ไม่สามารถเล่นวิดีโอนี้
ขออภัยในความไม่สะดวก

PERTANDINGAN HIIS SEMPENA SAMBUTAN PESTA KAAMATAN PERINGKAT NEGERI SABAH (SK KUMAWANAN TAMBUNAN)

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 14 พ.ค. 2021
  • Puisi Sudawil ini membawa tema Lumaag Piombolutan Mogowit Do Piunungan . Puisi Sudawil yang bertajuk Lumaag Piombolutan Mogowit Do Piunungan atau dalam bahasa melayu,” Berkat Persahabatan Membawa Perpaduan” menyeru masyarakat setempat agar terus meneguhkan amalan persahabatan bagi mengekalkan keharmonian dan perpaduan di kalangan masyarakat setempat khususnya KDM.
    Keangkuhan, kesombongan, ketamakkan, sikap tidak ada rasa kepedulian sesama sendiri serta sikap lebih mementingkan diri sendiri merupakan penyebab utama berlakunya perpecahan keluarga, saudara mara dan antara kaum.
    Menyedari sikap negatif ini, dari terus mengongkong minda masyarakat di zaman ini, pencerita menyeru agar masyarakat khususnya KDM perlu bersatu padu semula di bawah panji-panji ketamadunan kaum KadazanDusun, melalui amalan memartabatkan nilai-nilai tradisi serta kebudayaan kaum KadazanDusun sendiri.
    Perayaan Kaamatan merupakan tradisi KDM mampu menjadi nadi untuk menyampaikan mesej ini,agar dapat dihayati dan seterusnya menjadi teras memupuk nilai-nilai kemanusiaan dan perpaduan. Cinta kasih sesama manusia tanpa ada perbezaan amalan budaya adat resam,kepercayaan agama merupakan penegasan khusus mesej yang disampaikan .
    Negara yang aman damai akan mendapat sanjungan tinggi serta dihormati dipersada dunia, jika amalan perpaduan terus dipelihara, seturut pesanan nenek moyang.
    Pengerusi : Pn. Josepah Sibin ( Guru Besar)
    Pengurus & Juruteknik : En. Johny Makajil ( PK 1)
    Ketua Jurulatih: Pn. Wanisah Gampalid ( PK Kokum)
    Jurulatih : Pn. Anidah Perman- Jurulatih
    En. Sharif Taip- Teknikal dan video
    Pn. Fauziah Wahid- Jutrusolek dan penyediaan pakaian.
    Ajk : Pn. Hamidah Adusin
    En. Abu Hassan
    En. Haidi Hamidin
    En. Henry Jarinus
    En. Azland Rakimin

ความคิดเห็น •