3 Resipi Serentak- Tapai Nasi, Apam Kuala Kangsar, Apam Mekar Setaman

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 7 ก.ย. 2024
  • 3 Resepi Serentak - Tapai Nasi, Apam
    Kuala Kangsar, Apam Mekar Se Taman yang Legen & Nostalgik ini teramat Sedap.
    Apam Kuala Kangsar menjadi Buah Tangan apabila datang ke Bandar DiRaja Kuala Kangsar kerana Ianya adalah Apam yang sangat Unik dan Tahan (tidak Cepat Basi) 3 hari tanpa di Simpan di dalam Peti Sejuk.
    Ia tetap elok sehingga lebih 1 mingggu jika di simpan dalam Peti Sejuk di Bahagian "Chiller".
    Kukus kembali apabila hendak memakannya. Rasanya tetap kekal seperti baru dimasak!!!.
    Apam Kuala Kangsar juga sesuai dihidangkan di Hari Raya menggantikan Lemang atau Ketupat ataupun sebagai Juadah untuk Kenduri Kendara.
    SUBTITLE dalam BAHASA INGGERIS disertakan dalam Video ini.
    (1). Bahan- Bahan Untuk Tapai Nasi :
    4 cawan Nasi Sejuk
    1 sudu makan Gula Pasir
    4 sudu makan Air Suam
    1 biji Ragi
    - Peram Adunan 48 jam.
    - Resepi ini menghasilkan 3 cawan Tapai Nasi.
    (2). Bahan-Bahan Untuk Apam Kuala Kangsar & Apam Mekar Se Taman adalah sama KECUALI
    - ACUAN
    - KEPANASAN API
    - MASA MENGUKUS.
    1 cawan Tapai Nasi
    1 cawan Gula Pasir
    2 cawan Air
    3 cawan Tepung Beras
    - Peram Semalaman
    APAM KUALA KANGSAR :
    - Loyang atau Mangkuk Kecil
    - Daun Pisang (di Layur) secukupnya
    - Sedikit Minyak Masak
    - Teknik Kukus - guna Api Sederhana
    - masa Mengukus 20 minit.
    APAM MEKAR SE TAMAN :
    - Acuan Lompang
    - Sedikit Minyak Masak
    - Teknik Kukus - guna Api Kuat
    - masa Mengukus 15 minit.
    #chikahchikchopchannel#apamkualakangsar#apammekarsetaman

ความคิดเห็น • 34

  • @mustafaosmanjabut6446
    @mustafaosmanjabut6446 7 หลายเดือนก่อน +2

    Tahniah Yong,Teman akan cube buat...

  • @norizarazli5830
    @norizarazli5830 หลายเดือนก่อน

    Terima kasih resepi moga dmurah kan rezki

    • @chikahchikchopchannel5306
      @chikahchikchopchannel5306  หลายเดือนก่อน

      Sama2x Adik Noriza. Moga Allah Kurniakan Rezeki yang Berkat & Berterusan yaaa ❤😊

  • @NurAinunAbdulwahab-pi8df
    @NurAinunAbdulwahab-pi8df 23 วันที่ผ่านมา

    Makanan asei org kuale..dulu2 masa kcik...slalu arwah opah buat..😢 minum pagi,minum petang ada je apam tapai nie...

    • @chikahchikchopchannel5306
      @chikahchikchopchannel5306  21 วันที่ผ่านมา

      Terima Kasih Adik NurAinun.
      Memang ya & selalunya Apam ini dihidangkan untuk Kenduri Kendara kannn 🥰

  • @harizahbaharun3590
    @harizahbaharun3590 11 หลายเดือนก่อน

    Tmksh puan..
    Dah lama cari resepi apam lama mcm ni.
    Semuga Allah memberkahi amal jariah puan dunia dan akhirat❤

    • @chikahchikchopchannel5306
      @chikahchikchopchannel5306  11 หลายเดือนก่อน

      Sama2x Adik Harizan. Semoga Adik berjaya membuat Apam ini ya.🥰

  • @azizahlazim8476
    @azizahlazim8476 ปีที่แล้ว

    Terima kasih Cik Ah atas perkongsian recipe apam dakap yg sedap di hidang waktu sarapan pg dan minum teh ptg🥰🥰🥰

  • @noorakmar9085
    @noorakmar9085 ปีที่แล้ว

    saya dah try....menjadi. Sedap dan lembut.

