Kata orang Jangan kau cuba melawan arus Pecah bahtera Kau kecundang karam terjerumus Tapi jika terpaksa pergi Kau mesti pergi Di balik gunung di kaki pelangi Engkau cari Mimpi perangsang hidup Dan kau diberi tawaran Tak bisa ditolak Minta bebas bebas Dari sangkar maya ini Minta terbang lepas Dari sarang buana ini Kata orang Ada racun dalam kecantikan Itu terang Membuat engkau mabuk cendawan Tapi jika terpaksa milik Kau mesti kelik Biar dicerca dihina Dan engkau diherdik Kerna dia engkau menjadi lelaki Diberi pilihan antara hidup dan mati
Lagu di atas adalah nyanyian dan ciptaan M Nasir, yang terkandung dalam album beliau bertajuk Phoenix Bangkit yang diterbitkan dalam tahun 2002. Tidak dinyatakan pula apa dan siapa yang beliau maksudkan dengan melawan arus. Namun, peminat dan pendengar dapat membuat telahan sendiri dan ramai juga yang mengaitkan lagu ini dengan suasana politik semasa waktu itu. Sejarah peradaban manusia telah melahirkan banyak tokoh yang melawan arus. Tokoh yang tidak mahu memilih jalan selamat, dan mahu melakar jalan sendiri. Jalan mudah dengan mengikut pandangan ramai yamg popular tidak menarik perhatian mereka. Mereka ini telah memilih jalan yang sukar dan penuh onak berdiri. Ada yang berjaya dan ada yang kandas. Ada yang hidup senang dan bahagia di kemudian hari, dan ada juga yang hidup merempat hingga ke akhir hayat. Mereka hidup dan berjuang atas prinsip yang mereka dokong. Walaupun pendapat dan idea mereka tidak dapat di terima di masa dan ketika itu, mereka terus berjuang. Dalam sejarah negara, telah ramai tokoh yang melawan arus. Walaupun orang Melayu terkenal dengan sifat HangTuah yang taat setia tidak berbelah bahagi, namun dalam sejarah akan timbul juga watak Hang Jebat yang akan menentang ketidakadilan yang wujud dalam masyarakat. Dato' Onn Jaafar telah melawan arus bila mencadangkan UMNO dibuka pada semua kaum. Tokoh PKMM telah melawan arus bila membawa slogan yang sangat asing pada masa itu, iaitu `Merdeka' di kala masih ramai orang Melayu yang ragu-ragu akan kemampuan anak Melayu memerintah watan. Dr Mahathir juga pernah melawan arus dengan Malay Dilemma nya yang menuntut kemarahan Tunku Abdul Rahman, sehingga disingkir dari parti. Begitu juga dengan Anwar Ibrahim yang melawan arus semasa pelajar dan juga setelah jadi orang bergelar. Saya sangat menghormati tokoh yang berani melawan arus. Jangan salah faham, bukan ideologi mereka yang saya kagum, tetapi keberanian, kesungguhan, keyakinan, ketahanan mental dan fizikal dalam memperjuangkan hak dan kebenaran yang mereka pegang. Saya kagum akan daya tahan mereka yang tinggi dalam menghadapi tentangan dan kemungkinan akan kehilangan segala-gala yang berharga dalam hidup. Saya rasa takjub bila melihat sorang tokoh itu dapat menyakinkan pengikutnya lantas menggerakkan kekuatan pendokong dan penyokong dalam menyokong ideologi dan pegangan mereka. Kadang-kadang masyarakat kita perlu ada tokoh yang melawan arus, yang boleh mengejutkan kita dari mimpi yang panjang, yang boleh mencetuskan pemikiran di luar kerangka dan melakukan sesuatu yang tidak terjangkau oleh pemikiran dangkal kita. credit jiwarasa.blogspot.com/2004/10/jangan-cuba-melawan-arus.html?m=1
kenallah Tuhan yg Sstu supaya tak teperangkap dalam sarang buana nii.. jgn fikir politik bab dunia saja.. fikir juga bab Tuhan supaya kita tak kecuncang di sangkar maya ini... fahamkan betul2.. Tuhan itu terlalu Nyata untuk dicari.. Salam ❤
Begitu juga dengan Anwar Ibrahim yang melawan arus semasa pelajar dan juga setelah jadi orang bergelar. : salah seorang susuk yang digelar melawan arus perdana !?
