Legasi Komando terus diwarisi - Mantan Panglima 21 GGK

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 6 ก.ย. 2024
  • MELAKA, 27 Dis - “Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi”. Bekas Panglima 21 Grup Gerak Khas (GGK), Mejar Jeneral (Bersara) Datuk Zolkopli Hashim berasa bangga setelah anaknya berjaya menamatkan Kursus Asas Komando siri 2/2020 yang penuh rintangan dan halangan di Kem Sungai Udang, Melaka, pada 24 Disember lalu.
    Zolkopli Hashim berkata, sebagai seorang bapa kepada Leftenan Muda (Lt M) Zulfadhli berasa banga kerana legasi sebagai anggota Komando diambil alih oleh anaknya sendiri.
    “Kemahuan Zulfadhli ingin menyertai Komando menjadi tanda tanya sama ada serius atau pun sebaliknya, namun sebagai ayah, saya tetap memberikan kata-kata semangat untuk Zulfadhli berjaya menamatkan kursus yang bakal ditempuhi,
    “Pada awalnya selepas tamat pelajaran Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Zulfadhli tidak menunjukkan minat kepada kerjaya tentera,
    “Namun selepas bekerja di sebuah syarikat swasta selama enam bulan, beliau mula menunjukan minat untuk memasuki tentera,” katanya ketika ditemui pemberita semasa majlis penutup Kursus Asas Komando di kem Sungai Udang Melaka.
    Zolkopli meluahkan rasa syukur ke hadrat Ilahi dan bangga terhadap anaknya kerana telah dianugerahkan beret hijau serta berjaya menamatkan kursus tersebut.
    “Ini masih lagi titik permulaan, mereka belum lagi menjadi komando yang sebenar, banyak lagi halangan dan rintangan yang perlu dilalui,
    “Kita telah membuat kajian untuk melatih seorang anggota komando yang sebenar perlu mengambil masa selama 8 tahun,” ujarnya.
    Dalam pada itu, seramai 7 orang pegawai dan 39 anggota lain-lain pangkat (LLP) Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menamatkan Kursus Asas Komando Siri AK/2/2020 setelah melalui pelbagai cabaran dan peringkat latihan sejak 3 bulan lalu.
    Majlis penutup kursus telah disempurnakan oleh Ketua Staf Am Markas 21 Grup Gerak Khas (GGK), Brigedier Jeneral Khairul Anuar Yaakob di Pantai Betutu Laut, Kem Sungai Udang, Melaka pada 24 Disember lalu.-airtimes.my
    #airtimes #ggk #panglimaggk #grupgerakkhas #sungaiudang #pulpak #21ggk #asaskomando
    -------------------------------------------------------------------------------------------
    Juruvideo: Pasri
    Penyunting: Shahir
    Artikel: Shahir
    -------------------------------------------------------------------------------------------

ความคิดเห็น • 155

  • @patrickunderock7873
    @patrickunderock7873 3 ปีที่แล้ว +137

    Nampak tak? Tamat basic komando tak bermakna dia komando sebenar.. banyak lagi perkara yg diorg harus lalui dan mengambil masa 8 tahun untuk menjadi anggota komando tulen.. sebab itu kalau nak jadi komando, jangan semata2 nk glamour je.. tapi biar betul2 minat dan yang penting jiwa patriotik sentiasa tertanam dalam jiwa pertahankan kedaulatan tanah air kita..

  • @mikeyankee7839
    @mikeyankee7839 3 ปีที่แล้ว +87

    Dari cikgu bertukar jadi komando, pencen sebagai panglima. #Salute

  • @TheMujahidMedia
    @TheMujahidMedia 3 ปีที่แล้ว +47

    Haha hujan langsung X berganjak, langsung seperti tiada apa yang berlaku. Ni bukti pure komando. Your truly identity. Tegas, berdisiplin dan padu. Tahniah and saluteeee tuann

    • @amyaenterprise7740
      @amyaenterprise7740 4 หลายเดือนก่อน +1

      Bukan stakat x berganjak. Mcm xda rasa apa2. Langsung x tgok2 pun atas langit. Mmg btul2 jiwa kental lah pak cik ni

  • @nazuri101
    @nazuri101 3 ปีที่แล้ว +25

    Arwah pak ngah aku dulu maroon baret.. bila bersara dia beli rumah kat kampung.. selalu tido hutan getah berdekatan... walaupun dah bersara jiwa hutan tu tertanam dalam jiwa.. semangat sungguh... kental jiwa.. tentera ni.. salute.. Al-Fatihah buat beliau..

