JEJAK LOKASI FILEM | ANAK BAPAK | BABAK SUBANG AIRPORT | LADANG GETAH | BANDAR KLANG

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 13 มิ.ย. 2022
  • #Channel20sen
    Ada beberapa babak penggambaran filem Anak Bapak yang dijalankan di luar studio, antara lokasi babak tersebut adalah di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang, di bandar Klang dan di Ladang getah Taman Melawati, Hulu Klang.
    Lapangan Terbang Antarabangsa Subang ini dibina pada tahun 1961. Sayangnya bangunan asal dan menara kawalan Terminal 1 ini sudah tiada lagi dengan kata lain sudah dirobohkan pada tahun 2003.
    Sementara babak di ladang getah pula, lokasi yang dikenal pasti adalah di Taman Melawati, Hulu Klang.
    Ladang getah yang terdapat di dalam filem Anak Bapak, kini sudah tiada lagi dan digantikan dengan pembangunan rumah kedai serta taman perumahan disekitarnya.
    Lokasi di Bandar Klang juga turut ada digambarkan dalam filem Anak Bapak, di mana kenderaan yang dinaiki oleh P. Ramlee dan Rose Yatimah melalui Jalan Jambatan Kota berhadapan dengan bangunan Majlis Perbandaran Klang

ความคิดเห็น • 339

  • @abdulwahidmdtahir3660
    @abdulwahidmdtahir3660 2 ปีที่แล้ว +14

    Pihak berkenaan terlalu ghairah bila Klia di Sepang siap beroperasi hingga tanpa fikir panjang merobohkan terminal 1 (terminal asal) LT Subang. Bila Klia Sepang didapati tidak dapat menampung keperluan penerbangan domestik pesawat yang lebih kecil, jarak dekat, pesawat peribadi, kargo dll. di mana LT yang dekat dengan pusat bandar lebih sesuai, maka terpaksa dibina terminal baru (terminal 3), yang sekarang dinamakan Skypark.
    Jika tidak dirobohkan secara tergesa-gesa dulu mungkin terminal asal itu boleh diubahsuai susun atur dan fasiliti dalamannya bersesuaian dengan keperluan semasa dan dibina bangunan tambahan jika perlu tanpa mengubah rupa bentuk asal luarannya yang klasik dan menarik.

  • @AizenNasa
    @AizenNasa 2 ปีที่แล้ว +113

    Teruskan buat jejak lokasi ni Tuan. Saya antara peminat-peminat filem P.Ramlee dan pendekatan ini amat memberi nostalgia kepada saya. Terbaik.

    • @sallehderan
      @sallehderan  2 ปีที่แล้ว +14

      In Sha Allah

    • @darissafiy7822
      @darissafiy7822 2 ปีที่แล้ว +12

      Setuju 200%

    • @hjazlee6098
      @hjazlee6098 2 ปีที่แล้ว +2

      Aq orang borneo
      Aq pon mo mliat.

    • @rizalsofian4306
      @rizalsofian4306 2 ปีที่แล้ว +2

      setuju sgt ..tema kasih

    • @Izan_FB
      @Izan_FB 2 ปีที่แล้ว +2

      Peminat filem klasik🤗

  • @mahdinieabrahaman8526
    @mahdinieabrahaman8526 2 ปีที่แล้ว +8

    Ke Empat-Empat Pelakon sudah tiada. Al-Fatihah buat mereka yang telah mewarnai dunia lakonan yang berkesan dan melegenda.

  • @kamaruzliudin9574
    @kamaruzliudin9574 2 ปีที่แล้ว +9

    Salam mesra!😃 Dulu sekitar jln ulu klang zoo terlalu sunyi pd thn 1968 masa tu atuk tinggal di kg.puah jln gombak jln2 naik basikal melalui jln dedap berhampiran rumah arwah p.ramlee bolih terus ke hotspring setapak itu lah kenangan atuk wassalam.

