Julau Town

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 8 ต.ค. 2024
  • Julau merupakan salah sebuah daerah yang terletak di Bahagian Sarikei. Daerah Julau mempunyai keluasan 1,703.39 km persegi dengan jumlah penduduk seramai 15,816 orang yang terdiri daripada kaum Iban, Cina , Melayu dan lain-lain.(Sumber: Bancian Penduduk 2010). Pekan Julau kini mudah dihubungi melalui jalan raya iaitu jaringan Lebuh Raya Pan Borneo dengan beberapa bandar lain antaranya Sarikei (66 km), Bintangor (48 km), Kanowit (39km) dan Sibu (60 km). Untuk datang ke daerah ini, anda boleh menggunakan pengangkutan seperti van sewa atau kenderaan persendirian.
    Walau bagaimanapun, pengangkutan sungai masih dijadikan sebagai pengangkutan utama bagi penduduk kawasan pedalaman untuk ke Pekan Julau. Ia juga menerima tempias pembangunan ekonomi dengan meningkatnya aktiviti perniagaan di sini, disebabkan kedudukannya berhampiran dengan dua buah bandar utama kawasan tengah Sarawak iaitu bandar Sibu dan bandar Sarikei.

ความคิดเห็น • 44