House Tour Part 2 - Defect Banyak Giler !!! 🤣🤣🤣
ฝัง
- เผยแพร่เมื่อ 4 ก.พ. 2025
- Sebelum buat renovate, kita minta orang pakar datang check defect dulu.
Nampak macam okey tapi defect dia boleh tahan banyak 🤣🤣🤣
Bagi yang baru beli rumah pastikan check defect dulu. Kalau tak nanti kena keluar duit sendiri pula repair.
Yang nak cari pakar defect rumah, contact ja bro ni 011 6927 6424.
Harap membantu.
Paling penting, jangan lupa SAKERAP & TEKAN LOCENG !!!
Saya dah terkena, beli rumah penuh dengan defects. Pemaju tak layan, declare bankrupt. Nama pemaju Adenland. Hati-hati
Bagus sebenarnya check defect ni. Rumah sekarang dah la mahal gila, lepas tu contractor buat cincai2 jee.
roof slab depan tempat porch tu kena cek betul2 abg gan takut waterproofing dia tak kualiti mari hari hujan confirm bocor.. part2 yg crack kat dinding tu kena teliti sikit bang takut nanti dia tak repair tapi dia tutup dengan
cat balik je..
Sy pon akan VP in a few months. Harap abg Gan bole upload lg byk2 content pasal rumah ni so kita boleh share experience sama2. Thx!
Gan pleasectake note if developer do not reply in 2 weeks u can go to tribunal court...dulu i gi jugak ..sampai developer bancrupt ...spa and comtact will protect u bro
kalau bancrupt rmh kita cm mana spe cover rugi
Terbaik abg gan. Tulah kene dgn Sunsuria punya finishing rumah dekat suria jelutong mmg mengecewakan. All the best abg gan
First time tahu ttg servis ni wujud. Tq bang sekerap. 👍😂
Harap claim warranty boleh settle yg major2 cracked
Terbaik, banyak ilmu kita dapat pasal rumah. Terbaik Abang Gan
Terbaik abg Gan! Terima kasih share pasal ni. Saya pun tengah tunggu rumah apartmen siap hujung 2023 and plan nk buat defect inspection jgk.
Buat test drive rumah pulak kau gan. Hahah all the best. 👍👍
Kualiti rumah zaman mak ayah kita dlu dgn zaman kita dh jauh berbeza x kira lah rumah low cost atau high end. Sy x kate semua developer camni tp majoriti, trmasuklah developer yg ada nama. Rumah abes warranty je mcam2 hal jadi. Rumah mak ayah kita smpi kita sendiri dh ada anak pn still x de leaking. Sedih tul...
Bagus abg gan buat vlog defect ni
Wiring kene inspection jgk tu abg gan, kbyakan org terlepas pandang dkt inspection wiring bila beli rumah...kena check breaker, saiz cable n sbg nye yg melibatkn wiring
Setuju. Defect keje wiring ni ramai org terlepas pandang. Antara punca bil tinggi sebab ada voltage leaking. Cable dlm dinding, mana nak nampak..
Panggil je MBE datang check. Kalo tokey dia sendiri turun, siap ada extra pakej utk developer tu.. Haha..
@@scorpioholmes yup betul,yg pling penting kne check develepor ikut tak syarat2 drpd suruhanjaya Tenaga, cth cara pendawaian, byk looping ke x, saiz cable btul ke x...kalau tak follow spec n salah pndawaian silap2 blh tbakar cable n tbkar rumah...
mana nak cari inspector untuk wiring ni ya? risau ada yg mengaku boleh buat padahal takde kelayakan pulak.
@@KotakNyaman mbe eng blh je buat utk tu, cara nmpk proper je bkn stakat bwk testpen je, lau inspection bwk testpen je tu xleh nk bt kire sgt
@@scorpioholmes kalau mbe mau 4k dtg check saja 😂😂
👍👍👍bagus vlog Gan ni - boleh bantu org lain utk check rumah mereka - ramai pembeli tertipu dgn developer
Bukan tertipu tp xcheck.
Selamat datang ke Kota Warisan. berjiran kita abang Gan.
Terbaik..jgn syg duit untuk dptkn khidmat ni,klu x buat nnt nyesal..
Yup, tindakan bijak sebagai pembeli....