  • @mohdazwarani1975
    @mohdazwarani1975 2 ปีที่แล้ว +11

    Aku bangga dgn usaha kau ni admin

    • @sallehderan
      @sallehderan  ปีที่แล้ว

      Alhamdulillah terima kasih

  • @anonymousanonymous5971
    @anonymousanonymous5971 2 ปีที่แล้ว +9

    Untuk Lokasi ladang getah tersebut boleh rujuk dgn pejabat tanah daerah tapi saya faham hasil kerja tuan adalah usaha dan dana sendiri.. untuk kesana sini buat rujukan mmg time n money consuming.. terbaik... teruskan support jgn skip ads

    • @kaharudinismail9752
      @kaharudinismail9752 2 ปีที่แล้ว +1

      Ada juga yg mengatakan, kawasan petronas di belakang Masjid terus ke Taman Permata

    • @kingsimba332
      @kingsimba332 2 ปีที่แล้ว

      Lokasi ladang getah tu mcm kat RRIM Sungai buloh atas bukit

    • @mohdeairul5533
      @mohdeairul5533 2 ปีที่แล้ว

      @@kaharudinismail9752 ingat kat sekolah wangsa melawati sekarang

  • @piai
    @piai 2 ปีที่แล้ว +10

    Filem pertama Roseyatimah bersama P. Ramlee = pendekar bujang lapok
    Filem terakhir Roseyatimah juga bersama P. Ramlee = Anak Bapak

    • @azmanamir2523
      @azmanamir2523 2 ปีที่แล้ว +1

      Allahyarhamah meninggal diusia muda kerana sakit..

  • @faridmdkhalid
    @faridmdkhalid 2 ปีที่แล้ว +9

    Entah kenapa hati jadi sayu bila tengok semula jalan2 kenangan dlm filem Anak Bapak yg skg dah tiada akibat ditelan pembangunan zaman....

    • @razaliyatim3623
      @razaliyatim3623 2 ปีที่แล้ว +1

      klau tngok jln zaman p.ramlee dulu mcm nyaman je kn

  • @alisaiful6717
    @alisaiful6717 2 ปีที่แล้ว +29

    Sebenarnya P Ramlee semasa melawat ladang bersikap perikemanusiaan kepada pekerja pekerja tu satu sindiran kepada pengurusan ladang ladang.. Biasanya kebajikan pekerja pekerja estet ni dulu kurang diberi perhatian. Gaji kecil dan bekerja sepanjang hayat. Nak komplen lebih lebih kena buang kerja..

    • @arale7906
      @arale7906 ปีที่แล้ว +4

      Sekarang pn ada lg...cuba tny pekerja2 syarikat kurier...kebajikan dorang dijaga tak?....

  • @nadiamuslimahsolehah283
    @nadiamuslimahsolehah283 2 ปีที่แล้ว +7

    Bagusnya p.ramlee sebagai boss dlm filem ni😭skrg ssh da nak jumpa bos mcm ni

    • @miorozylinkamardin4914
      @miorozylinkamardin4914 2 ปีที่แล้ว +3

      Tu lah mesej yg p.ramlee nak sampaikan kepada2 semua boss supaya jaga kebajikan pekerja, bos kena sentiasa turun padang walaupun anak boss , tetap jalankan amanah bukan duduk saja. Tu lah mesej p.ramlee sampaikan.

  • @ZainalAbidin-bm8bv
    @ZainalAbidin-bm8bv 2 ปีที่แล้ว +8

    Saya rasa kalo nk tau lokasi cita anak bapak, lbh baik tya kpd pelakon yg masih hidup iaitu mak mah, dia lbh tau d mana setiap lokasi

  • @radhiradhi1482
    @radhiradhi1482 2 ปีที่แล้ว +14

    Apa susah pelakon filem tersebut masih hidup lagi seperti mak mah boleh tanya lokasi kebun getah dan sebagainya.

  • @zamriawanglah2227
    @zamriawanglah2227 2 ปีที่แล้ว +5

    Semoga seniman p.ramlie di lapangkan kuburnya..Alfatihah

  • @hjazlee6098
    @hjazlee6098 2 ปีที่แล้ว +8

    Kadang kala kalau ku kenang seniman ngeri sberang ne. Rasa sdih mlanda. Sgelintr sebangsanya yg mbunuh karyanya. Nda patut ya kna buat cmatu. Msa kjatuhan jln ampas, ya terpaksa berhijrah d NEGRA tumah darahnya...
    Tapi ya kna provoksi oleh sglintir orang sna. (Seniman yg mati dtantang bangsa sndiri.) 😭 Al Fatihah buat sniman pujaan atiku.

