THE TRUTH (NAUFAL ISA & IRWAN FARIZ) - INFINITI (Official Animated Video)

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 24 มิ.ย. 2021
  • INFINITI menggambarkan tautan persahabatan yang membawa ke syurga atas dasar iman. Namun sekiranya kita tidak bernasib baik di akhirat kelak, tiadalah harapan lain dalam bersahabat melainkan syafaat dari mereka yang soleh untuk bersama-sama di dalam syurga.
    Moga sahabat-sahabat soleh yang mendengar lagu ini ingat kepada kami andai tak temukan kami di syurga kelak!
    Jom ikuti perkembangan artis Tarbiah Sentap:
    Tarbiah Sentap Records : / tarbiahsentaprecords
    The Truth : / thetrvthofficial
    Naufal Isa : / naufal.isa
    Irwan Fariz : / irwan.fariz
    ******
    INFINITI
    Lagu & lirik: Akmal Mustafa
    Penerbit: Akmal Mustafa & Adnin Roslan
    Susunan muzik & Keyboardist: Iris Tan & Ida Liew
    Gitar: Alexander Ching
    Mix & master: Amin Nordin
    Video & Art : Azeem Razali
    (NAUFAL)
    Sekian ramai yang ku bertemu-berpisah
    Di hatiku hanya jejakmu yang tersisa
    Ajaib hadirmu sentiasa mengubat resah
    Kerana itu aku tahu kau bukanlah biasa
    (IRWAN)
    Di sisimu walau berjam lama menjadi terapiku
    Hingga pantas terasa tiap milisaat berlalu
    (NAUFAL)
    Hingga INFINITI kelanaku bersamamu
    Kerana tautan ini tak kenali penghujung
    Pintaku hanya
    (IRWAN)
    Sambut tanganku
    (NAUFAL)
    Andai tak temu ku di syurga
    Wallahi ku sayang padamu
    (IRWAN)
    Adakala tampilmu saat rohku menanggung lesu
    Walau tanpa bicara, hadirmu memulih imanku
    Entah sihir apa yang kau guna terhadapku
    Mungkin doamu padaku dalam diam punca ketenanganku
    (NAUFAL)
    Tiada wang ringgit, perak dan emas sebagai ganti ikatan ini
    Namun mungkin kasihku tak setanding walau secubit nilaian itu
    Maafkan aku bukan mahirku menzahirkan rasa cinta
    Kerana aku tak punya apa selain kiriman doa
    (IRWAN)
    Ku harap nanti di alam akhir
    Tiada hutang maafku berbaki
    (IRWAN & NAUFAL)
    Dan takkan terpisah kita ke syurga
    (NAUFAL)
    bersama ooo..
    (NAUFAL)
    Hingga INFINITI kelanaku bersamamu
    (IRWAN)
    Kerana tautan ini tak kenali penghujung
    (IRWAN)
    Hingga INFINITI tak mampu dihitung lagi
    Kembara kasih ini selamanya tak terhenti
    Jalinan ini
    (NAUFAL)
    kan jadi bukti
    (IRWAN)
    berpisah bukannya pilihan
    (NAUFAL)
    Hingga INFINITI kelanaku bersamamu
    Kerana tautan ini tak kenali penghujung
    Pintaku hanya
    (IRWAN)
    sambut tanganku
    (NAUFAL)
    Andai tak temu ku di syurga
    Wallahi ku sayang padamu
    ******
    Preorder KOMBO buku TERBARU USTAZ ADNIN INI SEMUA MITOS & SAAT KIAMAT MENGHAMPIRI TELAH DIBUKA😍
    ‼️TEKAN LINK INI SEKARANG: ( ezy.la/kombobukuadnin )
  • บันเทิง

ความคิดเห็น • 1.2K

  • @tarbiahsentap
    @tarbiahsentap  3 ปีที่แล้ว +533

    Preorder KOMBO buku TERBARU USTAZ ADNIN INI SEMUA MITOS & SAAT KIAMAT MENGHAMPIRI TELAH DIBUKA😍
    ‼️TEKAN LINK INI SEKARANG: ( ezy.la/kombobukuadnin )

  • @naufalisa
    @naufalisa 3 ปีที่แล้ว +1697

    Thank you sahabat semua . Moga kita semua peroleh sahabat yang mampu bersama sehingga ke syurga ❤️🥺😭

  • @irwanfariz
    @irwanfariz 3 ปีที่แล้ว +1271

    Bahagia ❤️. Andai kita benar mencintai seseorang kerana Tuhan. Rasa itu akan kekal damai berpanjangan ✨. Infiniti

    • @asnaahmad1093
      @asnaahmad1093 3 ปีที่แล้ว +22

      congratss ! ✨ semoga ukhuwah yg terjalin antara thetrvth berkekalan hingga jannah ❤

    • @nurulnabilah3053
      @nurulnabilah3053 3 ปีที่แล้ว +12

      👍👍👍

    • @tarbiahsentap
      @tarbiahsentap  3 ปีที่แล้ว +88

      Infiniti...hingga ke akhirnya di Syuga yang abadi. Amin

    • @eishanafisha1455
      @eishanafisha1455 3 ปีที่แล้ว +11

      @@tarbiahsentap aamin

    • @eishanafisha1455
      @eishanafisha1455 3 ปีที่แล้ว +12

      benar sekali

  • @hannaaaniii_
    @hannaaaniii_ 3 ปีที่แล้ว +170

    Manisnya sebuah persahabatan itu andai dijalinkan kerana Allah.
    Hargai sahabat kita bukan ketika sudah hilang tetapi ketika masih bersama.
    Kerana sahabat ini tidak semestinya selalu ada setiap masa.
    Tetapi hanya dengan doa boleh menyatukan kita atas nama Tuhan.

