JOHOR KAYA DENGAN WARISAN SENI DAN ADAT BUDAYA

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 17 ต.ค. 2024
  • JOHOR KAYA DENGAN WARISAN SENI DAN ADAT BUDAYA
    DYMM Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, bertitah Baginda amat bangga dengan kesenian tradisional Johor seperti busana dan tarian, serta bakat-bakat pelukis di negeri ini.
    Baginda bertitah, lawatan kerja Pengerusi Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara, Datuk Tom Abang Saufi ke Johor merupakan pengiktirafan kepada seni budaya negeri ini.
    “Bila ada tetamu seperti Datuk Tom Abang Saufi serta delegasi dari Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara yang berminat dengan kesenian dan budaya, saya amat suka kerana berpeluang membawa mereka melawat tempat-tempat kesenian seperti Yayasan Warisan Johor.
    “Begitu juga lawatan ke Hujung Tanah Art Residency di Pontian pada hari ini,” titah Baginda Permaisuri Johor kepada Royal Press Office (RPO).
    Datuk Tom, yang juga pereka fesyen tersohor negara, memuji usaha Johor yang amat menitik beratkan pemeliharaan seni dan warisan budaya negeri.
    "Seni budaya di negeri Johor amat menyeluruh, ia sebuah gaya hidup orang di sini dan saya berpandangan ini adalah hasil peranan yang dimainkan Keluarga DiRaja Johor dan Kerajaan Negeri dalam memayungi warisan budaya.
    "Ia bukan sahaja berjaya memelihara warisan ini daripada peralihan waktu, tetapi juga membawanya ke satu tahap lebih tinggi dan ini adalah kejayaan hasil kepimpinan yang baik," katanya.
    Datuk Tom juga tidak menolak kemungkinan untuk melaksanakan kerjasama dengan pemain bidang seni di Johor.
    "Bidang seni di wilayah Nusantara ini banyak berkait antara satu sama lain. Program 'outreach' yang kita rancang akan memberi peluang penggiat seni untuk bertukar-tukar buah fikiran mereka.
    "Saya menjunjung kasih kepada Tuanku Permaisuri kerana sudi meluangkan masa berangkat melawat pusat kegiatan seni di Johor bersama rombongan kami," katanya.
    Ends

ความคิดเห็น • 11

  • @tanjiinching3430
    @tanjiinching3430 3 ปีที่แล้ว +1

    👸👍💓

  • @muhammadzulkarnain3524
    @muhammadzulkarnain3524 2 ปีที่แล้ว

    Kekalkan warisan sedia ada demi tatapan dan teladan untuk generasi mereka yang akan datang...

  • @farizalmokri9914
    @farizalmokri9914 4 ปีที่แล้ว +1

    Ampun tuanku..tuanku sememangnya berjiwa murni..
    Pada emat patik yg hina ini..tuanku lah yg boleh membantu rakyat malayu kembali bersatu utk menentang fitnah yg dibuat oleh kaum2 dajjal..ampun tuahku beribu ampun sembah patik harap diampun...umno milik malayu dan raja2 malayu..daulat tuanku

  • @mikhail7626
    @mikhail7626 4 ปีที่แล้ว

    Love it😍••••AMPUN TUANKU

  • @arozainie1543
    @arozainie1543 4 ปีที่แล้ว

    Daulat Tuanku.!

  • @faridzakaria6403
    @faridzakaria6403 4 ปีที่แล้ว

    Subhanallah Alhamdulillah Allahhuakkbarr

  • @hanhhuynhthibich6372
    @hanhhuynhthibich6372 4 ปีที่แล้ว

    😍😍😍

  • @0-lelaki_misteri-0private4
    @0-lelaki_misteri-0private4 4 ปีที่แล้ว +1

    Ampun Tuanku.. Hamba Teringin Nak Jumpa TMJ.. Tapi Duduk Jauh

  • @hanhhuynhthibich6372
    @hanhhuynhthibich6372 4 ปีที่แล้ว

    raja yang baik hati

  • @roslaneiyon4560
    @roslaneiyon4560 4 ปีที่แล้ว +1

    ALLAH PELIHARAKAN SULTAN

  • @rii2388
    @rii2388 4 ปีที่แล้ว

    Ampun Tuanku Dymm sultan Ibrahim Al hajj Ibni Almarhum sultan Iskandar Al hajj Dymm sultan johor