  • @khalidisenan5593
    @khalidisenan5593 2 ปีที่แล้ว +4

    Usaha menjejaki tempat penggambaran sangat dialu2kan..tahniah

  • @lenzwillmax6815
    @lenzwillmax6815 ปีที่แล้ว +8

    Teruskan jejak lokasi cerita2 lama.. sebab mcm saya di sarawak ni takde peluang nak tengok bekas2 lokasi cerita2 lama yg ada di sana.. dapat la juga kami lihat walaupun hanya di medsos..

  • @tyapeter4ever107
    @tyapeter4ever107 2 ปีที่แล้ว +7

    Sy juga merupakan pmnt setia filem2 P Ramlee dari sejak kecil lg sehingga la umur masuk 4 angka ni Bak kata pepatah tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.. Filem2 beliau merupakan inspirasi bt kta semua.. dan perna juga sy terpikir, bgmnakah rupa keadaan yg perna beliau bt shooting atau tmpt2 itu.. dan thank you diatas usaha anda utk mengembalikn saat kenangan lagenda kta.. Teruskan usaha anda👏👏👏👍

  • @zakeyzakiah3759
    @zakeyzakiah3759 2 ปีที่แล้ว +5

    Dialog. 40 thn x penah cuti 😅..
    Semua lokasi Dh jdi kenangan.
    Semua filem lakonan,arahan tansri p ramle,meningalkan mesej dn juga kenangan Yea tersendiri. 😔😔😔

  • @saifhaqiem7996
    @saifhaqiem7996 2 ปีที่แล้ว +8

    Tahniah utk usaha tuan ini..sgt bagus bila tuan mengeluarkan video2 begini especially utk tontonan generasi baru..filem2 zaman dulu semua dlm hitam putih & bila tuan keluarkan video mcm at least generasi kami dpt membayangkan keadaan @ suasana di ketika tu dlm imaginasi 'berwarna'..disini sy jgk mohon tuan utk menjejak lokasi pengembaraan utk filem2 spt adik manja, setinggan, sikit punya gila & filem2 lain yg pernah popular 1 masa dulu..mungkin dgn cara ini, ingatan terhadap filem2 lama tak akan lenyap dimamah kemodenan..teruskan usaha tuan..tahniah sekali lg..😃😃

  • @ahmardbahri6928
    @ahmardbahri6928 2 ปีที่แล้ว +4

    Sedih juga apabila banyak mercutanda negara yg bernilai untuk di tatap dan di kenang oleh anak cucu kita pada masa hadapan telah di roboh kan! Nasib baik Stadium Merdeka tak jadi di roboh kan! Terima kasih kpd Tun Abdullah yg mengekal kan stadium itu!

  • @nursuhaida2316
    @nursuhaida2316 2 ปีที่แล้ว +5

    Teruskan usaha anda,ia sangat baik..

  • @zizanzan1451
    @zizanzan1451 2 ปีที่แล้ว +8

    Nah makcik ambil duit sepuloh ringgit buat beli obat...kalau skrng munkin sama nilai dgn seratus ringgit.. Itu lah jiwa hati nurani Tan sri P. Ramlee di luar filem yg suka bersedekah..

    • @zai1954
      @zai1954 2 ปีที่แล้ว +2

      Harta dan duit dia...habis cn tu jee...kalau dia tu pm...bagus nya tapi ..dgr kata .dia xsuka politik

  • @pojiez
    @pojiez 2 ปีที่แล้ว +11

    Ruminah Sidek masih hidup.. boleh dapatkan info...mungkin tau..

  • @nananglatamimu335
    @nananglatamimu335 ปีที่แล้ว +6

    informasi dan maklumat macam begini akan membina minda anak anak muda untuk menjadi manusia tahu sejarah perubahan lokasi lokasi di mana lokasi tertentu dibandingkan dengan ketika allahyarham p Ramlee buat pengembaraan filem
    Maklumat yang di salurkan menyumbang komunikasi positif, di harap individu individu yang suka buat bahan cerita yang boleh mencetuskn perkembangan mental yg kearah kemudaratan dan saya minta beralihla kepada bahan cerita yang boleh memberi manfaat kepada bangsa dan negara.
    inilah satu contoh video penyaluran maklumat yang menjadi tauladan contoh yang baik kepada bangsa dan negara

  • @peterkodi7593
    @peterkodi7593 2 ปีที่แล้ว +6

    dulu masa kecik dok tgk cita p ramlee selalu tertanya2 gak kat mana agaknya lokasi tempat p ramlee berlakon..bila dah besar, baru taw p ramlee berlakon kat area office aku ja di melawati 😅

  • @daudlabo9401
    @daudlabo9401 2 ปีที่แล้ว +4

    tmpt pnuh knangn dihpuskan mcm tu jer

  • @anuarabdrahman6130
    @anuarabdrahman6130 2 ปีที่แล้ว +6

    Dahulu merdu terdengar kicauan burung..skrg bingit terdengar deruman engin kenderaan..