  • @faridahhj
    @faridahhj 3 ปีที่แล้ว +67

    Kalau tak jumpa sahabat yg trbaik, maka kita harus mnjadi sahabat yg trbaik

  • @nurmusnadirah3005
    @nurmusnadirah3005 3 ปีที่แล้ว +122

    Jika dah ada sahabat dunia akhirat, jangan lepaskan. Pegang kuat-kuat walau kadang terguris. Jika belum, berdoa dan carilah dengan sungguh-sungguh.

  • @nurul1109
    @nurul1109 3 ปีที่แล้ว +466

    Setiap persahabatan,
    Tiada yang menginginkan
    Berlakunya perpisahan.
    Moga ukhwah yang dibina
    Akan kekal hingga ke Syurga-Nya✨
    #SahabatInfiniti
    #InfinitiTheTrvth

  • @faridahhj
    @faridahhj 3 ปีที่แล้ว +70

    Sahabat yang baik adalah bilamana kita lihat dia, kita akan teringat Allah

    • @benzourry87
      @benzourry87 2 ปีที่แล้ว

      🎶~ jika kau tanya tentang cinta... 🎵🎤 (auto areef mode)

  • @hakimqani9402
    @hakimqani9402 3 ปีที่แล้ว +53

    Dapat cam lirik ade reference dalam hadis. 😄
    1:00 Pintaku hanya sambut tanganku, andai tak temu ku di syurga:
    Reference:
    "Apabila penghuni syurga telah masuk ke dalam syurga lalu mereka tidak menemukan sahabat-sahabat mereka yang selalu bersama mereka dahulu di dunia, maka mereka pun bertanya kepada Allah:
    “Ya Rabb! kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di dunia solat bersama kami, puasa bersama kami dan berjuang bersama kami.”
    Maka Allah berfirman, “Pergilah ke neraka, lalu keluarkanlah sahabat-sahabatmu yang di hatinya ada iman, walau hanya sebesar zarah.”(Ibnu Mubarak dalam kitab Az-Zuhd)
    1:06 "Wallahi ku, sayang padamu"
    Reference:
    Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila seseorang menyayangi saudaranya, hendaklah dia mengatakan sayang kepadanya.”(Hadits Riwayat Abu Dawud dan Tirmidzi, hadits shahih).
    Korang cam portion lirik mane lagi yang refer Quran/sunnah?😍

    • @diyanayusof1779
      @diyanayusof1779 ปีที่แล้ว +1

      Wahhh...thanks for the infoo😁👍

  • @syxfek2227
    @syxfek2227 3 ปีที่แล้ว +354

    Semoga persahabatan yang terjalin kerana Allah SWT kekal hingga ke Syurga ✨❤️

  • @izzahzahrahnablan8648
    @izzahzahrahnablan8648 3 ปีที่แล้ว +47

    Seandainya engkau mempunyai sahabat yang boleh ubah hidup engkau, jangan sesekali tinggalkan dia. Kalau dia boleh tolong engkau takkan engkau x boleh tolong dia kan? Hargai sahabat kita sampai hujung nyawa kita sebab sahabat ni pun boleh jadi asbab kita ke syurga kelak nanti....

  • @a.hamzah
    @a.hamzah 3 ปีที่แล้ว +10

    Akmal Mustafa ni genius betul laaa.. semua lagu dia buat power !

    • @atulavengerz
      @atulavengerz 3 ปีที่แล้ว +2

      Kan... Inspired betul... Apa IG beliau eh??

    • @nurulizzah2802
      @nurulizzah2802 3 ปีที่แล้ว

      Kann

  • @sofiamarwillis8567
    @sofiamarwillis8567 3 ปีที่แล้ว +73

    persahabatan kerana Allah adalah persahabatan yang akan kekal hingga ke syurga❤️

  • @eishanafisha1455
    @eishanafisha1455 3 ปีที่แล้ว +100

    Infiniti, persahabatan Yang kekal tiada penghujungnya, merupakan sahabat syurga. Hanya dia Yang fahami kita, dan hanya kita fahami dia. Persahabatan Yang diredhai Allah, insyaAllah. Sahabat Yang sentiada mengingatkn kita pada Allah. Mendekatkan kita dengan Allah. Bukan mudah nak temui sahabat sebegitu, jagalah dia, hargailah dia, kadang itu, dalam persahabatan perlu ada sifat mengalah, benda tu mengajar kita erti bersabar. Mengjar dia juga untuk bersabar. MasyaAllah. Itulah benar-benar sahabat. Semoga persahabatan kalian bersama sahabat kalian kekal hingga ke syurga Allah. ✌🏻❤️