  • @mohdridzoh5794
    @mohdridzoh5794 3 ปีที่แล้ว +18

    Salam Hormat Cikgu Zul.....beliau adalah guru sye pd tahun 1976 msih dibangku skloh rndh....kmi smua bkas ank murid Cikgu sngt banga dgn pegorbanan dn smoga cikgu sihat wlfiat Aamiin

  • @suyaszona2675
    @suyaszona2675 3 ปีที่แล้ว +61

    tgk vdeo ni, terdetik rasa nk teruskn legasi ayah saya bekas komando tudm handau Butterworth 504 walaupun skrng ayah saya strok tapi smngt askar dri crta pngalamn dia buat saya perlu teruskn smngt dia lagi . doakan saya tamat ijazah di usm terus dapat sertai askar berbakti kepada negara.

    • @tauries4893
      @tauries4893 3 ปีที่แล้ว +5

      Terbaik bro

    • @muhammadammar2135
      @muhammadammar2135 3 ปีที่แล้ว +6

      pergi la bro....nasihat aku jgn gang2 dgn budak motor sbb nnt ko pn nk main motor.....punca aku patah kaki la aku tk dpt nk sambung legasi orang tua aku.....orang tua aku handau 105 kuching...

    • @akubudakfelda9316
      @akubudakfelda9316 3 ปีที่แล้ว +5

      Demi Agama, Bangsa dan Negara, relakan darah pejuang terus mengalir ke tubuhmu saudara...🇲🇾🔥

    • @4kluty608
      @4kluty608 3 ปีที่แล้ว +1

      Terbaik bro

    • @kamaluddinisninahad7492
      @kamaluddinisninahad7492 3 ปีที่แล้ว +1

      Teruskan niat.sentiasa ingat Allah.aku msuk tentera umo dah lebih 23 tahun lebih pulak.huhu

  • @MohdAli-ef4tn
    @MohdAli-ef4tn 3 ปีที่แล้ว +30

    Tgok muka MANTAN PANGLIMA KOMANDO ni pun dh bengis... Dia ni sama ALWI SUBOH muka mmg ganas dan idola aku... Mmg TERBAIK .

    • @kharahmat
      @kharahmat 3 ปีที่แล้ว +6

      Muka je bengis tapi humble je orangnya ....kalau bercakap dengan beliau, cool n steady je...

    • @shabarudinnayan344
      @shabarudinnayan344 3 ปีที่แล้ว +2

      Lebih bengis dari pelapik harimau green bere hahaha..

    • @nikmohdhadi5356
      @nikmohdhadi5356 3 ปีที่แล้ว +6

      apa2 pn bapa aku pn masa dlm ggk pn muka bengis..muka komando hahaha,seronok masa tinggal di kem sg udang

    • @mohamadshafihuddin5802
      @mohamadshafihuddin5802 3 ปีที่แล้ว +1

      Awie suboh bukan alwi

    • @imahwin
      @imahwin 3 ปีที่แล้ว +10

      Hati dia baik sgt2. Sayang dgn adik2 dia nk apa dia terus bgi. Tk kedekut katanya harta bkn boleh bawa mati. Sy seorg dri adiknya

  • @jerunglautan3172
    @jerunglautan3172 3 ปีที่แล้ว +63

    Terbaik ex panglima ggk ...masa aku services dlm ggk dia kol lagi..seorang yg humble

    • @asyraf5927
      @asyraf5927 3 ปีที่แล้ว

      Tang pernah patah boleh ke masuk askar ?

    • @aminluthman7499
      @aminluthman7499 3 ปีที่แล้ว

      @@asyraf5927 x boleh rsanya

    • @keqsal6635
      @keqsal6635 3 ปีที่แล้ว

      @@asyraf5927 tak boleh tu .. Nk perfect body ..