Terbaik Abang Gan.... Semoga bermanafaat pencerahan dan perkongsian ini.
Skrg ni pemaju byk xpeduli janji unit dh jual...
Maybe pekerja pon diorg xpantau... Main sebat je...
saya buat renovation, memang sekarang quality rumah terutama dari developer baru dia punya defect terok, tak berbaloi beli rumah beratus ribu, developer lama pun ada yang terok, seperti yang base kat puchong tu, nama gah pilih sub con yang paling murah, dapat lah quality’s murah, yang boleh pakai jenis kalau sub con not up to standard, blacklist seperti Sime. Abang Gan dinding tu pun tak lurus 😅
Biasalah hidup capitalist
Musyati pun blacklist dah
If Developer code "S" tu btul haahahah
Pak cik Beli rumah RM 1M++ , mcm2 dia complaint, janji palsu kalah wakil rakyat
Lepas tu saya pun jadi mangsa jgk. Rumah selangorku Cost Developer RM60k++++ pergi jual RM2xxk++++ hahahahahah bapak kapitalis.
Walau margin untung tinggi, mmg kualiti out terus, rezeki dapat consultant yg jujur dia reveal semua benda.
Malaysia ni kecik je klau nk main kotor, kejap jumpa info.
Tah laam pun sama
@@muhammadal-naseef477 Adus teruknya. Projek mana yang modal 60K+ tu bro? Btw, consultant yang bro kata jujur tu dia consultant apa?
Betul tu. Rumah ratus ratus ribu nak tinggal lama. Lebih baik inspect defect time ambik kunci. Developer sekarang walaupun nama bagus kualiti kadang depa main cincai je.ndak pulak main pas job kat sub con. Paling penting check waterproofing jugak.
ngamm mmg tgh memerlukan servis mcmnie 👍🏿
Semoga Allah mempermudahkan segala urusan abg gan..
terbaik bang. tgh cri info gak ni utk rumah baru. terbaikk
Bab dinding crack ni memang tak boleh nak buat apa2 sebab bahan asas binaan pun kurang kualiti. Kebanyakan developer sekarang guna batu pasir untuk buat dinding, jadi batu pasir ni for long term akan menyebabkan dinding mudah crack sebab sifat batu pasir agak rapuh sedikit berbeza dengan batu merah yang lebih keras. Crack ni selalunya developer hanya akan tampalkan dengan filler yang hanya bertahan untuk sementara waktu sahaja, lama2 nampak balik kesan crack tu. Rumah yang bumbung slab ni developer buat kadang2 letak lapisan waterproof tak memadai itu yang bila hujan air mudah meresap sampai dinding boleh berkulat sebab resapan air hujan. Untuk kes rumah saya developer just perbaiki defect ala kadar jer sekadar buat ikut syarat. Menyakitkan hati jer deal dengan developer ni lebih tepat lagi Glomac.
Ada tribunal Tuntutan Pembeli Rumah dan kita dilindungi Akta Kemajuan Rumah... Tempoh baiki hanya 30 hari tau lepas hantar report. Tak jugak atau repair cincai mmg kena, ulang repair sampai elok. Klo degil, boleh terus ke tribunal untuk tindakan lanjut.
Boleh ambil tindakan dan dapat cash. Banyak pulak tu. SPA ada kat tangan. Ntah2, boleh pulang modal dan siap dapat cash extra berkepuk-kepuk. Boleh beli rumah lagi mahal, lagi helok dari tu. Cuma kena sabar sekejab dan bt planning.
Bang maksud abang buat defect inspection kan bang. Defect masuk nya kecacatan… takan kita nak buat kecacatan kat rmh elok.
Mantap abg gan.terbaik.terima kasih sharing
Haa! Harga bukan main² kan bang Gan tp defect pergh byk giler 😂
Abanggan boleh try guna hikmat nasty builder diorang design lawa 👍🏼
Architecture Kat Malaysia memang mcm tu, pemaju hire pekerja Bangla, indon yang takda skill..buat keja janji siap je.lagi satu kalau Naik atas siling rumah mungkin akan jumpa sisa makanan cth bekas plastic polystyrene, botol2 minuman..
Saya biasa pegi negara kelas pertama cth Britain, France, jepun..kalau tengok rumah Kat sana ..memang terkejut..finishing semua tip top.. pekerja building ni semua skill tinggi dengan alat yg Mahal Dan buat dengan betul..