  • @hamizatulsyifa1402
    @hamizatulsyifa1402 3 ปีที่แล้ว +63

    Sahabat yang baik adalah sahabat yg sentiasa mengingati allah dan mengajak untuk mendekati sang pencipta✨✨namun memiliki sahabat seperti itu bukan mudah dan ingin menjadi seperti itu bkn mudah😔tapi kita mampu sekiranya kita menurunkan ego kita dlm persahabatan mahu pun dengan sang penciptanya✨😇terima kasih sahabat🤗

  • @dinimazli
    @dinimazli 3 ปีที่แล้ว +35

    To whoever read this, would u mind to pray for my friendship getting better🦋✨ I badly want our bonding tight like before wallahi (DongDing) 😭❤️

  • @faridahhj
    @faridahhj 3 ปีที่แล้ว +45

    Takkan sempurna iman seseorang selagi dia tidak mengasihi saudara2nyaa. Maka, kasihilah sahabat2 kita kerana Allah

  • @afifahsalwa5159
    @afifahsalwa5159 3 ปีที่แล้ว +83

    Ada nya sahabat...dia akan berikan sesuatu pada kita.. kehadiran dia akan membuat kan ku gembira..
    "sahabat pembawa syurga🥰"
    Hargailah sahabat selagi mereka ada✨

  • @aqilahainhusna5501
    @aqilahainhusna5501 3 ปีที่แล้ว +275

    Sahabat,
    Kekadang perangai mereka menyakitkan hati,
    Tetapi mereka jugalah yang sentiasa berada disisi,
    Sahabat,
    Mungkin mereka tak selalu punya waktu untuk kau,
    Tetapi mereka sentiasa mendoakan agar kau selalu kuat.
    Hargailah insan yang bergelar SAHABAT
    #INFINITI

  • @nurkhairunnisa7800
    @nurkhairunnisa7800 3 ปีที่แล้ว +110

    selain lagu tentang keluarga, lagu tentang persahabatan ni boleh menitis air mata dengan keadaan skrg lama tidak bertemu dgn sahabat2. Semoga kita semua berkumpul di pintu syurga, itulah impianku wahai sahabat. :)

    • @tarbiahsentap
      @tarbiahsentap  3 ปีที่แล้ว +7

      Amin. Moga hati-hati kita sentiasa dihimpunkan dalam keimanan.

  • @irdeenanajwa1075
    @irdeenanajwa1075 3 ปีที่แล้ว +8

    I love my friend all of themm smpai syurga 😭😭😭😭❤️❤️❤️ i swear i l'll never ever forget themmm🥺😭😭 shout out to malika zehra😭😭😭 miss them already🥺🥺🥺

  • @hannaaaniii_
    @hannaaaniii_ 3 ปีที่แล้ว +145

    "Andai kau punya sahabat, hargailah sebelum terlambat"

  • @amirhazid2960
    @amirhazid2960 3 ปีที่แล้ว +33

    Kawan susah senang antara anugarah sya sngt bermakna buat Kita Semua,Persahabatan Yang berkekalan akan membawa kita ke Syurga🥰,Semoga Sahabat Sya akan berkekalan lama sehingga ke akhir ayat mahupun sahabat Sesama Islam agar Semua Umat Islam akan dimasukkan ke dalam Syurga.Amin ya rabbal Alamin 🥰🤲🏼.

  • @nrhany.na_
    @nrhany.na_ 3 ปีที่แล้ว +57

    The true friends will advice each other...
    Syukran sahabat❤❤❤

  • @faridahhj
    @faridahhj 3 ปีที่แล้ว +16

    Bersahabat lah kerana Allah, bukan kerana dunia. Inshaallah Allah akan redha

  • @akrimimaswa3631
    @akrimimaswa3631 3 ปีที่แล้ว +46

    I'm crying, 😭. Tarbiah sentap berjaya buat kami terharu lagi! 😭😭😭

  • @nurul1109
    @nurul1109 3 ปีที่แล้ว +168

    Mencari sahabat yang sentiasa mengingatkan diri kepada Allah sangat susah,,
    Andai sudah mempunyai sahabat sebegitu hargailah dan jagalah ikatan persahabatan dengan sebaiknya,,
    Moga kelak sama-sama melangkah ke Syurga✨

  • @eSafarEEMe
    @eSafarEEMe 3 ปีที่แล้ว +99

    Tahniah The Truth. Sebak betul rasa bila dengar. Padahal lagu ceria dan upbeat...tapi sedih..terharu...lagu ape korang nyanyi ni ya Allaaaahhh...macam2 perasaan ada ni dah kenapaaaaa

  • @wannajwa9186
    @wannajwa9186 3 ปีที่แล้ว +92

    May we all found a friend who knows how to fun without sinning aamiin

  • @belau.guy04
    @belau.guy04 3 ปีที่แล้ว +9

    Masya Allah..rentak dgn lirik dia sngt menusuk qalbu

  • @sayabudakkecik5386
    @sayabudakkecik5386 3 ปีที่แล้ว +20

    Vid ni mesti trending sbb tentang persahabatan🤩

  • @anissyakerahh
    @anissyakerahh 3 ปีที่แล้ว +44

    "Sahabat yang baik apabila kita melihatnya, kita mengingati Allah"