Kata orang Jangan kau cuba melawan arus
Pecah bahtera
Kau kecundang karam terjerumus
Tapi jika terpaksa pergi
Kau mesti pergi
Di balik gunung di kaki pelangi
Engkau cari
Mimpi perangsang hidup
Dan kau diberi tawaran
Tak bisa ditolak
Minta bebas bebas
Dari sangkar maya ini
Minta terbang lepas
Dari sarang buana ini
Kata orang
Ada racun dalam kecantikan
Itu terang
Membuat engkau mabuk cendawan
Tapi jika terpaksa milik
Kau mesti kelik
Biar dicerca dihina
Dan engkau diherdik
Kerna dia engkau menjadi lelaki
Diberi pilihan antara hidup dan mati
AxfxfcA
Lagu di atas adalah nyanyian dan ciptaan M Nasir, yang terkandung dalam album beliau bertajuk Phoenix Bangkit yang diterbitkan dalam tahun 2002. Tidak dinyatakan pula apa dan siapa yang beliau maksudkan dengan melawan arus. Namun, peminat dan pendengar dapat membuat telahan sendiri dan ramai juga yang mengaitkan lagu ini dengan suasana politik semasa waktu itu.
Sejarah peradaban manusia telah melahirkan banyak tokoh yang melawan arus. Tokoh yang tidak mahu memilih jalan selamat, dan mahu melakar jalan sendiri. Jalan mudah dengan mengikut pandangan ramai yamg popular tidak menarik perhatian mereka. Mereka ini telah memilih jalan yang sukar dan penuh onak berdiri. Ada yang berjaya dan ada yang kandas. Ada yang hidup senang dan bahagia di kemudian hari, dan ada juga yang hidup merempat hingga ke akhir hayat. Mereka hidup dan berjuang atas prinsip yang mereka dokong. Walaupun pendapat dan idea mereka tidak dapat di terima di masa dan ketika itu, mereka terus berjuang.
Dalam sejarah negara, telah ramai tokoh yang melawan arus. Walaupun orang Melayu terkenal dengan sifat HangTuah yang taat setia tidak berbelah bahagi, namun dalam sejarah akan timbul juga watak Hang Jebat yang akan menentang ketidakadilan yang wujud dalam masyarakat. Dato' Onn Jaafar telah melawan arus bila mencadangkan UMNO dibuka pada semua kaum. Tokoh PKMM telah melawan arus bila membawa slogan yang sangat asing pada masa itu, iaitu `Merdeka' di kala masih ramai orang Melayu yang ragu-ragu akan kemampuan anak Melayu memerintah watan. Dr Mahathir juga pernah melawan arus dengan Malay Dilemma nya yang menuntut kemarahan Tunku Abdul Rahman, sehingga disingkir dari parti. Begitu juga dengan Anwar Ibrahim yang melawan arus semasa pelajar dan juga setelah jadi orang bergelar.
Saya sangat menghormati tokoh yang berani melawan arus. Jangan salah faham, bukan ideologi mereka yang saya kagum, tetapi keberanian, kesungguhan, keyakinan, ketahanan mental dan fizikal dalam memperjuangkan hak dan kebenaran yang mereka pegang. Saya kagum akan daya tahan mereka yang tinggi dalam menghadapi tentangan dan kemungkinan akan kehilangan segala-gala yang berharga dalam hidup. Saya rasa takjub bila melihat sorang tokoh itu dapat menyakinkan pengikutnya lantas menggerakkan kekuatan pendokong dan penyokong dalam menyokong ideologi dan pegangan mereka.
Kadang-kadang masyarakat kita perlu ada tokoh yang melawan arus, yang boleh mengejutkan kita dari mimpi yang panjang, yang boleh mencetuskan pemikiran di luar kerangka dan melakukan sesuatu yang tidak terjangkau oleh pemikiran dangkal kita.
credit jiwarasa.blogspot.com/2004/10/jangan-cuba-melawan-arus.html?m=1
Dr. Maza
kenallah Tuhan yg Sstu supaya tak teperangkap dalam sarang buana nii.. jgn fikir politik bab dunia saja.. fikir juga bab Tuhan supaya kita tak kecuncang di sangkar maya ini... fahamkan betul2.. Tuhan itu terlalu Nyata untuk dicari.. Salam ❤
Betul...👍
Uiii khayal layan terbuai2 rase. Power dato m nasir!
4:31 suara latar datin marlia musa
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
Minta terbang lepas dari sarang buana ini!
Mendayu2 muziknye.. Asyik
Kata orang Ada racun dlm kecantikan
menongkah arus d lautan menempuh ranjau d sepanjang jalan atas bawah depan belakang kiri dn juga kanan
Sangkar maya ini, sarang buana ini.
outro power!
Tunggu 👍🔥🎧
Sangkar maya❤
😷tempo aLa2turkey~sungoh mengasikan😴
You’ll be offered with something you cant refuse
Begitu juga dengan Anwar Ibrahim yang melawan arus semasa pelajar dan juga setelah jadi orang bergelar. : salah seorang susuk yang digelar melawan arus perdana !?