    • @asyraf5927
      @asyraf5927 3 ปีที่แล้ว

      @@keqsal6635 askar ke ?

    • @lockheads7139
      @lockheads7139 3 ปีที่แล้ว +1

      sma la...masa aku ggk dia kapten lg

  • @kharahmat
    @kharahmat 3 ปีที่แล้ว +18

    Tahniah Datuk Zolkopli atas kejayaan anak ....beliau memang seorang yang humble ...muka je kita gerun nak dekat tapi baik budi orangnya . Moga Allah berikan Datuk kesihatan . Tahniah GGK . Salute

    • @mohdanuaribrahim5706
      @mohdanuaribrahim5706 2 ปีที่แล้ว

      Hamba Allah yang jadi ketua gagasan ini pasti punyai nilai peribadi unggul 💕💕

  • @TapanSRL908
    @TapanSRL908 3 ปีที่แล้ว +75

    ni bru btol panglima..hujan turun pon steady jer kena interview 👍🏻

    • @TheKuman20
      @TheKuman20 3 ปีที่แล้ว +20

      kan.. setakat hujan ape laa sgt mantan panglima gerak khas pulak tah brape byk misi dia buat.. moga Allah kurniakan dia ganjaran setiap jasa dia curahkan.

    • @suriarazali1592
      @suriarazali1592 3 ปีที่แล้ว +1

      Kenapa dia duduk?

    • @TapanSRL908
      @TapanSRL908 3 ปีที่แล้ว +8

      @@suriarazali1592 beliau mantan panglima 21 ggk..baju yg dipakai beliau ialah pakaian veteran komando bukan loreng digital & beliau tidak lagi berkhidmat..duduk tu satu penghormatan untuk beliau sebagai seorang bekas panglima..

    • @tauries4893
      @tauries4893 3 ปีที่แล้ว +13

      @@suriarazali1592 la,dia duduk pun tanya juga ke?xkn la dia nak lompat2 masa diinterview..😆😆

    • @RaHmat-OtHmaN4815
      @RaHmat-OtHmaN4815 3 ปีที่แล้ว +2

      @@suriarazali1592 sebab ada kerusi..klu xda,dia dh berdiri tu..jgn mrh..melawak ja.heee😁

  • @mohdaiman7017
    @mohdaiman7017 3 ปีที่แล้ว +4

    Rendah diri orangnya,ilmu didada penuh ini baru komando sejati....dtg tdk diundang ragu sila pulang

  • @ridwanramelan9872
    @ridwanramelan9872 3 ปีที่แล้ว +14

    Salute buat Komando GGK, sukses selalu.

  • @muhammadpadli2987
    @muhammadpadli2987 2 ปีที่แล้ว +1

    Air muka menggerunkan mantan Panglima Komando geng Dato' Awie
    Subuh.Respect Panglima.Tabikk.👍👍👍👍👍

  • @oldman4993
    @oldman4993 3 ปีที่แล้ว +6

    Semoga Keutuhan dan keunggulan Komando Malaysia khasnya GGK sentiasa dipertingkat dan trpelihara.

  • @danielbakri3169
    @danielbakri3169 3 ปีที่แล้ว +35

    Saya nak jadi pegawai tentera suatu hari nanti. InsyaAllah tolongla doakan saya yer

    • @jsreeyjsrieeyamy9543
      @jsreeyjsrieeyamy9543 3 ปีที่แล้ว +1

      Insyaallah Aamiin 🤲

    • @amirulfakhry9590
      @amirulfakhry9590 3 ปีที่แล้ว

      ok

    • @jajadfarah7380
      @jajadfarah7380 3 ปีที่แล้ว +1

      Daniel bakri.. kamu kena berusaha dari awal dari sudut fitness tubuh badan kamu terlebih dahulu jika kamu benar2 mahu mencapai cita2 kamu utk menjadi pegawai tentera, jika kamu mulakan dari awal usaha kamu dari sudut fitness, saya jamin segala cabaran dan segala halangan dan segala bentuk latihan yang bakal kamu lalui nanti akan menjadi mudah kerana kami telah bersedia dari awal lagi.. semoga nasihat ini dapat memberikan kamu sedikit semangat utk kamu mencapai cita2 utk mwnjadi sorg pegawai tentara yang bertuliah dan disegani.