  • @alifasyraf988
    @alifasyraf988 3 ปีที่แล้ว +284

    Suka tgk persahabatan naufal dan irwan💜saya dah start follow mereka sejak dgn lagu cinta sementara betul ii menusuk kalbu..doakan saya berjaya dunia akhirat dan dapat sahabat yg membimbing hingga ke syurga
    #infinithetruth
    #sahabatkesyurga💜

    • @tarbiahsentap
      @tarbiahsentap  3 ปีที่แล้ว +27

      Amin. Terima kasih ya sbb sokong karya kami

    • @izzahnazurah27
      @izzahnazurah27 2 ปีที่แล้ว +2

      Yup..suka tengok persahabatn yg terjalin..mula mengenali mereka ni sejak 2018,mse tu blom lagi jadi the truth..

  • @eishanafisha1455
    @eishanafisha1455 3 ปีที่แล้ว +59

    Friend,
    We can't buy them,
    No one can replace them,
    They was our shine,
    Their energy, is our strong,
    Without them,
    We can't stand in where we were right now?
    It's hard to find a true friend,
    But it's easy to let them go,
    But hey,
    Do believe once you let them go,
    It's hard for you to find another exactly like them,
    Never!
    Sahabat,
    Tidak dapat dibeli,
    Tiada yabg mamp mengganti mereka,
    Mereka merupakan sinar diri,
    Tenaga mereka merupakan kekuatan kita,
    Tanpa mereka,
    Kita tidak akan berdiri disini hari ini,
    Mecari sahabat Yang benar itu susah,
    Tetapi, untuk melepaskannya itu, mudah,
    Tetapi hey,
    Percayalah, setelah kamu melepaskannya,
    Bukan mudah untuk mencari ganti seperti dia lagi,
    Takkan!

  • @muhdsyafiq5132
    @muhdsyafiq5132 3 ปีที่แล้ว +28

    Ya Allah, Ampunilah Segala Dosa2 Kami, Dan Masukkanlah Kami Ke Syurga Mu,

  • @tehfatihah931
    @tehfatihah931 3 ปีที่แล้ว +445

    Moga diberi izin olehNya melalui lagu ni untuk kita semua lebih menghargai sahabat2 semua. all the best the trvth!

    • @eishanafisha1455
      @eishanafisha1455 3 ปีที่แล้ว +14

      InsyaAllah aamin... 😢❤️❤️

    • @pengingat.diriiii
      @pengingat.diriiii 3 ปีที่แล้ว +9

      Aamiin Allahumma Aamiin

    • @meoromar8862
      @meoromar8862 3 ปีที่แล้ว +14

      Teh Fatihah dari awal naufal isa dan irwan fariz sampai skrg wow!

    • @engkuhawa8769
      @engkuhawa8769 3 ปีที่แล้ว +8

      Aamiin ya Rabb

    • @nurulizzah2802
      @nurulizzah2802 3 ปีที่แล้ว +6

      Aamiin 🤲🏻

  • @Hnx003
    @Hnx003 3 ปีที่แล้ว +257

    This video deserve a million views, it show how important is friendship

    • @tarbiahsentap
      @tarbiahsentap  3 ปีที่แล้ว +26

      Thank you. We really appreciate such nice comment like this.

    • @atulavengerz
      @atulavengerz 3 ปีที่แล้ว +9

      TRUE, INDEED

    • @mimsuke
      @mimsuke 3 ปีที่แล้ว +2

      FRRR

  • @onlymixblythe
    @onlymixblythe 3 ปีที่แล้ว +75

    masha allah tabarakallah... baru saya mengerti maksud bertemu dan berkasih sayang kerana Allah.
    moga ukhwah #TRUTHFAM hga ke Jannah...
    in sha'a allah... dalam bergembira, jangan kita lupa utk memanjatkan doa buat saudara kita di bumi Palestin ❤️🇵🇸
    #InfinitiTheTruth
    #TarbiahSentap
    #FreePalestine🇵🇸
    #Palestinwerewithyou🇵🇸

  • @namieruluzumaki5680
    @namieruluzumaki5680 3 ปีที่แล้ว +31

    Yeahhh Jom kasih trending bah GUYSS hahaha ,jgn kasih lama😂
    Edit: alhamdulillah dah trending guys😩😭😭

  • @syedadam178
    @syedadam178 3 ปีที่แล้ว +26

    Siape datang sebab tgk live ustad adnin / oyen petang tadi ce like

  • @nurulizzati4321
    @nurulizzati4321 3 ปีที่แล้ว +103

    Mlm ni .. Xsabar dh nk dengar full INFINITI🔗 ✨
    #TheTruthInfiniti #Trvthfam ❤

  • @faridahhj
    @faridahhj 3 ปีที่แล้ว +58

    Sumpahhh takk sabarr😭😭moga2 Allah redha persahabatan boss berdua dan juga prshbatab antara trvthfam ✨❤️

