Menarik Di Telok Melano & Telok Serabang

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 12 ก.ย. 2024
  • Telok Melano dan Telok Serabang. Umpama Destinasi Tersembunyi Di Sarawak.
    Hari ini berpeluang bertandang ke Teluk Melano sempena cuti hujung minggu. Sebenarnya perjalanan ini tidak di rancang. Pergi pagi ingat nak balik petang namun sepanjang perjalanan kami terpaksa meredah hujan sehinggalah lepas tengah hari cuaca kembali cerah. Syukur...kiranya hujan berterusan bermakna kami terpaksa bermalam.
    Kami memulakan perjalanan jam 0800pagi dari Kuching, menggunakan laluan feri Rambungan kerana tidak mahu terlibat dengan kesesakan lalu lintas di jalan Bau Lundu akibat daripada pembukaan jalan Projek Pan Borneo.
    Sepanjang perjalanan terlihat betapa indahnya hidupan dan bentuk muka bumi disini.Terserlah kehijauan hutan tropika yang masih virgin dari sebarang pembangunan.
    jika kita melihat dengan mata hati, terserlah 'keayuan' alam seperti kita berada bukan di negeri Sarawak!
    Malah kawasan ini di gazetkan sebagai Hutan Hidupan Liar, suatu inisatif yang baik oleh pihak kerajaan, memulihara hutan simpan dan mengembalikan 'keayuan'nya.
    Disini kami kongsikan apa yang menariknya dan best' sangat di sini.
    1. Telok Melano dan Telok Serabang pantainya masih asli, dan keindahannya terpelihara kerana jarang manusia ke sini, airnya membiru.
    2. Kehijauan di sini umpama 'baby' hutan yang baru lahir.
    3. Ramai juga penjual makanan dan minuman di sini, namun masih belum cukup menampung ramainya orang hari ini.
    4. Tempat penginapan desa ada, dan sedang di tambah oleh pengusaha desa, namun masih belum mencukupi.
    5. Jauh dari kebisingan kota, tetapi dekat dengan alam, sesuatu yang di cari bagi mendapatkan ketenangan.
    6. Telok Melano adalah titik permulaan Lebuh Raya Pan Borneo yang harus anda jejaki. Kami sudah..anda bila lagi..😅

ความคิดเห็น • 2