    • @mrbosskur507
      @mrbosskur507 3 ปีที่แล้ว +1

      Amin.. semoga semangat terus membara, saya pun anak kepada bekas anggota GGk, tapi saya tak ikut legasi ayah saya, tapi saya tetap semangat, melihat anggota komando

    • @neffosseven3673
      @neffosseven3673 3 ปีที่แล้ว +1

      Amen

  • @fattahabdullah6626
    @fattahabdullah6626 2 ปีที่แล้ว +1

    Tahniah kpd OC caw comando, thun 91,la ni dh pencen sbgai pglima,dato' Zol yg sys kenal adalah seorang yg berhati mulia,pgawai yg baik ,last sya dgn beliau thun 91 wktu diPLPK,setelah ggal longmas,sya blik unit RRD dSarawak,mkn beliau x ingat sya, sya percaya ramai ank buah yg syangknya

  • @azharayup57
    @azharayup57 3 ปีที่แล้ว +2

    Tahniah panglima. Arwah bapa saya yg dikenali pak ayub rapat dgn keluarga panglima yg mengajar mengaji quran anak2 panglima

  • @arull172
    @arull172 3 ปีที่แล้ว +14

    Terbaik panglima

  • @jzkjsjs5008
    @jzkjsjs5008 3 ปีที่แล้ว +2

    Datuk MMG steady anak mewarisi kerjaya datuk,,,aku pulak yg bangga tgk

  • @REZSu-30MKM
    @REZSu-30MKM 3 ปีที่แล้ว +12

    Salute to ex-Panglima....jasamu tetap dikenang sampai bila2😎

  • @vivovivere9858
    @vivovivere9858 2 ปีที่แล้ว

    steady datuk. anak datuk dh mlalui pglaman sbgai org awam. bila dia buat kptusan myertai RGK & berjaya tamat latihan asas, bermakna itulah jalan yg d pilihnya. wlpun anak datuk tak menyatakan, tpi sbnarnya sifat2 datuk tebal dlm jiwa dia..klau tidak, dia takkan mgikut jejak langkah datuk. tahniah datuk !!!

  • @NaimSayuthi
    @NaimSayuthi 3 ปีที่แล้ว +4

    GGK Karier didalam karier. sulit didalam kesulitan. Kebiasaan yg diluar kebiasaan. #Akai Jenuh.

  • @msrchannel3191
    @msrchannel3191 3 ปีที่แล้ว +2

    Real Comando. Dalam Hujan. Itu Biasa.
    Steady, Padu Ex Panglima GGK. 👍👍👍

  • @jamiljamil6342
    @jamiljamil6342 2 ปีที่แล้ว +1

    bagus la panglima .ada waris yg menyambung legasi.mungkin satu masa nanti boleh mejawat jawatan yg pernah ayah dia pegang .inshaallah.

  • @abdulhalimaziz9307
    @abdulhalimaziz9307 2 ปีที่แล้ว +2

    Aslkm...terbaik Dato' sbb anak teruskan ikut jejaknya di dalam ATM......

  • @broxv7011
    @broxv7011 3 ปีที่แล้ว +22

    ribut taufan dirempuh jua
    apedehal
    komando assalamualaikum panglima!

  • @al-kaffi6662
    @al-kaffi6662 3 ปีที่แล้ว +2

    Salute.Alhamdulillah.semangat tinggi..syukor semoga berjaya..amin

  • @samsulbahktiar8535
    @samsulbahktiar8535 3 ปีที่แล้ว +10

    tr baik badi..gua banga dpt thu ank badi ikut jejak langkah ayahnya...😢

  • @matdonaldchanneltm9180
    @matdonaldchanneltm9180 3 ปีที่แล้ว +33

    Org kuat kem iskandar ni..pencen dh

    • @samsulbahktiar8535
      @samsulbahktiar8535 3 ปีที่แล้ว +1

      etu lh darah perwira orng jdt.berani mati,berjuang untk negara bangsa ,negara,agama hingar titiskan darah

    • @samsulbahktiar8535
      @samsulbahktiar8535 3 ปีที่แล้ว

      daulat tuanku.merah biru.tanah tumpuh darah kami..
      brothermerahjdt..01

  • @yunusjakpar6660
    @yunusjakpar6660 ปีที่แล้ว +1

    Perghhh tak tahu laa macam mana budak2 sekolah masa dia jadi guru dulu. Haha

  • @fizanhafiz7603
    @fizanhafiz7603 3 ปีที่แล้ว +20

    8-10 tahun..ada faham x komando muda??komando komando komando!!!terbaik panglima!berhujan berpanas biasa!