  • @beng1915
    @beng1915 3 ปีที่แล้ว +6

    Feeling lagu the truth ni sama macam feeling aku dgr lagu jepun...vibe sama hahaha.. Alhamdulillah sedap didengar

  • @iyaya3370
    @iyaya3370 3 ปีที่แล้ว +136

    YA ALLAH THE LYRICS SANGAT2 MAGNIFICENT !! WHYYYY IT HAS TO BE THIS WONDERFUL 😭😭😭SUKA SANGAT2 , MAY ALLAH EASE YOUR JOURNEYS NAUFAL AND IRWAN

  • @kbhicrew
    @kbhicrew 3 ปีที่แล้ว +6

    Tarbiyah sentap punya lagu sentiasa paduuuu.. Ada macam Anime punya lagu :D

  • @faridahhj
    @faridahhj 3 ปีที่แล้ว +22

    Barakallah fii kum boss2 sekalian. Mogaa usaha2 ini diredhai Allah

  • @naur.f
    @naur.f 3 ปีที่แล้ว +11

    someone tolonglah akuu . aku addicted dengan lagu ni , please buat 1 hour versionn T_T
    .
    EHH TUKARR ! JOM BAGI TRENDING TOP 10 !!!

    • @mizznus5126
      @mizznus5126 3 ปีที่แล้ว +2

      tak pe..streaming je bagi trending top 10 AMIINNN!!🥺💙♾

  • @Marwan.Lyrics
    @Marwan.Lyrics 3 ปีที่แล้ว +11

    Inginku adu sedih berpisah,
    Walau berkali aku tetap kalah,
    Dengan takungan syahdu di dasar kalbu,
    Dengan keluhan sayu di lubuk rindu,
    Jiwaku kekal hanya jasadku pergi,
    Andaiku kekal harap dipertemu kembali.

  • @shafiqaalia7818
    @shafiqaalia7818 3 ปีที่แล้ว +7

    semoga persahabatan kerana Allah hingga ke syurga❤

  • @Jamjam-vp4fc
    @Jamjam-vp4fc 3 ปีที่แล้ว +25

    Semoga mereka taut tangan aq, takkan lepas sampai bertemu kembali di syurga احبكم، والله 😭♥️

  • @nadiahnazri15
    @nadiahnazri15 3 ปีที่แล้ว +63

    Fall in love dgn hubungan irwan n naufal...setia follow die sejak zaman salamayn lagi...
    Bila lah dpt rasa ada hubungan macam mereka..
    Sya doakan hubungan mereka kekal hingga akhirnya...
    Tahniah the truth !! Teruskan bagi manfaat pada orang lain..tahniah juga producer dan seangkatan dgnnya !!

  • @lmao-nc4uz
    @lmao-nc4uz 3 ปีที่แล้ว +20

    Sebuah lagu yang menjadikan aku lebih menghargai ikatan persahabatan
    #tqsm
    #tarbiah sentap
    #sampai Syurga

  • @mujahid1069
    @mujahid1069 3 ปีที่แล้ว +58

    Semoga persahabatan ini kekal selamanya dan memberi manfaat kepada umah 🔥🔥👍👍Be the best bring the rest 😊🤭

  • @sitishuhaila4398
    @sitishuhaila4398 3 ปีที่แล้ว +12

    sahabat yang terjalin kerana Allah itu begitu sulit dipisahkan
    hanya Tuhan yang mampu memisahkan
    hanya tangisan yang mampu diluahkan
    juga doa yang sering ku kirimkan
    moga kelak syurga menjadi impian
    bersamanya kita di syurga menjadi kenyataan

  • @nikfatinnuramani7260
    @nikfatinnuramani7260 3 ปีที่แล้ว +27

    Semoga tali persahabatan sampai ke syurga 💜✨

  • @faridahhj
    @faridahhj 3 ปีที่แล้ว +10

    Infiniti dah masuk dalam list fav songgg! Tapi, cs tetap nombor satu. Cehhwahhh🤭

  • @trompetguitar
    @trompetguitar 3 ปีที่แล้ว +122

    moga mesej yg disampaikan drpd lagu ini dpt menghidupkan hati setiap drpd kita, insan yg sentiasa mencari keredhaanNya.. amin

  • @rifattj1131
    @rifattj1131 3 ปีที่แล้ว +8

    Dlm hidup ada 2 jenis kawan . satu jenis kawan yg Soleh dan satu pula kawan yg salah .Moga jgn salah pilih.Jgn lupa selawat gaisss

  • @sitifeiyah7305
    @sitifeiyah7305 3 ปีที่แล้ว +11

    Insya Allah semoga bertemu dgn sahabat yg lama menyepi..akan tetapi, doa tetap ku titipkan utknya.. akan bersua suatu hari nnt..Ameen 🤲🏻 ada hikmah kita berdua lama mnyepi 💐

