Rayuan Akhir Ditolak Lelaki Bakar Tahfiz Lttifaqiyah Kekal Dipenjara

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 20 มี.ค. 2024
  • Rayuan akhir ditolak, lelaki bakar tahfiz Ittifaqiyah kekal dipenjara.
    PEMUDA berusia 22 tahun yang membunuh 23 penghuni Darul Quran Ittifaqiyah kekal ditahan dan dipenjara selama mana diperkenankan Yang di-Pertuan Agong oleh Mahkamah Persekutuan.
    Dalam kejadian tujuh tahun lalu pada 14 September 2017, seramai 21 pelajar dan dua warden pusat tahfiz terkorban selepas terperangkap di tingkat tiga asrama pusat tahfiz yang terbakar.
    Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat di Mahkamah Rayuan, Putrajaya pada Khamis.
    Ia diputuskan selepas menolak rayuan perayu selaku penama pertama.
    Pada prosiding hari ini, pihak pendakwaan tidak memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan seorang lagi pemuda juga berusia 22 tahun (penama kedua) daripada kesalahan serupa.
    Pada 11 September 2023, Mahkamah Rayuan berpuas hati bahawa penama pertama bukan sahaja bertanggungjawab memulakan kebakaran, malah mengetahui perbuatannya boleh menyebabkan bencana tubuh kepada 23 mangsa.
    Panel turut berpendapat keterangan pihak pendakwaan sebegitu kuat bahawa penama pertama merupakan pihak yang bertanggungjawab memanjat pagar belakang tahfiz untuk memulakan kebakaran.
    Pada 17 Ogos 2020, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Azman Abdullah mendapati penama pertama bersalah dan mengenakan hukuman penjara selama mana diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.
    Hal ini kerana perayu pada ketika itu berusia 16 tahun dan merupakan pesalah kanak-kanak.
    Ia berdasarkan material semasa kejadian Mahkamah Tinggi mengguna pakai Seksyen 97(1) Akta Kanak-Kanak 2001 yang mana seksyen itu menyatakan hukuman mati tidak boleh dijatuhkan ke atas pesalah kanak-kanak bawah umur 18 tahun.
    Namun mahkamah boleh menjatuhkan hukuman penjara selama mana diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.
    Mengikut pertuduhan, penama pertama dan kedua yang ketika kejadian berusia 16 tahun, didakwa bersama-sama membunuh dan menyebabkan kematian 23 penghuni pusat tahfiz di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju.
  • บันเทิง

ความคิดเห็น •