Akhirnya Kami Mencoba ICT Khas Terengganu Yang Terkenal Itu !!

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 20 ต.ค. 2024
  • ►DON'T FORGET TO SUBSCRIBE FOR MORE VIDEOS
    ►PLEASE LEAVE A THUMBS UP AND COMMENT DOWN BELOW
    - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
    Email : jendral_sastra@yahoo.co.id
    Visit my Instagram : @jendral_sastra_
    Visit my twitter : @jendralsastra
    This video was made for an entertainment purpose only.
    This video was made based on one of the requests from all of you.
    Please support my channel by pressing subscribe, like and leave some positive comments.
    Thank You #aboutsastra #reactionvideo #ICT

ความคิดเห็น • 557

  • @Ijah-bx4mg
    @Ijah-bx4mg 2 หลายเดือนก่อน +46

    Orang Terengganu memang pintar ranking no.1 dalam pendidikan di Malaysia setiap tahun.

  • @annurr6119
    @annurr6119 2 หลายเดือนก่อน +159

    Mmg benar makan ikan pintar. Terengganu setiap tahun antara negeri teratas dalam keputusan peperiksaan cemerlang

    • @RisikGempur
      @RisikGempur 2 หลายเดือนก่อน +11

      Org jepun belasah ikan mentah terus..

    • @Jamalmohd-v2w
      @Jamalmohd-v2w 2 หลายเดือนก่อน +7

      Tak dapat disangkal lagi 👏👏terbaik Terengganu

    • @baharommohd1713
      @baharommohd1713 2 หลายเดือนก่อน

      Alhamdulillah syukur

    • @baharommohd1713
      @baharommohd1713 2 หลายเดือนก่อน

      Tp ikan fresh

  • @annakim9300
    @annakim9300 2 หลายเดือนก่อน +15

    Channel ini sudah jadi Channel Jalan Jalan Çari Makan. Begitulah jadinya kalau sudah datang Malaysia,😂😂😂😂

  • @mohdruzi1048
    @mohdruzi1048 2 หลายเดือนก่อน +272

    Tq 'uncle' kita yg tlh mempromosi makanan/tempat2 menarik di 🇲🇾. About Sastra (cikgu2) perkenalkan nama uncle tu... utk kami hargai, ple!

    • @kamaliahmusa1007
      @kamaliahmusa1007 2 หลายเดือนก่อน +17

      Yes,please

    • @AboutSastra
      @AboutSastra  2 หลายเดือนก่อน +140

      Beliau sebenarnya tidak suka tampil di depan camera, so that's why I tried my best not to show him during our recording, tapi tak mungkin beliau tak terlihat karena beliau selalu bersama kami.. Overall he is the man behind all great visit, places and experiences we have been through during our stay in Malaysia. He is a real blessing for us ❤❤ Thank you Uncle tersayang

    • @rohazmirazali4702
      @rohazmirazali4702 2 หลายเดือนก่อน +17

      Alhamdulillah...mcm mana kt Terengganu,best tak?

    • @mohdruzi1048
      @mohdruzi1048 2 หลายเดือนก่อน +10

      @@AboutSastra ... apa nama 'uncle' tu? Itu aja... 😊

    • @rasrazak657
      @rasrazak657 2 หลายเดือนก่อน +11

      ​@@AboutSastraadakah uncle ni seorang pesara guru?

  • @Miqael_Ozairy
    @Miqael_Ozairy 2 หลายเดือนก่อน +41

    Teringat ketika datang Terengganu bulan Ramadhan... menangis tengok kuih2 tradisional Terengganu. Kebetulan waktu itu outstation di Kerteh. Satu bulan tu, aku jelajah pasar Ramadhan dari Kemaman hingga Besut ... termasuk Hulu Terengganu. Bagi aku, makanan di Hulu Terengganu underrated khasnya dari segi lauk pauk.
    Nak makan kuih tradisional Terengganu yg sedap rasa asli, masuk ke kg² yg kebanyakannya bukan tempat tumpuan pelancong.
    Dari segi sambal nasi lemak, aku suka belah Kemaman lebih pedas.
    Aku pernah camping di Tanjung Jara.... ada satu warung kecil dalam kg tepi pantai jual rojak betik. Kuah rojak tu .. sampai sekarang aku teringat... sedapnya...ya Allah... boleh dihirup licin makan dengan keropok keping yg dihancurkan. Keropok tu pulak... besar lebar. Rasanya sweet sour pedas...makan dengan betik, timun batang & nenas.
    Nasi Dagang & Rojak Ayam paling best aku pernah makan di Kg Mengabang Telipot / Pak Tuyu waktu aku study di KUSZA ( skrg UniSZA). Hingga skrg aku teringat nasi dagang & kuah rojak ayam makcik tu. Tekstur nasinya lain, campuran yg perfect antara beras pulut & beras biasa, ada biji halba, hirisan halia & bawang yg jelas sekata dengan nasi.. cantik, harum, sedap. Tidak terlalu melekit, tidak terlalu berderai.
    Gulai ikan tongkol rasanya pedas manis² masam berempah ...ada belimbing kecik. Tulang ikan tongkol hampir boleh dimakan. Biasanya aku beli sekali dengan kepala, sebab rapuh.
    Berbeza jauh dengan nasi dagang atas tol...bg aku itu hanya 5/10 bintang berbanding nasi dagang warung tanpa dinding @ pondok kecil mak teh ( aku jd customer tetap arwah mak teh ... hinggalah dia meninggal ) .
    Tips ni dari kawan aku org Terengganu. Aku kongsikan dengan korang :
    Nak merasai keenakan sebenar masakan & makanan tradisi Terengganu... perlu jelajah kg² .
    Banyak lagi pantai ² di Terengganu yg cantik ² boleh mandi...tp perlu jelajah kg².
    Byk lg pemandangan di Terengganu yg cantik khasnya di Dungun, Hulu Terengganu & Setiu. Aku tak kongsikan di sini...korang perlu jelajah sendiri..masuk ke kg.
    Di Dungun, ada satu rumah tradisional Terengganu lereng bukit tepi sungai yg jernih .
    Landskap rumah² kg sekeliling pun cantik... terjaga...ada satu tempat jual kuih tradisional yg best... namanya koleh kacang ( maaf jika salah sebut ) & nasi impit sambal hitam & ikan. Aku tak tahu nak cakap rasanya macamana... tapi aku bawak geng Mat Saleh yg keje satu company... menangis dorang melantak. 😂
    Masih ada rumah tradisi, ada satu perkampungan cantik tepi pantai atas bukit... berdekatan rumah sewa aku ( aku sewa rumah di sini sebab view .. wallahi... cantik yg amat). Baik pagi atau petang... waima tengah malam sekalipun. Rasanya orang Terengganu sendiri tak pernah tau kewujudan kg ni
    Sedar tak sedar.. aku dh hampir 15 tahun keje ulang alik ke sini. Dh jd rumah kedua.

