"Zul Masa DIBUNUH, Lan Masa DILANGGAR" | RANJAU PERJALANAN KUMPULAN MASA

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 7 ก.ย. 2024
  • MASA SCARECROW, suatu nama yang tidak ketinggalan popular sewaktu zaman kemeriahan muzik rock. Nama MASA SCARECROW sebaris dengan kewujudan puluhan kumpulan kumpulan rock tempatan seperti Gamma dan Laksamana.
    Di bawah naungan Perdana Muzikal Industri Sdn. Bhd. (PMI), Masa Scarecrow menghasilkan tiga buah album. Ketiga-tiga album tersebut berjaya menambat hati peminat muzik tanahair.
    Nasib tidak dapat diduga. Apatah lagi ianya hanya ketentuan Ilahi. Tragedi malang telah menimpa Roslan Karim (Lan), gitaris MASA SCARECROW apabila terbunuh dalam kemalangan jalan raya di kilometer 32 Jalan Kuantan-Kemaman pada tahun 1995.
    Selang beberapa tahun selepas itu, satu lagi tragedi menyayat hati telah berlaku. Zulkifli Mat Amin atau dikenali Zul Masa menjadi mangsa dalam satu pembunuhan di Pantai Balok Kuantan..
    Jom saksikan sambungannya...
    Sumber
    cicaktonjeng.blogspot.com
    Bharian.com.my

ความคิดเห็น • 1.9K

  • @detektifmatdespatch
    @detektifmatdespatch  3 ปีที่แล้ว +714

    Assalamualaikum.. kisah kumpulan ini sangat berliku.. apakan daya ketentuan dan takdir Allah adalah yang terbaik. Semoga yang telah pergi diampunkan salah silap dan ditempatkan dalam kalangan orang orang yang beriman. ALFATIHAH...
    Terima kasih untuk sebarang cadangan, jika anda ingin memberikan cadangan dan chit chat boleh roger DMD 👇👇
    Email-detektifmatdespatch@gmail.com
    Ig ‐ @detektif.matdespatch

    • @kasihjuliet9538
      @kasihjuliet9538 3 ปีที่แล้ว +10

      Aamiin..

    • @izazalifah8597
      @izazalifah8597 3 ปีที่แล้ว +5

      Aamiin..

    • @asrulismail7974
      @asrulismail7974 3 ปีที่แล้ว +24

      Arwah zul baik orgnya..bdk2 sini suka sgt dgnya..

    • @emdynazry8044
      @emdynazry8044 3 ปีที่แล้ว +26

      Innalillahiwainnailaihirojiuun.. AL-Fatihah kepada semua ahli kumpulan Masa yang telah kembali ke rahmatullah.. Antara kumpulan rock yang paling saya minati.. Tak sangka ada tragedi di sebalik terkuburnya kumpulan Masa.. Kisah Zul Masa hampir sama dengan kisah Along Spoon yang telah dibunuh.. Semoga arwah mereka ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman.. Aamiin..

    • @ChannelBerpindah
      @ChannelBerpindah 3 ปีที่แล้ว +21

      Terbaik kisah ni brader. Gua caya sama lu - Daeng Hasri Ulasan Rock Kapak.

  • @googleuser9270
    @googleuser9270 3 ปีที่แล้ว +899

    Mintak kawan² sedekahkan al-fatihah buat tunang saya yg meninggal kemalangan minggu lepas . Al-fatihah (dibaca)

    • @andraamirul9234
      @andraamirul9234 3 ปีที่แล้ว +9

      Moga roh arwah tenang disana. Bykkn bdoa buat arwah shbt... Aamiin...😥

    • @googleuser9270
      @googleuser9270 3 ปีที่แล้ว +6

      @@andraamirul9234 insyallah . Terima kasih .

    • @anmgamerz1360
      @anmgamerz1360 3 ปีที่แล้ว +3

      Salam takziah . Al fatihah

    • @zakienko
      @zakienko 3 ปีที่แล้ว +3

      Innalillahi wainna ilaihi rajiun

    • @elfather4439
      @elfather4439 3 ปีที่แล้ว +2

      Innalillahiwainnailaihirojiun

  • @jdjd1198
    @jdjd1198 2 ปีที่แล้ว +20

    Salam.angota asal Band scarecrow..before MASA...Arwah Lan..Arwah.Zul..Arwah Madi..Jd n Rohaizad.or Ijat. ..Semua dari rakan2 Taman Sepakat Kuantan.Saya dgn arwah zul ni dah macam adik beradik kerap bersama..dgn arwah zul menunggang Motor Yamaha Virgo..chooper nya...dan kami selalu Jamming di studio di jln abdul aziz awal tahun 80 an..sebelum sempat buat album pertama..saya berhijrah ker Jerman..walaubagaimana .sy masih ade contact dgn Band Masa..tempat.sy sbgai drummer di ganti olih Saiful..Yg jaga Studio Cik wan.......masih ade foto2 kenangan bersama2 Scarecrow...a lot of sweet memories bersama dgn Band .Masa..semoga Roh mereka berada bersama2 orang2 beriman dan beramal soleh..Aaminn Ya Rabbal Alaminn....salam dr perantaun.Bavarian.Munich.Germany..( JD)..

    • @malaysiaboleh4393
      @malaysiaboleh4393 11 หลายเดือนก่อน +1

      Boleh sy tahu siapa perempuan yg bunuh arwah zul

  • @muzaffaraidid7512
    @muzaffaraidid7512 3 ปีที่แล้ว +746

    Kisah ni jelas membuktikan yang musuh kita bukan orang lain, bukan orang yang kita tak kenal, musuh kita sebenarnya ialah orang terdekat kita jugak.

    • @bromie9641
      @bromie9641 3 ปีที่แล้ว +44

      yaa betol macm kawan makan kawan lebih kurang cmtu dia kenal kita selok belokk sbb dengki manusia cmana sgt tk lari daripada salah silap

    • @judincorleone2611
      @judincorleone2611 3 ปีที่แล้ว +26

      Ya btol dlm filem The Godfather slah stu mksd trsirat sma mcm kjadian nh"If You'll keep your friends closed but you'll keep your enemies closed"...

    • @_mohdhazizulhakimzohri_zul8602
      @_mohdhazizulhakimzohri_zul8602 3 ปีที่แล้ว +2

      Betul gak kan

    • @takrelanakhidup180
      @takrelanakhidup180 3 ปีที่แล้ว +16

      masih tak faham rakan zul massa yg di maksudkan tu sapa? dlm kumpulan massa ke? mohon jawapan

    • @99strokes
      @99strokes 3 ปีที่แล้ว +6

      @@judincorleone2611 keep your enemy closer laa, don corleon

  • @logicexplorer329
    @logicexplorer329 3 ปีที่แล้ว +352

    One of best rock vocalists of malaysia
    "Patahnya Sayap Malam" pernah berjaya di Indonesia
    Turut berdukacita,dari indonesia

    • @heyj4012
      @heyj4012 3 ปีที่แล้ว +9

      T.kasih indonesia...salute sama kalian...Salam bersaudara dari malay buat indo

    • @logicexplorer329
      @logicexplorer329 3 ปีที่แล้ว +3

      @@heyj4012 🤟🤘🏻🤘🏻🤘🏻

    • @resmipadi4088
      @resmipadi4088 3 ปีที่แล้ว +3

      @@heyj4012 Malaysia bukan Malay. Malay bermaksud Melayu

    • @heyj4012
      @heyj4012 3 ปีที่แล้ว +4

      @@resmipadi4088 saya cuma ringkaskan perkataan malaysia kpd malay...dlm ayat saya berbunyi..."salam bersaudara dari malay buat indo"...itu menyebut tentang negara boss...jalan cerita bukan tentang bangsa.
      Apapun terimakasih di atas keprihatinan anda...👍👍👍