    • @saifulbakhtiar3142
      @saifulbakhtiar3142 3 ปีที่แล้ว

      dah nk ke 8 tahun tu..kena lalu jugak la ye hari pertama...bangang

  • @BinIbrahimShahizam-od2gn
    @BinIbrahimShahizam-od2gn 4 หลายเดือนก่อน

    Salut...permulaan yg baik

  • @lockheads7139
    @lockheads7139 2 ปีที่แล้ว

    bestnya jadi anak pegawai.bapak siap tnya lagi nk msuk universiti mna2...1 tindakkan yang tepat datuk.klau stay cikgu rsanya pling2 pncen DG38 jaa.msuk askar ok la mej jen jusa c dah tu

  • @masmatahari3745
    @masmatahari3745 3 ปีที่แล้ว +1

    Ayah yang berjaya😊💪💪💪

  • @mohammadhafizul7697
    @mohammadhafizul7697 2 ปีที่แล้ว

    01:45 kalaulah aku ada dekat tempat anak dia tu menitik air mata kerana aku bangga dapat meneruskan legasi komando ayahku

  • @mohdanuaribrahim5706
    @mohdanuaribrahim5706 2 ปีที่แล้ว +1

    Syabas! Teruskan memperkasa anak bangsa 💪💪💪

  • @sembangsantai5550
    @sembangsantai5550 2 ปีที่แล้ว

    Tak kesah pon kena iv waktu hujan, relaks je dia bercakap. Sebab dah biasa mandi hujan kan.. salute

  • @challojuice4485
    @challojuice4485 3 ปีที่แล้ว +3

    Steady datuk .. rndu nk borak dgn datuk lg.. last jumpa kawad op daulat 2017 dkt kk.. dtuk minta lighter ngn sy 😅😅😅..

  • @user-mrx
    @user-mrx 2 ปีที่แล้ว

    Ini bukan calang² rakyat Malaysia. Darah satria darah komando mengalir dalam generasi keturunannya.

  • @hafizShah5738
    @hafizShah5738 3 ปีที่แล้ว +24

    Tengok badan datuk pun dah seram.. Sekali kena penampar conform pengsan

  • @mohamadfirdaus1156
    @mohamadfirdaus1156 7 หลายเดือนก่อน

    Panglima cikgu zul...antara panglima yg humble..boleh lepak stable ngn LLP

  • @neffosseven3673
    @neffosseven3673 3 ปีที่แล้ว +2

    Wow cikgu the best officer haha...

  • @rimba5721
    @rimba5721 3 ปีที่แล้ว

    TQ Bapa.

  • @badrulhisham8428
    @badrulhisham8428 ปีที่แล้ว

    Once Panglima always Panglima

  • @irfanmukhriz8230
    @irfanmukhriz8230 3 ปีที่แล้ว +19

    cita cita saya nak menjadi seorang tentera tolong doakan saya

  • @aminabdullah2773
    @aminabdullah2773 3 ปีที่แล้ว +1

    8 tahun bang oiiiii....adoih hebat!

  • @jiliqadir2427
    @jiliqadir2427 3 ปีที่แล้ว +2

    Steady je hujan cam xde ape2.. komando yang dah sebati.

  • @braderpon7511
    @braderpon7511 3 ปีที่แล้ว

    Salute " bravo

  • @AzzizalAhmadRazali
    @AzzizalAhmadRazali 3 หลายเดือนก่อน

    Hampir 10 tahun utk jadi KOMANDO SEBENAR

  • @amiruddinmohdsobali6886
    @amiruddinmohdsobali6886 5 หลายเดือนก่อน

    Cikgu 😊

  • @TheBagusable
    @TheBagusable 2 ปีที่แล้ว

    HORMAT PANGLIMA!