    • @abambassleo
      @abambassleo 2 หลายเดือนก่อน +3

      tq atas tulisan ini..betul sngt....menitik air mata mmbacanya❤❤❤

    • @fahiruzrazali
      @fahiruzrazali 2 หลายเดือนก่อน +2

      Bulan puasa memang rindu kuih-muih Tranung..tambah lagi bubur lambuk Tranung, penuh dengan rasa umami ikan.

    • @amymatpiah483
      @amymatpiah483 2 หลายเดือนก่อน +1

      memang tak dinafikan.. kalau nak makan kuih muih teadisi terengganu lah tempat nya.. mcm2 jenis kuih aku tak pernah tengok di negeri johor ni tpi banyak sgt2 la di terengganu.. kuih tradisi mereka lain dri yg lain.. betul kata tuan kalau nk rasa nikmat bercuti di terengganu korang kena masuk kamoung2 mereka ..contoh di bulan ouasa masyallah sana sangat tenang..bak bazar jangan ceeita la mcm2 boleh jumpa..kalau temoat tu memang A lah.. miss terengganu .. tahun depan go sana lagi 🎉

    • @cikmawar4430
      @cikmawar4430 2 หลายเดือนก่อน +1

      Rojak betik fav saya.. Kuah dia tu pkai ikan.. Rasa lemak2 manisnya, masamnya...1 lg rojak buah seto yg kuahnya sama mcm rojak betik.. Alahaiii sedapnya,kecur pulak kita😋

    • @hugomalaya2055
      @hugomalaya2055 2 หลายเดือนก่อน

      Rojak kateh khas Terengganu best dulu banyak suka. Sekarang kurang orang lama2 je dah xda

  • @mariatiariffin3512
    @mariatiariffin3512 2 หลายเดือนก่อน +87

    Celup tepung tu sama lah dgn tempura di Jepun, cuma yg Malaysia punya lebih kemelayuan.
    Saya pasti cikgu trio ini pasti akan ke Malaysia lagi sebab "To know MALAYSIA is to LOVE MALAYSIA"

  • @mamayayalaa155
    @mamayayalaa155 2 หลายเดือนก่อน +82

    Suka sgt bila azis sudah berkata2..kata2 org berwibawa...😅

    • @MohdibrahimKamasudin
      @MohdibrahimKamasudin 2 หลายเดือนก่อน +13

      Balik indo nanti bole bukak kedai mkn cikgu2 bertiga .saya orang malaysia cabar cikgu2 ber3 buat usaha kedai mkn malaysia di indonesia ..ramai utuber sudah buat ..roti canai ada, nadi lemak ada , nasi kandar pun ada dorang bukak di indo semoga cikgu berjaya

    • @SDM.hindunesia78
      @SDM.hindunesia78 2 หลายเดือนก่อน +20

      dia org indonesia bkn konoha😅kalau yg dari konoha sentiasa gagal dlm pendengaran,penglihatan dan juga pemahaman😂😂

    • @ainibs4371
      @ainibs4371 2 หลายเดือนก่อน +4

      ​@@MohdibrahimKamasudinKalau mereka duduk area pantai ok Tapi Kalau Jauh hasil laut mereka Mahal. Saya Pernah ke Danau toba, mereka mkn ikn air tawar shj.

    • @amyje1534
      @amyje1534 2 หลายเดือนก่อน +2

      betul sekali.saya setuju pendspat anda.org indonesia pintar tetapi orang konoha..****" ​@@SDM.hindunesia78

  • @ZailaniAbdulRahman-zt8fs
    @ZailaniAbdulRahman-zt8fs 2 หลายเดือนก่อน +49

    Memang sos kerepok Lekor di Terengganu berbeza dr tempat lain bah kan keropok lekor nya juga berbeza tiada tandingannya. Bli keropok lekor dapat percuma sos yg sedap .itulah uniknya Terengganu tercinta.

  • @jamil7028
    @jamil7028 2 หลายเดือนก่อน +5

    Slm dari Malaysia 🇲🇾 trme kasih sbb puji negara kecil yg tak seberapa kami ini🥰🥰

  • @makcikmakencik8473
    @makcikmakencik8473 2 หลายเดือนก่อน +33

    Cikgu boleh masak sendiri sos cicah tu. Senang je
    Bahan (agak² je la, sesuai rasa)
    Cili kering - kisar halus
    Bawang putih - ketuk
    Asam keeping
    Gula melaka/gula pasir
    Garam
    Tpg jagung (jika suka, utk pekatkan sos, bancuh dgn air sblm masuk ke campuran bahan)
    Air secukupnya
    Masak atas api sederhana hingga pekat. (lagi lama masak, lg sedap sos)

    • @umikalsom8272
      @umikalsom8272 2 หลายเดือนก่อน +1

      T.kasih beri resipi sos 😊

    • @awangslemang5090
      @awangslemang5090 2 หลายเดือนก่อน +3

      Bukan asam keping... Asam jawa + cuka kena ada... Org Terengganu x letak bawang putih...

    • @makcikmakencik8473
      @makcikmakencik8473 2 หลายเดือนก่อน

      @@awangslemang5090 tkasih tuan pérkongsianya. Yg sy tulis tu, itu la yg sy buat.

