Syair Nasib Melayu ||

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 9 ก.พ. 2025
  • Di bumi Melayu ramai pendatang
    Berebut rezeki berganti peluang
    Kerana Melayu ilmunya kurang
    Di rumah sendiri hidup mengerang
    Setiap hari pendatang bertambah
    Penuh halaman sesak lah rumah
    Hutan di tebang berukar dirambah
    Melayu tersingkir kehilangan tanah
    Kerana pendatang akalnya panjang
    Hutan belukar dijadikan ladang
    Melayu bedal fana memandang
    Hatta menyusut kekayan hilang
    Walau Melayu bertanah luas
    Tetapi terlantar kerana malas
    Dimanfaat kan orang awak pun cemas
    Lambat laung semuanya lepas
    Melayu berpangkat lain lakunya
    Berebut peluang untuk saudaranya
    Bodoh dan bebal tiada di kiranya
    Sehinga yang lain jadi terniaya
    Sebahagian Melayu sudah berpangkat
    Kampung halaman ia tak ingat
    Hidup memencil menjauhi umat
    Takut berbagi harta yang dapat
    Kerana banyak orang pendatang
    Budaya Melayu bertambah goyang
    Ditindih oleh budaya orang
    Masuk merayap sampai ke tulang
    Sejak dahulu Melayu terbuka
    Pendatang disambut bemanis muka
    Tanah di ambil dibiarkan saja
    Akhirnya hidup miskin dan papa
    Orang Melayu malu bertengkar
    Tak mahu pula bertindak kasar
    Harta di ambil selalu di biar
    Akhirnya hidup menanggung lapar
    Kepada pendatang kita inginkan
    Mencari nafkah jangan habiskan
    Fikirkan nasib penduduk tempatan
    Supaya hidup tak bermusuhan
    Para pendatang hendaklah ingat
    Orang Melayu menjunjung adat
    Jangan diajar dengki maksiat
    Supaya semua hidup selamat
    Para pendatang hendaklah sedar
    Bahawa Melayu pantang di cabar
    Jauh kan sifat aniaya dan mungkar
    Supaya Melayu tak hilang sasar
    Para pendatang hendaklah faham
    Bahawa Melayu kebanyakan Islam
    Jangan di buat perangai haram
    Supaya Melayu tidak berdendam
    Para pendatang jangan lah berlagak
    Menunjuk kuasa dan harta banyak
    Pantang Melayu kepala di injak
    Sekali melawan banyak yang rosak
    Pepatah Melayu sudah mengingatkan
    Pantang ikan ia dikeringkan
    Pantang manusia ia dipermalukan
    Pantang Melayu ia di hinakan
    Walaupun Melayu suka beralah
    Lebih kurang sedikit tidak masalah
    Tetapi kepalanya jangan di lapah
    Amuknya bangkit berkuah darah
    Walau Melayu hatinya lembut
    Terhadap pendatang bermanis mulut
    Tetapi jangan haknya di rebut
    Melayu pun sanggup menghadapi maut
    Walaupun Melayu berdada lapang
    Ke dada orang suka menegang
    Tetapi jangan hidupnya di kekang
    Di situlah kesabaran mereka akan hilang
    Walaupun Melayu suka berdamai
    Hidup rukun damai ramai
    Tetapi jangan ia di gulai
    Membunuh orang pun melayu pandai
    Walaupun Melayu pantang durharka
    Kepada pemimpin taat setia
    Tetepi jangan mereka di aniaya
    Melayu pun berani menyabung nyawa
    Walau pun Melayu hidup sederhana
    Memandakan rezeki apa adanya
    Tetapi jangan mereka di hina
    Melayu pun tahu menjagakan maruahnya
    Walau pun Melayu kebanyakan melarat
    Hidup miskin makan bersukat
    Tetapi jangan mereka di jerat
    Melayu pun berani membela martabat
    Sumber: www.melayunatuna.blogspot.com

ความคิดเห็น • 1