MO’A - Puisi Tradisi Etnik Minoriti Kejaman

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 6 ก.ค. 2024
  • Salah satu keunikan etnik minoriti Kejaman boleh dilihat dari segi alunan puisi dan tradisi lisan ini yang dikenali dalam bahasa Kejaman sebagai Mo'a.
    Puisi ini biasanya didendangkan oleh seorang Ketua atau linau cak 'Mo' a dan diiringi oleh beberapa orang pemuisi latar yang bertanggungjawab untuk Pi'ik. Setiap mo’a mempunyai erti dan maksudnya tersendiri mengikut kepada jenis sesebuah acara.
    Ianya kata-kata pujian / penceritaan yang dilagukan di dalam “bahasa dalam” mengikut alunan pe mo’a . Setiap pe mo’a juga akan turut disertai oleh pii’k, iaitu sebagai suara nyanyian latar mo’a.
    Tidak ramai yang tahu & faham dengan bahasa mo’a ini. Cuma segelintir yang tahu untuk mo’a dan memahami bahasa ini kerana bahasa ini bukanlah bahasa Kejaman yang biasa digunakan dalam perbualan seharian, sebaliknya bahasa yang digunakan adalah bahasa Beguak O'a iaitu bahasa lagenda yg orang²nya dipercayai tidak dapat dilihat dgn mata kasar, mempunyai kuasa sakti dan gagah berani.

ความคิดเห็น • 1