    • @makcikmakencik8473
      @makcikmakencik8473 2 หลายเดือนก่อน

      @@umikalsom8272 sama²

    • @erfanbloxgaming
      @erfanbloxgaming 2 หลายเดือนก่อน +1

      jgn lupa letak belacan baru dapp

  • @EngkuNasruddin
    @EngkuNasruddin 2 หลายเดือนก่อน +24

    Keropok lekor( كروڤوق ليكور) merupakan sejenis makanan tradisional pantai timur Semenanjung Malaysia, khususnya di Terengganu.Perkataan "lekor" bermaksud "lingkar" dalam bahasa Melayu Terengganu yang menggantikan ejaan "ar" kepada "or" di akhir suku kata. Oleh itu maksud Keropok Lekor ialah Keropok yang berlingkar. Keropok diperbuat daripada isi ikan laut dan campuran sagu dan sedikit garam. Terdapat juga keropok yang dicampurkan dengan tepung kanji. Keseluruhan ramuan tersebut akan diuli dan digentel panjang bertali, sebelum direbus didalam air panas. Warnanya berwarna kelabu dan juga mempunyai bau ikan.

    • @umikalsom8272
      @umikalsom8272 2 หลายเดือนก่อน +5

      Ye betul asal perkataan LEKOR adalah dari LINGKAR. Disebabkan orang2 Trengganu ada sebutan pelat tersenndiri, jadi LINGKAR... jadinya LEKOR 😅😊 maksudnya keropok yg berlingkar lingkar seperti ular hehe

    • @hugomalaya2055
      @hugomalaya2055 2 หลายเดือนก่อน

      Fakta menarik ni 🎉🎉🎉🎉🎉

  • @saffaainaa129
    @saffaainaa129 2 หลายเดือนก่อน +52

    Seronok tengok kita bersaudara 🇲🇾🇮🇩 happy2 macam ni.. 🥲 kenapa lah nak gaduh2..

    • @AboutSastra
      @AboutSastra  2 หลายเดือนก่อน +26

      ❤❤ Alhamdulillaah.. Indonesia Malaysia berpisah tiada

    • @gitamura
      @gitamura 2 หลายเดือนก่อน +21

      Yg gaduh2 tu konoha kak... Bukan Indonesia... Org Indonesia baik2...

    • @saffaainaa129
      @saffaainaa129 2 หลายเดือนก่อน +12

      @@AboutSastra About Sastra replied my comment! 😱🥳💕

    • @saffaainaa129
      @saffaainaa129 2 หลายเดือนก่อน +5

      @@gitamura 🥰🥰🥰

    • @anisahnisa2032
      @anisahnisa2032 2 หลายเดือนก่อน

      ​@@gitamura hahahaha....betul sgt

  • @rahayumohdtaha987
    @rahayumohdtaha987 2 หลายเดือนก่อน +72

    Akk pulak yg telan air liur tgk cikgu² mkn😋. Nak kena plan cuti ke terengganu nampknya ni.

    • @Chameleon-pp8to
      @Chameleon-pp8to 2 หลายเดือนก่อน

      Terliurkan tgk dorang makan...craving la plak...😅

    • @amymatpiah483
      @amymatpiah483 2 หลายเดือนก่อน

      pergi lah kak ..terengganu memang tak mengecewakan..pergi jalan belah2 kampung ..makanan dorang memang terbaik..

  • @fatihahnelus5242
    @fatihahnelus5242 2 หลายเดือนก่อน +42

    pertama kali makan sotong celup tepung di terenganu memang hmmmmm😋

  • @khazimahazim5221
    @khazimahazim5221 2 หลายเดือนก่อน +7

    Teringin pulak nak pergi tganu..kecor air liur tgok cikgu ni menjamu selera .

  • @evrstnslv
    @evrstnslv 2 หลายเดือนก่อน +37

    Kalau kami makan keropok lekor di Terengganu dan di luar Terengganu berbeza rasanya. Original di Terengganu isinya penuh dan padat ikan. Di luar Terengganu kurang ikan, yang extra nya kanji. Kerana di Terengganu itu ikan fresh senang dapat. Pagi2 orang beli di pasar ikan di tepi pantai. Fresh sebab baru lepas dibawa naik dari laut

  • @ZailaniAbdulRahman-zt8fs
    @ZailaniAbdulRahman-zt8fs 2 หลายเดือนก่อน +23

    Masya Allah jdi terliur tguk kalian makan😅selamat menjamu selera makanan yg enak² di Terengganu. Tanah air ku. Alhamdulillah gembira sekali tguk kalian happy di Terengganu.

  • @deehari
    @deehari 2 หลายเดือนก่อน +9

    Keropok lekor juga sedap dimasak jadikan lauk berkuah. Saya orang Terengganu, biasa masak keropok lekor tumis, dimakan dengan nasik, ulam-ulam, telur rebus atau telur goreng, sambal belacan

  • @hawaandroid2786
    @hawaandroid2786 2 หลายเดือนก่อน +82

    Ikan kembong, Ikan Tenggiri dan Ikan Sardin mempunyai Omega 3. Ikan yang mempunyai setara Omega 3 setanding salmon ialah ikan sardin dan ikan tenggiri. Tak payah susah beli ikan salmon.

    • @EngkuNasruddin
      @EngkuNasruddin 2 หลายเดือนก่อน +3

      Ikan kembong dikenali sebagai Indian Mackerel, ikan ini merupakan antara ikan kegemaran Rakyat Malaysia dan mudah didapati di pasaran. Ia juga sesuai untuk dijadikan pelbagai jenis juadah yang menyelerakan seperti asam pedas, singgang dan enak digoreng atau dibakar.

    • @kamaldaud2782
      @kamaldaud2782 2 หลายเดือนก่อน +13

      Sebab itu keputusan SPM Terengganu terbaik dah berbelas2 tahun.

    • @Love_garden832
      @Love_garden832 2 หลายเดือนก่อน

      all 3 my fav fish 😊

    • @zhaaziz27
      @zhaaziz27 2 หลายเดือนก่อน +1

      N ikan kembung lg tinggi kandungan omega 3 berbanding ikan salmon. Kembung goreng berlada sdpnya 😂

    • @najibhadimandja
      @najibhadimandja 2 หลายเดือนก่อน

      ​@@kamaldaud2782.....mitos.

