Halim Yazid - Karut Matan dan Karut Penutup

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 19 ก.ย. 2024
  • Dulu semasa di bangku sekolah menengah dan dalam tahun2 pengajian ijazah pertama di universiti, saya aktif dalam pelbagai seni : penuiisan puisi, penulisan cerita pendek, teater, wayang kulit dan banyak lagi. Selepas beberapa tahun saya bekerja, salah seorang guru seni saya pada suatu hari mengajar saya tentang sepohon kayu yang mempunyai banyak tunasnya. Dia meminta supaya saya membuang semua tunas yang ada pada pohon kayu itu supaya yang tinggal hanyalah satu tunas sahaja. Maka fahamlah saya bahawa saya mesti memilih satu genre seni sahaja utk saya tumpu, aktif dan usahakan. Lalu saya pilih seni dikir barat.
    Lama juga saya 'mengembara' dalam seni dikir barat
    dgn. 'menjadi' semua iaitu tok joro, tukang karut, penyanyi solo lagu dikir, suara ramai atau pengikut dan pemain rebana. Saya 'boleh' semua sebenarnya.
    Sehingga saya teringat semula ajaran guru mengenai wajib memilih satu tunas sahaja, maka saya pilih menyanyi solo lagu dikir untuk saya teruskan. Pilihan saya itu kekal sehingga hari ini dan saya namakan cabang seni dikir yang saya pilih ini ialah NYANYIAN LAGU DIKIR.
    Bunyi audio dalam video yang saya tampal2 foto saya ini ialah rakaman audio saya menjadi tukang karut. Saya sudah hampir terlupa tentang ini. Bila saya cuba ingatkan semula, ya saya boleh ingat lagi. Ingat ingat lupa. INI IALAH RAKAMAN SAYA 'MENGARUT' MATAN DAN KARUT PENUTUP DALAM PERSEMBAHAN SAYA MENYERTAI PERTANDINGAN DIKIR BARAT PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN DENGAN TAJUK "REMAJA MEMBENTUK MASA DEPAN NEGARA"; SAMADA ANJURAN PASAR BUDAYA (CENTRAL MARKET) KUALA LUMPUR PADA TAHUN 1992; ATAU ANJURAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR PADA TAHUN 1993. Pada kedua2 pertandingan itu kumpulan saya (Universiti Malaya) menang sebagai johan pertandingan.
    Saya pun sebelum ini tak tahu yang adanya rakaman audio ini. Saya baru terima dari salah seorang peminat fanatik saya yang entah dari mana diambilnya dan entah siapa yang membuat rakaman ini. Cuba dengar.....

ความคิดเห็น • 6

  • @zukywira3250
    @zukywira3250 3 ปีที่แล้ว +1

    Soro abey sdp dri dulu sapai loni..lagu2 abey semua sdp d dgar..

  • @fitrinasir6901
    @fitrinasir6901 3 ปีที่แล้ว +1

    Terbaik lah pokcik lim #idola

  • @mofamo9899
    @mofamo9899 3 ปีที่แล้ว +1

    Terbaik Abe Halim👍👍👍

  • @azlantaupek939
    @azlantaupek939 3 ปีที่แล้ว

    Dia ni lejen Tapi nama Dia sepi pernah buat show dia luar negara . Pernah buat show depan raja depan agung . Hebat dia ni awal 80 an dah masuk um . Um bukan calang calang boleh masuk

  • @norasiahhalim1988
    @norasiahhalim1988 3 ปีที่แล้ว

    Terbaik makin tua makin menyegat

  • @pubgrednemo8965
    @pubgrednemo8965 3 ปีที่แล้ว

    Kito anok sdaro kepado Ismail baju jarang...traso nok sangat berdikir barat Supo dulu ii....