  • @mohdsaifulnizamramizen2537
    @mohdsaifulnizamramizen2537 ปีที่แล้ว +7

    Syg terminal 1 & 2 dirobohkan.
    Klau x mmag ad youtuber buat content kat sana.. Pokok getah pun sdah tiada lagi akibat pembangunan baru.. Yg tggal hanyalah kenangan yg terpahat di memory kita sahaja..

    • @hattamimie
      @hattamimie ปีที่แล้ว

      Terminal 2 bukan ade lagi ke

  • @Ketua.Menteri.Perlis
    @Ketua.Menteri.Perlis 2 ปีที่แล้ว +5

    Jauh sangat bezanya...😭😭seiring dengan pembangunan dan perubahan zaman

  • @skyfigurefun
    @skyfigurefun 2 ปีที่แล้ว +4

    lagi2 saya suka mencari tempat pengambaran dulu2

  • @sky_Angler
    @sky_Angler 2 ปีที่แล้ว +6

    nostalgia menggamit memori... terbaik la admin.saya suka jejak lokasi filem...keep it up!!

  • @ciksaeraa8341
    @ciksaeraa8341 2 ปีที่แล้ว +5

    Mcm xpercaya jaa ladang getah bertukar sampai jadi mcm tu . Berubah banyak .

  • @shahrolazhar3442
    @shahrolazhar3442 ปีที่แล้ว +5

    Terima kasih bos!terima kasih bos! alhamdulillah.mudah mudahan tuhan panjangkan umur bos., selamatlah bos.amin.😔

  • @nadiamuslimahsolehah283
    @nadiamuslimahsolehah283 2 ปีที่แล้ว +4

    Assalamualaikum kembali lg.. video kedua lps tgok video rumah cikgu shaari td. Dah subscribe. Btw Tahniah team kita Malaysia 🇲🇾 berjaya pergi ke piala Asia 2023 tahun dpn. 4-1 menewaskan Bangladesh. Alhamdulillah setelah 42thn akhirnya kita berjaya memenangi perlawanan kali ini.

  • @amirulmukminin580
    @amirulmukminin580 ปีที่แล้ว +4

    Aku klau filem p ramlee tgk 20 kali pn tk pnah bosan..smua dialog aku hafal

  • @SantaiChannel78
    @SantaiChannel78 2 ปีที่แล้ว +6

    nak cari lokasi tepat kena tahu nombor lot tanah ladang getah tersebut kemudian dah tau nombor lot boleh rujuk pejabat daerah dan tanah.. biasanya SO atau Pegawai Tanah boleh menjejaki lokasi asal.. asalkan tau nombor Lot asal kawasan yang dicari..

  • @amerhuzairy100
    @amerhuzairy100 2 ปีที่แล้ว +5

    Kalaulah kerajaan tidak merobohkan Terminal 1, sudah tentu boleh dijadikan terminal yang lebih baik untuk firefly dan malindo.

  • @muhamadfirdaus5857
    @muhamadfirdaus5857 8 หลายเดือนก่อน +5

    Ladang getah kat Kawsan subang UTK maklumat semua sbb lokasi airport dgn kawasan p ramlee tue dekat jer

  • @hattamimie
    @hattamimie 2 ปีที่แล้ว +3

    Ayah aku pernah pergi Jepun ikut airport terminal 1 tahun 1995

  • @PeriaHarumManis
    @PeriaHarumManis 26 วันที่ผ่านมา +8

    Satu je yg menarik perhatian saya, nilai duit RM10 zaman tu dgn skrg. Skrg pun kalau pegi klinik dekat RM70 ke RM100 juga kena. Mungkin nilai RM10 masa tu sama dgn RM100 skrg.