  • @ekinahmadshaari1505
    @ekinahmadshaari1505 2 หลายเดือนก่อน +24

    it's still not complete... there's no sotong celup tepung... the best... nak2 yg buncit dengan telurnya... and kerang celup tepung juga... and megi sotong... subhanallah...

    • @akikamaruddin7502
      @akikamaruddin7502 2 หลายเดือนก่อน

      kerang celup tepung kat ane kak ad jual? nk try gk skali

  • @andromedacrew3533
    @andromedacrew3533 2 หลายเดือนก่อน +33

    Sebab tu masyarakat terengganu dan kelantan setiap tahun menduduki top carta sekolah yang mendapat keputusan cemerlang di dalam exam, dan antara yang paling ramai di universiti malaysia.. makanannya bagus untuk minda..

    • @ZailaniAbdulRahman-zt8fs
      @ZailaniAbdulRahman-zt8fs 2 หลายเดือนก่อน +7

      @@andromedacrew3533 masya Allah Alhamdulillah bangga dgn negeriku.

    • @razmiihsan8897
      @razmiihsan8897 17 วันที่ผ่านมา

      Haha. Salah tu. Sy orang Terengganu. Terengganu ada masalah kencing manis sangat tinggi berbanding negeri lain disebabkan makanan kami tak sihat. Pusat dialisis merata-rata.

  • @innayj9346
    @innayj9346 2 หลายเดือนก่อน +41

    Makanan laut celup tepung di Terengganu memang sedap dan berbeza dari tempat lain ,mungkin kerana kesegaran bahan2nya

  • @asfakasanmorad1600
    @asfakasanmorad1600 2 หลายเดือนก่อน +3

    resepi batter celup tepung arwah ibu saya
    1. 2 cawan tepung gandum
    2. 1 sudu marjerin
    3. Sedikit Kunyit
    4. Garam secukup rasa
    5. Air secukupnya.

  • @RohayaMisri
    @RohayaMisri 2 หลายเดือนก่อน +31

    Saya suka masakan terganu dan Kelantanemang sedap

  • @marleia3024
    @marleia3024 2 หลายเดือนก่อน +20

    Waduh rindunya Terengganu.. paling rindu keropok lekor Bayu di Chalok. Jealous tgk uncle manjakan anak2 beliau yang 3 org ni dgn mcm2 makanan.

  • @zainalnasir369
    @zainalnasir369 2 หลายเดือนก่อน +22

    Makanan ternggganu memang sedapdan mantap

  • @Mahanis
    @Mahanis 2 หลายเดือนก่อน +16

    Slmt menikmati semua cikgu cikgu ict kami di Terengganu ... Betulapa yg diperkatakan cikgu sastra bahawa memakan ikan mmbuat akal pintar ternyata rakyat di Terengganu cerdik.. Setiap keputusan dlm pelajaran rakyat Terengganu terbaik dlm pelajaran❤

  • @amerazahar9629
    @amerazahar9629 2 หลายเดือนก่อน +5

    Ada pelancong yg menetap terus di Malaysia dan stiap video nya akan ada perkara yg baru yg di pelajari di sini..dan mereka menetap telah lebih 5 tahun..tp masih ada perkara baru..jadi trnyata mr sastra kena dtg sini byk kali..hihi..

  • @hawaandroid2786
    @hawaandroid2786 2 หลายเดือนก่อน +18

    Semasa saya kecil, pertama kali ke Terengganu, saya juga keliru dengan istilah ICT. Ketika itu, Malaysia ICT itu berkaitan information teknologi. Rupanya ICT di Terengganu adalah makanan hahaha.

    • @fiqahfoodlover9299
      @fiqahfoodlover9299 2 หลายเดือนก่อน +3

      I- ikan
      C-celup
      T-tepung

    • @zhaaziz27
      @zhaaziz27 2 หลายเดือนก่อน +1

      Klu kt shah alam ada i-city 😂

    • @YamanIbrahim
      @YamanIbrahim 2 หลายเดือนก่อน

      baru tau gue

  • @muhamadhakimbinmohameddina8417
    @muhamadhakimbinmohameddina8417 2 หลายเดือนก่อน +48

    Tak lengkap kalau tak ada sotong celup tepung

  • @mariyatipaniran3099
    @mariyatipaniran3099 2 หลายเดือนก่อน +5

    Content kalian yg ini menghasilkn byk sekali dosaaaa😂😂😂
    Makan sedap² tp tak ngajak😊
    Sepanjang menonton kalian byk kli dh telan air liur...zolimun lah

    • @AboutSastra
      @AboutSastra  2 หลายเดือนก่อน +4

      😂😂😂 hahahaha.. maafkaaaannnn

  • @sherilyatim8695
    @sherilyatim8695 2 หลายเดือนก่อน +3

    Aduh.... telan2 air liur kita yg menonton ni😅. Terliur wey walaupun pernah je mkn😂

  • @WafeeTerengganu
    @WafeeTerengganu 2 หลายเดือนก่อน +48

    Nabi Yusha bin Nun juga makan ikan dan beliau cerdas serta berani. Kisah beliau terlupa tempat letak bakul ikan di pertemuan dua laut.

  • @AidaErinna
    @AidaErinna 2 หลายเดือนก่อน +72

    Sos nya itu ada dijual guys....biasa rm5 aja 1 botol ..... kalau buat cicah keropok lekor emang pass banget....aku kalau beli keropok lekor di Trganu emang akan beli sos botol nya baru puas makan .... cara masak ICT tu sama aja kayak tempe celup tepung ..... enak bancuhan tepungnya pasti enak juga ikan nya .... selamat mencuba guys 😅

    • @EngkuNasruddin
      @EngkuNasruddin 2 หลายเดือนก่อน +1

      Yang pasti sosnya ada campuran 'budu'.😋

    • @syedfadzil8904
      @syedfadzil8904 2 หลายเดือนก่อน +6

      Mana ada campur budu bang....ngarut laa

    • @EngkuNasruddin
      @EngkuNasruddin 2 หลายเดือนก่อน +2

      @@syedfadzil8904 tak salah kat kelantan ada, sambal sos ada sedikit budu. Merah jugak sambal sos dia.

