Banyak ilmu yg saya dapat dari UND dan Sidang Kalam.Tetapi dalam dalam isu terkini saya tidak bersetuju dengan hujahan UND.Setelah mendengar hujahan Kapten menambah keyakinan saya kepada manhaj salaf.Jazakallah Kapten semoga Alllah sahaja yg membalas atas semua usaha Kapten memberi penjelasan kepada umat.
Rujukan saya, Maulana Asri Yusuf, Maulana Fakrurrazi, Dr Maza, Dr Rozaimi, Ustaz Adli, Ustaz Halim Hassan, Kapten Hafiz Firdaus, Ustaz Khairul Anwar dan ramai lagi, bila bercakap akan masalah ini saya dapati UND telah mempamirkan kelemahan diri, semoga Allah membuka hati beliau untuk memerima yang sebenarnya.
Ada satu ayat Dr.maza yang saya pegang... Allah ni tuhan yang maha berkuasa. Dia adalah pemilik segalanya. Dia memiliki segala ruang dan tempat...dia adalah pemilik masa. Dia tak perlukan arasy untuk tunjukkan kekuasaanNya...Dia yang menciptakan arasy. Cuma dalam AlQuran...Allah istawa' di atas arasy. Di mana arasy? Wallahualam....tinggi mana langit yang Allah cipta? Wallahualam....kita letakkan itu pada kekuasannya...
Arash adalah makluk paling besar ciptaan Allah.bumi bentuknya bulat.bila berada di setiap penjuru bumi pasti ada langit ini bermakna langit pn bulat.manakala arash berada di atas langit.contoh bentuk arash seperti sebiji bola.arash ibarat bahagian paling luar iaitu kulit.bahagian kulit bola ada adalah paling besar bagi sebiji bola.terdapat dua entiti sahaja iaitu Allah dn makluk.semua makluk berada di dalam arash.cuba lukis sebiji bola di kertas A4.ibaratkan bola seperti arash dn Allah sebagai A4 yg kosong(cuma contoh)j adi walau di mana kita berada Allah tetap berada di atas arash.Allah terpisah dgn makluk.jika kita padam gambar bola(tiada arash dn makluk)cuma tinggal A4(cuma tinggal Allah yg kekal)
Alhamdulillah. Sy fhm sepertimana yg Tuan Kapten Hafiz jelaskan. Sebab waktu belajar sifat 20 dahulu sy rasa “something wrong”. Kenapa perlu difikirkan atas perkara yg tak perlu kita fikir. Kita serah makna selayaknya bagi Allah. Itu paling tenang dan selamat bagi saya.
Allah wujud itu benar!! Adakah wujud Allah itu falsafah Wahabi mengatakan wujud Allah adalah falsafah!! Kita telan bulat2 Kenapa jadi macam tue,,,haha Wahabi itu ajaran sesat telah menunggu beratus tahun untuk bangkit Dia kata sifat 20 falsafah Kalau wujud Allah pun falsafah!? Di mana rukun iman?! Beriman adanya Allah Semoga Allah sedarkan kita semua,mohon maaf kalau komen sy kurang senang, Sifat 20 itu bukan di atas kitab sahaja,perlu di praktikkan pada diri,,,bila salah faham,,,habislah,,kita kena bohong bulat2 Orang kata falsafah kita pun ikut jugak falsafah haha Harap sahabat faham
Tujuan ilmu sifat 20 disusun adalah untuk melawan ajaran mu'tazilah yg mendahulukan aqal berbanding wahyu...maka imam Abu hassan asya'ari lawan mereka juga menggunakan hujjah aqal.. Kalau dahulu ada golongan muktazilah utk dibanteras...sekarang ada golongan atheis ( tidak percaya tuhan) mcmana awak nak berhujah dgn mereka kalau tidak dengan hujjah aqal...lagilah memerlukan sifat 20 Harap awak dan kpten hafiz tambahkan lagi bahan bacaan
@@azfarmuhibbin3426 engkau je lah pegi baca ngaji balik. Komen pun dh putar belit sna sini. Ngaji sifat 20 tak hbis, kemudian nk tuduh pembelajaran Sifat 20 "something wrong". Nk menipu je Keja kau ye
Salam Captain, 1. Impressive. Absolutely Impressive! Hujah Captain sangat baik. Sangat senang utk difahami. 2. Saya juga menonton video 3 jam Ustaz Noor Deros tersebut dan alhamdulillah dapat memahami hujah² Asya'irah. 3. Hasil drp menonton hujah kedua2 pihak Asya'irah dan Salafiyah sedemikian, saya semakin faham Manhaj Aqidah kedua2 pihak. Both parties have presented a very good academic discourse. 4. Perhaps one day Captain boleh menulis pula sebuah buku mengenai "Comparative Manhaj" supaya umat Islam dapat memahami perbezaan di antara Manhaj Salafiyah dan Manhaj Asya'irah. Jazakallah.
Dan yang penting tanpa mentakfirin dan menfitnah antara satu dengan lain sebagaimana yang di lakukan asatizah² zaman ini. Ini kerana kedua²nya adalah Ahlul Sunnah Wal Jamaah. WAllahu Alam bisyawab...
@@aminuddinrahman9224 Betul sgt² tu. Saya sgt setuju. Mungkin pula, kita (org² awam spt saya) akan dan boleh tunjukkan contoh yg baik kpd para Asatizah yg suka tuduh menuduh & label melabel di antara satu pihak dgn yg lain. Insya Allah, akhirnya orang awam yg akan bersikap lebih mulia dan mempunyai kebijaksanaan lebih tinggi drp para Asatizah terlibat. Wallahuaklam
Terima kasih atas pencerahan nya Ustad Hafis Firdaus ....Dalam hal memandai kan umat ...Kami tahu mana yang tak tahu berhujah dgn dalil .. semoga Alloh SWT manjangkan umur Ustad ... Amiin ..
Semalam bila tgk video UND,sy resah kerana menyangka tiada asatizah akn kedepan dlm mnyangkal isu ini demi mnjaga hati3 pengamal ahli kalam,terima kasih capt👍👍👍👍
Saya respect UND dgn keilmuan beliau....tetapi saya lebih YAKIN LAGI PERCAYA DAN BERIMAN dengan apa yang ALLAH MEMBERI TAHU kepada kita tentang diri NYA.
Aneh. Asyairah juga beriman kepada alquran. Bezanya adalah cara memahami ayat. Beza pada menetapkan mana ayat sifat mana bukan, mana boleh takwil mana tak boleh. Tafwidh dalam dua2 aliran ada. Takwil dalam dua2 aliran ada
Inilah sebabnya..... Capt selalu...... dicemuhi..... dibenci dan dikutuk..... terutama oleh puak2 asamjawa Dan geng2 tarikat sesat huhuhu hahaha Sbbnya......Dengan izin Allah..... Setiap kritikan..... Setiap react dan hujah dari Capt sungguh TAJAM. TAJAM bermakna...... sungguh mantap..... Straight to the point dan ia dengan ilmiah yg membuat pihak lawan koyak.... kaku Dan tak mampu menjawab dengan secara ilmiah.... Alhamdulillah Ala kulli haal Jazakallah khairon kathiro Capt Wallahu A'lam
Hypostatic union yg layak bagi tuhan.bila samakan Allah dgn makhluk sbbtu x bole terima hypostatic union. Kalau hypostatic union ade dlm kitab, kitab itu perlu disemak. Kitab Allah xkn ada percanggahan. Mustahil hypostatic union ada dlm kitab. Hypocrite union dan tauhid adalah percanggahan.
