SHILA AMZAH & SYAHIR TERTEKAN DI FAMILI DUO, MASALAH MIC, ISU DENGAN MAMA ZIE, SYADA & SYAFIQ

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 4 ต.ค. 2024
  • Tampil bersemangat membawakan lagu Menggegar Dunia dalam konsert minggu pertama Famili Duo musim ketiga, persembahan penyanyi Shila Amzah bersama adiknya Syahir Amzah tidak berlangsung seperti yang diharapkan apabila terganggu dek masalah teknikal.
    Situasi tidak dijangka yang jarang-jarang berlaku semasa program secara langsung dari Studio Glenmarie tersebut menyaksikan mikrofon Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah tidak berfungsi.
    Begitupun juri tetap program, Mas Idayu memuji Syahir yang tetap menunjukkan aksi menyakinkan apabila mampu meneruskan persembahan dengan profesional.
    “Walaupun ada masalah teknikal, muka Syahir tak menunjukkan ada situasi berlaku. Begitulah kalau berada di atas pentas. Biar apa pun yang berlaku, begitu sepatutnya.
    “Saya harap selepas ini tidak berlaku lagi masalah teknikal kerana kami juri perlu mendengar nyanyian setiap peserta,” katanya ketika memberi ulasan persembahan.
    Seorang lagi juri, Ajai juga turut memuji sikap tenang lelaki berusia 28 tahun itu apabila berhadapan isu teknikal.
    “Berdasarkan sikap profesional kamu, masalah seperti ini bukan sesuatu yang kita nak berlaku walaupun terjadi di konsert besar. Bila awak dah setuju ikut, tak ada kata mengalah dan teruskan perjuangan,” katanya.
    Sementara itu, rata-rata peminat di dalam studio terus memberikan sokongan padu kepada penyanyi Patah Seribu sekaligus menyuntik kekuatan buat mereka.
    Malah kehadiran suaminya, Ubai yang juga pempengaruh media sosial di barisan hadapan pentas menyemarakkan lagi semangat.
    Selain Shila dan Syahir, pasangan adik beradik lain adalah Adira Suhaimi dan Emma Suhaimi serta pensohor media sosial, Ryan Bakery dan Adam Bakery.
    Antara duo lain yang bertanding adalah suami isteri, Fuad Rahman dan Tom serta saudara sepupu, Haqiem Rusli dan Ariff Bahran.
    Program yang menyaksikan enam pasangan duo bakal bersaing selama lapan minggu itu menawarkan RM100,000 bagi juara edisi kali ini.
    Cabaran pada Ahad depan bakal menyaksikan peserta membuat persembahan mengikut tema cinta yang dipilih Syaiful dan Sharif selaku juara minggu pertama.
    Terima kasih buat kalian yang sudi menonton, sudi LIKE, sudi KOMEN dan sudi SUBSCRIBE!
    💯 ANDA JUGA BOLEH IKUTI BUDIEY DI:
    □ Portal: www.budiey.com
    □ Instagram: / budiey
    □ Twitter: / budiey
    □ Facebook: / budieydotcom
    □ TH-cam: / budieychannel
    □ Podcast:: anchor.fm/budi...
    □ Vlog: cutt.ly/HnAOWsZ
    ❤️ HULURKAN DERMA SUMBANGAN UNTUK SUPPORT BUDIEY:-
    □ / budiey
    MUSIC FOR TH-cam:
    □ Music Epidermic: cutt.ly/ynFRaYe
    EMAIL & CONTACT :
    □ Mahu hantar produk & hadiah, or for business enquiries please contact:
    budiey.isma@gmail.com
    MERCHANDISE BUDIEY:
    □ Baju T: cutt.ly/9nAOnlc

ความคิดเห็น • 12

  • @ddwhiteangel8013
    @ddwhiteangel8013 11 หลายเดือนก่อน +2

    Baik bdk Syahir ni..Hormati dkt Akak Sha dia ..teruskan hubungan baik ni.Butakan Mata Dan pekakkan telinga Dari Kontroversi tak berfaedah di luar tu.Succes buat Duo ni..❤❤

  • @mfhmughnichannel8308
    @mfhmughnichannel8308 11 หลายเดือนก่อน +2

    Keep it up .semoga dipermudahkan urusan kalian ye

  • @OmeyGanas
    @OmeyGanas 11 หลายเดือนก่อน +5

    Shafiq muka mcm shila tapi geng dgn syada..syahir muka syada tapi geng dgn shila..shila sebijik copy paste muka ibu dia

  • @kathirena86
    @kathirena86 11 หลายเดือนก่อน +2

    Good Luck sha & syahir! 🤍🤍🤍

  • @mazlanlan9002
    @mazlanlan9002 11 หลายเดือนก่อน +5

    so profesional Shila.. All the best

  • @abdussalambinhamidimoe
    @abdussalambinhamidimoe 11 หลายเดือนก่อน

    Ada hikmah di sebalik ujian. Insyaallah lps ni hubungn fmly lbh erat dr sebelumnya

  • @kimchi576
    @kimchi576 11 หลายเดือนก่อน +3

    Ni mesti si syada ni yg jaga sound system tu.. hareyyy ko syada🤣🤣

  • @sunarniginen8834
    @sunarniginen8834 11 หลายเดือนก่อน

    Good Luck both of YOU ❤❤❤

  • @mfhmughnichannel8308
    @mfhmughnichannel8308 11 หลายเดือนก่อน +3

    Kekal bersama dengan golongan yang positif...inshallah

  • @nisayamamoto8048
    @nisayamamoto8048 11 หลายเดือนก่อน +4

    suke dgar suara shila 😊😊

    • @salmahhashim6014
      @salmahhashim6014 3 วันที่ผ่านมา

      Itulah....cakap pun dah sedap nyanyi lg sedap

  • @ichirosuzuki9853
    @ichirosuzuki9853 11 หลายเดือนก่อน

    Banyak kali tanya pasal family dia. Shila pun nampak dah x selesa. Agak2 laa wartawan pun tnya soalan sensitif. Tanya laaa pasal strategi ke apa. Aduii