    • @fizul2198
      @fizul2198 2 หลายเดือนก่อน +5

      @@EngkuNasruddin tak ada campuran budu, bahan asas biasanya cili boh+asam jawa+gula melaka, tak pernah dengar sos lada terengganu ni tambah budu, kalau kelantan tu tak pasti lah tapi sos ni rasanya tak ada di kelantan..

    • @gamingjer3430
      @gamingjer3430 2 หลายเดือนก่อน +4

      ​@@EngkuNasruddinaku orang Terengganu seb /takir tak pernah rasa sos cili campur budu😂😂😂

  • @SyahrilNazreen
    @SyahrilNazreen 2 หลายเดือนก่อน +1

    Trio cikgu ini mungkin layak mendapat sesuatu penghargaan dlm bentuk apa pun dari kerajaan terengganu. Mungkin flight tiket.. penginapan free atau yang memadai. Secara tidak langsung mereka telah mempromosi negeri terengganu dengan cara yang sangat menarik.

  • @inayahyahyavapouser2215
    @inayahyahyavapouser2215 2 หลายเดือนก่อน +26

    Tak sabar rasanya nak ke Terengganu lagi. Kalau dahulu dari Perak, kami menjelajah pulau-pulaunya , kali ini ingin melalui pengalaman seperti yang dilalui nak trio Sastra. Pasti menarik sekali

  • @HuruHaraCatsFamily
    @HuruHaraCatsFamily 2 หลายเดือนก่อน +11

    Enaknya stgh jam hanya tgk org mkn 😅...kalau sy teringin keropok lekor krn keropok lekor luar terengganu itu byk tepung dr rasa ikan

  • @Badik_Lawi
    @Badik_Lawi 2 หลายเดือนก่อน +15

    Aku lapar tgok korang makan😅

  • @muhamadkhairulazuatbinhami5994
    @muhamadkhairulazuatbinhami5994 2 หลายเดือนก่อน +4

    alhamdulillah... meleleh plak air liur....rindu ICT tganung❤❤❤

  • @baizurahasni2276
    @baizurahasni2276 2 หลายเดือนก่อน +4

    Did you know that the chief minister of terengganu is a professor of aerospace engineering. a true rocket scientist!

  • @peja1129
    @peja1129 2 หลายเดือนก่อน +13

    *aku suka tngok gelagat cikgu bertiga ni tiapkali buat video mukbam dh mcm kanak-kanak ribena dapat mainan.* 😂😂😂

  • @cekodok143
    @cekodok143 2 หลายเดือนก่อน +9

    Sebab tu kami Malaysian tidak berapa hairan kalau mcd n kfc kami x makan sb ada alternative lain.. sedapp ..tepung goreng n sauce padu

    • @fazidahabdrahman5412
      @fazidahabdrahman5412 2 หลายเดือนก่อน +4

      SANGAT BETUL TU..!
      MENGALAHKAN AYAM GORENG SEDAPNYA..!
      PASTI MENJADI KERINDUAN BUAT CIKGU BERTIGA AKAN KESEDAPAN MAKANAN MALAYSIA TERUTAMA DARI TERENGGANU..!!!

  • @aliasdenan2545
    @aliasdenan2545 2 หลายเดือนก่อน +52

    Alhamdulillah.... Semoga Allah swt kurniakan Cikgu ber3 kesihatan dan rezeki yg penuh keberkatan hendaknya... Semoga sepanjang percutian di Trengganu mendapat perkara yg manis2 sahaja..❤

  • @ratnasamat5184
    @ratnasamat5184 2 หลายเดือนก่อน +41

    Assalammualaikum cikgu2 bertiga.semoga kunjungan ke Terengganu membawa memori indah buat kalian ya.😊

  • @miaqiranran1877
    @miaqiranran1877 2 หลายเดือนก่อน +6

    Alhamdulillah cikgu² semua seronok menikmati ict di Terengganu. Terimakasih kerana telah dtg menziarah Terengganu kg nenek saya❤.

  • @mohdruzi1048
    @mohdruzi1048 2 หลายเดือนก่อน +22

    Alhamdulillaah... 🇲🇾ku syurga makanan dunia.

  • @scaredo8787
    @scaredo8787 2 หลายเดือนก่อน +5

    Sayur pun boleh celup tepung seperti brokoli,bayam dan macam-macam lagi

  • @ahmadsabri1726
    @ahmadsabri1726 2 หลายเดือนก่อน +11

    Sos banyak dijual di kedai-kedai di Terengganu. Boleh dibawa pulang.

  • @missmimi2061
    @missmimi2061 2 หลายเดือนก่อน +3

    Sy orang terengganu tp kerja di Kuala lumpur.. Ble tgk video ni trus rase nak balik terengganu makan ict 😅 Thanks sbb sudi ke terengganu… InsyaAllah makanan di terengganu best2 ❤

  • @yzikhairayusof772
    @yzikhairayusof772 2 หลายเดือนก่อน +2

    aduh sambil tengok cikgu makan terliur betul..boleh rasa kesedapan semua tuuu

  • @izularif1134
    @izularif1134 2 หลายเดือนก่อน +1

    Selamat dtg ke Terengganu D.I..semoga puas hati..🤲👍💚

  • @fuziahmohidin9470
    @fuziahmohidin9470 2 หลายเดือนก่อน +44

    Tak sabar nk pergi Terengganu sabtu ni,nak makan celup tepung ,nasi dagang,laksa,lekor ...

    • @AboutSastra
      @AboutSastra  2 หลายเดือนก่อน +11

      ❤❤ Jooommmm

    • @Hakim_Jasmy
      @Hakim_Jasmy 2 หลายเดือนก่อน +1

      Jemput datang, celup tepung boleh ke Pok Nong..nais dagang boleh try di Kg Atas Tol atau di Kg ladang depan surau Ladang Kepok Lekor boleh cari di Chendering berdekatan dengan Klinik Hijraa hehe

    • @queenmegat8424
      @queenmegat8424 2 หลายเดือนก่อน

      Awak dr negeri mana?

