USTAZ SYED AHMAD FAIZ (USAF) - ULASAN ISU TOK GURU NIK AZIZ KAFIR PART 2
ฝัง
- เผยแพร่เมื่อ 14 ธ.ค. 2024
- www.facebook.co...
masalah yang timbul sekarang yang tak sedap didengar adalah tuduhan kafir terhadap tuan guru Nik Aziz, saya pribadi walaupun memiliki perpedaan pandangan dengan beliau tetapi tak berani hendak kafirkan beliau, saya harapkan kepada saudara2 seislam, biar berbeda politik dan pemahaman jangan sekali-kali mudah untuk mengkafirkan, jagalah mulut kita dari mngkafirkan orang islam..Manhaj Al-Azhar As-syarif tidak gopoh mengkafirkan seseorang...
DI dalam kitab Mafahim (Kefahaman-kefahaman Yang Wajib Diperbetulkan) Al-Allamah Dr. Sayyid Muhammad ibn Alawi al-Maliki telah memperjelaskan fahaman tentang pelbagai isu agama yang menjadi pertikaian oleh sebahagian orang seperti tabarruk, tawassul, ziarah kubur dan seumpamanya.
Ada yang sampai ke tahap menuduh syirik dan mengkafirkan sesama Islam kerana isu-isu ini. Oleh itu pengarang kitab ini memulakan tulisannya dengan memperbetulkan semula kefahaman dalam hal menghukum kafir sesama Islam.
Beliau menegaskan bahawa, ramai orang telah salah faham - semoga Allah SWT memperbaiki dan menunjukkan mereka jalan yang benar - tentang sebab-sebab sebenar yang mengakibatkan seseorang itu terkeluar daripada Islam dan wajib dihukum sebagai kafir.
Mereka kelihatan begitu mudah dan terburu-buru menghukum kafir ke atas saudara seagama hanya kerana wujudnya percanggahan pendapat dengan mereka, hinggakan hanya sedikit sahaja kaum Muslimin yang berbaki di muka bumi ini
Al-Allamah al-Imam Sayyid Ahmad Masyhur al-Haddad RA mengatakan,
"Sesungguhnya telah ditetapkan oleh ijmak ulama larangan mengkafirkan seseorang ahli Kiblat; kecuali jika dia mengingkari Allah Yang Maha Pencipta dan Maha Berkuasa, atau melakukan perbuatan syirik secara terang-terangan yang tidak perlu lagi diandaikan takwilannya, atau mengingkari kenabian Nabi Muhammad SAW, atau mengingkari sesuatu yang telah pasti kebenarannya dalam agama, atau mengingkari suatu masalah atau hadis mutawatir (yang telah pasti kesahihannya), atau pun sesuatu yang telah disepakati oleh ulama."
Sedutan Tazkirah Muzakaroh Kitab Sabilal Muhtadin ini di sampaikan Oleh: Ustaz Syed Ahmad Faiz Hafizuddin Al'Aydarus As-Sayyid Faez Al 'Aydrus
www.facebook.co... di pondok maltaf hayyu sabik ,madinatun nasr,kaherah,mesir