    • @arcadianarcadians4641
      @arcadianarcadians4641 3 ปีที่แล้ว +6

      @@heyj4012 terima kasih juga Karena telah menyebut *indo Dan bukan indon*

  • @ellyzham
    @ellyzham 3 ปีที่แล้ว +188

    Allahumma Sholli ‘Ala Muhammad Wa ‘Ala Aali Muhammad x1
    Subhanallah Wa Bihamdihi x1
    Subhanallahil 'Adzim x1
    ♡Jom zikir dan selawat♡

    • @umikalsomhamdan8175
      @umikalsomhamdan8175 3 ปีที่แล้ว +4

      @RARE N' RETRO
      Al-Fatihah untk ahli kumpulan massa yg dah meninggal tp kematian Zul sgt menyayat hati dia dibunoh oh Tuhan knp ada manusia sekejam itu

  • @bitcoinnewbie4238
    @bitcoinnewbie4238 3 ปีที่แล้ว +28

    Al fatihah (dibaca) Buat semua Yang sudah meninggal..Arwah Madi bapa saudara saya semoga Rob beliau dicucuri rahmat

  • @abdulghauswaldansastri5551
    @abdulghauswaldansastri5551 3 ปีที่แล้ว +189

    Salam jumaat guys, don't forget to selawat and surah al kahfi 10 ayt pertama, n sepuluh ayt terakhir...
    Moga bermanfaat ❤️❤️❤️

    • @sanizakir3858
      @sanizakir3858 3 ปีที่แล้ว +1

      Terima kasih. Salam Jumaat

  • @renanelson9559
    @renanelson9559 3 ปีที่แล้ว +51

    3 org yg telah menganiyah zul masa ini tak rasa bersalah kah kamu. Wahai org yg tak berhati perut berat dosa kamu tanggung. arwah zul dan famili nya belum tau maafkan kamu. kamu tak takut kah tak di maafkan, mungkin skg kamu pun sdh berumur 50 tahun ke atas. amat mengerunkan perbuatan kamu. Al fatihah buat 1zul masa. Salam takziah untuk seluruh famili arwah zul.

  • @hambaygmerindui2436
    @hambaygmerindui2436 3 ปีที่แล้ว +234

    jumaat jom bnykkn selawat kita kpd baginda Nabi Muhammad SAW.
    Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad 💚😊

    • @yusorbinmusa5286
      @yusorbinmusa5286 3 ปีที่แล้ว

      Allahumma solli ala sayyidina muhammad

  • @kickhopper9582
    @kickhopper9582 3 ปีที่แล้ว +178

    Al fatihah utk pok Joe(zul) 😭 mak ambe kakak kpd arwah,baru lepas mnangis bile tunjuk balik 1 video pasal arwah.. smpai skrng mak mmg xboleh dgr lagu arwah...😭😭

    • @leelyvai559
      @leelyvai559 3 ปีที่แล้ว +22

      Salam takziah. InshaAllah, Allah akan beri balasan di hari pembalasan. Dunia je terlepas, tapi hidup dorg belum tentu aman. mesti dihantui rasa bersalah sbb membunuh

    • @PHCMajesticGuitarworks
      @PHCMajesticGuitarworks 3 ปีที่แล้ว +13

      salam takziah...semoga roh arwah zul tenang di sana...amin3

    • @opitt83
      @opitt83 3 ปีที่แล้ว +10

      Redhalah dgn ketentuan ilahi

    • @Juan-cq6qw
      @Juan-cq6qw 3 ปีที่แล้ว +11

      salam takziah dari ambe ..ambe permint berat arwah vocalist massa

    • @surikifli5193
      @surikifli5193 3 ปีที่แล้ว +4

      Bro ada ig tak nak chit chat

  • @sharifahmdshah2071
    @sharifahmdshah2071 3 ปีที่แล้ว +70

    0rg2 yg terlibat dlm pembunuhan ini mungkin terlepas hukuman didunia ni, tapi disana merangkak kau org jumpa arwah nnti sbb tak sempat mohon maaf.. Cemburu dn iri hati keatas kejayaan org lain hingga sanggup membunuh arwah. Kejam manusia ni subhanllh semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.. 🤲🤲🤲😭

    • @enonyeah
      @enonyeah 2 ปีที่แล้ว +7

      aamin, orang yang pernah membunuh orang lepastu lari memang takkan aman hidup dia setiap masa dia akan rasa resah

    • @mohdshahrilsalleh3657
      @mohdshahrilsalleh3657 7 หลายเดือนก่อน

      Yang belasah dia dh kena penjara tapi dah keluar

    • @lismontel3424
      @lismontel3424 12 วันที่ผ่านมา

      Aamiin3x Yarabbal Alamin 🤲🤲🤲

    • @lismontel3424
      @lismontel3424 12 วันที่ผ่านมา

      ​​@@enonyeahkat Dunia dia terlepas, esok lusa dia mampos jawab lah dosa yang dia dah laku kan kat arwah, Al fatihah buat arwah 😢😢😢

  • @abuthausi5441
    @abuthausi5441 3 ปีที่แล้ว +55

    Arwah Lan & Madi, kawan lama aku masa kat Kuantan awal tahun 80an dulu, pernah lepak bersama sambil main gitar tong. Semenjak berhijrah ke JB, dia orang pulak jadi artis, terputus hubungan. Al-fatihah untuk Arwah Lan, Madi & Zul. 😭

  • @Yk-su6ei
    @Yk-su6ei 3 ปีที่แล้ว +88

    Otai2 rock(massa) kalau masih hidup lagi...mesti dia bangga dengan anak2 muda sekarang ni sebab walaupun era rock meniti fasa kejatuhan...tapi ada segelintir anak muda masih mengembalikan nostalgia rock 90an !!!!!👏👏👏👏semoga arwah ditempatkan orang2 beriman....amin!!!!😔😔

  • @azlanuzir8187
    @azlanuzir8187 3 ปีที่แล้ว +262

    Terima kasih Detektif Mat Despatch berkongsi cerita ttg arwah zul massa, beliau adalah kawan baik ayah sy. Semoga ditempatkn dikalangan org2 beriman amin..

    • @nazmiafiq1794
      @nazmiafiq1794 3 ปีที่แล้ว +5

      ayah ko ade x masa mlm zul kne rembat tu?

    • @eustasskid6047
      @eustasskid6047 3 ปีที่แล้ว +33

      @@nazmiafiq1794 semacam ja soalan...mentang2 alam maya, bagi soalan pon dah tak beradab...

    • @muliadimuliadi9193
      @muliadimuliadi9193 3 ปีที่แล้ว +6

      Kenapa artis kesayangan ku
      Semua meninggal secara tragis

    • @azlanuzir8187
      @azlanuzir8187 3 ปีที่แล้ว +9

      @@eustasskid6047 Betul memang x beradab.

    • @azlanuzir8187
      @azlanuzir8187 3 ปีที่แล้ว +25

      @@nazmiafiq1794 ayah aku xde masa Zul Kene rembat, ayah aku masa tu mengajar disekolah kuala kubu Bharu ulu Selangor, aku time tu umur 4,5 tahun baru, cakap beradap sikit saudara...