  • @kecikeric7666
    @kecikeric7666 3 ปีที่แล้ว

    terbaik!!!

  • @wan4798
    @wan4798 2 ปีที่แล้ว

    Piyawww punye komando ni.. hujan pon mcm xdak ape je..

  • @callsigngajus
    @callsigngajus 3 หลายเดือนก่อน

    Tuan Zol

  • @wanmuhammadnoor5566
    @wanmuhammadnoor5566 3 ปีที่แล้ว +3

    Dalam 8 tahun tu berlatih saja ke atau ada buat misi2 rahsia jugak?? #terbaikGGK..

    • @aminluthman7499
      @aminluthman7499 3 ปีที่แล้ว

      Latihan dan ad misi diaa

    • @awangbaddymasdihadi2886
      @awangbaddymasdihadi2886 3 ปีที่แล้ว +1

      Krsus, Latihan dan di beri misi

    • @wanmuhammadnoor5566
      @wanmuhammadnoor5566 3 ปีที่แล้ว

      Terima kasih

    • @aidil__gaming7222
      @aidil__gaming7222 3 ปีที่แล้ว +12

      Maksud dia dlm tempoh 8tahun tu stiap anggota komando akan diberi kursus kepakaran (wajib) sbgai contoh kursus pakar letupan, kursus sniper, kursus CQB & bnyak lagi. Senang kata kursus dia smpai pencen pun xabis. So.. Ggk dah kaji tempoh 8tahun dah kira bleh katakan stiap anggota komando jd perfect. Just share stakat mana sy tahu. Nota: regimen grak khas (komando malaysia di iktiraf dunia (PBB).

  • @samsulbahktiar8535
    @samsulbahktiar8535 3 ปีที่แล้ว

    etu cITA2 sya.tpi..xdngr kap aYah ne lh balasan yg ku dpt..Al fatihah untk ayah de ku hj noh

  • @ariffzul4764
    @ariffzul4764 2 ปีที่แล้ว

    Moga legasi Panglima disambung oleh anak pula. Tahniah?

    • @ariffzul4764
      @ariffzul4764 2 ปีที่แล้ว

      Maaf, pembetulan: Tahniah!

  • @LeeyinyongMuzafar4436
    @LeeyinyongMuzafar4436 3 ปีที่แล้ว +12

    Dah nama komando.....hujan ?? Takde hal lah....

  • @gamerz4403
    @gamerz4403 3 ปีที่แล้ว +15

    Macam mana proses nak masuk askar 10 brige para ada siapa tau ka....salam dari saya org sabah teringin nak masuk para

    • @hangnadim6182
      @hangnadim6182 3 ปีที่แล้ว +10

      msuk rekrud dlu bro 6 bulan..lapastu bila hbis akan dibagi bhagia kor kor..nasiblh dpt ape2 pn..smua kor kor ade bahagian para..nk senang lgi msuk RRD n RAMD..RENJER N ASKAR MELAYU.kt situ bro bole mintak bahagian para..smoga brjaya.

    • @gamerz4403
      @gamerz4403 3 ปีที่แล้ว

      @@hangnadim6182 trima kasih bos

    • @rashidyassin1303
      @rashidyassin1303 3 ปีที่แล้ว

      Perempuan pun boleh join unit para.

  • @user-fk3cd7ce1w
    @user-fk3cd7ce1w ปีที่แล้ว

    oo mak aii banyak batch keparan tu d baju weii bukan senang tu..kalu xsilap da batch de opresso liber kanan sekali tu Green beret US..perghh padu xjelas la tapi bila d padan kn mcm sama tu

  • @akhlaken1243
    @akhlaken1243 3 ปีที่แล้ว +11

    Cikgu disiplin

  • @zarzalgold
    @zarzalgold ปีที่แล้ว

    fuh panglima komando

  • @muazazman3999
    @muazazman3999 3 ปีที่แล้ว +16

    Pin paling kanan sekali kat baju Panglima pin US Army Special Forces aka US Green Beret.