  • @archimienscape
    @archimienscape 3 ปีที่แล้ว +10

    INFINITI - THE TRUTH
    Sekian ramai yg ku bertemu berpisah...
    Dihati ku hanya jejakmu yg tersisa...
    ajaib hadirmu sentiasa mengubat resah...
    kerana itu aku tahu kau bukanlah biasa...
    Disisimu walaupun berjam lama menjadi terapiku
    Hingga pantas terasa tiap milisaat berlalu
    Hingga INFINITI kelanaku bersamamu
    Kerana tautan ini tak kenali penghujung
    Pintaku hanya....Sambut tanganku
    Andai tak temu ku di syurga
    Wallahi aku sayang padamu
    Adakala tampilmu saat rohku menanggung lesu
    Walau tanpa bicara, hadirmu memulih imanku
    Entah sihir apa yang kau kena terhadapku
    Mungkin doamu padaku dlm diam punca ketenangan aku
    Tiada wang ringgit...perak dan emas sebagai ganti ikatan ini
    Namun mungkin kasihku tak setanding walau secubit nilaian itu..Maafkan aku bukan mahirku menzahirkan rasa cinta..kerana aku tak punya apa selain kiriman doa..
    Ku harap nanti di alam akhir
    Tiada hutang maaf berbaki
    Dan takkan berpisah di syurga
    Bersama ooo
    Hingga INFINITI tak mampu dihitung lagi
    Kembara kasih ini selamanya tak terhenti
    Jalinan ini
    kan jadi bukti
    Berpisah bukan pilihan
    Hingga INFINITI kelanaku bersamamu
    Kerana tautan ini tak kenali penghujung
    Pintaku hanya....Sambut tanganku
    Andai tak temu ku di syurga
    Wallahi aku sayang padamu

  • @syahirahhudzir464
    @syahirahhudzir464 3 ปีที่แล้ว +8

    Ukhuwah Persahabatan. :
    Apa ertinya persahabatan jika tidak saling menegur.
    Apa erti sebuah ukhuwah jika jalinannya kurang subur.
    Sahabat itu seperti bintang, dia memang tidak selalu terlihat. Tetapi dia akan selalu ada.
    Saat Susah dia datang membawa kekuatan,
    Saat senang dia hadir mengeratkan ikatan.
    Itulah erti sahabat yang sebenar.
    Sahabat,
    Terima kasih kerana hingga saat ini kau masih disini, mengingatiku. Terima kasih kerana tidak jemu menegur disetiap salah langkah ku. Semoga persahabatan ini diredhai Allah❣️ Ana uhibbuki fillah !
    -Syahirahhudzir, 26 Jun 2021

  • @nbsyza
    @nbsyza 3 ปีที่แล้ว +47

    "berpisah bukannya pilihan"
    Andai berlaku perselisihan faham antara kita, maka jangan jadikan perpisahan itu sebagai penyelesaian permasalahan kita. Kerana, pada akhirnya akan bawa kepada penyesalan.
    Jagalah tautan persahabatan hingga infiniti ✨

  • @faridahhj
    @faridahhj 3 ปีที่แล้ว +5

    Walau tanpa bicara hadirmu memulih imankuu😭❤️

  • @surayakamel964
    @surayakamel964 3 ปีที่แล้ว +28

    Aku dedicate this song to my ibu.
    0:37 cpt betul masa berlalu, hampir 20 tahun usiaku hidup bersama ibu. menemani hari hari ceria dn duka ku.
    1:42 terima kasih ibu.. setiap doa ibu mmberi ketenangan dn kekuatan dlm perjalanan hidupku
    1:47 kasih sayang dn pergorbanan ibu tak terbalas emas permata, aku doakan moga Allah kurniakan syurga buatmu.
    3:26 pintaku Ya Rabb agar aku dan ibu bersama di syurgamu
    Sayang Ibu INFINITI
    Ibuku Sahabatku
    thanks for this great and meaningful song

  • @sarahsuhardi7816
    @sarahsuhardi7816 3 ปีที่แล้ว +11

    Moga persahabatan ini terjalin hgga ke syurga♥

  • @nurinimanni0304
    @nurinimanni0304 3 ปีที่แล้ว +8

    jika ada sahabat yang sering mengingatkan kita ke jalan Allah pegang lah dia baik2 sahabat yang seperti ini yang perlu kita cari jika dia sering menegur kau ketika kau melakukan dosa peganglah dia kerana dia lah salah satu sahabat yang boleh membawa kita kesyurga jika kita ada sahabat yang sering ada bersama saat kita susah dan senang peganglah dia dan jgn lepaskan genggam erat tangan dia jika kau lepaskan dia pasti kita yang akan berasa kecewa kerana sahabat seperti itu bukan mudah untuk dicari tapi sebenarnya Allah yang menghantarnya untuk dijadikan sahabat kita dan supaya kita bersyukur kerana Allah hantarkan sahabat yang boleh bimbing kita ke syurga

  • @syiqinrosham
    @syiqinrosham 3 ปีที่แล้ว +35

    MashaAllah lirik dia padu😭😭😭 terima kasih buat lagu yang mempunyai lirik yang mendalam macam ni👍 semoga persahabatan kalian sampai ke syurga. #trvthfam pun sama. Moga sampai syurga, inshaAllah ❤️ ❤️ ❤️ ❤️ ❤️