  • @rozienisa8060
    @rozienisa8060 3 ปีที่แล้ว +29

    Patahnya Sayap Malam Corus
    "Malam yang ku dakap mengerikan mimpi"
    "Malam yang ku dakap telah dinodai"
    "Harumnya bunga cinta dibasahi hujan"
    "Sebaknya dihatiku... tangisan...."
    Persandingan Abadi Corus
    "Kan ku gengam bara cinta lara"
    "Tidak aku padamkan lagi walaupun beribu dugaan menanti"
    "Ku tunggu kau kembali"
    "Bawa daku bersamamu"
    Sama kita mendaki"
    "Bawa daku bersamamu"
    "Bersama kita rentasi"
    Al-Fatihah buat arwah abg Zul masa dan arwah abg lan masa.

  • @lankechiklankechik6392
    @lankechiklankechik6392 3 ปีที่แล้ว +41

    Walaupun arwah Zul arwah Lan dan arwah Madi telah kembali kepada pencipta.. tetapi terasa mereka masih ada kerana alunan suara arwah Zul petikan gitar arwah Lan dan petikan bass arwah Madi masih segar dan hidup sehingga kini...
    Al-fatihah(dibaca)..

  • @terubozuchanel4093
    @terubozuchanel4093 3 ปีที่แล้ว +159

    Kejadian ni berlaku dekat dgn rumah aku.. Kat pantai balok kuantan.. Waktu ni kes ni mendapat perhatian... Dgr abg Dan akak bcerita Waktu tu... Tapi xtau vocalist kumpulan masa yg kene.. Pasal Waktu tu kita skolah rendah... Sedih dgn Kejadian ni.. Semoga roh nya dicucuri Rahmat.. Lagu patahnya sayap malam.. Dgn persandingan abadi tetap aku minat sampai sekarang.. Suara zul tiada pegganti

    • @exdragon448
      @exdragon448 3 ปีที่แล้ว +2

      Samalah kita

    • @remajaali3785
      @remajaali3785 3 ปีที่แล้ว +12

      Apa jadi dgn org2 & pompuan bunuh arwah tu? Hidup lagi ke dorang,

    • @dausjer2525
      @dausjer2525 3 ปีที่แล้ว +2

      Wehh aku org balok pantai knape xtau

    • @exdragon448
      @exdragon448 3 ปีที่แล้ว

      @@dausjer2525 actually aku pun tak tahu gak😂

    • @terubozuchanel4093
      @terubozuchanel4093 3 ปีที่แล้ว

      @@dausjer2525 ko xlahir lagi kot 😅

  • @jejaka74
    @jejaka74 3 ปีที่แล้ว +29

    Pernah bersama dengan arwah Lan masa dorang senyap lepas album ke 3 tu.. Arwah selalu dengan grup Roadblock , band musik polis Kuantan. Arwah smart dan baik orangnya. Alfatihah

  • @pojackaizat3633
    @pojackaizat3633 3 ปีที่แล้ว +15

    Masa aku belajar dekat Poli Dungun tahun 2008-2010, aku berkawan dengan anak sedara arwah Zul.. Dari situ baru aku tahu Zul Massa mati kena bunuh, sempat jugak pergi rumah kawan aku tu dekat cherating, belek2 album gambar lama, banyak gambar2 kumpulan massa masa tgh jamming dan gambar kawan aku masa dia kecik dengan pak sedara dia arwah Zul Massa ni..suara anak sedara dia sedap, pernah kami pergi karoke, dia suka lagu di alam fana cinta, part tarik memang meremang..Sekarang dh lost contact, Afdhalludin a.k.a Abak kalau hang ada baca komen aku ni, ingat tak aku pojat kawan hang dulu masa dekat Poli Dungun..

  • @sallehnasri7789
    @sallehnasri7789 3 ปีที่แล้ว +32

    semoga yang terlibat dalam kes ini, lihat video ini dan dihantui penyesalan yang tak berkesudahan..

  • @norhafizah-jn1ew
    @norhafizah-jn1ew 3 ปีที่แล้ว +64

    Sedih dgn takdir yg menimpa MASA😭😭😭akhirnya segala misteri kehilangan kumpulan MASA terjawab.terimakasih DMD krn tunaikan permintaan sy utk menyiarkan kisah ini...Al fatihah utk ahli kumpulan yg tlh pergi.semoga damai di sisi penciptanya🤲🤲😭

  • @serembanwinds8165
    @serembanwinds8165 3 ปีที่แล้ว +12

    Klau aku sebagai member kpd zul ni....aku bangga dgn kejayaan beliau walaupon x penh dpt apa2 anugerah.....mmg x gune 8 org yg bunuh zul ni....pantang tgk kejayaan org sikit nk rse dengki iri hati bagai.....xpe kt dunia mmg korg terlepas....tunggu la korg kt akhirat sok.....al-fatihah buat zul massa....moga ditempatkn dikalangan org yg beriman....aminn🙂

  • @fadhlinor3561
    @fadhlinor3561 3 ปีที่แล้ว +147

    Allahu..sunguh tragis kematian arwah.....celaka laa tangan2 yg menbinasakn saudara islamnya sndiri....

  • @azwannorfirdaus1446
    @azwannorfirdaus1446 3 ปีที่แล้ว +33

    Bila tunjuk kat mak dan maksedara aku sebak habis dorg.. teringat masa dulu ii arwah selalu lepak kdg ii sampai ke lewat malam stay sini.. paling buat aku terkesan bila mak cerita ttg kehilangan arwah, semua naik panik tak tentu arah.. even aku takde lagi time tu, tapi kehilangan arwah amat memberi kesan kpd keluarga arwah dan kami juga.. al fatihah zul massa scarecrow

    • @AzizAhmad-xx3uz
      @AzizAhmad-xx3uz 3 ปีที่แล้ว +1

      Al fatihah..semoga rohnya dan yang lain juga ditempatkan dikalangan orang beriman Aamiinn..ya Allah..

    • @surikifli5193
      @surikifli5193 3 ปีที่แล้ว +1

      Ada gambar2 Dia tak? Saya peminat dri brunei saya Ngat lagu Dia ne msa tu umur saya 15 Thn abg2 suka tengok

  • @nofaafifa92
    @nofaafifa92 3 ปีที่แล้ว +14

    aku minat 1 jer lagu dorang iaitu patahnya sayap malam ...baru aku fhm kenapa lagu dorang tak byk rupanya vokalis dah mati pada usia yg muda..takziah !!

    • @TelipatiEvolustions
      @TelipatiEvolustions 3 ปีที่แล้ว

      Nak saya nyanyikan lagu patahnya sayap malam untuk awak tak? 😄

  • @mohdrosamzaramzar9670
    @mohdrosamzaramzar9670 3 ปีที่แล้ว +36

    Sapa lepas tngok kat sini terus cari kumpulan masa dalam TH-cam???

  • @rashimahabdulrahim152
    @rashimahabdulrahim152 3 ปีที่แล้ว +60

    Sekian lama,baru tahu yg kumpulan Massa Scarecrow ada yg dah meninggal..tak sangka kematian penyanyi utama sungguh tragik..Al Fatihah bgi ahli yg dah tkde ...

