[PART 2] SUBUH BERDARAH DI KUALA KRAU. Persembahan di PWTC Julai, 2010

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 10 พ.ค. 2024
  • Pementasan ini diadakan di PWTC pada Julai, 2010 sempena Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Bekas-Bekas Polis Malaysia. Dihadiri oleh YB Dato' Seri Hishamuddin Hussein, Menteri Dalam Negeri dan YB Tan Sri Rais Yatim, Menteri Penerangan. YAB Perdana Meteri Malaysia, Dato' Sri Najib Razak tidak dapat hadir saat akhir. Persembahan ini berjaya memukau para penonton dengan pesta air mata. Kali ini penulis skrip "ZAIMAN HABIDI", nama pena bagi Dato' ZAINAL AZMAN BIN HAJI BIDIN telah menjadi Pengarah kepada persembahan ini dan dibantu oleh puan Ruhaidah Abdullah, Penerbit dan Juruhebah RTM Pahang yang bertindak sebagai Penolong Pengarah. Maklumat yang diperolihi untuk menjadikan skrip kisah benar ini ialah hasil yang dikumpul bersama Ruhaidah Abdullah dan Dato' Zainal Azman ketika Ruhaidah Abdullah menjadi Penerbit Jejak Pahlawan RTM Pahang sejak 1990an dan dibantu oleh Dato' Zainal Azman yang ketika itu seorang Penghulu di Kuala Krau yang juga Juruhebah Sambilan hujung minggu di RTM Pahang. Beberapa kali persembahan telah diadakan sebelum ini termasuk disiarkan di TV1 dalam program K3P. Persembahan di PWTC merupakan penghargaan dan penghormatan yang sangat bernilai kepada pasukan yang menjayakan persembahan ini. Malahan YB Tan Sri Rais Yatim mencadangkan agar kisah ini difilemkan bagi menyemarakkan lagi semangat Pasukan Polis tanah air kita. Sokongan dan sumbangan dari Ahli Parlimen Maran, Ahli Parlimen Kuala Krau serta Pegawai Daerah Temerloh telah membantu bagi menjayakan persembahan itu dengan sempurna nya.

ความคิดเห็น •