@@SidangKalam satu lagi point ustaz.. maklum tahu atas itu adalah amrun iktibari.. Jadi kalau kata Allah di atas SECARA HAKIKAT. Yg perlu disoal bukan atas tu apa. Tapi "SECARA HAKIKAT" tu apa? Hehe.
Alhamdullilah yg terbaik dan jelas sejelasnya. Sedihnya Ust ND yg sebenarnya seorang yg bijakpandai masih nak pertahankan pandangannya walaupun saya confident beliau telah menyedari kesalahan nya yg dah tentu besar tapi oleh krn nafsu tak nak mengalah dan terima kebenaran, dia akan terus dgn fahamannya yg cetek dan tak masuk akal. Secara langsung akan mengelirukan semua penyokongnya sebab takut malu drp takut Allah SWT saja. Sebaliknya aliran AlAsyairah telah diselewengkan sendiri oleh keilmuan mereka dan tidak lagi mengikuti pengasasnya yg sebenarnya bersandarkan dan berlandaskan Salafiah jua. Saya mohon Ust ND dan ust2 lain yg masih berdegil tolonglah betulkan tafsiran2 yg dibuat sebab dah tentupun salah jika menghadkan Sifat2Mahasuci Allah kpd hanya 20 saja walhal Asmaul Husna telah list sekurang2nya 99 jumlahnya - n why are we counting pun. I beg you all to correct what’s have gone wayward and knowing akal dah tentu ada limitnya jika nak banding dgn the unlimited knowledge of Allah SWT. Maaf kalau saya tegas dan hard hitting sebab niat nak berbaik dan menyelamatkan sdr2 kita semua seagama. Tidak just tutup saja pembayasan isu ini sebab banyak lagi benda yg lebih mustahak utk kita ummah tumpukan. This one is a major DISTRACTION atau HELAH utk membantutkan kemajuan Islam dan ummah di M’sia dan sejagat.
MasyaAllah tabarakallah.. kupasan yg jelas dan terbaik utk memahami bagaimana dan utk taat kpd firman Allah bhw Allah dilangit.. tidak perlu ditakwil²... Allah spt apa yg disifatkan oleh Nya.. yg cuba mentakwil² pasti akan "kelaut" yg akhirnya akan membawa kpd menyamakan sifat Allah dgn sifat makhluk tanpa sedar spt yg berlaku kpd sidang kalam.. UND lupa bhw akal manusia terbatas dan disbbkan keterbatasan itu Allah melarang mentakwil² pada perkara² yg jelas dan tidak yg boleh ditakwil.. tidak ada yg lebih benar selain dari kefahaman salafussoleh spt yg difahami oleh para sahabat..
Orang awam yg cinta kebenaran teruskan mencari dgn mengkaji kedua2 kaedah tauhid tersebut. Aku dah buat...result nya ..aku hijrah ke manhaj aqidah salaf 😊
Terima kasih tuan kapten... Penerangan yg cukup jelas Dan padu... Menambah kefahaman Dan keimanan dgn ayat2 Quran n sunnah... Semoga Allah merahmati tuan kapten n keluarga....😊❤
Sebenarnya mls aku nk puji capt, tp... Terpaksa juga puji..😅.. penerangan terbaik capt. terutama nada suara semasa beri keterangan. Tak kelihatan sombong.. ni UND kena belajar dari captain 😂
Saya juga turut bersama capt dan kelompok salafi..saya merasakan pegangan dan fahaman salafi dalam isu akidah dan sifat sifat Allah lebih tepat. Moga moga kita semua tergolong dalam kelompok golongan mereka2 yang sentiasa berada diatas sunnah dan mendapat redho ALLAH seperti dalam firmanNya dalam surah At Taubah ayat 100.
Inilah masalahnya. Semoga saudara tidak merasakan manhaj saudara sahaja yang di atas sunnah manakala asyairah tidak, apabila pada hakikatnya asyairah adalah ahli sunnah wal jamaah
@@MrStranger90 maaf..saya cuma berpegang dengan ayat 100 surah At Taubah dan saya akan berusaha sebaik mungkin untuk berada dalam kelompok yang dimaksudkan..
Mohon maaf Para imam salaf ada masalah ke dengan wujud Allah,qidam dan baqa Mereka pun sepakat dengan imam Ashaari Tapi kaum mudani,,,,tak habis2 salah faham Akhirnya hukum orang sesat Kaum muda kefahaman sangat keliru dan memutar belitkan fakta Bagi orang tahu ,tidak akan keliru dan sangat jelas nampa Mudah2 kita sedar sapa yang betul sapa yang salah
@@sakuralee6381 maaf juga.. bila pula imam2 salaf bersetuju dengan sifat 20? Setakat imam salaf setuju dgn beberapa sifat yang ada dalam ajaran sifat 20 itu pun dengan pemahaman yang ikut dalil bukan ilmu kalam/falsafah..jangan petik macam semua imam2 salaf bersetuju dengan sifat 20 imam asyaari.. Kot ya..imam 4 mazhab utama takde sorang pun yang setuju dengan keseluruhan akidah 20..imam salaf mana yg anda maksudkan ni?
@@theduke_8778 Bagi tahu saya sifat apa yang ulama tidak setuju itu?? Sy pun nak tahu Boleh bagi tahu sy sifat Allah apa yang Ulama tidak setuju!? Setahu sy tidak ada masalah Maaf yea
Masalah utama kt sini adalah UND menganggap semua nas harus ditaqwil utk selari dengan dunia semasa hingga ayat dan hadis Sifat Allah swt. Sebab inilah Hadis Jariah pun beliau menggunakan nukilan Dr Umar sebagai Hadis yang menyokong until membuat kesedaran kita supaya menerima orang2 yang OKU seperti manusia yang lain. Kita pun boleh lihat didalam kuliah UND. Kalau boleh UND mahu membawa kita supaya menggunakan Al Quran dan Hadis untuk membawa pembaharuan kepada kita ummat Islam. Berbeza dengan Ustaz Syihabuddin, usaha memandaikan ummat untuk bijak berfikir, Al Quran dan Hadis tidak banyak digunakan untuk ditaqwil supaya selari dengan dunia semasa tambah2 jika melibatkan ayat2 Sifat Allah swt.
Alhamdulillah. Terima kasih banyak Kapten atas perkongsian ilmu. Sedikit tambahan, begitu jugalah Allah sifatkan makhluk-Nya yang dikategorikan al-ghaibiyat seperti Ruh (jelas dinyatakan ia urusan-Nya), malaikat, hari akhirat, syurga, neraka dan lain-lain. Cukuplah dengan maklumat dari al-Quran dan as-Sunnah. Sudah tentu akal tidak mampu untuk mensifatkan perkara-perkara tersebut. Namun begitu, dituntut pula untuk beriman dengannya.
