@studionsproduction maa syaa Allah

  • @rosmaarmada849
    @rosmaarmada849 4 ปีที่แล้ว

    Semoga memberi fakta yg betul dan selidik dulu fakta sejarah

  • @ijaiijai2022
    @ijaiijai2022 4 ปีที่แล้ว +2

    Ustaz , saya nak ikut ustaz ziarah makam di raja ..

  • @kamaljeffri4776
    @kamaljeffri4776 3 ปีที่แล้ว +2

    Assalamualaikum,kalau sultan Mahmood mangkat dijulang,takde ke waris beliau adik2 baginda yg betol2 keturunan sultan Melaka?? Adakah keturunan sultan Melaka masih ada lagi??

  • @mohdsyarizal5584
    @mohdsyarizal5584 2 ปีที่แล้ว

    Di katakan juga Yamtuan Muda Raja @ Tun Mahmud, di makam kan di sini . Beliau terlibat peristiwa amuk ketika kedatangan Raja Kecil . Jika ada maklumat lain ,mohon berkongsi

  • @Shr_ikhwan2207
    @Shr_ikhwan2207 4 ปีที่แล้ว +1

    tun habib abdul majib cicitnya bendahara Tun wan Mutahir merupakan abang kepada keturunan sultan pahang moden sekarang semasa perang saudara di pahang

  • @sayidkhaidirusman8736
    @sayidkhaidirusman8736 2 ปีที่แล้ว

    Assalamualaikum...senang boleh mengikuti kisah channel ni, dan sebenarnye sayepun mintak bantu tuk menerawang kan nonyang kami yang sampai saat ini belum tau keberadaan maqamnye, saye tinggal di Riau Indonesia, dan nonyang saye pertame kali datang ke Riau zaman raja Ali haji pulau penyengat, jika boleh bantu saye, mohon balas chat saye...trmkseh...

  • @shahirfahimie1200
    @shahirfahimie1200 4 ปีที่แล้ว +8

    Assalamualaikum ustaz . Maaf ganggu ya . Saya dan keluarga saya ade satu kemusykilan . Hari khamis minggu lepas adik saya ade jumpa ikatan benang berwarna warni di dpn pagar rumah kami . Harini pulak , ayah saya jumpa 6 batang jarum dpn pagar rumah kami juga . Kami nak tanya , pada pandangan ustaz apa ustaz rasa benda tu ya ? Yg benang tu ade kisah peliknya . Malam sblm adik saya nampak benang tu , malam tu hujan . Esoknya adik saya jumpa benang tu dalam keadaan kering tak sedikit air pon yg melekat . Harini jarum pulak . Harao ustaz dpt bantu kami ya . Sbb family saya org bisnes ustaz takut org aniaya kami dan kami merasakan benda ni ade kaitan dgn tanah arwah atuk saya wasiatkan untuk mak saya ustaz.

    • @studionsproduction
      @studionsproduction  4 ปีที่แล้ว +2

      Waalaikumusalam..itu mcm ada kaitan dgn sihir..wallahualam..kalau ada kemusykilan boleh terus wasap sy di 0127152321

  • @ihsannuddin7324
    @ihsannuddin7324 4 ปีที่แล้ว

    Dari pada batu nisan dapat di pastikan bahwa itu habib dan tokoh Agama di semenanjung Malaysia.

  • @qzat9914
    @qzat9914 ปีที่แล้ว

    Pintu masuk kedua kota tauhid ada satu makam di rumah orang berbalut kain kuning.

