Surah Al Mulk Penyelamat Azab Kubur

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 28 ก.ย. 2024
  • Bismillah
    Amalkan membaca surah al mulk setiap hari sebagai penyelamat azab kubur
    youtube asal : • Surah Al Mulk Merdu - ...
    bacaan : abdul rahman al ossi
    5 KEISTIMEWAAN SURAH AL MULK
    1. DIAMPUNKAN DOSA BAGI YANG MEMBACANYA
    Menurut JAKIM, daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Sebahagian daripada al-Qur’an ada satu surah yang jumlah ayatnya tiga puluh ayat semuanya, surah ini dapat memberikan pertolongan kepada orang yang membacanya sehingga diampunkan segala dosa-dosanya, surah itu ialah “al-Mulk”.
    (Hadith Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi dan status hadith ini adalah Hadith Hasan)
    Hadith ini menunjukkan kelebihan surah “Tabaraka”. Orang yang sentiasa mengamalkan membaca surah “al-Mulk” sehingga akhir surah akan diampunkan oleh Allah SWT segala dosanya. Kerana itu surah ini sangat wajar dihafaz dan dibaca setiap hari.
    2. SURAH AL MULK PENYELAMAT DARI AZAB KUBUR
    Rasulullah SAW ada menyebutkan tentang kelebihan orang yang membaca Surah al-Mulk pada setiap malam.
    Hadith yang menyatakan kelebihan berkenaan adalah seperti berikut:
    Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata, beberapa orang sahabat Nabi menggali tanah tanpa menyangka itu adalah kubur. Lalu didapati di dalamnya ada seorang lelaki yang membaca Surah al-Mulk hingga tamat.
    3. AMALAN NABI SAW SETIAP MALAM
    Sebagaimana diriwayatkan oleh Jabir r.a bahawa sudah menjadi kebiasaan Rasulullah SAW tidak akan tidur selagi tidak membaca Tabarakallazi biyadihil Mulk dan Alim Lam Miim Sajadah (surah As Sajdah dan surah Al Mulk).
    4. SURAH AL MULK MENJADI PEMBELA DI HARI AKHIRAT
    Surah ini juga akan menjadi pembela kepada orang yang membacanya di Hari Akhirat sehingga pembacanya masuk ke Syurga Allah SWT. Sabda Nabi SAW:
    سُوْرَةٌ مِنَ اْلقُرْآنِ، مَا هِيَ إِلاَّ ثَلاَثُوْنَ آيةً، خَاصَمَتْ عَنْ صَاحِبِهَا حَتَّى أَدْخَلَتْهُ اْلجَنَّةَ، وَ هِيَ تَبَارَكَ
    “Ada surah dari Al-Quran, ia tidak terdiri kecuali hanya 30 ayat. Surah tersebut dapat membela pemiliknya (orang yang banyak membacanya) sehingga memasukkannya ke syurga iaitu, surah تَبَارَكَ
    5. DIGELAR SURAH AL MANI’AH DAN AL MUNJIAH
    Hebatnya kelebihan surah Al Mulk, ia juga digelar sebagai surah Al-Mani’ah (penghalang) dan Al-Munjiah (penyelamat) kerana surah tersebut menghalang dan menyelamatkan mereka yang selalu membaca atau menghafalnya daripada siksa kubur dan siksa api neraka.
    (Hadith Riwayat An Nasai)
    Kelebihan Mengamalkan Al mulk
    1. Tidak merasa azab kubur
    2. Membantu masuk syurga
    3. Pembaca Akan Dikeluarkan Dari Neraka Dan Dimasukkan Ke Dalam Syurga
    4. Mengikut Sunnah Nabi Muhammad SAW
    5. Menjadi Pengganti Semasa Soal Jawab Dengan Munkar Nakir
    6. Wajah Akan Dicerahkan Seperti Nabi Yusuf Pada Hari Kiamat
    7. Doa pembaca diampunkan
    8. Hati beriman
    9. Disayangi Dan Dikasihi Oleh Orang Sekeliling
    10. Melindungi Kita Dari Seksa
    #islam #dakwah #surahalmulk #surah #share #like #comment #abdulrahmanalossi #motivasi #amalan

ความคิดเห็น •