Allahu Akhbar.. Alhamdulillah.. JazakAllahu khair ya Capt Hafiz. Satu pencerahan yang amat jelas mengenai sifat Allah dengan memperincikan ayat² mutasyabihat. Moga Allah sentiasa memelihara Capt dan pencinta² sunnah baik dari golongan Salafi mau pun golongan Ashairah. Moga golongan Ashairah lebih memahami penjelasan Salafiah ini. WAllahu Alam..
Saya pun confius dgn Ustaz Noor derus nasib la saya tidak terpengaruh... Alhamdulillah, jelas kapten.. cukuplah saya pegang Al-Ikhlas. jelas padat dan terang, Allah dah terangkan tentang diri-Nya dalam ayat ke-empat tu... dah boleh meruntuhkan semua hujah yang ada.. tak perlu jawab menjela jela sampai pening kepala sehingga menjadi complicated. Allah dah beritahu dengan bahasa yang padu, mudah, indah, jelas dan terang untuk kita semua fahami; namun ada manusia yang menjadikannya susah.
I respect UND’s knowledge and wisdom, but in this sense, i think he just went overboard… but this doesn’t mean I hate him. Cuma dalam hal ini, saya rasa UND perlu lebih berhati2… adalah lebih baik beliau menerangkan pendirian asyairah dalam hal ini tanpa mencipta falsafah2 utk dispute kaedah salaf… saya suka cara maulana asri Yusoff mengupas isu ini…
Pehak yang tak dapat terima Allah SWT dilangit membayangkan bahawa Allah SWT itu seolah oleh dilingkungi oleh langit. Walhal langit Dan alam semesta ciptaan Allah SWT ini adalah sebesar debu atau lebih kecil lagi jika nak dibandingkan dengan Arasy Allah. Apatah lagi nak dibandingkan dengan Allah SWT.
Alhamdulillah. Hikmah kritikan drp sahabat2 manhaj akidah Al Ash’ari menyebabkan ramai org zaman sekarang memegang manhaj Salaf. Ini berbeza dgn zaman dahulu dimana hanya dikalangan segelintir sahaja dan satu negeri yg kecil.
Sidang Kalam aku dengag, Capt aku dengag. Kedua2nya perbincangan ilmiah yg baik. Kedua2nya dapat memberi kefahaman yg lebih baik d setiap tajuk yg dibincangkan.
Terbaik intro, penjelasan & penutup, Capt. Jelas. Kita perlu sedar yg perbezaan manhaj ini, seperti juga dalam bab fekah, telah seribu tahun tanpa penyelesaian. Tetapi ada jalan tengahnya iaitu kita berlapang dada bilamana kita saling memahami alasan kenapa masing² mempunyai sudut pandang yg bertentangan, selagi mana masing² berhajat utk mentanzihkan Allah jalla wa 'ala.
Alhamdulillah. Terang n jelas, well said, well explained. Note: I like UND, dalam "subject" ni saya tak setuju dgn dia. Mereka2 guna kaedah "ilmu kalam". *Penerangan ringkas tentang "ilmu kalam" bolih rujuk kepada Syaikh Wan Syukri Al Fathoni.
Sy pun suka rujuk ustaz Dr baba wan syukri fattani dlm issue semua issue n ceramah dio.. jikalau tuan tidak keberatan cuba tuan cari buku “evolusi gerakkan penyelewengan dalam islam “ In shaa Allah byk manfaat didalam tu berkaitan dgn issue ini.. buku itu ditulis oleh ustaz asrie sobrie rahimahullah..
benar..salaf juga ada takwil tapi bukan menjadikannya satu mazhab..mazhab takwil adalah method yg bertujuan menakwil apa saja ayat yg dirasakan mutasyabihat terutamanya ayat2 sifat..lebih tersasar jika mengambil sumber dari ilmu kalam greek(aristotle,plato)..jahmiyyah,kulabbiah,muktazillah antara menggunakan ilmu kalam sebagai method tapi sudah tersasar jauh..kulabbiah dikatakan masih selamat ..akhirnya muncul asyairah,maturidiah dari akar kulabbiah lalu membawa ilmu kalam lebih dekat dgn ASWJ..wallahu a'lam
Pendekatan yang dibawa oleh Imam Al-Asy'ari adalah untuk menghadapi hujah golongan Muktazilah yang pesat berkembang ketika itu di mana mereka mendapat sokongan daripada pemerintah2 kerajaan Abbasiah bukan terhadap Salafiah. Banyak persamaan dalam persoalan akidah antara aliran Salaf dan Asya’irah, iaitu; • kededua pihak jelas mensucikan Allah taala daripada menyerupai makhluk. • kededua pihak meyakini bahawa maksud sebenar ayat mutasyabihat bukanlah maksud zahirnya yang menyerupai makhluk. • kedua-dua pihak mengetahui lafaz yang digunakan dalam ayat-ayat itu adalah lafaz yang difahami oleh manusia dan dapat dirasai oleh pancaindera. Walaupun bahasa Arab luas, tetapi ia tidak merangkumi semua hakikat ilmu. Hakikat Allah s.w.t tidak mampu diterangkan oleh keterbatasan bahasa itu. Bahasa adalah sesuatu yang terhad kerana ia difahami dari sudut makna lafaz sahaja. Menentukan makna hanya dari sudut lafaz sahaja tidak memberi erti yang tepat. • Kededua sepakat pada keharusan takwil. Perselisihan hanya pada keperluan menentukan makna takwil yang diperlukan bagi menjaga akidah masyarakat umum daripada menyamakan Allah taala dengan makhluk. Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi berkata, “Perselisihan seperti itu tidak perlu dirumitkan dan diperbesarkan" . Akidah Salaf & Khalaf (Dr. Yusuf Al-Qaradhawi)
@@MrStranger90 ahli sunnah ( org yg mengikut sunnah nabi dan para sahabat) al jamaah ( dlm kebenaran walau pun dlm bersendirian). Sya menghormati asyaairah tapi yg lbh selamat adlh mengikuti jln salafussalih dlm memahami agama.
@@qismudakwah7934 inshAllah amin asyairah termasuk kalangan ahli sunnah.. Aku tak kata pun ahlu bidaah. Kita berbeza aku pilih pendekatan salaf kamu pilih pendekatan asyairah..