  • @alibmohamed5341
    @alibmohamed5341 4 ปีที่แล้ว +1

    Dpan rumah dekat makan ni ade jgk

  • @sheh23GPR
    @sheh23GPR 2 ปีที่แล้ว

    Nk ikut boleh tak ustad program lainkali

  • @thefoundation5537
    @thefoundation5537 3 ปีที่แล้ว +1

    Sultan Abdul Jalil Shah IV *ibni* Tun Habib Abdul Majid *ibni* Maharaja Sri Diraja *ibni* Dato' Bendahara Paduka Maharaja *ibni* Zainal Abidin Al-'Aidarus *ibni* Abdullah Al-'Aidarus *ibni* Syaikh Al-'Aidarus *ibni* Abdullah Al Idrus Al Akbar *ibni* Abu Bakar (As Sakran) *ibni* Abdurrahman Al.assegaf *ibni* Muhammad.mauladawilah *ibni* Ali mauladaraq *ibni* Alwi Al.ghoyur *ibni* Muhammad *ibni* Ali al-Adam-al-Faqih-al-Muqaddam *ibni* Muhammad Shohib Mirbath *ibni* Ali Kholi Qosam *ibni* Alwi Ats-Tsani (Imam Alwi) *ibni* Muhammad Sohibus Saumi'ah *ibni* Alwi Awwal (Sayidina Alwi) *ibni* Ubaidillah *ibni* Ahmad Al Muhajir *ibni* Isa Ar-Rumi *ibni* Muhammad An-Naqib *ibni* Ali Al-’Uraidhi (Al Husaini) / Ali bin Ja'far *ibni* Ja'afar As-Sodiq *ibni* Muhammad Al Baqir *ibni* Ali Zainal Abidin (Al-Imam Ali Zainal Abidin) *ibni* Hussein *ibni* Ali bin Abi Thalib

    • @thefoundation5537
      @thefoundation5537 3 ปีที่แล้ว +1

      Tun Habib Abdul Majid b. 1637 d. 27 Juli 1697
      1637 kelahiran:
      kelahiran anak: ♂ Tun Abdullah [Al-'Aidarus]
      kelahiran anak: ♂ w Sultan Abdul Jalil Shah IV (Johor) [Abdul Jalil Shah IV (Johor)] d. 21 November 1721
      kelahiran anak: ♂ Tun Mas Anum [Al-'Aidarus]
      kelahiran anak: ♂ Tun Mas Jiwa [Al-'Aidarus]
      kelahiran anak: ♂ Tun Abdul Jamal [Al-'Aidarus]
      1677? kelahiran anak: ♂ Sultan Zainal Abidin Shah I (Terengganu) [Zainal Abidin I (Terengganu)] b. 1677? d. 25 Februari 1733
      Sultan Abdul Jalil Shah IV (Johor) d. 21 November 1721
      kelahiran anak: ♂ Tun Mutahir I [Abdul Jalil Shah IV (Johor)]
      kelahiran anak: ♂ Tun Husain [Abdul Jalil Shah IV (Johor)]
      kelahiran anak: ♂ Tun Hasan [Abdul Jalil Shah IV (Johor)]
      kelahiran anak: ♂ Tun Abbas [Abdul Jalil Shah IV (Johor)]
      kelahiran anak: ♂ w Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (Johor) [Sulaiman Badrul Alam Shah (Johor)]

  • @AJ-qc4jp
    @AJ-qc4jp 4 ปีที่แล้ว

    Sama minat ni?

  • @mrcrypto2222
    @mrcrypto2222 2 ปีที่แล้ว

    Ustad,bknkah kepala mesti ke arah kiblat..apa susah nk cari mana kpala antara 2 nisan.

  • @suffisuffi6882
    @suffisuffi6882 3 ปีที่แล้ว

    .

  • @umikalsom1297
    @umikalsom1297 3 ปีที่แล้ว

    Jadi siapa ketirunan Tun Habib ?

  • @quayyumhakimi8638
    @quayyumhakimi8638 4 ปีที่แล้ว

    Saya nak Join Ustaz ..

  • @rizalweng7449
    @rizalweng7449 4 ปีที่แล้ว +2

    Macam mengarut je..makam sultan abdul jalil riayat syah ada kat pekan pahang...bersama dengan adiknya yang menjadi bendahara pahang

    • @BangWillys_
      @BangWillys_ 4 ปีที่แล้ว

      apa yg ngarut..sultan abdul jalil 4 ada dua org..bapak ngan anak..pakai nama sama.yg kat pahang tu anaknya.

    • @rizalweng7449
      @rizalweng7449 4 ปีที่แล้ว +3

      @@BangWillys_ sumber dari mana...sulaiman....abbas...zainal abidin...diantara nama anak2 sultan abdul jalil...mana ada nama sama dengan dia...yang perempuan majoriti kawin dengan keturunan anak raja bugis...kubur kat pekan pahang tu dia lah orang dia...kena bunuh dengan panglima sekam...sebab tu tengku sulaiman anak dia marah...kerjasama dengan anak raja bugis...bapa kepada sultan abdul jalil...tu bendahara tun habib abdul majid(pedang saujana)...tu yang dorang rakam ni...sultan mahmud mangkat di julang tu anak sedara bendahara tun habib abdul majid...mak sultan mahmud adik bendahara tun habib abdul majid...sultan abdul jalil tu sepupu dengan sultan mahmud...kami dari galur bugis...dan berkaitan dengan bendahara pahang...tok nenek moyang kami yang cerita...bukan reka buat cerita datang dari mana pun tak tau...

