VLOG 9 | BERJALAN ATAS POKOK!! | TREE TOP WALK | AKTIVITI DI CAMPSITE SEDIM KEDAH

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 25 ต.ค. 2024
  • Hai & Assalamualaikum
    Kali ini kami sharekan sedikit aktiviti kami saat kami pergi bercamping di Sg Sedim Kedah baru baru ini.
    "TREE TOP WALK"
    Tahukah anda, Tree Top Walk Sedim ini adalah yang terpanjang di dunia jika dibandingkan dengan 'canopy walk' .
    Sungai Sedim ini terletak di Karangan ,Kedah. Lebih kurang 22KM jarak Sungai Sedim ni dari Kulim. Ya, Sungai Sedim ini di bawah daerah Kulim di kawasan hutan Gunung Inas.
    Tree Top Walk ini yang terpanjang di dunia jika dibandingkan dengan 'canopy walk' yang lain. Panjangnya 950M dengan ketinggiannya 26M dari aras tanah
    Fakta menarik , Tree Top Sungai Sedim ini jika anda naik jambatannya, anda tidak akan sedar yang sebenarnya jambatan ini merentas hutan dan hampir berbentuk segi empat. Sedikit sejarah pembinaan Tree Top Walk sungai Sedim ini dibuat secara berperingkat. Anda boleh melihat video sejarah ini apabila anda kesana nanti. Harganya juga tidak berubah walaupun zaman sentiasa berubah. Harganya tetap RM12 bagi dewasa dan RM6 bagi kanak-kanak. Harga ini juga terpakai untuk bukan warganegara. Murah kannn !
    Anda bukan sahaja boleh meneroka alam flora, tidak lengkaplah flora tanpa fauna kan? Anda juga boleh melihat pelbagai jenis haiwan dan binatang di sini! Daripada mergastua sampai ke jinak pun ada di Sungai Sedim ni. Kalau anda bawa anak-anak, boleh la ajar anak-anak mengenal haiwan dan binatang secara 'live' tapi kena rajin-rajinlah tengok pokok-pokok barulah nampak bintang yang kecil-kecil.
    Disini kami ringkaskan maklumat penting jika anda mahu ke Tree Top Walk Sungai Sedim ini.
    Tree Top Walk Sungai Sedim
    Hari operasi: Isnin - Ahad
    Masa operasi: 9.00am - 5.30pm
    Harga tiket: RM 12 (Dewasa) dan RM 6 (kanak-kanak berusia 7-17 tahun)
    Alamat:- Kg Ulu Riau Tree Top Walk Kg Ulu, 09700 Karangan, Kedah
    Peringatan manja dari kami : anda digalakkan untuk memakai topi atau penutup kepala ,takut-takut ada serangga yang jatuh menghinggap di kepala anda. Selain itu, sebaiknya anda pakailah pakaian dan kasut yang bersesuaian yaa. Kemudian, sebagai langkah berjaga-jaga anda boleh menyembur diri anda dengan semburan anti-serangga bagi mengelakkan dari nyamuk dan seangkatan dengannya menggigit anda. Jika anda tidak kisah dan inginkan pengalaman baru ,anda boleh datang bersahaja je. Tiada masalah.
    Itu saja perkongsian dari kami,selamat menonton video video kami dan jangan lupa Subscribe Like comment dan share.
    _________________________________________
    Instagram: mayaoverlandcamper
    www.instagram....
    Facebook: Aidamaya Abdullah
    www.facebook.c...
    #camping #familycampingmalaysia #nature #campinglife #wildcamping

ความคิดเห็น • 4

  • @azuyatravelog
    @azuyatravelog ปีที่แล้ว +1

    Terbaikk kalau bercamping di sini ada lah aktiviti lain utk dibuat, menarik

    • @mayaoverlandcamper
      @mayaoverlandcamper  ปีที่แล้ว

      Dekat sedim ni,byk aktiviti,ada water rafting dan atv jugak😊

  • @Shadow_Protocol
    @Shadow_Protocol ปีที่แล้ว +2

    Tiber dah lama xblik kg.Sedim. Masuk hutan cari lauk, masuk sungai Cari ikan.😅🤣

    • @mayaoverlandcamper
      @mayaoverlandcamper  ปีที่แล้ว +1

      Untung jadi orang sedim, ikan sungai banyak. Kalau ada tanah buka la campsite. Kami datang support 💪💪💪