@@qismudakwah7934 Imam Ashaari pewaris ilmu tauhid Tabiin attabiin,Al tabiin,para imam,para Ashabi dan Rasulullah saw Yang baca kitab tauhid kebanyakan mereka tidak faham Akhirnya mereka menuduh imam Abu Hassan Ashaari sesat Sedangkan akidah imam ijmak ulama salaf dan khalaf Telah mashur
Yg mengaitkan Allah dgn makhluk ni siapa ? Salafi atau asya'irah??? Cuba kita tgk apa kata Salafiyyah. Ulama salaf kata Allah istiwa' di atas arasy, dan disambung dgn ayat Tiada satupun yg menyerupai Allah, Tiada yg setara dgn Allah..ini adalah sptmana yg Allah sendiri sebut ttg diriNya di dalam Quran. Ulama salaf juga megatakan Allah turun ke langit dunia di sepertiga malam terakhir.. Turunnya Allah adalah dgn zatNya.. ini juga sebagaimna yg Allah sendiri sebut di dalam Quran. Bagaimana turunnya Allah? Mana mungkin kita tahu tentang hakikat turunnya Allah sedangkan Allah sendiri tidak menceritakannya di dalam Quran.. dah tentu turunnya Allah TIDAK SAMA spt turunnya makhluk.. ini yg kita perlu jelas dan fhm molek.. Ulama salaf/salafiyyah.. kita kata sebagaimana yg Allah kata bukan pakai akal dan hawa' nk describe ttg sifat2 Allah ni. Adakah jadi mujassimah bila kita kata Allah istiwa' di atas arasy dan tiada satupun yg menyerupaiNya? Dah tentu tidak. Asya'irah pula mengatakan jika Allah turun di sepertiga malam yg terakhir maknanya arasy kosong? Bumi ini berputar sentiasa dan sepertiga malam berlaku secara berterusan pd setiap masa, maknanya zatnya Allah itu bukan berada di arasy tapi sentiasa berada di langit dunia? Inilah yg bahaya jika byk menggunakan akal.. kamu tnya soalan2 mcm ni kerana dlm kepala kamu sudah mengaitkan turunnya Allah seperti turunnya makhluk(manusia).. kamulah yg sebenarnya yg menyamakan Allah dgn makhluk kerana kamu telah bertanya soalan2 spt itu..inilah cara memikir yg salah/batil. Didasari dgn akal dan hawa' semata. Ingin sy tegaskan, kita tak mungkin dpt membagaimana turunnya Allah ke langit dunia atau membagaimanakan istiwa' Allah di atas arasy kerana apa? Kerana HAKIKAT ZAT ALLAH TU SENDIRI KITA TAK TAHU BAGAIMANA. pernah ke kita lihat Allah? Pernah lihat Wajah Allah? Tangan Allah? Dan segala sifat2 lain spt Allah juga mendengar, melihat dsb. Pernah ke tgk Allah???? Tak pernah. Maka jika xpernah tgk Allah dan tak tahu zatnya Allah tu, mana mungkin kita boleh tau hakikat Dia turun atau istiwa' atas arasy tu bagaimana? Fhm? Jgn kita terjatuh di dalam syubhat pemikiran yg batil.. kembalilah kpd akidah Nabi kita, para sahabah , dan ulama2 salaf yg terdahulu dan yg skrg.. agar kita selamat akidah kita, dan kita mati di atas akidah yg benar.
Tak ada masalah kalau dia nak terangkan akidah asya'irah, tapi bab dia hentam salafiyyah agak melampau, sehingga di perbandingkan dengan kristian. Lost respect sikit kat Ustaz Noor Derus. Hm.
Suatu perkara yg perlu diamati sebaiknya. Jika asya'irah mentakwil ayat tentang Allah istiwa' di atas arasy, bagaimama dgn beribu lg ayat Quran yg menunjukkan Allah itu di atas? Adakah UND/asya'irah juga nk mentakwil ribuan dalil yg lain yg mengatakan Allah tu di atas? Klu begitu, Quran perlu ditakwil hampir keseluruhannya kerana dalil yg mengatakan Allah tu di atas sangatlah banyak.. Juga..kalau ribuan ayat ditakwil...maka Quran itu bukanlah lagi kitab penerangan yg nyata(jelas) kerana byk ayat MAJAZ (kiasan) ..akhirnya ia akan menjadi kitab teka teki, bknlah kitab balaghul mubeen (kitab yg nyata). Cuba pikir2kan. Dah tentu Quran itu boleh difahami oleh setiap manusia tidak kiralah apa latar belakang org tersebut.. kerana mmg diturunkan Quran tu sebagai petunjuk buat kita umat manusia agar menjadi panduan bg umat manusia.
“Sifat Allah difahami sebagaimana sifat makhluk” Point inilah yang asyairah dan ahli kalam lainya selalu tak nampak atau buat2 tak nampak bila menjelaskan akidah mereka sehingga menuduh akidah hanabilah/ahli hadis itu tidak konsisten, menjisimkan dan menyamakan Allah dengan makhluk. Mungkin sudut pandang mereka berbeza dek kerana pengaruh fasafah yang kuat menyebabkan hal ini masih menjadi polemik sejak ribuan tahun dahulu. Terima kasih kapten kerana memudahkan perbahasan ini kepada orang awam, semoga manfaatnya sampai kepada ramai dan menjadi amal soleh di sana.
Dua2 bahkan semua umat Islam nak tanzihkan Allah tetapi ada yang berlebihan. Allah sendiri kata "laisa kamislihi syai'", "lam yakullahu kufuwan ahad". Makanya dalam menafi kesamaan itu perlu difahami apa sifat2 makhluq lalu dinafikan adanya sifat2 kekurangan itu pada Allah. Contoh sifat makhluq bergerak dan berhenti, tidak boleh gerak dan henti pada waktu bersamaan, makhluq itu terdiri dari jirim, mengisi ruang dan sebagainya. Itu semua sifat bagi makhluq maka dinafikan adanya pada Allah. Tapi sebahagian lain tak sedetail itu perinciannya. Apa2 pun semua nak tanzihkan Allah Ada pun sifat Pelihat, Pendengar, Pekata dll itu dinafikan pada kesamaan dengan makhluq seperti Melihatnya Allah tidak berhajat kepada indera pemglihatan, tidak dibatasi oleh jarak, tidak kabur, tidak akan buta dll, beza dengan Penglihatan manusia yang berhajat kepada cahaya, mata dll , bahkan dibatasi oleh jarak, ketajaman penglihatan dll. Bagaimana Allah melihat pun kita tak mampu fikir, inikan pula nak kata Allah duduk🫠
@@MrStranger90 terima kasih atas penjelasan kaedah asyairah/ahli kalam dalam menjelaskan ayat2 sifat. Setuju tiada masalah dengan kedua2 metod kerana akhirnya mereka tanzihkan Allah. Tapi dalam isu ini UND sengaja menyerang metod hanabilah dengan mengatakan ia menggambarkan Islam tidak konsisten, samakan dengan akidah trinity kristian, samakan dengan cara batiniyah terima sahaja ilmu/dalil tanpa soal dan lain2. Kritikan2 ini juga telah menyebabkan ramai orang yang tidak begitu faham dengan akidah salaf/hanabilah atau ahli hadis menyerang dan mempersenda ramai ulama salaf maka tidak hairanlah ramai juga dari kalangan salafiah yang bangkit untuk mempertahankan mazhab mereka.