    • @nurfarahishakamarulariffin8547
      @nurfarahishakamarulariffin8547 2 หลายเดือนก่อน

      ​@@AboutSastranasi dagang atas tol

    • @anisahnisa2032
      @anisahnisa2032 2 หลายเดือนก่อน

      ​@@Hakim_Jasmylagi meriah ICT di pantai penarik......cuba laa...sya duduk dekat airport trgnu....kdg kalau nak mkn, sya rela naik ke penarik ..saja ronda² ke sana dgn view pantai Bari.....

  • @saimahotung2353
    @saimahotung2353 2 หลายเดือนก่อน +10

    Assalamualaikum hai team About Sastera dan pak cik baik hati.... semoga kalian semua dilindungi Allah SWT, diberi kesihatan yg baik, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan nya... aamiin 🤲😊.Wow enak nya 😋

  • @nonawatirepaee36
    @nonawatirepaee36 2 หลายเดือนก่อน +14

    Sampai terpejam mata miss Tika menikmati... alhamdullilah

    • @simwilthin6015
      @simwilthin6015 2 หลายเดือนก่อน +2

      Penghanyatan yg mendalam..sesuai dgn selera

  • @rohanarahim4327
    @rohanarahim4327 2 หลายเดือนก่อน +6

    Alhamdulillah.. sdh 185k.. trma kasih sirs n mam...dtg n perkenalkan terengganu bumi darul iman.. bardatun toyyibatun warabbun ghafuur. Aamiin

  • @wisernk8459
    @wisernk8459 2 หลายเดือนก่อน +4

    Setiap negeri ada signaturenye sendiri.. cikgu2..rasa yg mantap di negeri masing2..tak dpt ditandingi dr negeri2 lain

  • @noorzaimahmohdkamil8372
    @noorzaimahmohdkamil8372 2 หลายเดือนก่อน +13

    ABC Jagung.... Air Batu Campur Jagung namanya.. hihi😊

  • @AsmaAdnan-lu8rh
    @AsmaAdnan-lu8rh 2 หลายเดือนก่อน +16

    Masyallah makannya lebih jalannya kurang mana X gendut perut tu🤔😄😁🤭xpa lah asalkan bahagia😊😅semoga kalian ber3 dan uncle sihat-sihat selalu ya🌿🐦

  • @karyasona130
    @karyasona130 2 หลายเดือนก่อน +3

    Kalau pergi Terengganu tak sah kalau tak makan ikan/udang/sotong celup tepung.
    Terimakasih buat cikgu sastra & saudara2nya, begitu juga dengan pakcik aziz yg membawa mereka semua.

  • @Redmi9A-iz2in
    @Redmi9A-iz2in 2 หลายเดือนก่อน +6

    Satu lagi yang istimewa ketupat sotong hingga menjilat jari❤❤❤❤

  • @Remang_Senja
    @Remang_Senja 2 หลายเดือนก่อน +3

    Org dulu2 dipantai timur membuat keropok dgn 2 versi.1.. sebesar lengang.. panjangnya lebih kurang sekaki setengah. 2.. sebesar ibu jari kaki..dan panjangnya hampir 2 kaki.Bila dah masak dan diletak dalam bakul..dia punya panjang sampai melengkar atau melengkor dalam bahasa pantai timur.Itu sebab dia dipanggil keropok lekor/leko.seiring dgn masa harga ikan dan tepung semakin mahal..keropok lekor semakin hari semakin pendek sehingga dia tidak layak lagi dipanggil keropok lekor.Dia hanya layak dipanggil keropok sahaja.

  • @Jamalmohd-v2w
    @Jamalmohd-v2w 2 หลายเดือนก่อน +2

    Happy semuanya....teringin juga nak merasa makanan terengganu...nampak seakan pantai di seberang jalan...mantapp

  • @Alibrahim-sb9nc
    @Alibrahim-sb9nc 2 หลายเดือนก่อน +14

    Selepas ini, yuk ke Kenyir, yuk.... naikin house boat...

  • @abohking5248
    @abohking5248 2 หลายเดือนก่อน +3

    selamat datang ke terengganu.. terima kasih kerana banyak video2 reaksi di terengganu..

  • @poknekpokneklie
    @poknekpokneklie 2 หลายเดือนก่อน +18

    Alhamdulillah cikgu2 ni bahagia di bumi malaysia am nya dan trengganu khas nya...
    Terima kasih kerana buat ke sekian kali nya datang ke malaysia.

  • @Shah-cd7fp
    @Shah-cd7fp 2 หลายเดือนก่อน +3

    Tika dah sihat ya.. semoga Allah permudahkan urusan anda bertiga.. sekarang musim kering di Malaysia.. Terengganu tepi laut, jadi mungkin lebih bahang di sana

  • @baharommohd1713
    @baharommohd1713 2 หลายเดือนก่อน +1

    Alhamdulillah terbaik

  • @khalidimuhamadbakhri5343
    @khalidimuhamadbakhri5343 2 หลายเดือนก่อน +12

    Assalamualaikum.. cara membuat sausnya ada di youtube... Boleh di cari.. enjoy.. Alhamdulillah

  • @marzukimohamad5761
    @marzukimohamad5761 2 หลายเดือนก่อน +1

    Terbaik….wpun saya org Trg…bila tengok diaorg ni makan…terus rasa lapar 🤩

  • @diamondhead4139
    @diamondhead4139 2 หลายเดือนก่อน +6

    Rupa pak Sastra mirip sekali dengan rupa celebrity chef Malaysia, yang juga lecturer, Chef Dr. Kamarul Hasni..yang kini menetap di Australia... Lekor = Lay..Kor..

  • @norarzerisaharum8339
    @norarzerisaharum8339 2 หลายเดือนก่อน +15

    Alhamdulillah…Terima kasih cikgu2 yg sentiasa menghargai apa yg ada di Trengganu. Selamat semua

  • @wanmohdikhsanbinwanaliwana1122
    @wanmohdikhsanbinwanaliwana1122 2 หลายเดือนก่อน +9

    Cikgu2 sekelian.. ICT & UCT enak nya di makan panas2

  • @jumisahmuhadi8985
    @jumisahmuhadi8985 2 หลายเดือนก่อน +2

    Menonton video About sastra yg ini buat terliur dan lapas😂😂😂

  • @mohdnasirsalleh5056
    @mohdnasirsalleh5056 หลายเดือนก่อน

    Oooi negeri ku…sedapnya rindu masakan ni..jom balik kampung terengganu..