  • @ainasyuhada8187
    @ainasyuhada8187 3 ปีที่แล้ว +9

    Dah jumpa seorang sahabat sejati tu. Jaga diaa sampai mati.. Pegang dia erat ii.. Jangan lepaskan dia.. Sbb kau mungkin takkan jumpa yg sama buat kedua kali.. 😢

  • @alyahanisah05
    @alyahanisah05 3 ปีที่แล้ว +8

    Wahai Sahabatku,
    Engkau adalah Anugerah yang Allah SWT berikan kepadaku...
    Engkau ada disaat saya memerlukan seseorang...
    Engkau tak pernah lekang untuk terus memberi nasihat dan semangat kepada diriku...
    Semoga persahabatan kita tidak akan terputus sampai akhir hayat kita💜..
    Aaminn ya rabbal alaaminn🌟

  • @ainmaisarah7991
    @ainmaisarah7991 3 ปีที่แล้ว +68

    semoga persahabatan yg terjalin antara thetrvth , trvthfam berkekalan hingga ke Jannah 🤍✨

  • @ksixproduction3925
    @ksixproduction3925 3 ปีที่แล้ว +42

    Part 'la la la' macam anime style...ade kelainan ... Start lagu Syutari terus minat The Truth. Menanti2 apa next lagu yang akan di release..TERBAIKK!!!

  • @letsgo4716
    @letsgo4716 3 ปีที่แล้ว +120

    Bayangkan kalau kita boleh buat anime berkisahkan FRIENDSHIP dan lagu ni jadi lagu tema siri anime tu... >_

    • @zuaufa2903
      @zuaufa2903 3 ปีที่แล้ว +4

      Mesti intro dia dh sedih dh

    • @nooriman3048
      @nooriman3048 3 ปีที่แล้ว +1

      🥰🥰🥰🥰

    • @abewiggle6049
      @abewiggle6049 3 ปีที่แล้ว +2

      latak kat MISI pun nice gak boleh collab nanti the truth

    • @letsgo4716
      @letsgo4716 3 ปีที่แล้ว +1

      @@abewiggle6049 setujuu #skuadmisi

    • @ibnurosli8976
      @ibnurosli8976 3 ปีที่แล้ว

      Tbh, lagu ni sounds a bit like ReoNa - Unknown. Ce try dengar, ada beberapa parts yg dekat2

  • @nurlindsofia6176
    @nurlindsofia6176 3 ปีที่แล้ว +29

    sahabat ibarat seperti keluarga kecil kita . always mereka tetap ada dengan kita waktu senang dan susah ❤️✨..
    semoga persahabatan yang terjalin kerana Allah akan kekal hingga Syurga🕊️💕..

  • @syasyafida2953
    @syasyafida2953 3 ปีที่แล้ว +7

    Tanpa sahabat mungkin kita tak akan belajar mengenal erti perpisahan🙂terima kasih sbb pernah hadir dan membuat aku tertawa..wallahiku menangis 🙁

  • @ana_sfs4773
    @ana_sfs4773 3 ปีที่แล้ว +5

    Pintaku hanya sambut tanganku, andai tak temuku di syurga..🥺💕

  • @faridahhj
    @faridahhj 3 ปีที่แล้ว +10

    " perjalanan menuju akhirat memerlukan sahabat-sahabat yang selalu mengingatkan tentang kebaikan "
    - Ustaz Abdul Qodir Abu Fa'izah -

  • @nbsyza
    @nbsyza 3 ปีที่แล้ว +9

    Carilah sahabat yg baik. Jika masih tiada, cubalah jadi baik kalau bukan kita yg mulakan, siapa lagi?

  • @daun1203
    @daun1203 3 ปีที่แล้ว +8

    "Kita pimpin tangan sama sama ke syurga ya sahabat ☺️"

  • @nurnadianasir98
    @nurnadianasir98 3 ปีที่แล้ว +13

    Maafkan aku, bukan mahirku menzahirkan rasa cinta, kerana aku tak punya apa selain kiriman doa (#Infiniti, 2021). Bila persahabatan kerana Allah, luahan kasih paling utama adalah melalui doa. Subhanallah!

  • @cayroenigma
    @cayroenigma 3 ปีที่แล้ว +31

    Melodi part chorus dan last macam Simple Plan...ape2 pun terbaik Akmal Mustafa & Tarbiah Sentap😊😊😊

  • @farahainabubakar7454
    @farahainabubakar7454 3 ปีที่แล้ว +5

    Saya sayang kawan kawan saya krn Allah. Sedih dan syahdu sgt lagu ni. Hargai kwn kwn yg ada di sekeliling kita. Love you sahabat♥️♥️♥️♥️♥️♥️

  • @khallishaizannie5527
    @khallishaizannie5527 3 ปีที่แล้ว +11

    Sungguh menyentuh hati😭semoga hubungan persahabatan ku kerana Allah dan di atas redha Allah😍😍

  • @akunakpas
    @akunakpas 3 ปีที่แล้ว +7

    Wallahiku....sayang padamu❤(FNA)

  • @nurnabilah1251
    @nurnabilah1251 3 ปีที่แล้ว +8

    Ya Allah.. semoga ada rezeki aku untuk merasai persahabatan seperti ini..
    Aku doakan untuk mereka yg ada sahabat akan kekal persahabatannya sehingga ke jannah😊