@@zzzmmmjjj Sy pengikut imam Abu Hassan Ashaari Menyamakan segi apa itu,,,kita ini makhluk mana nak sama dengan Allah Haha Fitnah anda berhenti setakat itu sahaja,,, Dalam sifat 20 di ajar cara beza sifat Allah dengan Sifat makhluk Anda x ada ilmu baik diam Haha jem
Salamwalaikum Tuan Hafiz semoga dalam keadaann sehat dan Rahmat Allah serta di tambahkan ilmu Tauhid dan Akidah menyampaikan ilmu Allah yang Benar kepada masarakat umum.Ulasan dan penerangan tuan membalas hujah sidang kalam ustaz noorderos sunguh bernas dan munasabah mengikut logikal akal serta Quran dan Sunah Nabi SAw.Noorderos berhijah hanya mengikuti akal nyasaja apa Firman Allah di dalamQuran danSabda Nabi SAW dalam hadisth yang soheh di ketepikan langsong tidak indahkan.Setahu saya apa yang belajar agamawan yang mendahulukan akal daripada Wahyu dan Sunah SAW adalah gulongan jamiah dan muntazilah,dari sini saya perhatikan penyampaian sidang kalam ustaz noorderos dalam masalah sifat Allah banyak persamaan nya dengan jamiah dan mutazilah renongkan dan fikir2kan lah.Ingatlah semua Ulamak Ahlisunahwaljamaha bersepakat mengkufurkan jamiah dan muntazilah. Sekian Wassallam,mohon maaf jika terdapat kekasaran bahasa Amin
21:21 terima kaseh kapten, otak dan ilmu cetek saya bila tgk und bangga tanya 'soalan sergah' dia tu, sy dok pikir 'apa ke hal nye ko nk paksa aku samakan keupayaan manusia ngan allah', sbb nk explain kaifiyat nnt jd kena kafir ngan dorg lak ... sape x bengang, xde masalah carik masalah
Alhamdulillah.. setuju dengan penjelasan Sdr. Kapten... Masalah yang timbul ini puncanya satu iaitu sifat Allah Subhanahu Wata'ala itu sering disamakan dengan sifat manusia... Akal sentiasa benar merungkai sesuatu yang zahir tetapi apakah Akal juga sentiasa mampu merungkai sesuatu yang ghaib... Kita diajarkan bahawa sesuatu yang ghaib itu mesti di Imani dengan berpandukan bimbingan yang benar..
Jazakallahukhairan Kapten. Ni la juga apa yg saya rasa masa dgr UND/SK duk bincang tentang isu ni dalam video latest dorang. Dia memang "put words into people's mouth", yg biasanya UND sendiri tak setuju dgn perbuatan ni. Paling teruk saya rasa masa UND ulas bila saudara Rajen (seorang hindu) kata "tuhan dimana-mana" & bila UND komen seolah2 itulah pegangan salafi. Tepuk dahi saya dengar UND komen camtu.
Subhanallah... saya rasa sedih kerana tidak sangka Ust. Noor Derus (UND) boleh perlekeh pegangan golongan salaf. Selama ini saya hormat beliau sbg seorg ilmuan agama yg rasional. Jasa bakti beliau dlm memandaikan umat yg terkeliru dgn ajaran2 mengarut di Msia amat saya hargai dan sanjungi. Sayangnya.. kali ini beliau amat mengecewakan saya. Terima kasih tak terhingga kpd Kapten Hafiz yg telah react isu di manakah Allah. Penjelasan kapten amat mudah difahami. Saya doakan agar UND mendapat hidayah dgn pencerahan kapten ni. Mudah2an selepas ini, UND sendiri akan termasuk dlm golongan salafi yg mudah faham isu di manakah Allah apabila kami tidak menyamakan Allah dgn apa sahaja yg ada pd makhluk
@user-kg4yg2nq4j Baca tauhid imam 4 dengan jelas jangan ambil sekerat2 Kata putus Allah di atas langit,,,, Sebelum tercipta langit?? Tidak ada ada jawapan tepat. Akhir kita main ikut,,,, Di atas langit yang di maksudkan para imam itu bukan sebagaimana atas langit kaum wahabi faham Wahabi faham tuhan atas langit berjisim atas langit Para imam itu faham,,terlebih faham,, Kesimpulannya Ayat Allah ,,,Allah Rabb sekelian Alam Mohon maaf,,semoga Allah sedarkan kita Langit,bumi,arasy kursi semua ciptaan Allah Semua di bawah kekuasaan Allah,wajib beriman Allah rabb sekelian Alam Maksud para imam Allah di langit ,Allah menguasai langit dan arasy Bukan jadikan tempat bagi Allah Allah itu Hu Ahad tidak layak bertempat dan bukan di jadikan Wahabi salah faham,,Allah di langit,,,maksud tuhan atas langit Bila di tanya sebelum langit ada,,,di mana pulak Allah,,, Terbatal syahadah sebab kita jadikan Allah sebagaimana berhala Mohon sedar dan bertaubat
@@RikenFly Kalau pergi Sidratul Muntaha pun bukan boleh bagi Alamat untuk Allah Adalah anda berfahaman mujasimah menetapkan Allah di Sidratul muntaha Kalau Tuan kata Allah di atas langit ,,,terbatal Allahu Ahad,,, Nabi Musa as Bermunajat dengan Allah di atas bukit Tursina,,, Tapi bukan alamat bagi Allah ,Allah di atas bukit Haha,,, Daripada kefahaman tuan adalah mujasimah Menetapkan Allah di langit Kalau langit dan bumi telah kiamat?? Anda hilang arah haha Salaf mahupun Khalaf tidak menetapkan Allah di langit Para sahabat Rasulullah saw Garis panduan telah ada,,,taubat lah kepada Allah Tinggal jalan yang salah tu Arasy pun makhluk langit pun makhluk,,,wujud Allah tidak di pengaruhi perkara Bahru Tapi arasy adalah makhluk paling tinggi ,,paling hampir dengan Ar-Rahman Allah Itu yang di maksudkan Ar-Rahman ala asyistawa Maaf yea atas teguran,buat perubahan sebelum kita tersesat jauh
Mari kita sesama kuatkan keimanan dan keyakinan terhadap kebesaran, keagungan, dan kekuasaan Allah. Takut dan berharaplah kepada Allah. Yakin bahawa Allah ada , Allah melihat kita dan Allah mengetahui segala galanya. Allah lah pencita kita dan alam seluruhnya. Kita hanya perlu patuh dan taat perintah Allah, jauhi larangan Allah dan semua kita lakukan ikut sunnah ikut cara yang Rasulullah saw tunjukkan. Para Sahabat adalah contoh terbaik sebab mereka di dunia lagi telah dijamin Syurga. Mari kita banyak banyak istigfar dan berselawat. Wallahualam.
