JALAN-JALAN KE BORNEO CULTURES MUSEUM, KUCHING

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 9 ก.พ. 2025
  • #mysufrichannel #borneoculturesmuseum
    Muzium Budaya Borneo, muzium terbesar di Malaysia dan kedua terbesar di Asia Tenggara akan dibuka kepada orang ramai bermula 9 Mac depan.
    Muzium Budaya Borneo akan menjadi tarikan atau destinasi wajib dikunjungi di Kuching.
    Tiga tema dipilih bagi setiap aras bangunan muzium itu, iaitu 'Sayangi Sungai Kita' (Aras Dua), ‘Harmoni dengan Alam Semula Jadi (Aras Tiga), 'Perubahan Masa (Aras Empat) dan 'Objek Keinginan' (Aras Lima).
    Aras Dua direka bentuk bagi memenuhi tanggungjawab sosial dengan memperkasakan imaginasi kanak-kanak dan penjagaan alam sekitar.
    Aras Tiga pula meneroka hubungan antara manusia dan alam semula jadi, manakala Aras Empat mempamerkan sejarah Sarawak dan Borneo dari zaman pra sejarah hingga tahun 1970an dan Aras Lima menempatkan objek-objek paling dihargai kumpulan etnik Sarawak.
    Selain itu, ia akan menawarkan pengalaman mendalam dan menarik kepada pengunjung kerana menggunakan teknologi audio visual juga realiti terimbuh (AR).

ความคิดเห็น •