    • @shah008
      @shah008 20 วันที่ผ่านมา

      memang la.. seluruh dunia semua mcmtu..adehhh 😂

    • @ainornashruddin1551
      @ainornashruddin1551 13 วันที่ผ่านมา

      silap jam rm10 dulu-dulu mmg sama nilai dengan rm100 skrg ni

  • @filharmonik
    @filharmonik 2 ปีที่แล้ว +8

    Lokasi tepat ladang getah tu di AU5D/1 , dulu situ kawasan getah antara lembah keramat dan wangsa maju

  • @bikertakkental7455
    @bikertakkental7455 2 ปีที่แล้ว +4

    Suka dia punya muzik latar. Sangat menyentuh kalbu.

  • @zulkarnaenmohdz
    @zulkarnaenmohdz 2 ปีที่แล้ว +4

    Sempat tengok versi asal subang airport sebab bekerja Di kompleks cargo 1996

  • @zkamal1333
    @zkamal1333 2 ปีที่แล้ว +5

    content terbaik

  • @dinethijjaz6649
    @dinethijjaz6649 2 ปีที่แล้ว +6

    TH-camr yg rajin...moga terus maju

  • @armyrules84aas
    @armyrules84aas 2 ปีที่แล้ว +7

    Bangunan tertinggi pertama di bandar klang, adalah bangunan "chi leong"..

  • @megatsalahuddin1741
    @megatsalahuddin1741 2 ปีที่แล้ว +6

    Assalammualaikum tuan cuba buat lokasi filem arwah sudirman “Kami 1982”. Lakonan tu di sekitar kuala lumpur

  • @AhmadZakiVision
    @AhmadZakiVision 2 ปีที่แล้ว +4

    Nak cari lokasi yang sukar tu kena buat puasa sunat dan buat solat hajat. Nanti sama ada petunjuk datang melalui mimpi, gerak ilham atau makhluk Allah SWT yang lain akan beritahu ( menjadi asbab ). Paling cepat, tanya pada pejabat tanah kawasan berkenaan atau pihak majlis tempatan 🕵️. Tapi mungkin payah nak dapat kerjasama. 🙂

  • @abdulrahimabdullah1527
    @abdulrahimabdullah1527 4 หลายเดือนก่อน +6

    Adegan ladang getah itu ialah di Wangsa Maju....ini disahkan oleh arauh bapak mertua saya.Dia turut berlakon sebagai mandur di adegan P. Ramlee dan PakCik.Ketika itu mereka tinggal di Ulu Klang.

    • @ainornashruddin1551
      @ainornashruddin1551 13 วันที่ผ่านมา

      Allahu akbar...mesti seronok kan bila dengar cerita orang tua dulu-dulu...

  • @sharudinabidin6266
    @sharudinabidin6266 2 ปีที่แล้ว +4

    Sewaktu saya tengok video ini, saya sambil tonton filem anak bapak.. 16/6/2022

  • @ardpaz2
    @ardpaz2 2 ปีที่แล้ว +6

    Ada satu lagi kritikan sosial tersirat filem ini, babak jangan ajar aku jadi tak amanah, sekali orang tak percaya selama nya orang tak percaya lagi

  • @asyrafhuzaini3432
    @asyrafhuzaini3432 ปีที่แล้ว +4

    Dlu ddk sebelah subang airport tu je sebelom dirobohkan... Nostalgia sungguh

    • @juliaahmad3942
      @juliaahmad3942 ปีที่แล้ว +4

      Biasalah malaysia suka roboh bangunan lama utk jadi sejarah.
      Bukankn kah elok di baik pulih utk generasi akn dtg melihat.

  • @kimothemo
    @kimothemo 2 ปีที่แล้ว +5

    P. Ramlee suka shooting kat Melawati sebab dekat dengan studio

  • @acap27885
    @acap27885 2 ปีที่แล้ว +4

    terbaik lh tuan

  • @norly6722
    @norly6722 2 ปีที่แล้ว +6

    Rindu pelakon2 zaman dahulu,,lakonan yg cukup berkesan di mata peminat tanah air mahu pun luar dan dalam negara

    • @Jungletimber890
      @Jungletimber890 2 ปีที่แล้ว +2

      Kita rindu dengan orang yang dah tiada ibarat kita menelan sesuatu benda yang amat pahit sekali kan 😌😢 jauh bezanya kita rindu orang yang masih ada 🥺

  • @redangisland8547
    @redangisland8547 2 ปีที่แล้ว +3

    my fabret movie lagu2 semua best dan penuh dgn kelucuan,,

  • @abdulrashidsulaiman7414
    @abdulrashidsulaiman7414 2 ปีที่แล้ว +2

    Semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum amat meminati filem filem P.Ramlee

  • @lynx141
    @lynx141 2 ปีที่แล้ว +5

    Filem Anak Bapak merupakan sebuah filem komedi Melayu yang diterbitkan di Merdeka Film Productions, Malaysia pada tahun 1968.

