Belajar Asas Suara Harmoni #4 - Allah | Intro Nasyid

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 9 ก.ย. 2024
  • [ Intro nasyid kumpulan Izdan (Maahad Muar) ]
    Nota: Gunakan EARPHONE untuk kualiti bunyi yang lebih baik 🎧
    BELAJAR ASAS SUARA HARMONI
    Tujuan perkongsian video siri ini adalah untuk memberi pendedahan dan pengenalan ringkas kepada para peminat pecahan suara harmoni dan acapella terutamanya adik-adik yang terlibat dengan kumpulan nasyid di sekolah.
    Sememangnya saya sengaja menggunakan lagu, zikir dan melodi yang mudah lagi ringkas sahaja kerana pada pendapat saya, tidak semua orang mampu mengenalpasti perbezaan pecahan suara-suara ini. Justeru, saya kira perkongsian saya ini juga sebagai pemudah cara untuk mereka yang masih baru dengan pecahan suara harmoni.
    Sejujurnya, pengetahuan saya mengenai pecahan suara harmoni ini tidaklah secara profesional. Saya hanya belajar secara tidak formal pun sebenarnya. Semuanya saya belajar sendiri dan melalui pengamatan saya terhadap lagu dan program realiti TV.
    Di samping itu, penggunaan istilah dan terma bagi pecahan suara yang digunakan juga mungkin kurang tepat dan bukanlah nama sebenar. Saya hanya menamakan mengikut yang biasa saya dengar dari kenalan-kenalan nasyid saya satu ketika dulu.
    Akhir sekali, saya mohon maaf jika perkongsian saya ini kurang tepat. Saya alu-alukan sebarang kritikan atau komentar. 😊🙌🏻
    Semoga manfaatnya sampai kepada mereka yang memerlukan khususnya mereka yang mencari pengenalan paling asas kepada pecahan suara harmoni. 😊👍
    📌 Saya halalkan setiap video saya untuk dimuat turun dan digunakan dalam modul pembelajaran nasyid atau sebagainya. Doakan saya berjaya dunia & akhirat. 🤗
    Terima kasih sudi menonton. Jangan lupa LIKE, SUBSCRIBE & SHARE. 😊👍
    Facebook: Fahmi Ahmad Dusuki
    Instagram: fahmiad_channel
    Tik Tok: fahmiad_
    Smule: FahmiAD90
    #acapellanasyid #nasyid #nasyidchannel #nasyidcover #nasyidmalaysia #harmoninasyid #belajarasassuaraharmoni

ความคิดเห็น • 11

  • @otromentaro866
    @otromentaro866 4 ปีที่แล้ว +2

    TQ bro..sama2 blaja, mudah faham harmoni nasyid dari video yg bro buat ni..setau sye istilah 'outro' sebenarnye x wujud, tetap di panggil 'intro' klu di hujung, x pasti klu ade istilah lain.. Wallahualam

    • @FahmiAD
      @FahmiAD  4 ปีที่แล้ว

      terima kasih. 😊👍
      oh yeke? kalau macam tu saya letak intro jela kot. mudah nak faham. terima kasih sekali lagi ye mr otromen taro 😁👍

  • @irfansufi2251
    @irfansufi2251 4 ปีที่แล้ว +2

    👍👍👍

  • @puokkito2007
    @puokkito2007 11 หลายเดือนก่อน

    Best

  • @ubikayu9585
    @ubikayu9585 ปีที่แล้ว

    Terima kasih atas tutorial

  • @azjoe881216
    @azjoe881216 2 ปีที่แล้ว +1

    Sgt bermanfaat. Trima kasih sgt2

    • @FahmiAD
      @FahmiAD  2 ปีที่แล้ว

      Sama². No problem 😊👍

  • @muhammadzulhilmi299
    @muhammadzulhilmi299 4 ปีที่แล้ว +1

    Nk tnye..ape beza suara 1 2 dan 3 ye?maaf baru nk belajar😀

    • @FahmiAD
      @FahmiAD  4 ปีที่แล้ว +2

      suara 1 ni melodi asal sesuatu lagu.
      suara 2 dan 3 ni harmonizing untuk suara 1.
      saya ada share tips nak kuasai suara 2 dan 3. cuba tengok kat playlist 😊

  • @muhdcickysameon5256
    @muhdcickysameon5256 4 ปีที่แล้ว +1

    Gune app ape

    • @FahmiAD
      @FahmiAD  4 ปีที่แล้ว

      Software kat laptop ni. Music Maker namanya.