  • @azuraahmad5562
    @azuraahmad5562 2 หลายเดือนก่อน +1

    assalamualaikum cikgu cikgu..ini kampung Saya Pantai teluk ketapang...tq tecer dah sampai kampung Saya...kedai ini juga zura pernah makan dan memang terkenal...

  • @azrilamier5486
    @azrilamier5486 2 หลายเดือนก่อน +2

    Di terengganu menu ICT ni dari. Zaman nenek moyang kami lagi buat sebagai hidangan makan waktu petang..tepung nya dibancuh mengikut selera masing2

  • @jamamohamad3039
    @jamamohamad3039 2 หลายเดือนก่อน +2

    😋 rindu pulak nak ke sana. Makan dgn kuah kari pun sedap ni...Org utara la yg suka

  • @mohdfaizmy
    @mohdfaizmy 2 หลายเดือนก่อน +18

    Adoi lapar lagila aku pagi-pagi ni.. 😆

  • @rantaupanjang7610
    @rantaupanjang7610 2 หลายเดือนก่อน

    Look so yummy! Yok makan!....tahniah semoga kalian bertiga kekal sebagai duta keamanan malaysia & indonesia. Tetap mempromosi rasa hormat pada budaya, bahasa, makanan & sosial masyarakat. Syabas!

  • @syedindrah4802
    @syedindrah4802 2 หลายเดือนก่อน +3

    Mengalir air liur saya tangok sastra mkn ict.Saya sendiri org johor x pernah merasa masakan sebegini,bilalh agaknya saya dpt merasa makanan mcm ini

  • @zackrosli868
    @zackrosli868 2 หลายเดือนก่อน +2

    aduh tgk je dah terliur hahah mmg selalu ke terengganu pasti lepak kedai2 goreng tepung tepi pantai ni. mmg ciri khas disana. sos mereka mmg terbaik

  • @ermar-shad8500
    @ermar-shad8500 2 หลายเดือนก่อน +7

    Aduh..jadi lapar..terbayang manis rasa udang dan ikan segar di Terengganu..jika sy ke Terengganu..mmg akan cari ICT unt snacking sambil santai2 di tepi laut waktu petang..telan air liur menonton kalian makan🤣🤣🤣 tahun depan x sabar ke Terengganu lagi unt bercuti🥰

  • @Mojito-pq3tk
    @Mojito-pq3tk 2 หลายเดือนก่อน +4

    Jadi ingin cepat² ke Trengganu aku.. wlupun dh banyak kali aku pergi. Aku mau sepuas²nya makanan laut yg dicelup tepung itu.

  • @anaksulung6187
    @anaksulung6187 2 หลายเดือนก่อน +2

    Terima kasih uncle yang rajin melayan tetamu kita dari Indonesia.. Sambil tolong mempromosikan bendabenda unik di setiap tempat

  • @muniramoon1012
    @muniramoon1012 2 หลายเดือนก่อน +2

    Mesti weekend ni ICT ramai org 😅. Sedapnyerr ICT ❤

  • @hawaukau
    @hawaukau 2 หลายเดือนก่อน +44

    Negeri² Pantai Timur sebetulnya syurga makanan di Semenanjung bukannya Penang. Di Penang tu kebanyakannya syurga makanan buat non halal

    • @gitamura
      @gitamura 2 หลายเดือนก่อน +9

      Betul tu... Saya lebih prefer east coast drpd Penang...

    • @cheesecake321-n6w
      @cheesecake321-n6w 2 หลายเดือนก่อน +8

      Kedah perlis lagi sedap dari penang. Ada bnyk kerabu2 dan mknan influenced by Thai

    • @Love_garden832
      @Love_garden832 2 หลายเดือนก่อน +3

      @@cheesecake321-n6w betol ni

    • @zhaaziz27
      @zhaaziz27 2 หลายเดือนก่อน +4

      Btl tu. Pd sy mknan yg sedap2 tu kt negeri2 pantai timur. Sy selalu rindu nk g sana mkn sdp2. Penang tu lbh pd mknan org2 cina n mamak je. Org2 non muslim jarang bercuti ke pantai timur jd dorg xtau. Bg dorg penang tu syurga mkanan dah.

    • @thenashiour2557
      @thenashiour2557 2 หลายเดือนก่อน +5

      Mengikut pemerhatian aku...makanan yg di sajikan oleh ibu kita itu lah yg tersedap...so, rasanya tak perlu nak banding² sgt negeri mana...tiap tempat ada keistimewaannya yg tersendiri...nikmati aje lah dgn rasa syukur...!!

  • @sainanwahab9601
    @sainanwahab9601 2 หลายเดือนก่อน +28

    Trengganu tempat shorga nya makanan...nanti ada masa dan rezeki you all datang Sabah...lagi la mantap seafood nya bro.....,!!

    • @hawaukau
      @hawaukau 2 หลายเดือนก่อน +8

      tu la pasal..tapi org Malaysia dipromot seolah Penang syurga makanan..padahal tak banyak pon variasi makanan tradisional. yg ada pon makanan fusion international.

    • @OppoA38-it7ff
      @OppoA38-it7ff 2 หลายเดือนก่อน +4

      Terengganu memang juara makanan...saya dari Sabah pernah sekali melancong di Kelantan dan Terengganu tarikan selain pemandangan yg indah makanannya juga sedap2... Mantap terbaik

    • @gitamura
      @gitamura 2 หลายเดือนก่อน +4

      ​@@hawaukauape je penang ade?? Nasi kandar, mee sotong, pasembur?? Tapi mcm sama je kt KL pun dah banyak... Mcm ICT ni kurang kalau dekat KL pun... Kena pergi ganu gak baru best... Patin Tempoyak pun dekat Pahang Temerloh gak yg best...

  • @mzack
    @mzack 2 หลายเดือนก่อน +10

    Semoga di murah kan rezeki cikgu2 semua.