    • @SuperRahzam
      @SuperRahzam 2 ปีที่แล้ว +1

      setahun sebelum rusuhan kaum 13 mei

  • @muhammadhafizuddin2691
    @muhammadhafizuddin2691 2 ปีที่แล้ว +2

    sampai sekarang taman melawati masih lagi menjadi antara loc penggambaran filem/drama zaman skrg

  • @jamilahbeemeerasahib1284
    @jamilahbeemeerasahib1284 2 ปีที่แล้ว +3

    Filem ini menggambarkan pengaruh barat dlm kehidupan orang Melayu zmn pasca merdeka
    Pd.masa yg.sama..digarapkan sikap amanah dlm mengurus harta...ihsan kpd.pekerja bawahan dan adab dlm memperisteri seorang gadis...👍

  • @burhanuddinibrahim5184
    @burhanuddinibrahim5184 2 ปีที่แล้ว +4

    Perrgh tbaik dokumentari nh

  • @muhamadfirdaus5857
    @muhamadfirdaus5857 9 หลายเดือนก่อน +5

    Ladang getah kat subang sky park dulu nie sbb tgk laluan p ramlee ker ladang getah tue tak jauh dari subang ket situ

  • @mohdalidaud6515
    @mohdalidaud6515 2 ปีที่แล้ว +6

    Cuba check semula lokasi ladang getah. Setahu sy lokasinya di LGM sg buluh. Berhampiran airport subang.

    • @Fizar73
      @Fizar73 2 ปีที่แล้ว +1

      Teringat pekan sg buluh dulu...mlm2 dtg mkn mee hai lam...sedapnya!
      Dulu dipanggil pekan koboi

  • @FriedChicken6386
    @FriedChicken6386 2 ปีที่แล้ว +5

    Bumi musnah dek pmbangunan😢

  • @razaliyatim3623
    @razaliyatim3623 2 ปีที่แล้ว +4

    x sangka pula ladang getah tu dh jdi perumahan kedai😭😭

  • @muhamadfirdaus5857
    @muhamadfirdaus5857 8 หลายเดือนก่อน +4

    Boleh rujuk dgn ruminah sidek utk keterangan lanjut kawasan pokok getah tue

  • @bahterasamudera1977
    @bahterasamudera1977 2 ปีที่แล้ว +5

    Terbaik min..banyak moral dipaparkan oleh p.ramlee dlm babak filem ini..boss2 kena belajar dari filem ini..

    • @mazransamin8023
      @mazransamin8023 15 วันที่ผ่านมา

      Setiap orang juga perlu belajar dari watak Harun yang suka berbelanja melebihi pendapatan.

  • @jengohammer5818
    @jengohammer5818 2 ปีที่แล้ว +3

    Betul tu...sudah diroboh. Parking dijadikan uptown/Car boot sale. Nostalgia

  • @Mohdislam92
    @Mohdislam92 ปีที่แล้ว +3

    jauh beza dlu dan skrang..tiada apa yang tinggal hanya sempihan.

  • @iskandarzulkarnaim055
    @iskandarzulkarnaim055 2 ปีที่แล้ว +4

    Terbaik admin kami sedia menanti perbongkaran lokasi² lakonan p.ramlee tdahulu

    • @naimthelee2285
      @naimthelee2285 2 ปีที่แล้ว

      Jangan kata lokasi P Ramlee aje.. Malah semua filem atau drama pernah buat lokasi2 tu tunjuk sekali

    • @iskandarzulkarnaim055
      @iskandarzulkarnaim055 2 ปีที่แล้ว

      @@naimthelee2285 pd aku filem arahan dan lakonan dr p.ramlee lgi sdap tngok untuk ambik tahu filem² tnpa p.ramlee kurang sikit bermnat,,kerna dari kecil pasti seminggu sekali otak ak di asah untuk tgok filem p.ramlee seminggu sekali yg dimain kan di kaca tv

  • @nungkarnangkir5046
    @nungkarnangkir5046 2 ปีที่แล้ว +4

    #bagus idea admin...50 tahun
    Perubahan..#...utk gen baharu.