  • @KingShuk5005
    @KingShuk5005 3 ปีที่แล้ว +11

    Al Fatihah buat Arwah Lan, Zul & Madi
    بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
    اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ
    آمِّيْن...
    Ya ALLAH.. ampunkanlah dosanya, limpahkan rahmat kepadanya, selamatkan dia dan ampunkan kesalahannya. Muliakan kedudukannya, luaskan tempat tinggalnya, mandikan dia dengan air, salji dan air sejuk. Bersihkannya daripada kekotoran dosanya sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran. Dan gantikan rumahnya dengan rumah yang lebih baik dan pasangan yang lebih baik. Masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan ujiannya serta jauhkan dia dari azab neraka.
    Semoga roh arwah ditempatkan bersama dengan para nabi, siddiqiin, shuhada dan solihin.
    اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن...

  • @JustMe-cr8zl
    @JustMe-cr8zl 3 ปีที่แล้ว +180

    Sedih dan Sakit hati aku rasa bila arwah Zul tidak terbela 😢.... Al-Fatihah untuk arwah. 🤲

    • @farahwahida44
      @farahwahida44 3 ปีที่แล้ว +12

      Inshaallah Tak disini disana PASTI....

    • @enonyeah
      @enonyeah 2 ปีที่แล้ว +3

      Siapa yang pernah bunuh orang pastu lari memang takkan aman hidup dia setiap masa dia rasa resah

    • @hafizaizi8613
      @hafizaizi8613 2 ปีที่แล้ว +2

      Undang2 dunia

    • @fanysalsabila3417
      @fanysalsabila3417 2 ปีที่แล้ว +1

      @@enonyeah betol

    • @loadingpleasewait2989
      @loadingpleasewait2989 2 ปีที่แล้ว +1

      mungkin mereka sudah mendpt karma mereka

  • @zvlasrxff3851
    @zvlasrxff3851 3 ปีที่แล้ว +63

    Dalam Malaysia ada dua band yg orang tak puas nak dengar iaitu Masa & Spoon. Sedang nama tgh naik memuncak tetapi dibunuh dgn tragis oleh manusia durjana. Al-Fatihah utk kedua² vokalis kumpulan tersebut.

    • @abdulhalimb.othmanhalim3304
      @abdulhalimb.othmanhalim3304 3 ปีที่แล้ว +2

      Kedua2 vocalist ni ada kes buat hubungan dgn isteri org, sbb tu la mereka ni kena.

    • @Affarix
      @Affarix 3 ปีที่แล้ว +16

      @@abdulhalimb.othmanhalim3304 baru je dalam video kat atas dia cakap pasal main dengan isteri orang tu media yang buat cerita bukan betul pun, jangan menfitnah orang.

    • @aziman7131
      @aziman7131 3 ปีที่แล้ว +5

      @@abdulhalimb.othmanhalim3304 mudahnya la dengar berita palsu..... Sian

    • @zamreda
      @zamreda 3 ปีที่แล้ว +3

      klau buat dgn isteri orang..knpa perempuan tu tak kena?..
      knpa mesti dipukul smpai lembik..
      cuba ko kena diajak oleh perempuan yng tak dikenali dan..tetiba kena tahan dan dipukul tetiba..

    • @kazuyamishima8028
      @kazuyamishima8028 2 ปีที่แล้ว +5

      @@zamreda best kalau ada yg jejak balik 8 orang yg terlibat tu & belasah sampai lunyai sorang demi sorang..

  • @draziesaari
    @draziesaari 3 ปีที่แล้ว +14

    Puteri Amanda.. engkau bukan sekadar satu nama. One of my favorite songs during those days. Adakalanya kehidupan tidak seperti yang kita jangkakan. Meskipun kita mempunyai kelebihan bakat dan kesungguhan namun takdir mempunyai rahsia serta hikmah tertentu. Atas asbab itulah kita sentiasa tertakluk kepada kudrat iradat Ilahi. Apapun, kumpulan Massa memahat satu lagi khazanah sejarah seni tanah air yang belum tentu dapat diulangi pada masa hadapan. Al-fatihah

  • @wakdanbarrakuda
    @wakdanbarrakuda 3 ปีที่แล้ว +7

    dari cemburu ,datangnya dengki, dari dengi datangnya khianat..!
    bila tengok orang berjaya, dan mungkin ramai peminat wanita mengelilingi pd masa tu, maka terjadinya perbuatan khianat.. semoga Allah swt tempatkan mangsa dikalangan orang beriman.. abg aku pon nyaris2 maut dulu sebab tragedi yang hampir sama mcm arwah brader zul.. di belasah puluhan org di larkin JB .. pancing pakai perempuan.. nasib baik umurnya panjang..

  • @nazriazri2687
    @nazriazri2687 3 ปีที่แล้ว +53

    Abg mazwan bapak saudara sblah org umah sy.skrg dah jd ustaz Kat kg pndn KUANTAN...byk liku2 yg dtempuhi..al fatihah aaminn

    • @crazeetoopai
      @crazeetoopai 3 ปีที่แล้ว

      Namo bapak eh malik ko?

    • @surikifli5193
      @surikifli5193 3 ปีที่แล้ว

      Ada IG tak awak?

    • @crazeetoopai
      @crazeetoopai 3 ปีที่แล้ว

      @@surikifli5193 saya ke hahaa

    • @urlife_qiss
      @urlife_qiss 2 ปีที่แล้ว

      Pemain gitar tu ke? Drumer masa kat mne Skrang? Yg nme Saiful tu..

  • @alindianasulaiman8685
    @alindianasulaiman8685 3 ปีที่แล้ว +34

    31/01/2021 0330 - Baru tahu kisah tragis kumpulan MASSA. Al-Fatihah buat ahli kumpulan Massa yang telah kembali kerahmatullah. Untuk Kes Zul Massa, sangat2 terkilan kerana kematiannya tiada pembelaan walaupun ahli keluarganya redha dengan pemergiannya. Saya yang baru tahu kisah ini pun rasa sakit hati inikan pula ahli keluarga, teman2, peminat2 zaman itu. Apapun terima kasih kepada DMD kerana sudi up semula kisah ini. Good luck DMD.... Adeh x boleh nk move on bila tgk perkataan "Mat Despatch" mengingat kembali kepada Allahyaharham Zainuddin @ Kartunis Lengkuas.

    • @zulkarnainhasan4226
      @zulkarnainhasan4226 3 ปีที่แล้ว +3

      sblm dgr dr DMD ni sy dh trbaca dlm ruangan komen video clio kmpln masa... x silap lagu patahnye sayap malam... kt situ ada sorang komenter citer kn kisah sbnr yg melanda vokalis massa ni sama dgn citer DMD.... pd ketika tu sy trkejut jgk... sbb bru tahu kisah sbnr.... smoga Roh arwah dicucuri rahmatNya....amiinn2.... Al Fatehah

    • @77745R1
      @77745R1 3 ปีที่แล้ว +3

      Sama om 😢😢😢

    • @77745R1
      @77745R1 3 ปีที่แล้ว +2

      Sama om 😢😢😢

  • @amerhairie2279
    @amerhairie2279 3 ปีที่แล้ว +425

    Mamat Khalid boleh ambik kisah ini..Masa the movie..perjalanan awal dan akhir....

    • @mohdputeraadieka8269
      @mohdputeraadieka8269 3 ปีที่แล้ว +48

      malaysia ni kadang2 bila libatkan kisah benar mesti ramai hentam konon jg sensitiviti keluarga sebab tu industri filem xmaju, sama juga finas/lpf semua nak potong

    • @shahrulalifsayuti425
      @shahrulalifsayuti425 3 ปีที่แล้ว +20

      ad sama sikit dgn rock bro

    • @crznygjht
      @crznygjht 3 ปีที่แล้ว +4

      Dah sama dengan filem rock pulak. Mamat khalid kena move on buat movie genre lain pulak.