    • @chikahchikchopchannel5306
      @chikahchikchopchannel5306  ปีที่แล้ว

      Slm & Tahniah Adik Noorakmar kerana telah berjaya membuat Apam ini dengan jayanya 😊

  • @tinasaad7228
    @tinasaad7228 7 หลายเดือนก่อน

    Terima kasih kongsi resepi. Zaman kecik aruah maktok Kami rajin Buat waktu hari raya. Tak sempat nak tulis resepi Zaman drjah keja nak mkn dgn main je masa tu

  • @danishidham9085
    @danishidham9085 10 หลายเดือนก่อน

    Minggu lepas pergi pinggiran sungai Kuala Kangsar ..ada beli apam ni..sedap gak😊

    • @chikahchikchopchannel5306
      @chikahchikchopchannel5306  10 หลายเดือนก่อน +1

      Tqvm Adik danishidham
      Memang Sedap Apam Kuala ni kannn.
      Silalah Cuba buat ya! 😊

  • @azirazira7465
    @azirazira7465 ปีที่แล้ว

    Selepas kita buat bancuhan. Kita kene peram lg sehari kan.

    • @chikahchikchopchannel5306
      @chikahchikchopchannel5306  ปีที่แล้ว

      Terima Kasih Adik azirazira .
      Betul Kita kena Peram Bancuhan semalaman ya! 😊

  • @bobbysharif
    @bobbysharif ปีที่แล้ว

    Asslmualaikum
    Tapai nasi td berapa lama boleh simpan dlm peti sejuk

    • @chikahchikchopchannel5306
      @chikahchikchopchannel5306  ปีที่แล้ว

      Wlkslm Adik bobbysharif. Tapai Nasi boleh tahan 1 bulan jika disimpan di Peti Sejuk. Terima Kasih ya

  • @razlinaazlan3207
    @razlinaazlan3207 8 หลายเดือนก่อน

    Kalau tak ade ragi bole pakai yis tak puan...

    • @chikahchikchopchannel5306
      @chikahchikchopchannel5306  8 หลายเดือนก่อน

      Terima Kasih Adik razlinaazlan
      Maaf, Chik Ah tak pernah guna Yeast kerana Tapai Nasi membuat Apam ini lebih LIUN (Kenyal) tak berderai & Bau Apam lebih Wangi dengan Rasa yang Lebih Enak.

  • @jahidahahmadpuad1866
    @jahidahahmadpuad1866 ปีที่แล้ว

    Perak nk letak dlm peti ais. Atau letak di luar shj. Sis

    • @chikahchikchopchannel5306
      @chikahchikchopchannel5306  ปีที่แล้ว

      Terima Kasih Adik Jahidah kerana sudi bertanya.
      Apa yg di maksudkan Perak tuuu ya

  • @urah88
    @urah88 5 หลายเดือนก่อน

    Kalau tapai berair tapi tak manis sebab apa

    • @chikahchikchopchannel5306
      @chikahchikchopchannel5306  5 หลายเดือนก่อน

      Slm Adik urah.
      (1). Kemungkinan RAGI yang digunakan jenis yg tidak manis.
      (2). Masa Pemerapan dilanjutkan sehingga 72 jam ya!!

    • @urah88
      @urah88 5 หลายเดือนก่อน

      Kalau masih tak manis, masih boleh guna tak untuk apam?

  • @paanaz
    @paanaz ปีที่แล้ว

    kak.. 24jam je boleh ke? dah xsabar nk buat apam 😅😂

    • @chikahchikchopchannel5306
      @chikahchikchopchannel5306  ปีที่แล้ว +1

      Slm. Adik paanaz kalau 24 jam proses pemerapan Tapai belum sempurna. Rasa Tapai masih lagi masam.
      Lepas 48 jam Tapai rasanya manis meletin....
      Terima Kasih Adik 😊

    • @paanaz
      @paanaz ปีที่แล้ว

      @@chikahchikchopchannel5306 baik terima kasih kak.. terima kasih sudi kongsi ilmu. semoga dimurahkan rezki amiinn..

    • @paanaz
      @paanaz ปีที่แล้ว

      kak.. tapai sy lepas dua hari tak manis leting pon.. ada masam2 sikit tapi tak la teruk sgt.. masalahnya dia xmanis.. masalah ragi ke ni kak?

    • @chikahchikchopchannel5306
      @chikahchikchopchannel5306  ปีที่แล้ว

      Adik Paanaz. (1). Pastikan Nasi tak panas semasa Ragi diayak (ditabur) di atas. (2). Ragi yang digunakan juga memainkan peranan (jangan guna Ragi yang berdebu debu dilapisan luar Ragi itu yaaa!

    • @paanaz
      @paanaz ปีที่แล้ว

      baik terima kasih kak.. sy cuba lagi