Harap bro gan claim semua pada pemaju Dan jika pemaju Tak baik walaupun minor..bro gan buat aduan pada tribunal.. ajar sikit pemaju .. supaya Cari pekerja yg ada skill..jangan guna pekerja takda skill .Dan suruh supervisor tu lihat pekerja..jgn keja main2..
Org beli rumah bukan murah..harga nak Mahal tapi rumah buat cincai.
Setuju dgn pandangan Bro. Saya pun mengalami pengalaman yang sama.. Kualiti pembuatan rumah yg tidak memuaskan... Harga rumah dah mahal.. Kualiti haprak... Patut kerajaan kena peraturan atau undang2 agar dipanjangkan tempoh jaminan hingga 5 - 8 tahun oleh pemaju.
Patutlah siling ada tikus🙄
Saya sgt setuju dengan pendapat tuan
@@knock-knockwhosthere9933 tu la pasal, rumah yg Sy beli sblm ni.. Sy Naik Kat bahagian atas siling..jumpa mcm2..
Betul2.. area sana ramai pekeje bang bang la.. sy banyak repair area sana.. memang teruk.. ramai yg menyesal beli umah area sana.. eco world so far ok.. tu pe de defaced..
Seram pulak nak beli rumah undercon
0:30 wajib buat crack rumah dulu sebelum buat video aehh abg gan 😂😂
😂
Pernah tak tanyakan AJ Mirror & Deco. Design dia memang cantik especially wainscoting.
Berjiran kita nanti..saya beli Serenia City tahun ni siap😁
bagus bang.. biar developer tgk skali video abg gan ni hahahahaha
Damn,tak tau pula boleh check defect sebelum renovation,xtau ada servis macam ni
pergh sunsuria. gila mahal ni. ak serbey gak monet residebce ni 700k bai 22*70 tu pun rumah tengah. tapi taman tu memang A+++++. LANSKAP CAM.ENGLISH CONCEPT. mai secawan bang gan. saya duk kota warisan sblah tu jr
Water pressure pon kena cek..kadang2 tgh masak kt dapur air laju.. Kat bilik air slow..
Dapur air direct dari meter. Bilk air dari Tangki, pasal tuh berbeza pressure nya. Ini standard design most developer. Unless kamu ubahsuai sendiri saluran paip.
@@mdhafizg apartmrnt rumah aku air semua direct meter.. Xde pakai tangki...ada jiran yg baru beli baru jumpa msalah air pressure kt setiap bilik air dgn dapur bila semua dalam keadaan pasang..mmg slow gila..
Ada 2 cara nak bagi air pressure laju, hacking pipe terus direct meter atau pasang water pump.
harap dapat abg gan tunjukkan repair defect tu. sebab biasa repair makin teruk jadinya. jadi dah tak kemas.
Semoga dimurahkan rezeki abang gan dan Kawan 2
Nanti buat video lagi lepas developer repair semua abg gan. Follow rapat ni utk jadikan panduan diri sendiri.
Developer tak repair semua..konfirm yg kecik2 dia org buat lepas pandang je
selalu pemaju suka lewat2kan berkenaan isu rumah ni supaya warranty tamat tempoh, tempat rumah kami orang dah tak tahan dengan perangai pemaju ada yg sampai bawak parang pegi office, sama mcm isu sampah , pemaju takde informkan dengan Majlis pembandaran , ada yg marah dengan pemaju dicampaknya sampah tu depan office pemaju 🤣
eh berjiran kat monet residence la kita, saya dah siap buat inspection and hantar report ke developer. bab wall finishing kejap je diorang setelkan, tapi yang tile hollow, crack ni dah sebulan tunggu tak start lagi keje. adoi
Tunggu hujan lebat bang..time tu baru keluar semua
Katvluar tu letak carpet grass Gan..jcantik dan waterproof..😁😁😁
thanks bang pengalaman kongsi dgn kami
Kene selalu push tanya bila nak buat pastu kalau boleh rajin dtg tgk bila dieorg tgh repair.