    • @Hafiz_Nico
      @Hafiz_Nico 3 ปีที่แล้ว +3

      Saya setuju

    • @Headwyres
      @Headwyres 3 ปีที่แล้ว +24

      Watak Zul Kapan tu sempena watak arwah Zul Masa la tu...

  • @hasnysempoi
    @hasnysempoi 3 ปีที่แล้ว +56

    Aku orang pahang. Dan lahir pada thun 88..baru hr ni aku thu ada band yg mempunyai sejarah yg hebat dari negeri aku sndiri..Al-fatihah utk mereka yg telah tiada..

    • @hzdaj9350
      @hzdaj9350 3 ปีที่แล้ว +1

      ad 1 lg xsilap strategi kot nama band tu

    • @iskandarrahman9584
      @iskandarrahman9584 3 ปีที่แล้ว +3

      @@hzdaj9350 meditasi dari raub...u-thopia dari bera

    • @maiziahmamai4870
      @maiziahmamai4870 3 ปีที่แล้ว +3

      Saya baru tinggal di pantai balok.. Rupanya ada kisah seorg artis kena bunuh

    • @semuthitam_464
      @semuthitam_464 3 ปีที่แล้ว +1

      @@hzdaj9350 org kuala lipis anggota kumpulan stra-tg tu ..

    • @zamchannel3139
      @zamchannel3139 2 ปีที่แล้ว +1

      Dinamik juga...cuma vokalis org sarawak...

  • @wira2597
    @wira2597 3 ปีที่แล้ว +14

    1992 aku darjah 6..masa tu mmg sgt minat dgn lagu patahnya sayap malam..mmg hari2 keluar dlm radio..tinggal kenangan

  • @lukemannmann4418
    @lukemannmann4418 3 ปีที่แล้ว +6

    Al fatihah..moga rohnya dicucuri rahmat...
    Sapa2 yg tgk channel ni kembali menari lagu2 Massa..likes yea

  • @shahariahzul1378
    @shahariahzul1378 3 ปีที่แล้ว +34

    InsyAllah nasib arwah zul akan dibela di mahkamah Allah kelak .. aminn

  • @ayonal-qodahi3327
    @ayonal-qodahi3327 3 ปีที่แล้ว +22

    Saya masih meminati lagu kumpulan Massa.. Patahnya Sayap Malam dan Persandingan Abadi. Semoga mereka tenang di sana.. Amin InshaAllah

  • @natchaaskyload7643
    @natchaaskyload7643 3 ปีที่แล้ว +5

    Lagu ni jadi siulan kami waktu sekolah dulu...
    Apa pun yang membunuh arwah dan perempuan tu ,bertemulah kalian kelak dengan arwah,disana nanti dengan pembelaan yang sebenar benarnya...

  • @cikbunny9050
    @cikbunny9050 3 ปีที่แล้ว +17

    arwah pok zul (Al-Fatihah) 😔 arwah ni baik sgat dgar dri ibu sbb ibu cousin dgan pok zul 😢 suka sgat bandingkan rambut dye dgan ibu marah sgat ii kalau ibu potong rambut 😭 semoga arwah pok zul berada dalam kalangan org beriman 🤲🏻

    • @surikifli5193
      @surikifli5193 3 ปีที่แล้ว +4

      Apa Carita sbnrnya dik

  • @hamidahngisak722
    @hamidahngisak722 3 ปีที่แล้ว +13

    Rindunya kat arwah Pakcik Zul masa semoga roh arwah Pakcik Zul dicuri rahmat semoga ditempatkan bersama golongan orang-orang beriman amin

  • @pieromanto83azchenas56
    @pieromanto83azchenas56 3 ปีที่แล้ว +7

    Aku suka lagu patahnya sayap mlm..al fatihah utk anggota masa yg meninggal..sedih baca kisah ni...dh adat yg musuh kita sebenarnya adalah dari org yg terdekat dgn kita..

  • @aishwardamikail4848
    @aishwardamikail4848 3 ปีที่แล้ว +109

    Dulu kalau capai jualan 100,000 keatas kira hebat lah penerimaan peminat.Jika dicampur dengan jualan dari lanun cetak rompak,lagilah jualannya meningkat.

    • @mohdiswadfirdausmaulamohdd8545
      @mohdiswadfirdausmaulamohdd8545 3 ปีที่แล้ว +21

      ni mesti ada cerita disebalik tabir ni.. laporan ni pn tak lengkap.. tibe2 PMI ada masalah dgn anak buah dia.. orang tengah up tapi syarikat yg bernaung pula yg nak bankrap.. ade dalang ni.. tu je la nak bagitahu..

    • @muhammadadebazli6865
      @muhammadadebazli6865 3 ปีที่แล้ว +10

      @@mohdiswadfirdausmaulamohdd8545 kalau Ada news camtu Tu tandanya depa dh perolehi target keuntungan hasil jualan album Tu. Jenis company yg NK short term high profits cmnilh.

    • @somfutreardo7988
      @somfutreardo7988 3 ปีที่แล้ว +6

      Bukan lagi rahsia. Ada syarikat rakaman sendiri zaman rock kapak (yg local) bersubahat jual kaset cetak rompak. Mereka dapat untung besar. Anggota band dan pencipta lagu tak dpt apa².

    • @mohdiswadfirdausmaulamohdd8545
      @mohdiswadfirdausmaulamohdd8545 3 ปีที่แล้ว +1

      @@somfutreardo7988 ini lg teruk.. macam kes M.Nasir dulu kena la sebelum dapat ke studio recording yg sah..
      M.Nasir dulu ada satu lg dia buat sebelum apokalips tp dah kena cop dengan orang lain.. kalau tak silap la..

    • @fariznazmi636
      @fariznazmi636 3 ปีที่แล้ว +1

      Album spring bourgenvila, sold 500K wou padu jugak

  • @mattop3250
    @mattop3250 3 ปีที่แล้ว +6

    Patahnya sayap malam lagu yg selalu diputarkn dicorong corong video awl 90an,al fatihah utk arwah

  • @Juan-cq6qw
    @Juan-cq6qw 3 ปีที่แล้ว +5

    tiba2 tgh lyn lgu massa ..ada plk hamba allah commnt dtg kesiini kerana chnnel dmd ..kupas kes ni ..itu psal singgh sini👍

  • @zakimatnizam102
    @zakimatnizam102 3 ปีที่แล้ว +7

    Al-Fatihah buat arwah... Dengar lagu patahnya sayap malam teringat kisah dulu2.. rindunya aku pada mrmber2 waktu ituu di manakah kalian semua...

