Gagal Ujian Komputer 3 kali, Buta Huruf atau OKU Lembam Nak Ambil Lesen Memandu

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 17 ก.ย. 2024
  • Lesen Buta Huruf
    Bagi ahli keluarga atau kawan-kawan yang buta huruf, mereka boleh mengikut KPP khas dan Ujian Lisan untuk Bahagian I (Undang-undang). Pemohon mestilah warganegara Malaysia. Sebelum mengikut kursus, seseorang itu perlu mendapat kelulusan daripada pihak JPJ untuk mengikut Ujian Lisan. Berikut merupakan prosedurnya:
    Datang ke IM untuk mendapatkan borang pemohonan buta huruf atau muat turun di website JPJ.
    Isikan 2 borang sendiri atau wakil (jika wakil yang isi, perlu isikan maklumat wakil) dan disahkan oleh Penghulu/ Guru Besar/ Pengetua Sekolah/ Pegawai Kerajaan Kumpulan A/ Wakil Rakyat/ Jaksa Pendamai atau Ketua Masyarakat bagi Sabah dan Sarawak.
    Hantarkan borang ke JPJ dan mendapatkan tarikh temuduga.
    Hantarkan surat kelulusan ke pihak IM dan membuat pendaftaran untuk kursus KPP Khas.

ความคิดเห็น • 100