Wall plastering teruk bang...tapi biasanya developer akan main taktik ni utk lari dari buat defects... Dia akan buat buat lambat...last sekali Bini kita bising sebab dah tak sabar nak pindah...suami yg baik biasanya akan mengalah dan terus buat renovation (sebenarnya tak tahan bini bebel 😂😂)...bila kita dah masuk baru developer buat buat laju nak repair... Tapi barang kita dah masuk dah jadi susah...last sekali kita yg kena la...
sebab dia buat lambat2 tu supaya warranty tamat tempoh
Ada tribunal Tuntutan Pembeli Rumah dan kita dilindungi Akta Kemajuan Rumah... Tempoh baiki hanya 30 hari tau lepas hantar report. Tak jugak atau repair cincai mmg kena, ulang repair sampai elok. Klo degil, boleh terus ke tribunal untuk tindakan lanjut.
Boleh ambil tindakan dan dapat cash. Banyak pulak tu. SPA ada kat tangan. Ntah2, boleh pulang modal dan siap dapat cash extra berkepuk-kepuk. Boleh beli rumah lagi mahal, lagi helok dari tu. Cuma kena sabar sekejab dan bt planning.
Klo bini saya bising, saya akan suruh dia bayar SEMUA kos repair klo jahanam kendian dan gitau, "Nnti masuk rumah runtuh, anak mati you tanggung, brani masuk?"
Diam la nnti.
@@yecly tuan, klu dah masuk rumah sebelum developer repair defect, mcmne ye?
@@mohdhakime4549 Dah masuk duduk ke? Maka developer terlepas dari tanggungjawab melainkan kerosakkan pada struktur asas seperti asas rumah runtuh dan sebagainya, baru boleh bukak kes.
Tp klo sekadar calar, retak sikit tak babit struktur asas, ini hanya boleh dituntut SEBELUM MASUK RUMAH.
Once perabut dah masuk. Mmg so sorry... Putih mata sajalah.
Laaa, awat masuk sebelum bt defect? Takkan company yg check defect tak brief dulu. Dah melepas la klo cenggitu.
Macam mechanic kena cari seorang repair and maintain rumah. Beli senang Bela susah.. don't worry bro . Slowly but surely. All the best
Terima kasih abg gan atas perkongsian
Cantik rumah tuu
suruh pemaju runtuh rumah buat lain abg gan byk betui defect
Utk abg gan...buat check dkt wiring rumah juga sblm renovation.....
Utk pastikan wiring ikut spec st atau tk
Assalamualaikum ABG Gan...nanti share Skli hasil yang pemaju buat,dan makan masa berapa lama setelah laporan defecr di buat.. 🥰🥰🥰
Sq feet jgn lupa check. Kalu kurang sq feet boleh la claim duit dekat pemaju.
tq bang gan for sharing..x tlintas plak utk bt defect test..👍🏻
Pendawaian elektrik pun kene cek defect jugak.
Abey Gan, rumah saya yg Flat pon buat renovation di ruang Tamu, bilik kecik Dan tandas pon dah nk 24k tu Dan siap dlm Masa lebih 2 minggu.. Pehhh😭😭😭
Selalu ny defecr kecik2 developer x repair pun. Tile y kosong pun. Ikut brapa persen lonpong. Kalu just 30% jarang diorg tukar.
Wiring jgn lupa cek skli..
Wiring ape yg boleh di cek ek? Bole suh org defect checker tu check skali or kena cek sndiri?
Haha buat renobate lagi lebih defek tamboh keno tutop mata lah sakit jantong dok habis
Contractor nii sepatut kena sepak rumah baru mereka buat macam masak sardine
Sabar je lah Klau beli umah baru dr developer.. sekarang banyak quality out
terima kasih abg gan byk ilmu dpt
bang lepas dorg repair kene check balik sbb dorg mungkin cabut je sticker tu x repair pun.. pengalaman sy baru bli rumah
Itu la pasal bro. Pemaju mana nak layan sangat kecuali kau ada duit la nak bawak lawyer.
@@hakimmazlan3770btl tu, ade mase bleh re check blk defect tu dh repair atau x.. lg 1 mase submit report defect tu cc kan skali ke KEMENTERIAN perumahan.. ape lupa dh name die bleh google
@@mohamadsyahmi11 see. Kadang2 kita sendiri pon tak mampu nak bayar dua biji rumah( rumah baru beli dan rumah sebelum ) sementara nak tunggu kes tu setel. Sekarang nak tahu apa yang pemaju tu react kat rumah Gan tu. Kalau setakat stain tu boleh la tu. Kalau major defect .fuhhh.
check wiring jugak upah wireman yg btauliah
Abg gan nak lagi bagus panggil waremen check wayer bumi tgk berape ohm bumi rumah tu..nk bawah (10 ohm) bacaan dye..kalau x nnti bila petir habis barang electric 0oo.
wiring pun kena cek juga tu.
