262: APA ADA DI BATAM, JOM TERJAH

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 27 มิ.ย. 2024
  • EP 262: APA ADA DI BATAM, JOM TERJAH
    Sebelum ini orang selalu cakap ke Batam best. BATAM best. BATAM bes.
    Betul ke. Kebetulan saya ada mendaftar di group LKPIM yang akan mengadakan kembara ke kepulauan riau. Apa lagi, memandangkan batam merupakan salah satu pulau dlm gugusan kepulauan riau, saya pun join. Kebetulan ada seorang ahli yang hendak membawa pasangan untuk peneman, apa lagi, satu tempat diperuntukan untuk suami saya. Jadi dua pasanglah kami pergi selain dari 38 orang Wanita ahli LKPIM Putrajaya.
    Pekej pelancungan kami diuruskan oleh Hararai Travel & Tours dengan kos RM1500 seorang dengan menaiki bas iaitu daripada 9 hngga 13 Jun 2024.
    PEKEJ KEMBARA LKPIM KE KEPULAUAN RIAU 10-13 JUN 2024
    Batam, salah satu pulau di Kepulauan Riau boleh dilawati dengan pelbagai jenis kenderaan pengangkutan udara, darat dan latu. Antaranya ialah kapal terbang, bas, motosikal, beca, feri dan bot. Tentang cuaca pula seperti juga di Malaysia Cuma perbezaan masa di jam adalah awal 1 jam.
    Cuma satu peringatan di sesetengah Kawasan khususnya di kawasan pedalaman yang berbukit, tidak digalakkan untuk menyewa bas besar dan tinggi kerana agak berisiko seperti yg pernah saya upload sebelum ini.
    Memandangkan ini merupakan kali pertama saya ke Batam dengan pengangkutan utama dari Putrajaya ialah bas, ia mengambil masa yang agak lama semasa di Malaysia iaitu 5 -6 jam melalui PLUS. Apa-apa pun, alhamdulilah sepanjang menaiki semua pengangkutan disana, saya dan rombongan tiada yang mabuk laut, pening-pening atau muntah yang teruk.
    Btw ada yang tanya tentang penginapan sepanjang di Batam. Kembara LKPIM Putrajaya menginap di Aston Inn hotel, segala kemudahan adalah bertaraf tiga empat bintang. Memang selesa, dua orang sebilik. Tapi nak kata x penat tipulah, memang exhausted. Anyway jangan bimbang, disekeliling hotel tempat kami menginap berpuluh kedai massage, boleh massage di kedai atau mendapatkan perkhidmatan mereka di bilik. Harga pula banyak pilihannya, sikit rendah dari kadar di Putrajaya.
    Antara tempat yang dijadualkan ialah Muzeum Raja Ali Haji, Masjid Mahmud Riayat Shah, pelbagai masjid, Balai Adat Indera Perkasa dan Makam Daeng Melewar .
    Dalam pekej Travel Agency yang dilantik, semua bayaran adalah termasuk pekej pengangkutan, insuran, hotel, makan dan pemandu pelancong. Kami hanya dinasihatkan bawa duit poket untuk beli jajan dan oleholeh Batam jika teringin. Semasa ke sana kami dianggap sebagai jutawan, mana tidaknya tukar seribu ringgit Malaysia jadi lebih kurang 3.3 juta. So merasa juga jadi jutawan. Jutawan rupiah sepanjang 3 hari di Batam. tu pun x habis wpun dah beli emping, telekung, baju batik, kaftan dan jajan-jajan sikit. OlehOleh lain tu banyak persamaan Harga di Malaysia, lagi pun suami saya x mahu beg beranak.
    Dimana-mana tempat pelancongan di mana-mana negara pun, pada kebiasaannya Travel Agency akan membawa pelancong ke visata tempat tersebut termasuk pusat membeli belah yang dicadangkan. Saya bersama kumpulan Kembara LKPIM Putrajaya telah dibawa ke beberapa tempat membeli belah seperti Nagoya Lama, Batamia Cakery dan kedai makanan kering seperti kerepek, barangan dapur dan pelbagai jenis bilis.
    Travel Agency hanya cadangkan tertakluk kepada situasi, terpulang kepada peserta atau pelancong untuk membeli. Tiada sebarang paksaan. Tepok dada tanya hati/selera.
    1. dah alang-alang ke negara orang, biasanya satu kemestian untuk mencuba semua jenis makanan di sana.
    2. Hari pertama kami menjamu makanan lauk padang, hari kedua ikan bakar menu kampung, sementara malam pelbagai makanan seafood dinikmati. alhamdulillah. nikmat apa lagi yang kau dustakan.
    3. Antara makanan yang unik ialah siput gonggong sebab banyak diperoleh dari beting laut di persisiran pantai yang bersempadan dengan pulau singapura. Kali pertama saya mencuba siput gonggong ialah dua tahun lalu di singapura. Rasanya lebih kurang sama, Cuma keenakannya bergantung kepada sos pencecahnya.
    4. Menu yang lain seperti biasa sahaja Cuma kelainannya ialah cara masakannya mengikut resepi tempatan. Apapun sepanjang di sana makanan yang saya makan mengikut pilihan saya tiada yang memudaratkan. Sementara air yang boleh saya repeat ialah es jeruk sebab agak susah diperoleh di Putrajaya atau banting. Juga avokat coklat sebab jauh lebih murah dari tempat saya depend pada tempat jualan. Alhamdulillah.
    6. Tip makanan sebagai pelancong
    7. Makanlah makanan yg boleh kena dengan tekak masingmasing bagi mengelakkan ketidakselesaan badan masingmasing. Maklumlah perjalanan jauh dan agak lama. walaupun dah standby ubat ubatan, tapi memandangkan kami ni pergi secara berkumpulan. Jadi suka duka happy moment sakit luka perlu dihadap berjemaah.

ความคิดเห็น •