ALhamdulillah. Sejauh mana kita mampu nak guna akal? KAtakan akal adalah neraca penimbang yang berkapasiti 10 kg. Adakah ianya sesuai untuk menimbang seekor gajah dewasa dengan tepat? Jadi, layakkah akal ini untuk meproses perkara ghaib dengan tepat? Maka marilah kita gunakan akal secara sihat. Semoga bermenafaat. "قُل لَّآ أَقُولُ لَكُمۡ عِندِي خَزَآئِنُ ٱللَّهِ وَلَآ أَعۡلَمُ ٱلۡغَيۡبَ وَلَآ أَقُولُ لَكُمۡ إِنِّي مَلَكٌۖ إِنۡ أَتَّبِعُ إِلَّا مَا يُوحَىٰٓ إِلَيَّۚ قُلۡ هَلۡ يَسۡتَوِي ٱلۡأَعۡمَىٰ وَٱلۡبَصِيرُۚ أَفَلَا تَتَفَكَّرُونَ" Al-An'aam (6:50) "Katakanlah: Aku tidak mengatakan kepadamu, bahwa perbendaharaan Allah ada padaku, dan tidak (pula) aku mengetahui yang ghaib dan tidak (pula) aku mengatakan kepadamu bahwa aku seorang malaikat. Aku tidak mengikuti kecuali apa yang diwahyukan kepadaku. Katakanlah: "Apakah sama orang yang buta dengan yang melihat?" Maka apakah kamu tidak memikirkan(nya)?"" Al-An'aam (6:50)
Rujuk Rukun iman dan Rukun Islam dan usaha diamalkan yg diperntah dan tinggalkan apa yg dilarang maka sah lah iman dan islam kita.in sya Allah.mudah difahami dan diikuti
Sebagai org awam.. Asya'irah ada hujahnya.. Salafiah ada hujahnya.. konflik yg panjang 😢 mana mungkin boleh selesai, berlapang dada.. Moga Allah ampuni dosa kita' semua
Xcukup dgn berlapang dada shj saudara.. apa perasaan saudara jika saudara berakidah salaf kemudian ada org dr puak asya'irah melabel anda sbg kafir dan mujassimah? Mcm mana perasaan anda? Anda ingin diam? Biarkan shj labela tersebut tanpa mempertahankan diri dan pegangan anda? Mgkin saudara memilih utk diam tapi bukan sy.. sy xrela akidah yg diajar Nabi kita dilabel dgn akidah yg sesat menyinmpang.. tak rela. sy perlu meluruskan apa yg salah agar org2 lain yg membaca komen sy fhm molek tentang manhaj yg sebenar. Saya pun malas nk bincang psl isu akidah ni yg dh lama ulamak bahas tak pernah selesai, awalnya sy pilih utk berlapang dada dan menerima asya'irah seadanya tapi, bagaimana utk berlapang dada bila diri sy dituduh kafir? Akidah yg sy pegang dikatakan sesat? Perlu diluruskan kpd masyarakat ttg akidah salaf agar masyarakat tahu yg akidah salaf ini bukan akidah yg sesat tapi ianya adalah jalan Nabi dan para sahabah, juga jalan yg mana salafussoleh berada di atasnya..
Betul, sebagai orang awam kita bukan nya terikat sangat untuk jadi Asyairah atau Salafiyah... Sebagai orang awam kita ambil kedua2 perbezaan atas dasar ilmu..
Kalau dah tau ia Ustad salafi atau Ustad aswaja pilih la nak ikut sapa. Jangan gaduh-gaduh. Samua menuju tempat yang sama. Jalan nya saja yang berbeza.
ilmu kalam yg asasnya kpd logik, yg dibenihkan dr pandangan muktazilah...kemudian dipromosi AbuHassanAsShaari, walaupun di akhir hayatnya beliau kembali sebagai ahlissunnah, tapi ajaran sifat20 tlh menyebabkan ada diantara umat Islam yg cuba mengenal Allh secara logik
'Download' pun makhluk yg ajaib,tidak meninggalkan tempatnya sendiri tapi boleh berada ditempat yg lain pada waktu yg sama ,juga berbilang banyak tempat yg berbeza Tetapi ia ada had dan batasan sbb ia makhluk. Allah tiada bandingan dgn sesuatu.
Saya menonton video kapten hafiz, ustaz Syihabudin dan ustaz noor derus. Saya suka penghujahan dikemukan dari semua pihak. Akan tetapi, saya melihat ada *geng* disana seperti Protagonist Insight suka sebab kononnya lihatlah "Wahabi" bergaduh sesama diri. Bagi saya orang awam patut lebih baik mendiamkam diri dan mendoakan kesejahteraan para ilmuan Islam. Yang penting jangan mencela dan memberi kata2 kesat. Paling penting jangan "mengkafirkan" orang itu. Tidak sabar menonton dialog Ustaz Salman dan Ustaz Noor Derus. Ini bukan nak cakap siapa yang "menang" tetapi sebagai platform kita untuk mendapat ilmu yang bermanfaat. Semoga Allah merahmati kita semua. Amin!
Tak sabar juga untuk tengok dialogue between USA and UND. Both are prominent speakers, but hope the discussion is made in the spirit of friendship. On a personal note, I am confident that USA will be able to refute allegations (if any). Not to undermine you Cap't. you did give concise response. thanks!
Alhamdulillah. Kapten menjawab dengan bahasa yang mudah difahami berdasarkan ilmu dengan akhlak yang baik; STRAIGHT TO THE POINT. Kita ikuti saluran Kapten Hafiz dan Ustaz Noor Derus dan mengambil manfaat daripada kedua-duanya. Masing-masing bawa dalil. Masing-masing sudah jelaskan kaedah, kefahaman dan hujah masing-masing. Kita orang awam patut belajar jadi cerdik. Nilai hujah dan buat rumusan akidah yang lebih bertepatan dengan maksud dari dalil Al-Quran dan Sunnah, lalu ambil pendirian yang wajar. Allah Maha Mengetahui Segala Sesuatu. Teruskan usaha Kapten mematangkan ummah. InysaAllah.
Terima kasih capt, we are in same page. Penakwilan sifat Allah berdasarkn ayat mutasyabihat akan membuka ruang kpd banyak perselisihan yg xda hujungnya menyebabk perpecahan dn kafir mengkafir. Sedangkn penyelesaiannya ialah menuju maksud yg sama iaitu tidak menyamai makhluk.
Alhamdulillah.... syukur kepada Allah swt kerana Allah swt telah menganugerahkan tok guru sunnah kepada masyarakat melayu Islam....diantaranya kapten hafiz..... Jazakallahu khoir kepada al fadhil kapten hafiz ... 👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍😎😎😎😎😎😎😎😎😎😎😎 Apapun ASYA'IRAH tengelam dalam dunia falsafah.....qawaid qawaid falsafah....
Banyak ilmu yg saya dapat dari UND dan Sidang Kalam.Tetapi dalam dalam isu terkini saya tidak bersetuju dengan hujahan UND.Setelah mendengar hujahan Kapten menambah keyakinan saya kepada manhaj salaf.Jazakallah Kapten semoga Alllah sahaja yg membalas atas semua usaha Kapten memberi penjelasan kepada umat.
Rujukan saya, Maulana Asri Yusuf, Maulana Fakrurrazi, Dr Maza, Dr Rozaimi, Ustaz Adli, Ustaz Halim Hassan, Kapten Hafiz Firdaus, Ustaz Khairul Anwar dan ramai lagi, bila bercakap akan masalah ini saya dapati UND telah mempamirkan kelemahan diri, semoga Allah membuka hati beliau untuk memerima yang sebenarnya.
Aameen. semoga Allah buka pintu hati UND. Beliau juga seorang yg hebat.
