ANAK Buloh Betong (1966) Filem Malayu Klasik (1)

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 2 ต.ค. 2024
  • Filem Anak Buluh Betong merupakan sebuah filem Malayu yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 1966. Filem Anak Buluh Betong diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.
    Raja Bangkahulu (Aziz Jaafar) menjumpai seorang bayi lelaki di pohon buluh betong semasa berburu bersama pengikutnya di hutan. Baginda dan Ratu Ratnasari (Rosnani Jamil) memelihara bayi tersebut dan menamakannya sebagai Tengku Rangkas. Apabila meningkat dewasa, Rangkas (S. Rosley) menjadi semakin buas apabila ramai gadis-gadis kampung diperkosanya.
    Perkara itu telah disampaikan oleh Panglima Halilintar (Ahmad Mahmud), namun tidak dipercayai oleh Ratu Ratnasari yang ketika itu sedang hamil. Apabila berlakunya kejadian apabila sahabat baik Raja Bangkahulu iaitu Orang Kaya Manera (A. Rahim) telah dipukul hingga cedera parah dan isterinya telah dicabul kehormatannya, barulah pasangan diraja itu mempercayainya.
    Rangkas mula menderhaka kepada keluarga angkatnya setelah dihalau oleh Raja Bangkahulu lalu kembali dan merampas takhta ayahanda angkatnya. Panglima Halilintar dan isterinya menyelamatkan Raja Bangkahulu dan Ratu Ratnasari, namun raja itu telah mangkat dan ratu akhirnya melahirkan seorang putera yang diberi nama sebagai Tengku Bujang Jauh. Putera itu dijaga dan dilatih oleh Panglima Halilintar akan ilmu pertarungan bagi menjayakan misi mereka untuk merampas kembali takhta dan menuntut bela atas kemangkatan Raja Bangkahulu.
    Semasa upacara pernikahan Tengku Rangkas dan Tengku Puteri Mayang Mas (Saadiah), Tengku Bujang Jauh muncul dan berlakulah pertarungan diantara kedua-dua mereka. Akhirnya Rangkas berjaya ditewaskan dan melarikan diri ke dalam hutan. Sebaik sahaja sampai ke pohon buluh betong, dia mendapati pohon buluh itu telah dibakar dan Panglima Halilintar muncul lalu menghumban Rangkas ke dalam pohon buluh yang terbakar itu. Tamatlah riwayat putera buluh betong itu.
    Tuan Puteri Buloh Betong - Dalam filem Laxmana Do Re Mi terbitan Merdeka Film Productions, Do bertanya sama ada Tuan Puteri Buloh Betong ada pertalian dengan Tengku Rangkas. Tuan Puteri Buloh Betong menjelaskan bahawa Tengku Rangkas merupakan ayahanda baginda. Kemungkinan pada suatu ketika selepas merampas takhta Raja Bangkahulu, Tengku Rangkas telah menghamili wanita yang tidak diketahui, dan Tuan Puteri Buloh Betong dilahirkan selepas kematian Tengku Rangkas.
    DIBINTANGI:
    Aziz Jaafar sebagai Raja Bangkahulu/Tengku Bujang Jauh
    Ahmad Mahmud sebagai Panglima Halilintar
    Noormadiah sebagai Isteri Panglima Halilintar
    Rosnani Jamil sebagai Ratu Ratnasari
    S. Kadarisman sebagai Penghulu
    Saadiah sebagai Tengku Mayang Mas
    A. Rahim sebagai Orang Kaya Manera
    Kuswadinata sebagai Panglima Toba
    S. Rosley sebagai Tengku Rangkas (Pelakon Baru)

ความคิดเห็น • 1