  • @nurulizzati4321
    @nurulizzati4321 3 ปีที่แล้ว +148

    Moga ukhwah yang terjalin di antara ahli TS kekal selamanya hingga ke syurga☺ Begitu juga persahabatan di antara TRVTHFAM, moga kekal infiniti ✨
    #Trvthfam

  • @sitizulaikha6878
    @sitizulaikha6878 3 ปีที่แล้ว +5

    sedih pula dengar hm sebab baru je lalui benda yang paling pahit dengan sahabat orang yang paling dipercayai💔tapi dikhianati begitu sahaja

  • @secondaryschoolandfoundati6102
    @secondaryschoolandfoundati6102 3 ปีที่แล้ว +13

    Baru dapat dengar huhu ♥️😔 lirik dia suka sangat. I can feel yang bila both of you kata "wallahi aku sayang padamu". Aaaa faham sangat sebab sy sendiri terasa benda tu dgn kawan baik saya. Kitaorang takdela macam selalu keluar makan tempat mewah² cam others. Tapi bila dah sekali jumpa tu, nikmat sangat sbb dah lama rindu. Bila jumpa tu, mmg peluk yang sampai taknak lepas, yang nangis, nangis bila dah habis peluk sebab tahu tak tahu bila lagi boleh jumpa. Tulah, sentiasa doa moga setiap pertemuan dan perpisahan kami kerana Allah. Semoga ikatan kami pun kerana Allah. Semoga pertemuan seterusnya di syurga jika bukan di dunia ♥️ doakan kami, family kami, sampai syurga. Thanks guys ♥️ Thanks The Truth 🤧

  • @themujahidislam5448
    @themujahidislam5448 3 ปีที่แล้ว +8

    Semoga allah meredhai persahabatan kita yang terjalin dan kekal hingga syurga 😭❤️aamiin

  • @khairunkhadijah5507
    @khairunkhadijah5507 3 ปีที่แล้ว +26

    Moga ikatan yg dibina mendapat berkat ilahi dan ditakdirkan kembali menjadi sahabat di dalam Syurga.....Amiinn

  • @syasyaathirah5417
    @syasyaathirah5417 3 ปีที่แล้ว +11

    ya Allah , thanks for the gift :) having a good friend around make me felt more grateful to live 💖

  • @athrhshaari7753
    @athrhshaari7753 3 ปีที่แล้ว +28

    This video deserve infinity views ♾️

  • @nurulfatihah4708
    @nurulfatihah4708 3 ปีที่แล้ว +47

    Sahabat Ilahi❤
    Dia adalah yang sering bersama
    Dia adalah yang sentiasa mendoakan ☺❤
    Yang sering menegur disaat jatuh
    Yang terima segala kekurangan
    Yang tak pernah henti memberikan kebahagian☺
    Yang sering mengajak ke arah kebaikan ❤
    Apabila bersmanya ketenangan itu hadir ❤
    Dia adalah satu dalam sejuta☺
    Semoga kita semua berjaya menjadi dan memperoleh sahabat dunia akhirat🥺🥰❤

  • @faridahhj
    @faridahhj 3 ปีที่แล้ว +5

    Maafkan aku bukan mahirku menzahirkan rasa cinta, kerana aku tak punya apa selain kiriman doa😭❤️

  • @nurulamira4088
    @nurulamira4088 3 ปีที่แล้ว +7

    Ya Allah lirik dia 😭 sahabat itu seperti cerminan kita, kita sedih dia yang menangis, kita senang dia yang gembira. Ya Allah, lindungilah sahabat ku 😭 #trvthfam

  • @bokchoy6395
    @bokchoy6395 3 ปีที่แล้ว +10

    Boleh buat OST DRAMA TV3 dah ni 🙌

  • @nurulsyamimi7138
    @nurulsyamimi7138 3 ปีที่แล้ว +18

    Semoga persahabatan yg terjalin kerana Allah ini kekal sampai syurga✨ INFINITI🤍

  • @Fleurs12
    @Fleurs12 3 ปีที่แล้ว +16

    Ya allah!! bestnyaaa
    Saya asyik ulang jaa.. Sebab lagu ni ada berkaitan dengan kehidupan saya juga.. 🥰🥰🥰 suka lagu nih!! Al hamdulillah.. 🥰

  • @arinajaafar4853
    @arinajaafar4853 3 ปีที่แล้ว +4

    dengar banyak memang kena dengan lagu ni and animated video part ''lalalalalalala'' even kalau tak tengok animated video pun boleh bayang lukisan anime. lagu and video memang ngam, syabas buat mereka yang menjayakan ''INFINITI''

  • @aiman0386
    @aiman0386 3 ปีที่แล้ว +57

    saya doakan semoge The Truth terus istiqomah dalam menyampaikan lagu lagu berbentuk dakwah dakwah dan mesej positif yg disampaikan ...aminn..

  • @fierrlyy25
    @fierrlyy25 3 ปีที่แล้ว +73

    Tak sabar nak dengar full INFINITI🔗✨😍😆
    #Trvthfam #TheTrvthInfiniti