Masih teringat allahyarham tuan guru Nik Aziz bercakap perkara yang sama terus beliau dituduh wahabi
Ada satu ayat Dr.maza yang saya pegang... Allah ni tuhan yang maha berkuasa. Dia adalah pemilik segalanya. Dia memiliki segala ruang dan tempat...dia adalah pemilik masa. Dia tak perlukan arasy untuk tunjukkan kekuasaanNya...Dia yang menciptakan arasy. Cuma dalam AlQuran...Allah istawa' di atas arasy. Di mana arasy? Wallahualam....tinggi mana langit yang Allah cipta? Wallahualam....kita letakkan itu pada kekuasannya...
Arash adalah makluk paling besar ciptaan Allah.bumi bentuknya bulat.bila berada di setiap penjuru bumi pasti ada langit ini bermakna langit pn bulat.manakala arash berada di atas langit.contoh bentuk arash seperti sebiji bola.arash ibarat bahagian paling luar iaitu kulit.bahagian kulit bola ada adalah paling besar bagi sebiji bola.terdapat dua entiti sahaja iaitu Allah dn makluk.semua makluk berada di dalam arash.cuba lukis sebiji bola di kertas A4.ibaratkan bola seperti arash dn Allah sebagai A4 yg kosong(cuma contoh)j adi walau di mana kita berada Allah tetap berada di atas arash.Allah terpisah dgn makluk.jika kita padam gambar bola(tiada arash dn makluk)cuma tinggal A4(cuma tinggal Allah yg kekal)
@@fauzilinoh1099 , ok, masuk akal.👍
Alhamdulillah. Sy fhm sepertimana yg Tuan Kapten Hafiz jelaskan. Sebab waktu belajar sifat 20 dahulu sy rasa “something wrong”. Kenapa perlu difikirkan atas perkara yg tak perlu kita fikir. Kita serah makna selayaknya bagi Allah. Itu paling tenang dan selamat bagi saya.
Yg something wrong tu bila belajar ilmu Tauhid Allah atas langit dh mcam akidah Yahudi🤣
Allah wujud itu benar!! Adakah wujud Allah itu falsafah
Wahabi mengatakan wujud Allah adalah falsafah!!
Kita telan bulat2
Kenapa jadi macam tue,,,haha
Wahabi itu ajaran sesat telah menunggu beratus tahun untuk bangkit
Dia kata sifat 20 falsafah
Kalau wujud Allah pun falsafah!?
Di mana rukun iman?!
Beriman adanya Allah
Semoga Allah sedarkan kita semua,mohon maaf kalau komen sy kurang senang,
Sifat 20 itu bukan di atas kitab sahaja,perlu di praktikkan pada diri,,,bila salah faham,,,habislah,,kita kena bohong bulat2
Orang kata falsafah kita pun ikut jugak falsafah haha
Harap sahabat faham
Tujuan ilmu sifat 20 disusun adalah untuk melawan ajaran mu'tazilah yg mendahulukan aqal berbanding wahyu...maka imam Abu hassan asya'ari lawan mereka juga menggunakan hujjah aqal..
Kalau dahulu ada golongan muktazilah utk dibanteras...sekarang ada golongan atheis ( tidak percaya tuhan) mcmana awak nak berhujah dgn mereka kalau tidak dengan hujjah aqal...lagilah memerlukan sifat 20
Harap awak dan kpten hafiz tambahkan lagi bahan bacaan
@@azfarmuhibbin3426 engkau je lah pegi baca ngaji balik. Komen pun dh putar belit sna sini. Ngaji sifat 20 tak hbis, kemudian nk tuduh pembelajaran Sifat 20 "something wrong". Nk menipu je Keja kau ye
@@Petunjuk785 laa....aku tulis mcm tu pun ko dah koyak....aku bukan marah pun...🤔
Salam Captain,
1. Impressive. Absolutely Impressive! Hujah Captain sangat baik. Sangat senang utk difahami.
2. Saya juga menonton video 3 jam Ustaz Noor Deros tersebut dan alhamdulillah dapat memahami hujah² Asya'irah.
3. Hasil drp menonton hujah kedua2 pihak Asya'irah dan Salafiyah sedemikian, saya semakin faham Manhaj Aqidah kedua2 pihak. Both parties have presented a very good academic discourse.
4. Perhaps one day Captain boleh menulis pula sebuah buku mengenai "Comparative Manhaj" supaya umat Islam dapat memahami perbezaan di antara Manhaj Salafiyah dan Manhaj Asya'irah.
Jazakallah.
Dan yang penting tanpa mentakfirin dan menfitnah antara satu dengan lain sebagaimana yang di lakukan asatizah² zaman ini. Ini kerana kedua²nya adalah Ahlul Sunnah Wal Jamaah. WAllahu Alam bisyawab...
@@aminuddinrahman9224 Betul sgt² tu. Saya sgt setuju.
Mungkin pula, kita (org² awam spt saya) akan dan boleh tunjukkan contoh yg baik kpd para Asatizah yg suka tuduh menuduh & label melabel di antara satu pihak dgn yg lain.
Insya Allah, akhirnya orang awam yg akan bersikap lebih mulia dan mempunyai kebijaksanaan lebih tinggi drp para Asatizah terlibat.
Wallahuaklam
Alhamdullilah , saya baca Quran, hati rasa saya semakin dekat dgn Allah dlm isu ini. Pendapat manusia tetap manusia. Macam macam ada.
Prof basri ibrahim ada menulis buku tentangnya dan ada video youtube. Prof basri ibrahim aliran salafiyah
Terima kasih atas pencerahan nya Ustad Hafis Firdaus ....Dalam hal memandai kan umat ...Kami tahu mana yang tak tahu berhujah dgn dalil .. semoga Alloh SWT manjangkan umur Ustad ... Amiin ..
Semalam bila tgk video UND,sy resah kerana menyangka tiada asatizah akn kedepan dlm mnyangkal isu ini demi mnjaga hati3 pengamal ahli kalam,terima kasih capt👍👍👍👍
Saya respect UND dgn keilmuan beliau....tetapi saya lebih YAKIN LAGI PERCAYA DAN BERIMAN dengan apa yang ALLAH MEMBERI TAHU kepada kita tentang diri NYA.
Aneh. Asyairah juga beriman kepada alquran. Bezanya adalah cara memahami ayat. Beza pada menetapkan mana ayat sifat mana bukan, mana boleh takwil mana tak boleh. Tafwidh dalam dua2 aliran ada. Takwil dalam dua2 aliran ada
Inilah sebabnya..... Capt selalu...... dicemuhi..... dibenci dan dikutuk..... terutama oleh puak2 asamjawa Dan geng2 tarikat sesat huhuhu hahaha
Sbbnya......Dengan izin Allah..... Setiap kritikan..... Setiap react dan hujah dari Capt sungguh TAJAM.
TAJAM bermakna...... sungguh mantap..... Straight to the point dan ia dengan ilmiah yg membuat pihak lawan koyak.... kaku Dan tak mampu menjawab dengan secara ilmiah....
Alhamdulillah Ala kulli haal
Jazakallah khairon kathiro Capt
Wallahu A'lam
Terima kasih Kapten Hafiz
Hypostatic union yg layak bagi tuhan.bila samakan Allah dgn makhluk sbbtu x bole terima hypostatic union.
