TAKBIR RAYA MERDU
ฝัง
- เผยแพร่เมื่อ 5 ต.ค. 2024
- Sambutan hari raya Aidilfitri disambut dengan gema takbir bagi menggambarkan syiar Islam di samping meraikan kemenangan dalam menghadapi ujian dan dugaan di bulan Ramadan. Takbir pada hari raya merupakan perkara yang disunatkan berdasarkan firman Allah SWT:
وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Maksudnya: Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya dan mudah-mudahan kamu bersyukur.
Al-Baqarah (185)
Umat islam disyariatkan supaya melaungkan takbir apabila terbenamnya matahari pada akhir bulan Ramadan dengan suara yang lantang bagi menggambarkan kegembiraan dan menunjukkan syiar islam. Imam al-Khatib al-Syirbini menyebutkan di dalam karyanya:
وَهَذَا كُلُّهُ فِي التَّكْبِيرِ الَّذِي يَرْفَعُ بِهِ صَوْتَهُ وَيَجْعَلُهُ شِعَارَ الْيَوْمِ
Maksudnya: Ini semuanya berkaitan hukum pada takbir yang dilaungkan dengan suara yang lantang dan dijadikannya sebagai syiar pada hari itu (hari raya).
#takbirraya
#takbir
#aidilfitri
Alhamdulillah ..takbir raya
alhmdulillah takbir raya merdu anak2 tahfiz dari temerloh 👍
Semoga kehidupan kita diberkati
Masha allah. Anak2 tahfiz. Syukur alhamdullillah takbir raya
takbir raya merdu ❤
Alhamdulillah …suara pelajar mtis
Selamat hari raya kepada semua warga Maahad Tahfiz
Alhamdulillah..terbaik
Alhamdulillah ..
Terbaik anak-anak pelajar MTIS..
Alhamdulillah ..boleh pasang dengar di rumah jua