    • @BangWillys_
      @BangWillys_ 4 ปีที่แล้ว

      @@rizalweng7449 menurut info selepas sultan mahmud mangkat dijulang,tun habib melantik anakandanya menjadi sultan seterusnya memerintah johor pahang..semasa ketiadaannya di johor,bapanya yg akan mengambil alih urusan pemerintah di johor dgn gelaran yg sama dgn anakandanya iaitu sultan abdul jalil iv..harap anda faham.wallahualam.

    • @rizalweng7449
      @rizalweng7449 4 ปีที่แล้ว

      @@BangWillys_ bendahara tun habib abdul.majid meninggal 1697...sultan mahmud mangkat 1699...masa peristiwa sultan mahmud mangkat di julang tu...sultan abdul jalil dah jadi bendahara...ayahnya dah meninggal dah pun...

    • @mazlanamalek-7420
      @mazlanamalek-7420 4 ปีที่แล้ว +10

      Memang benar, Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV Bin Bendahara Tun Habib Abdul Majid (Marhum Padang Saujana) mangkat di Kuala Pahang. Ini berlaku setelah baginda melarikan diri dari Johor setelah diserang oleh Raja Kecil dari Siak. Raja Kecil Siak yang merupakan seorang penuntut takhta Kesultanan Johor mendakwa beliau adalah anak Sultan Mahmud Shah II (Marhum Mangkat Dijulang). Setelah Sultan Abdul Jalil IV melarikan diri ke Pahang, Raja Kecil telah mengangkat dirinya sebagai Sultan Johor dengan memakai gelaran Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah. Baginda Raja Kecil @ Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah memerintah Johor dari tahun 1718 - 1722 dan mentadbir Johor dari Riau. Semasa Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV menjadi pelarian di Pahang, Raja Kecil @ Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah telah menitahkan Laksamana Nakhoda Sekam ke Kuala Pahang untuk membunuh Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV. Ini berlaku pada tahun 1720. Setelah mangkat, Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV digelar 'Marhum Mangkat di Kuala Pahang'. Dengan kematian Sultan Abdul Jalil IV, takhta Kesultanan Johor dituntut pula oleh putera baginda iaitu Raja Sulaiman Bin Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV yang kemudian meminta bantuan dari anak anak raja Bugis Daeng Lima Bersaudara. Akhirnya pada tahun 1722, Raja Kecil @ Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah tewas dan pulang ke Siak. Raja Sulaiman kemudian diangkat menjadi Sultan Johor/Riau dengan gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Atas jasa anak anak raja Bugis Daeng Lima Bersaudara yang telah membantunya merebut kembali takhta dan juga bagi memenuhi janji baginda pada mereka berlima, maka jawatan Yamtuan Muda Riau diwujudkan dan dianugerahkan secara temurun pada mereka. Maka salah seorang dari mereka iaitu Daeng Merewah telah dilantik menjadi Yamtuan Muda Riau yang pertama.
      ...............
      Maka disini terjawablah kekeliruan siapakah diantara dua orang yang bergelar Sultan Abdul Jalil dalam tempoh yang sama.
      # mengikut catatan sejarah, Bendahara Padang Saujana Tun Habib Abdul Majid Bin Bendahara Tun Muhammad Ali Bin Sayyid Zainal Abidin Al-Idrus telah mangkat pada tahun 1697. Jawatan Bendahara kemudian diambil alih oleh anaknya Tun Abdul Jalil sehinggalah kemangkatan Sultan Mahmud Shah II (Marhum Mangkat Dijulang) pada tahun 1699. Disebabkan baginda tidak meninggalkan zuriat, maka Bendahara Tun Abdul Jalil diangkat menjadi Sultan dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV. Baginda menjadi Sultan dari tahun 1699 hinggalah berlakunya pembunuhan baginda semasa dalam pelarian di Kuala Pahang pada tahun 1720.