  • @schaaisyah8393
    @schaaisyah8393 3 ปีที่แล้ว +13

    Aku mimat sangt lagu patahnya sayap malam...bru taw ni band nya... Ya Allah kesiannya apa yg terjadi semua tu....smoga arwah² di tempatkan di kalangan org yg beriman... Amin.. Al fatihah

  • @vinuqalya8947
    @vinuqalya8947 3 ปีที่แล้ว +5

    AllahuAkhbar...🥺🥺🥺 selalu nyanyi lagu Patahnya Sayap Malam ni...x sangka ni jln cerita kump Massa..🥺kenapa lah manusia² tu kejam sgt...😭😭😭 moga Allah tempatkan arwah² kump Massa yg telah pergi dikalangan org² berIman...Aamiin Yaa Rabb...🥺

  • @aishahaishah686
    @aishahaishah686 3 ปีที่แล้ว +29

    Saya pun baru tahu beliau sudahpun allahyarham setelah mengikuti dari youtuber "Kisah Sedih". Memang kedua2 channel ini terbaik! 👍👍👍

  • @chelseaparis3849
    @chelseaparis3849 3 ปีที่แล้ว +9

    Saya salah seorg peminat setia mereka ketika itu. X terasa air mata menitis tgk video nie. 😢

  • @faeztukangurut103
    @faeztukangurut103 3 ปีที่แล้ว +22

    Dah 25 Tahun Arwah Abg Zul Masa Scarecrow Masih Dalam Ingatan 😭😭😔😔😔😔💜💜

  • @nanamoza5708
    @nanamoza5708 3 ปีที่แล้ว +2

    Dlu mkcik pnh cte arwah mniggal sbb dbunuh..sdih sgt ble tw org wt arwah cmtue.. tp mse tue mmg xknl pon spe arwah..start dr c2 mle dgr lgu2 arwah..smoge arwah dtmpatkn brsame yg briman..Aaminnn💙

  • @mektifauzi8296
    @mektifauzi8296 3 ปีที่แล้ว +24

    Zaman2 sekolah mekti ni, mmg lagu2 MASA semua berhantu. Tapi baru tau rupanya ada tragedi berlaku disebalik hilangnya kumpulan ni. Terbaik Mat Despatch merungkai kejadian di sebalik tenggelamnya kumpulan ini.

  • @acikhan1650
    @acikhan1650 3 ปีที่แล้ว +7

    Sedihnya.. Kisah zul.. Dengar alunan lagunya.. Buat saya sebak.. Moga tenang di alam sana.. Alfatehah buat mu.

  • @JebatMelaka
    @JebatMelaka 3 ปีที่แล้ว +131

    Alhamdulillah... Terima kasih mat despatch... Akhirnye setelah beberapa bulan aku cadangkan... Ade juga budak2 baru nak up tau citer pasal kumpulan masa nie... Ape2pun aku ttp mendoakan arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman... Semoga terus maju mat...

    • @tajuddin1583
      @tajuddin1583 3 ปีที่แล้ว +5

      kemain kata budak2 baru nak up..ceh

    • @KuKuChiLL
      @KuKuChiLL 3 ปีที่แล้ว +3

      @@tajuddin1583 tu la.. kemainnnn dia.. amboiii.. biasaaaa.

    • @matganja1000
      @matganja1000 3 ปีที่แล้ว +3

      aikk rasa2nya aku yg cadangkan kisah masa ni..aku komen dlm video mat despatch gak tajuk pasal bunuh cemburu akibat perempuan

    • @JebatMelaka
      @JebatMelaka 3 ปีที่แล้ว +4

      Dah mmg ramai yg baru nak up tak tau kisah zaman rock... Lek2 sudahlah... Ade fakta baca..

  • @Syoiton
    @Syoiton 3 ปีที่แล้ว +1

    Pnh 12 13tahun dlu sorg mbe aku, dia menyelit nk crita bnda ni, time 2 sekolah menengah lg, kami tgh lepak pgg gitar smbil dgr lagu massa, dia kata mcmni, hgpa tau dak vokalis kumpulan ni mati dh aih.. Dia kna blsah sb sora dia sdap sgt, kami suma gelak lgsg xpcya sb yela dia kata sb sora sdp? Rs cam lwak, pk2 blik rmi artis lain sora sdap tp hidup ja pon..
    Setelah belasan tahun hari ni baru tahu crita mbe aku benar cuma dia xtau nk smpi jalan crita sebenar... tu mbe aku tu ckp kna blsah je la. hari ini aku rs nk jmpa blik mbe aku tu nk mntak mf sb gelak dulu. Simpati dan sedih dpt tau crita ni tq admin. Semoga arwah dan rakan2 kumpulan masa yg telah menghadap illahi berada bersama org beriman

  • @ferdaus85
    @ferdaus85 3 ปีที่แล้ว +136

    Alfatihah untuk ahli kumpulan massa yg telah pergi bertemu Ilahi... Dgr kisah jatuh bangun kumpulan massa ni bangga sekejap sbb ada band rock dari negeri pahang yg berjaya...

    • @MrAkeiyVloggers
      @MrAkeiyVloggers 3 ปีที่แล้ว +1

      1 lagi band dari pahang kafilah - selagi ada sang suria.

    • @syuksyusesta4286
      @syuksyusesta4286 3 ปีที่แล้ว +1

      @@MrAkeiyVloggers kumpulan dinamik pon asl dari pahang jugak...cuma penyanyi(nai dinamik)je asl dari sarawak

    • @adidaz299
      @adidaz299 3 ปีที่แล้ว +1

      Meditasi pun

    • @nagasari8094
      @nagasari8094 3 ปีที่แล้ว +1

      teras ..stra tg dan villosa pun band dari pahang

    • @fishon8631
      @fishon8631 2 ปีที่แล้ว +1

      Melissa

  • @secretview8526
    @secretview8526 3 ปีที่แล้ว +16

    Berita pemergian arwah Zul mmg heboh dlm akhbar pada masa itu tapi rupanya ada cerita di sebalik berita. Apa yg sy ingat, dikatakan kejadian tersebut melibatkan pergaduhan di sebuah kelab. Sungguh tak disangka sampai 3 hari arwah dibiarkan mcm tu..😢Moga Allah merahmatinya..

  • @hatikering5353
    @hatikering5353 3 ปีที่แล้ว +60

    Aku umo dah 50 tahun..ni baru tahu kisah sebenar..selama ni mati2 aku ingat arwah zul ni main dgn bini org..rupa2nya rakan2 sekelilingnya yg pedajjal,..ALLAHU begitu hina&dasyatnya fitnah2 dari media..

    • @norlezasudin6698
      @norlezasudin6698 3 ปีที่แล้ว +7

      samalah....selama 50 thn x tau kisah sbnr....semoga dpt balasan yg aniaya arwah

    • @morlyoyen1733
      @morlyoyen1733 3 ปีที่แล้ว +1

      Media benda 50 tahun lepas pon buleh cing cong ini kan pulak pasal sekarang 2021 🤭🤭🤭perebutan kuasa + media bodoh = COVID-19
      Al fatihah buat beliau 🥺

    • @rahfiy
      @rahfiy 3 ปีที่แล้ว

      @@morlyoyen1733 hahaha pkp lanjut anjay

  • @lipanbara3034
    @lipanbara3034 2 ปีที่แล้ว +2

    Sy hidup sezaman dgn masa.. Byk cerita negetif psl arwah.. Walhal xde pon.. Semoga arwah di rahmati Allah swt

  • @akutahu4741
    @akutahu4741 3 ปีที่แล้ว +5

    Baru aku tahu Massa dari Kuantan dan mempunyai kisah perjalanan mcm ni rupanya 😢 dan baru aku tahu jgk lagu patahnya sayap malam lagu mereka.. semoga mereka yang pergi ditempatkan dikalangan orang-orang beriman..