  • @nurulaisyah755
    @nurulaisyah755 2 ปีที่แล้ว +4

    Hemmmmmmmmmmm.. Seiring arus permodenan. Yang lama pasti diganti. Pergi sukar sukar dicari ganti. Yang tinggal hanya lah Kenangan terindah dibawa pergi sekali... 😶

  • @bocahaleman8899
    @bocahaleman8899 2 ปีที่แล้ว +7

    Kalau cerita anak bapak ni boleh tanya Seniwati Ruminah Sidek tentang lokasi pengambaraannya, sebab beliaukan berlakon dalam filem ini... Cik Normah

    • @sallehderan
      @sallehderan  2 ปีที่แล้ว +1

      Sukar dihubungi...

    • @ramadanadnan9373
      @ramadanadnan9373 2 ปีที่แล้ว

      Tuan channel 20sen boleh datang kerumah suaminye di felda jelai gemencheh negeri sembilan

    • @arifscatering1060
      @arifscatering1060 2 ปีที่แล้ว +3

      @@sallehderan sementara seniwati ruminah sidek ni masih hidup, cer la usaha dpt kn sedikit info dr beliau... Sy support channel tuan...👍👍

  • @alcyoneaquila9670
    @alcyoneaquila9670 2 ปีที่แล้ว +4

    Tq min.. Harap banyak lagi lokasi2 dapat dikesan. 👍👍

  • @suaatmohamed2488
    @suaatmohamed2488 2 ปีที่แล้ว +2

    Chenal terbaik saya suka p.ramlee seorang seniman agung yang di miliki industri perfileman Malaysia itulah hebatnya Malaysia walaupun Malaysia ini kecil tapi seniman Malaysia tidak kalah hebatnya dengan seniman negara2 besar lainya itulah hebatnya malaysia. malaysia ku tercinta amiin

  • @omarawal5579
    @omarawal5579 2 ปีที่แล้ว +2

    Truskn boss, sgt mnarik, dan mngigatkn sy smasa zmn budak dlu, btul2 dh brubah.. dr tnh merah ke jln raya, dr umh papan ke batu, dr hutan dh jd komplek.. trsenyum sorg2 bila tgok boss..

  • @adamdanial6247
    @adamdanial6247 2 ปีที่แล้ว +2

    Damai sungguh zaman dulu,,,

  • @rashidirashidi9944
    @rashidirashidi9944 2 ปีที่แล้ว +4

    ini baru boss ku orang susah di bantu.

  • @combat_84combat29
    @combat_84combat29 2 ปีที่แล้ว +3

    Penambahan Admin,menara jam yang ada di Majlis Perbandaran Klang tu dari zaman filem Anak bapak memang ada sampai sekarang.

  • @WAKJAYCHANNEL
    @WAKJAYCHANNEL 2 ปีที่แล้ว +3

    Susah nk jejak tempat yg tak ada....klu boleh jejak tempat masih ada kan best.

  • @ainornashruddin1551
    @ainornashruddin1551 13 วันที่ผ่านมา +1

    Masya Allah Subhanallah bila tengok video begini rasa terharu sangat dapat lihat lokasi penggambaran filem TS dulu dan apa perubahan berlaku di lokasi tersebut. Sebak pun ada..

  • @ismankahar5814
    @ismankahar5814 2 ปีที่แล้ว +4

    Setahu dan seingat saya lah Lapangan Terbang Subang merupakan tempat ribuan rakyat Malaysia menyaksikan pulangnya jenazah Allahyarham Tun Abdul Razak yang meninggal dunia pada 14 Januari 1976 dari London ke lapangan terbang ini. Betul ke?