  • @asmarani5678
    @asmarani5678 2 หลายเดือนก่อน +7

    Assalamualaikum..betul2 puasa hati tengok cikgu bertiga menikmati ICT udang keropok n cendol jagung..sedapkannn❤❤

  • @blackknightshark7732
    @blackknightshark7732 2 หลายเดือนก่อน +1

    Bkn utk membanggakan diri. Org Malaysia sememangnya kreatif..mempunyai naluri dgn citarasa yg tinggi. Bisa mengolah dan menginovasikan apa saja bentuk makanan dan minuman. Kerana bukan hanya dari ketulinan resepi makanan dan masakan Melayu..tapi juga dari pengaruh 2 bangsa besar di dunia iaitu Cina dan India. Makanya makanan, minuman dan kuih muih di Malaysia lebih unik dan bervariasi. Cuba lah diambilkira jika ramai org dapat merasakan sendiri semua makanan dan masakan di seluruh negeri yg ada di Semenanjung Malaysia sehingga ke Sabah Dan Sarawak dgn keaslian, keunikan..keistimewaan dan kelazatan yg tersendiri.
    Jika Malaysian dah approved..pastikan yakin dan coba rasakan sendiri ✌️😃

  • @delfiealias3907
    @delfiealias3907 2 หลายเดือนก่อน +16

    Malaysians are always known for their creativity dalam menyediakan makanan dalam berbagai variasi...sesuai dengan citarasa berbagai kaum dan bangsa yang ada di negara kami...pelbagai makanan diolah dengan resepi2 yang sedap, enak dan berkhasiat...

    • @applelovelicious
      @applelovelicious 2 หลายเดือนก่อน +1

      hasil daripada penjajah british membawa pelbagai kaum dan bangsa.. takyah bangga sangat dengan berbagai kaum tu

    • @delfiealias3907
      @delfiealias3907 2 หลายเดือนก่อน +2

      @@applelovelicious ...cara kamu berfikir amat cetek sekali...yang saya maksudkan dengan pelbagai kaum di sini bukannya hanya merujuk kpd 3 kaum yang terbesar di negara ini iaitu kaum2 Melayu, Cina & India. Kamu harus ingat di negara Malaysia ini ada lagi kaum2 etnik lain khususnya di Sarawak & Sabah...sementara di Semenanjung Malaysia pula ada kaum Orang Asli. Sebagai rakyat negeri Sarawak sudah tentunya saya merasa bangga dengan kaum2 etnik yang ada di negeri kami seperti kaum Iban, kaum Bidayuh, kaum Orang Ulu, kaum Melanau, kaum Murut, kaum Bisaya, kaum Kedayan dan lain2...sementara di Sabah pula ada kaum Kadazan, kaum Bajau dan lain2. Kehadiran kaum2 yang pelbagai seperti ini sudah tentunya juga akan mewujudkan pelbagai jenis makanan tradisi mereka...👍

    • @khairilazhar1206
      @khairilazhar1206 2 หลายเดือนก่อน

      ​@@delfiealias3907betul,tanpa British sekalipun sudah ada kepelbagaian kaum

  • @lavenderrrrr
    @lavenderrrrr 2 หลายเดือนก่อน +7

    Kalau taknak ikan melekat kat kuali boleh celup tepung. Ikan masin juga salut tepung jagung bagi rangup. Sotong udang celup tepung fuh sedap.
    Jangan bancuh dengan air banyak nanti jadi cekodok tak sedap 😅.

  • @Kay_Nizam
    @Kay_Nizam 2 หลายเดือนก่อน +3

    Adoiiiiiii...
    Parah ni..
    Terliur habis sy cikguuuuuu..!!!!
    Sy kalau mkn udang celup tepung, 2 pinggan/piring portion sy cikgu..!! 1 tak cukup utk sy..
    😅😅😅😅

  • @norhasila-ik4ed
    @norhasila-ik4ed 2 หลายเดือนก่อน +1

    Kalau pergi Terengganu pergilah ke daerah seberang takir kerana di situ ada jambatan drawbrigge. Jambatan paling canggih di Malaysia

  • @myanis007
    @myanis007 2 หลายเดือนก่อน +13

    Terliur la tengok kamu semua makan udang celup tepung ni...hihi

  • @zaripahyusof5436
    @zaripahyusof5436 2 หลายเดือนก่อน +5

    Salam dari paka, terengganu. Bahagia tu cikgu berdua.

    • @zaripahyusof5436
      @zaripahyusof5436 2 หลายเดือนก่อน +1

      Maaf buat cikgu bertiga.

    • @putra67al-habshie46
      @putra67al-habshie46 2 หลายเดือนก่อน +1

      ​@@zaripahyusof5436juga buat cikgu Zaripahyusof❤

  • @masariahibrahim5219
    @masariahibrahim5219 2 หลายเดือนก่อน +2

    Ayuh cikgu2 up posting nya kami orang malaysia yang tak pernah pergi Trengganu akan ngiler melihat nya seakan mau pergi kesana juga.

  • @lilykasiran5095
    @lilykasiran5095 2 หลายเดือนก่อน +7

    Glad tht 3 of u enjoy ur trip...

  • @muhammadurRasulullah
    @muhammadurRasulullah 2 หลายเดือนก่อน +2

    ada juga tepung bestari dijual di pasaraya, celup ayam, ubi kentang sedap sgt. Ada yg kotaknya hijau itu xpedas, sesuai utk kanak2. Yg oren sedikit pedas dan merah pedas. Sosnya blh buat sdri Mr. Utk 1 cwn cili yg sudah di blend + 4-5 ulas bwg putih(tumbuk halus) + gula putih (1.5 sudu mkn)+ (2-2.5 sudu mkn) gula merah+ 1/2 sudu teh garam. + 1 cwn air dan didihkan . Bila cili dah msk+ (1 senduk nasi )cili sos( supaya kuahnya pekat). Last sekali campur 1 sudu mkn cuka

  • @munahtaib7912
    @munahtaib7912 2 หลายเดือนก่อน +3

    Rezeki cikgu bertiga dpt mknan fresh Dari Laut...memang beza rasa jika ketempt lain...

    • @AboutSastra
      @AboutSastra  2 หลายเดือนก่อน +2

      ❤❤ Alhamdulillaah