  • @cikpuanhanna5088
    @cikpuanhanna5088 ปีที่แล้ว +3

    Sedihnya.. siyes xpenah tau pon kisah kumpulan massa.. tp sangat2 suka dengan suara vocalis dan lagu patahnya sayap malam sbb arwah abah suka pasang lagu tu duluk.. Alfatihah kepadan arwah semoga disna nanti akan dapat pembelaan yg setimpal 🥺😔

    • @mohdazamchanel1089
      @mohdazamchanel1089 ปีที่แล้ว +1

      Mungkin awak masih kecil pada zaman tuu...dalam berita dan surat khabar memang hAngat cerita ni..

  • @ismayatim8418
    @ismayatim8418 3 ปีที่แล้ว +61

    "Massa scarecrow"
    Terima kaseh DMD. Membongkar kebenaran, selama ini kita selalu dengar berita kurang enak tentang k3matian arwah zul. Semoga ditempatkan bersama mereka yang beriman. 🤲

    • @taqiyuddinal-husaini6754
      @taqiyuddinal-husaini6754 3 ปีที่แล้ว +4

      Tula pasal..sy mati² percya dgn artikel dr lambakan media sblm ni..skrg bila tgk video dr dmd seolah² membuka rahsia sebenar kejadian..apapun salam takziah pada mereka yg tlh pergi menghadap ilahi..

    • @ismayatim8418
      @ismayatim8418 3 ปีที่แล้ว +3

      @@taqiyuddinal-husaini6754 zaman tu kurang pendedahan. Internet pn takde sangat. Bergantung pada surat khabar.

    • @aishahuitm
      @aishahuitm 3 ปีที่แล้ว +4

      Boleh tahu tak kawan2 yg dengki dgn arwah Zul tu adalah kawan dlm industri atau kawan2 di area2 perumahan dia ye? Hanya semata2 kerana dengki sampai sanggup bawak geng sampai 8 org utk bunuh orang? Allahuakbar.. 😢 😢

  • @cescmuzzy
    @cescmuzzy 3 ปีที่แล้ว +15

    Sebak aku tengok video ni. Hari-hari aku dengar lagu Masa dekat spotify. Masa Scarecrow the best ❤

  • @lilyasfar9003
    @lilyasfar9003 3 ปีที่แล้ว +34

    Selalu jgk dengar lagu Patahnya Sayap Malam. Tp, x tahu kisah kumpulan yg nyanyi. Terima kasih DMD. Semoga yg telah pergi, di tempatkan dalam kalangan mereka yg beriman.. Aamiin

  • @hamidahabdulrahim1142
    @hamidahabdulrahim1142 3 ปีที่แล้ว +5

    Al-Fatihah....xtahu pun kisah dia...baru tahu dia dh xda ....sedih dengar cite dia.

  • @syarinaju2222
    @syarinaju2222 3 ปีที่แล้ว +7

    alfatihah utk sahabat kita arwah lan zul & madi...
    moga ditempatkan bersama orang² beriman...
    InsyaALLAH amin

  • @tengkutasha5955
    @tengkutasha5955 3 ปีที่แล้ว +3

    Aku selalu dgar lagu "patahNya sayap malam" lagu fav aku.. X tau plkk ad kisah tragis 😢 al fatihah untuk arwah zul.. Aku harap sape yg buat aniaya kt arwah zul dpt balasan d dunia & d akhirat 😌 Allah Maha Adil

  • @NH-zc8gm
    @NH-zc8gm 3 ปีที่แล้ว +12

    Aku minat gila kumpulan ni, baru je layan lagu dorang tetiba keluar kat suggestions video ni, selama ni aku ingat kumpulan spoon je ada kes, rupanya kumpulan Masa ada kesnya yang tersendiri.. Nice Mat despatch..
    Al-Fatihah buat arwah

  • @rohayatichemorad286
    @rohayatichemorad286 3 ปีที่แล้ว +2

    Semoga derita yg ditanggung arwah,ketika kritikal terbiar tanpa rawatan,digantikan dgn kebahagiaan di sana...dn Allah gugurkan dosa2 arwah,ketika sengsara dipukul oleh pembunuh2nya...aamiin...

  • @saifulsaifulredza6368
    @saifulsaifulredza6368 2 ปีที่แล้ว +5

    Seorang demi seorang ahli band massa,telah kembali kerahmahtullah.Mereka benar benar kawan sejati sehidup semati bersama.

  • @kimosabekill6316
    @kimosabekill6316 3 ปีที่แล้ว +2

    Aku dulu waktu kerja selalu pasang lagu patahnya sayap malam. Biasa lah kerja dapur, sambil memasak kita layan lagu. Kebetulan hari tu chef aku bukak cerita pasal zul MASA. Menangis juga dia cerita sbb tu kwn kampung dia. Dan mmg chef aku ckp dia diperdajal dgn org2 yg dia kenal. Cerita ni chef aku bgitaw masa 2011.

    • @aishahuitm
      @aishahuitm 3 ปีที่แล้ว

      Yg bunuh tu org2 industri muzik atau kawan2 di area perumahan dia ye? Pelik dengki sampai boleh ajak geng 8 org utk pukul beramai2.. 😢

  • @mafiaterguris992
    @mafiaterguris992 3 ปีที่แล้ว +8

    lagu kumpulan masa yang wa minat..lagu unsur kerohanian adalah Di mana Mutiara Hati...perghh best beb..😎

    • @farizuanwan94ahmad10
      @farizuanwan94ahmad10 3 ปีที่แล้ว +2

      Simpul masa keindahan suci masa istana pasir takbir usang di bahtera sepi bermukinkah cinta amanda gadisku kasih yg tersiksa

  • @mata-mata4355
    @mata-mata4355 3 ปีที่แล้ว +5

    Tq pd DMD krn merungkai kejadian yg sbnr dgn begitu detail yg mana ramai x tau kisah sebenarnya..gud job n alfatihah wat anggota masa yg telah kembali kpd pencipta

  • @pelipurlara6481
    @pelipurlara6481 3 ปีที่แล้ว +10

    Xpe lepas didunia blum tentu lepas diakhirat. Alfatihah untuk abg zul

  • @akudansesuatussesuatus6574
    @akudansesuatussesuatus6574 3 ปีที่แล้ว +2

    Bismillah... Akhirnye brbulan2 hampirr 6 lebh rasenye komen temn mntk bro up kisah zul massa... Akhirnye Allah gerakkn jugk jantung hati bro T.kasih.. Bila Allah nk gerkkn datnglh 4k tngn skalipun tidk mmpu menahanye... Dunia zalim akan tetapi Allah tidak begitu bahkan dunia tiada nilai disisinye... T.kasih bro #Salamutksemua #Sampaimasakitepulang #Duitsedangmenipukite

  • @zairychannel5653
    @zairychannel5653 3 ปีที่แล้ว +9

    Innalillahiwainnalillahiroji'un . Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang² Yang beriman Amin yaaraabalaa'laamin 🤲

  • @edydy3309
    @edydy3309 3 ปีที่แล้ว +2

    Syg ku zul semua aku suka lgu kau. Lagu kau patah sayap malam.kenangn aku pada tahun 2007 selalu aku denganl lagu tu.. Sambil layang lucky strike

  • @aj8774
    @aj8774 3 ปีที่แล้ว +8

    Assalamualaikum kisah tragis kumpulan ini pasti mengundang kesedihan di kalangan peminat2 kumpulan Massa satu waktu dahulu, semoga semua ahli kumpulannya yang telah kembali ke rahmatullah di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan di kasehi Tuhan Aamiin

  • @maymaynozzyasmara9389
    @maymaynozzyasmara9389 3 ปีที่แล้ว +2

    Al-Fatihah..aamiin..
    termenung aku sejenak dgr kisah ni..sedih..
    buat mereka2 yg trlibat dlm penganiayaan arwah..di dunia kamu blh trlepas lari..tp d akhir sana tidak sama sekali..mgkin skrg dn spnjg hidup kamu ini..kamu psti mnjalaninya dgn hati yg tidak tenang,tidak bahagia..krn kifarah yg sdg kamu jalani..terhukum dgn karma hingga ke akhirnya..