  • @rullrullghani4770
    @rullrullghani4770 2 ปีที่แล้ว +2

    Hadir support..teruskan usaha tuan..kami tetap follow anda..tq atas sumber dan info ya

  • @muhamadfirdaus5857
    @muhamadfirdaus5857 8 หลายเดือนก่อน +5

    Tempat yg pokok getah tue kat Subang Skypark jgk dulu

    • @abdullahizan6692
      @abdullahizan6692 หลายเดือนก่อน

      RRI nk p Sg.buluh sblh kiri situ ada RISDA

  • @khabibchikanoz422
    @khabibchikanoz422 ปีที่แล้ว +4

    Dengar2 Mak Mah yg request P ramlee shoot atea klang... Sebab Mak mah dok sana...

  • @mram5045
    @mram5045 2 ปีที่แล้ว +6

    Company sy tu Spirit aerosystems, dulu bila tengok anak bapak bila scene kt terminal 1 ni je, ayah mesti cakap ni dah jadi company tmpt kerja kau skrg.

  • @radziahhamdzah1079
    @radziahhamdzah1079 2 ปีที่แล้ว +1

    alhamdulillah.
    mengingati nostalgia filem2 lama.

  • @okisaito6860
    @okisaito6860 2 ปีที่แล้ว +2

    "sapa2 lg yg kau jemput. Si saleh.. sosial." Mahfus mahfis. Salah satu dialog dlm kisah anak bapak... 😄✌️. Salah satu lokasi filem ni dkt kmpong aku kelang. Terbaik #admin.

  • @Joe77_
    @Joe77_ 2 ปีที่แล้ว +1

    Dahulu .. Dari kepong nk pegi Klang.. lalu sg buloh... Lpstu jumpa kem askar kt situ, klo xsilap skrg dah jadi MRT... Sana juga Ada pokok getah suatu ketika dahulu

  • @ahmadroslee7643
    @ahmadroslee7643 2 ปีที่แล้ว +4

    logik juga klw ladang getah tu di tmn melawati sebab dekat sgt ngan finas..wangsa maju pun tak jauh dari situ..

  • @tuaheman9591
    @tuaheman9591 2 ปีที่แล้ว +2

    Teringat airport subang masa hantar tok saya gi haji..

  • @kamaruzemanarshad1686
    @kamaruzemanarshad1686 2 ปีที่แล้ว +2

    tepat sekali lokasi nya, di hujung nampak paip air dari empangan klang gate

  • @zilaladili1234
    @zilaladili1234 2 ปีที่แล้ว +6

    Kena tny Ruminah sidek@mak mah iaitu mak kpd adlin aman ramlie..Hny mak mah je yg msh ada lg dan mgkn tau lokasi tepat ladang tu..

    • @ramadhanjh10yearsago91
      @ramadhanjh10yearsago91 2 ปีที่แล้ว +3

      Betul tu hanya orang lama je yg tau ..lebih baik tanya selagi ia masih ada

  • @mashardiirwanmaasiran3035
    @mashardiirwanmaasiran3035 2 ปีที่แล้ว +2

    Best channel ni..menggamit kenangan lokasi2 filem Tan sri P.Ramlee..teruskan mencari lokasi berikutnya..👍👍👍👍👍😊

  • @HeadphoneGuy2009
    @HeadphoneGuy2009 2 ปีที่แล้ว +3

    Kenanganwaktu terbang kekucing tahun 1979 turunikut ram besar mahu ke van mas

  • @mohdsanijapar7142
    @mohdsanijapar7142 2 ปีที่แล้ว +6

    Cubalah beri nama tempat bekas lokasi filem ni dengan nama Anak Bapa section kah atau Ladang Anak Bapa sempena memperingati filem P Ramlee tu Anak Bapa

  • @chefhussin3617
    @chefhussin3617 2 ปีที่แล้ว +5

    Terbaik tuan….hadir support

    • @sallehderan
      @sallehderan  2 ปีที่แล้ว

      Terima kasih chef...

  • @norashikinahmad4136
    @norashikinahmad4136 2 ปีที่แล้ว +3

    Usaha murni tuan amat dihargai...klu nak tau lokasi sebenar ladang getah tu...boleh cari org2 lama yg tinggal di sekitar situ....kerana ramai kalangan pelakon tambahan di ambil dari org2 kampung sekitar sana.
    Atau pun tanya saja pada Safura Yaacob sebab arwah bapanya ada mandur dlm cerita tersebut

  • @hazwan77773
    @hazwan77773 2 ปีที่แล้ว +4

    🔥anak jati subang 40150 hadir 🔥

  • @nizamhasan1713
    @nizamhasan1713 2 ปีที่แล้ว +3

    Best