Salam abg gan......defects DB ,plug ,join2 n wayar bumi dlm rumah abg gan ikut spek tak.....cheak semua sebelum buat apa kat rumah 2.......pemaju bagi jaminan lepas kuar cc dalam 2 tahun kot.....abg gan cheak balik sebelum terkena....
Terbaik
Welcome to Sepang hehe
Jom ngeteh2 area sini haha
bg sy abang gan, crack, hollow, leaking dan ponding bnda yg xleh tolerate. ni kira major defect. finishing sy boleh tolerate lg kalo stkt kcik2 defect tu.
Fasih betul cina ni ckp melayu...aku subcribe terusss....👍
Tgk nnt apa respon developer. Bab ngelat keje defect ni mmg biasa.
Bang Gan, cari interior designer yg design buat Rumah Aliff Syukri. Interior designer yg AS guna ada pengalaman handle projek hotel 5 star kat KL (Mandarin Oriental).. Baru padu rumah abang Gan nanti 😎😎😍😍😍
Bajet 🤣
Abg Gan, mohon share ig/fb defector yg cek rumah abg tu. Mcm detail betul dia buat keje. Sbb rumah vp lg 3 bulan je ni, risau plak 😬
Plastering Crack, itu NormaL lah, Touch Up dgn Simen Puteh jer. Kasi FiniShing, MaKe Up Chantek2🤩!
Macam Muka Kita, Ada Fine LineS, Muka BerKedut, Tampal dgn Bedak, Tutup Crack2 muka🤣 Bagi ChanteK ! So Sama lah Dgn FlooR & Wall Rumah, KaSi Tutup Crack TouCh Up Chantek2 !
kami baru buat renovation biasalah kontraktor TAK GUNA ni bila sebelum buat semua Yes Sir, time dapat duit Alasan berjela2 siap tinggi suara dengan mak saya, dia fikir kita takde maruah agaknya, time bayaran akhir saya TOLAK DUIT bayaran tu , dahlah curi cat orang, buat rumah ikut kepala bapak dia sendiri dia fikir orang dapat duit guna ludah, time dia call saya cakap dengan dia balik, TIADA TAMBAHAN DUIT!!
bnyk nya defect..bayar mahal kot...dh bayar mahal, bg la barang berkualiti..
xpe abg Gan...buat je dua kali..
Aq teringin nk tahu berapa lama tempoh dia datang nk baiki. 😂
Lawa rumah abang🤩🤩
biasala develepor ni, buat ala kadar je.. mcm rumah kakak saya lps duduk 3 tahun baru tahu ada masalah salur taik, call pemaju dia kata dh xleh claim kt dia.. mintak tlg indah water dia kata lak kena sdiri byr dlm kos 3k.. mana nk buat.. haih kena korek.. so sdiri buatla bukak sewer tu jolok sdiri kasi air taik xmelimpah
Usha2 la idw design bang
Boleh try idw design & build
Byk info channel abg gan..terbaik
Skirting tile kosong sikit xpe
ggwp lah rumah mcm nih😂
Mahal x upah team cek rumah tu dalam berapa kena?
Nampak teruk rumah Bro Gan. Aku dulu tak seteruk ini.
biase diorg buat xtau je bang..duit dh hbs
Kawasan yang you beli rumah adakah tempat BANJIR. Very important Brother.Setahu saya kota warisan banjir KILAT yang melanda baru baru ini.
cantiknya rumah bang.. berapa ringgit. ni
Nanti abang Gan share, developer baiki ke... haha.. saya hari tu banyak jugak defect tanda (tapi tak sebanyak abg gan), tapi dia buat yang obvious je. Cat2 tak rata tu, dia cat balik yang tak rata tu je. Jadi ending dia still tak rata. Hahaha... Last2 2-3 bulan tak setel, saya pasrah je..
