ZIKIR YANG DIAJARKAN RASULULLAH S.A.W KEPADA KITA | AMALAN SEDIKIT TAPI MANFAAT PAHALANYA BESAR

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 9 ก.พ. 2025
  • Dalam banyak bacaan selepas solat subuh, antara yang paling penting dan mudah serta manfaat pahalanya yang sangat besar, ada diajarkan oleh Nabi s.a.w kepada kita berbunyi:
    ‎سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقِهِ وَرِضَا نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
    x3
    Yang bermaksud:
    Maha Suci Allah dan pujian untukNya sebanyak jumlah makhluk ciptaanNya, mengikut redhaNya kepada diriNya, menurut berat arashNya, dan sebanyak tinta kalimah-kalimahNya. X3
    --------------------------------------------------------------------------------
    Hadis penuhnya berbunyi:
    Daripada Juwairiyah r.a, Nabi s.a.w keluar dari rumahnya pada waktu pagi ketika dia sedang mendirikan solat Subuh di tempat solat dalam rumahnya. Kemudian baginda pulang selepas masuknya waktu Dhuha, dan mendapati Juwairiyah masih di tempat solatnya.
    Baginda bertanya: Engkau masih lagi dalam keadaan seperti mana aku pergi tadi. Juwairiyah menjawab: Ya. Nabi s.a.w pun bersabda:
    Sesungguhnya aku telah menyebut empat kalimah sebanyak 3 kali. Seandainya ditimbang kalimah yang aku sebut itu dengan kalimah yang engkau sebut sejak pagi tadi, maka kalimah kalimah yang aku sebut itu akan mengatasi kalimah-kalimah yang engkau sebut.
    (Kalimah-kalimah yang aku sebut ialah) Maha Suci Allah dan pujian untukNya sebanyak jumlah makhluk ciptaanNya, mengikut redhaNya kepada diriNya, menurut berat arasyNya, dan sebanyak tinta kalimah-kalimahNya.
    [Sahih Muslim, Kitab adz-Dzikr wa ad-Dua' wa at-Taubat wa al Istighfar, no: 2726].
    #sunnah #selawat #zikir #zikrullah

ความคิดเห็น • 2

  • @istikhomahsurat7369
    @istikhomahsurat7369 10 หลายเดือนก่อน +1

    Ikut bertanya ustadz yg benar khalqihi apa khalqohi? Antara tulisan Arab dan Latin tidak sama?

    • @jelitawifdiyana
      @jelitawifdiyana  8 หลายเดือนก่อน

      Bismillah assalamualaikum alhamdulillah biiznillah, jika tersalah tulis rumi@latin tak apa, jangan salah tulisan arab (pada ayat ayat Al Quran itu)…
      Wallahu ‘alam, ‘afwan a’na lambat balas, baru perasan🍃