    • @ceoiphone6608
      @ceoiphone6608 3 ปีที่แล้ว +4

      @Muaz Azman ya.. Sememangnya asal penubuhan GGK dilatih oleh komando laut British (Royal marine British)
      Dan mereka menganugerahkan beret hijau kepada GGK

    • @muazazman3999
      @muazazman3999 3 ปีที่แล้ว +11

      @@ceoiphone6608 US bukan UK. Yang saya maksudkan panglima ada pin dari pasukan khas tentera darat US. Memang GGK ditubuhkan oleh Royal Marine Commando tapi salah satu pin yang ada di dada panglima adalah pin US Special Forces

    • @kingdrake09
      @kingdrake09 3 ปีที่แล้ว +13

      @ceo iphone ex panglima ni mmg penah pegi basic green beret US dan lulus. sbb tu dia layak pakai pin tu. bukan sebarangan org blh pakai pin tu.

    • @shabarudinnayan344
      @shabarudinnayan344 3 ปีที่แล้ว +5

      Hebat betul panglima ni ye..lebih kurang mcm Dato Awie Suboh

    • @imahwin
      @imahwin 3 ปีที่แล้ว +3

      Betul tu. 2 kli dia kursus di amerika. 2 thn.

  • @gtbest7266
    @gtbest7266 3 ปีที่แล้ว +2

    Boleh terus kursus komando ke kene masuk Atm dulu tuan

    • @AirtimesMy
      @AirtimesMy  3 ปีที่แล้ว +3

      Masuk ATM dulu. Dah selesai latihan dan ber status anggota Tentera, barulah mohon sertai asas komando

  • @alimane4822
    @alimane4822 2 ปีที่แล้ว

    Brig Jen..(B)Ghazali Ibrahim.. di mana skrg

  • @nvfvdn2608
    @nvfvdn2608 3 ปีที่แล้ว +2

    masak la wartawan kena hadap hujan. komando mana kesah. ahahaha

  • @zyeanyan401
    @zyeanyan401 3 ปีที่แล้ว

    Asslam mulaikum

  • @mikhail7626
    @mikhail7626 3 ปีที่แล้ว

    ✊✊✊✊

  • @Rais-lf9sc
    @Rais-lf9sc 3 ปีที่แล้ว +1

    Di pantai betutu kan??? Kem gerakhas sungai udang melaka ka??

  • @khairulazmanmustaffa1628
    @khairulazmanmustaffa1628 3 ปีที่แล้ว +4

    Yg komen tu semua bekas2 komando....hahaha

  • @adityajulkifli4000
    @adityajulkifli4000 3 ปีที่แล้ว +3

    First

  • @mdhyekal
    @mdhyekal 3 ปีที่แล้ว +4

    Hmm pak aku bekas kem sg udang pun tak alukan anak masuk ayat dia "kau mampu ke" akhirnya aku kerja kilang haha sebab dia tk support lagi pun pak aku pencen je terus gila popuan indon, naya kami anak dia pak abu oi..

    • @adawiyahamna3293
      @adawiyahamna3293 3 ปีที่แล้ว

      Skg ayah awak kawen x dgn pompuan indon tu?

    • @mdhyekal
      @mdhyekal 3 ปีที่แล้ว

      @@adawiyahamna3293 cerai dh dgn mak saya kahwin dgn indon tu ank dua dh tapi hidupnya tk semengah dulu.

  • @mdnorbador9438
    @mdnorbador9438 3 ปีที่แล้ว

    🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾

  • @padolaborneo9934
    @padolaborneo9934 3 ปีที่แล้ว

    Tabek

  • @user-xb1ht1id2b
    @user-xb1ht1id2b หลายเดือนก่อน

    CQB 2289.. RS15 R.. Just COMMAND I will be do it.. Israel Benjamin Netanyahu di Rentap nyawanya maLam.ini

  • @mattnissan2181
    @mattnissan2181 3 ปีที่แล้ว

    Ank dia pgwai jgk ke?

  • @muhdalfateh8473
    @muhdalfateh8473 3 ปีที่แล้ว

    Tentera luar udah training konvensional combat..ATM masih dengan gorila combat.