  • @mohdkhaidir8601
    @mohdkhaidir8601 3 ปีที่แล้ว +3

    Allahu.. Aku baru tau tentang kisah tragis ni. Sebelum ni cuma dengar lagu kumpulan Masa je.
    Semoga roh mereka semua ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

  • @norhidayahhussin7312
    @norhidayahhussin7312 3 ปีที่แล้ว +5

    subhanallah.. perjalanan yg dimulai dgn gembira diakhiri dgn cemburu... smga semua arwah brsama org2 yg beriman... mmg lagunya tetap dikenang, pd wartawan dan org2 yg telah menganiaya arwah & lain2 bertaubat la.....

  • @raulisyah2462
    @raulisyah2462 3 ปีที่แล้ว +12

    Sedih...rasa sedih pada arwah Zul Masa, allahu.. rasa tersiksa sbb dibelasah sehingga kritikal lalu meninggal dunia.. dan kemudian pesalah-pesalah tu dibebaskan, hatta telah membunuh orang, allahu... Melayang satu nyawa, namun mereka x dikenakan apa2..rasa sedih.. tpi tula.. apa kita boleh buat lagi.. bende dh jadi.. al fatihah pada arwah..😔

  • @zamriothman9693
    @zamriothman9693 3 ปีที่แล้ว +9

    Alfatihah untuk arwah zul.lan dan madi. Semoga ditempatkan besama orng2 yng beriman.

  • @MrSufi-dx4ou
    @MrSufi-dx4ou 3 ปีที่แล้ว +42

    Lagu patahnya sayap malam bila dihayati mmg ada kena mngena dgn kisah arwah zul(vokalis) yg dianaiya. Al fatihah .smoga rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman. aammiinn

    • @johngelencose2341
      @johngelencose2341 3 ปีที่แล้ว

      Aniaya dulu atau lagu tu dulu?.
      Dia nyanyi lepas kena aniaya?

    • @MrSufi-dx4ou
      @MrSufi-dx4ou 3 ปีที่แล้ว

      @@johngelencose2341 lagu tu dulu. tapi kisah cerita dia nk sama dgn lagu dia

    • @zamreda
      @zamreda 3 ปีที่แล้ว +2

      lagu patah sayap malam mmg seolah terasa syahdunya..

    • @MrSufi-dx4ou
      @MrSufi-dx4ou 3 ปีที่แล้ว

      @@zamreda betul tu ..

    • @roslanahmadsyah4375
      @roslanahmadsyah4375 3 ปีที่แล้ว

      Lagu ada badi. Mcm doa hari2 sebut jadi betul. Cth zaiton sameun.

  • @hazchannel7336
    @hazchannel7336 3 ปีที่แล้ว +3

    AL FATIHAH UNTUK SAHABAT KU
    TAKZIAH JUA UNTUK KELUARGA ARWAH.....INSYALLAH KITA HEBAT BOLEH LEPAS APA YANG KITA BUAT TAPI JANGAN LUPA BRO KAT PADANG MASYAR KO KENA CARI ARWAH...DI DUNIA HIDUP LAH KO RANG ATAS KESALAHAN NIE SAMPAI KO MATI AKU DOAKAN.....
    AMMINNN YA ALLAH
    BERLAKULAH KEADILAN MU YA ALLAH

  • @tvbatmanandsupermanshow5
    @tvbatmanandsupermanshow5 3 ปีที่แล้ว +28

    Saya suka lagu Patahnya Sayap Malam
    Al Fatihah buat Zul MASA
    #JanganKecam

  • @biebiee777
    @biebiee777 3 ปีที่แล้ว +2

    ya allah sebak nya dgr moga di tempatkkn di kalagan org yg beriman dulu slalu g karoke slalu sngt bawak lagu2 kumpulan masa ni lagu diorg sdp2

  • @aisyahmr281
    @aisyahmr281 3 ปีที่แล้ว +3

    Alfatihah. Walaupun teramat sedih tp sslalu mendengar lagu patahnya sayap mlm sambil terkenangkan arwah penyanyi.. Knp ada yg sanggup sekejam itu..

  • @solahtba
    @solahtba 3 ปีที่แล้ว +3

    Menitis air mata aku..bila tau kisah sebenar Zul,selama ini berita salah tg aku dgr. Al-fatihah bt Abg Zul ,Abg Lan dan Abg Madi.

  • @saidiqalmozarded8328
    @saidiqalmozarded8328 3 ปีที่แล้ว +3

    Patahnya sayap malam...Asalnya hanya lirik,tapi ia menjadi kenyataan.Al Fatihah buat mereka yg telah pergi...Suara Arwah Zul memang tiada ganti...

  • @shaharinyusof2538
    @shaharinyusof2538 2 ปีที่แล้ว +3

    Jealousy was the motive. Almost a week, battling for his life at Intensive care unit HTAA, sadly Zul passed away. May Allah swt blessed his soul, aamiiin.

  • @BMIRIS09
    @BMIRIS09 3 ปีที่แล้ว +5

    Akhbar2 yg buat fitnah berita mcm tu merangkak lah dikau mencari arwah utk minta maaf😰sedihnya kisah arwah😢 n moga di ampunkan dosa2 nya dan ditempatkan bersama sama org yg di kasihiNya, amin3.

  • @ahchonng7432
    @ahchonng7432 3 ปีที่แล้ว +23

    Dengki iri hati ke atas nikmat org...moga Allah memberi balasan setimpal kepada pelaku...berhati2 dgn manusia..syaitan terdiri dari jin d manusia

    • @mohdrosli8567
      @mohdrosli8567 หลายเดือนก่อน

      Bangsa mempunyai sifat hasat dengki..

  • @armscurll
    @armscurll 3 ปีที่แล้ว +25

    baru tau yang zul massa dah lama meninggal,yang aku tertunggu2 zul massa masuk gv,semoga tenang di sana

    • @hasmahusain902
      @hasmahusain902 3 ปีที่แล้ว

      Hai...kena tinggal ngn keretapi ke...

    • @armscurll
      @armscurll 3 ปีที่แล้ว +1

      @@hasmahusain902 hak eleh kecoh la kau mat😑

  • @nuraleeza
    @nuraleeza 3 ปีที่แล้ว +1

    Aku Baru Tahu kisah tragis ni bila scroll Kat utube. Masa kejadian aku baru dpt kerja menyertai Satu badan beruniform. So, terpisah Dari dunia hiburan rockers. Alfatihah utk arwah2.

  • @hadiyaakob2051
    @hadiyaakob2051 3 ปีที่แล้ว +6

    Selepas kahwin aku duduk di Sg Ular satu kampung dengan arwah Zul..secara peribadi Arwah seorang yang ramah dan tidak sombong..semoga roh arwah ditempatkan disisi org yg beriman..hujung tahun 2020 bila aku dgn balik lagu bermukimkah cinta aku merasaikan satu kehilangan dalam industri muzik kerana cara penyampaian dan lantunan suara arwah ternyata ada kelainan dan tersendiri.