Ehhh.. Eyyyy sayang abang, kan ada tribunal Tuntutan Pembeli Rumah? Kan abang dilindungi Akta Kemajuan Rumah... Tempoh baiki hanya 30 hari tau lepas hantar report. Tak jugak atau repair cincai mmg kena, ulang repair sampai elok. Klo degil, abang boleh terus ke tribunal untuk tindakan lanjut.
Abang boleh ambil tindakan dan dapat cash. Banyak pulak tu. SPA ada kat tangan. Ntah2, boleh pulang modal dan siap dapat cash extra berkepuk-kepuk. Boleh beli rumah lagi malah, lagi helok dari tu. Cuma kena sabar sekejab dan bt planning.
Sayang seribu kali sayang... Abang xtau ke?
@@yecly depends on siapa pemaju jugak. In my case pemaju local developer yg mmg fokus negeri sini je. Complain kat developer macam ni, dia akan cakap rumah kita beli harga dah murah. Lagipun bila renovate benda mcm cat tu naturally akan dibuat semula. Kalau cat bertampuk2, nothing short of cat semula the whole thing akan fix the problem. Cuma mmg susah sangat lah nak cari developer yang akan buat macam tu.
Kita kena faham jugak, for developer biasanya construction team diorg dgn warranty defect repair team diorg berbeza. Ada sesetengah tukang yang ada dlm team construction, xde dalam team warranty defect (contoh: tukang plaster). Jadi apa2 time defect, yg akan fix nanti maybe jack of all trades je, instead of specialist.
Plus value of your time. Utk sesetengah orang, make sense utk buat dokumentasi dan pergi tribunal, dapatlah 5 ribu, 10 ribu atau beberapa ribu. Untuk sesetengah orang, lagi jimat duit dan masa dia untuk move on je.
Again, benda2 macam ni good on theory tapi praktikalnya berbeza. Bila kita melaluinya baru tahu dan kita akan belajar melalu experience.
Dari kongsi experience macam ni, kita tahu developer mana yg kita nak blacklist, baru dpt bezakan experience beli rumah dkt NS vs east coast vs Klang Valley (for me).
Overall, ini macam compare and review workshop kereta la. Kalau ada satu workshop tu baiki kereta kita, tapi buat kereta kita makin jahanam, sekali dua kita pergi lah suruh dia baiki balik, rework. Tapi kalau dah kali ketiga, keempat dan kelima, masalah tak selesai2, kita nak pergi lagi ke, suruh dia rework? Ke kita pergi cari mekanik lain yang lagi power je.
Diharap pencerahan ni membantu tuan Aliff.
@@BajetBest Lebih dari 30 hari, tak repair, boleh lantik kontraktor untuk repair dan hantar quotation kepada developer. Then we deal with lawyer. Trust me, they CANNOT RUN, either pay or jail. Even lawyer punya fees pun, diorg kene bayar, not us. This is not kes cerai, ni penipuan dan pelanggaran kontrak. Ada akta.
Harga murah ke, seringgit ke, percuma ke, that's not the issue. The issue is, you give a contract and the deal has been signed. Contract is vary tp apa yg dijanji, mesti ditunaikan ikut lunas undang2. Give the promised or get busted.
Move can... But it will haunt you forever.
For me, moving is not about desperation but actual planning. Tapi saya faham klo abang terdesak, bini dah bising, and you HAVE NO CONTROL of that. It's personal choice. Not the best choice, but your choice nevertheless.
@@yecly betol juga jangan biarkan mereka menang mudah.
Teruk sgt pemaju ni bang. Banyak sgt defect tu. Org biasa sikit2 je tu normal la. Ni terlampau banyak. Rumah harga mahal. Kerja out.
Bang gan, wife saya ada mengajar home tuition kat sini. Tgk rumah student besor2. Tu follow rapat tgk review abg gan gak haha
Ty bang sebab share
dia check bumbung sekali tak RM800, wiring? piping? selepas pemaju repair, kalau kita panggil balik utk check balik yg dah repair tu, charge lain tak? maaf byk tanya, pasal nk check defect rumah baru saya, tak ada pengalaman,TQ
nak tyn abg syarikat yg buat checkin defect ni
Wiring dan bumbung pun diorg check ke?
Banyak marking pun x guna. X de masanya developer nak fix. Blkg rumah laluan Power Grid line adeiiii😅