Kalau hypostatic union ade dlm kitab, kitab itu perlu disemak. Kitab Allah xkn ada percanggahan. Mustahil hypostatic union ada dlm kitab. Hypocrite union dan tauhid adalah percanggahan.
@@ajibnajmi9308 betul.. perkataan "yang layak bagi tuhan" dah xde function dah.
Taniah sidang kalam..kerana sangat2 terbuka juga mendengar pendapat dari org lain 👍👍👍👍👍
@@SidangKalam satu lagi point ustaz.. maklum tahu atas itu adalah amrun iktibari..
Jadi kalau kata Allah di atas SECARA HAKIKAT. Yg perlu disoal bukan atas tu apa. Tapi "SECARA HAKIKAT" tu apa? Hehe.
Alhamdullilah yg terbaik dan jelas sejelasnya. Sedihnya Ust ND yg sebenarnya seorang yg bijakpandai masih nak pertahankan pandangannya walaupun saya confident beliau telah menyedari kesalahan nya yg dah tentu besar tapi oleh krn nafsu tak nak mengalah dan terima kebenaran, dia akan terus dgn fahamannya yg cetek dan tak masuk akal. Secara langsung akan mengelirukan semua penyokongnya sebab takut malu drp takut Allah SWT saja. Sebaliknya aliran AlAsyairah telah diselewengkan sendiri oleh keilmuan mereka dan tidak lagi mengikuti pengasasnya yg sebenarnya bersandarkan dan berlandaskan Salafiah jua. Saya mohon Ust ND dan ust2 lain yg masih berdegil tolonglah betulkan tafsiran2 yg dibuat sebab dah tentupun salah jika menghadkan Sifat2Mahasuci Allah kpd hanya 20 saja walhal Asmaul Husna telah list sekurang2nya 99 jumlahnya - n why are we counting pun. I beg you all to correct what’s have gone wayward and knowing akal dah tentu ada limitnya jika nak banding dgn the unlimited knowledge of Allah SWT. Maaf kalau saya tegas dan hard hitting sebab niat nak berbaik dan menyelamatkan sdr2 kita semua seagama. Tidak just tutup saja pembayasan isu ini sebab banyak lagi benda yg lebih mustahak utk kita ummah tumpukan. This one is a major DISTRACTION atau HELAH utk membantutkan kemajuan Islam dan ummah di M’sia dan sejagat.
penghujahan ilmiah mcm ni yg kita nk dengaq.
bknnya duk lawan kapiaqkan org.
steady la.
moga umat Islam Malaysia makin matang.
tahniah kedua2 pihak.
MasyaAllah tabarakallah.. kupasan yg jelas dan terbaik utk memahami bagaimana dan utk taat kpd firman Allah bhw Allah dilangit.. tidak perlu ditakwil²... Allah spt apa yg disifatkan oleh Nya.. yg cuba mentakwil² pasti akan "kelaut" yg akhirnya akan membawa kpd menyamakan sifat Allah dgn sifat makhluk tanpa sedar spt yg berlaku kpd sidang kalam.. UND lupa bhw akal manusia terbatas dan disbbkan keterbatasan itu Allah melarang mentakwil² pada perkara² yg jelas dan tidak yg boleh ditakwil.. tidak ada yg lebih benar selain dari kefahaman salafussoleh spt yg difahami oleh para sahabat..
Orang awam yg cinta kebenaran teruskan mencari dgn mengkaji kedua2 kaedah tauhid tersebut.
Aku dah buat...result nya ..aku hijrah ke manhaj aqidah salaf 😊
Sangat baik
Aku pun lebih cenderung kpd manhaj salaf dlm bab2 aqidah dan fiqh
Saya sangat2 hormati ustaz noor dan captain hafiz. Semoga Allah merahmati kalian berdua.
Alhamdulillah kapten penerangan yang jelas dan tepat ❤
Penjelasan yg baik dan tidak menhentam saudara kita yg lain...padu
Terima kasih tuan kapten... Penerangan yg cukup jelas Dan padu... Menambah kefahaman Dan keimanan dgn ayat2 Quran n sunnah... Semoga Allah merahmati tuan kapten n keluarga....😊❤
Dia bukan ustaz la dia youtuber, latar belakang ngaji ilmu Agama pun tadak🤣
Tq kapten. Kita rakyat malaysia bernasib baik kerana kapten sgt tekun dlm menjelaskan manhaj akidah salafiah yg akan memadamkan kekeliruan mereka.....
Fuh, imam ibn hajar dan imam nawawi pun keliru ke?
Sebenarnya mls aku nk puji capt, tp... Terpaksa juga puji..😅.. penerangan terbaik capt. terutama nada suara semasa beri keterangan. Tak kelihatan sombong.. ni UND kena belajar dari captain 😂
Saya juga turut bersama capt dan kelompok salafi..saya merasakan pegangan dan fahaman salafi dalam isu akidah dan sifat sifat Allah lebih tepat.
Moga moga kita semua tergolong dalam kelompok golongan mereka2 yang sentiasa berada diatas sunnah dan mendapat redho ALLAH seperti dalam firmanNya dalam surah At Taubah ayat 100.
Inilah masalahnya. Semoga saudara tidak merasakan manhaj saudara sahaja yang di atas sunnah manakala asyairah tidak, apabila pada hakikatnya asyairah adalah ahli sunnah wal jamaah
@@MrStranger90 maaf..saya cuma berpegang dengan ayat 100 surah At Taubah dan saya akan berusaha sebaik mungkin untuk berada dalam kelompok yang dimaksudkan..
Mohon maaf
Para imam salaf ada masalah ke dengan wujud Allah,qidam dan baqa
Mereka pun sepakat dengan imam Ashaari
Tapi kaum mudani,,,,tak habis2 salah faham
Akhirnya hukum orang sesat
Kaum muda kefahaman sangat keliru dan memutar belitkan fakta
Bagi orang tahu ,tidak akan keliru dan sangat jelas nampa
Mudah2 kita sedar sapa yang betul sapa yang salah
@@sakuralee6381 maaf juga..
bila pula imam2 salaf bersetuju dengan sifat 20? Setakat imam salaf setuju dgn beberapa sifat yang ada dalam ajaran sifat 20 itu pun dengan pemahaman yang ikut dalil bukan ilmu kalam/falsafah..jangan petik macam semua imam2 salaf bersetuju dengan sifat 20 imam asyaari..
Kot ya..imam 4 mazhab utama takde sorang pun yang setuju dengan keseluruhan akidah 20..imam salaf mana yg anda maksudkan ni?
@@theduke_8778
Bagi tahu saya sifat apa yang ulama tidak setuju itu??
Sy pun nak tahu
Boleh bagi tahu sy sifat Allah apa yang Ulama tidak setuju!?
Setahu sy tidak ada masalah
Maaf yea
saya pun follow SK tp isu ni saya setuju dgn penjelasan Kapten.
Masalah utama kt sini adalah UND menganggap semua nas harus ditaqwil utk selari dengan dunia semasa hingga ayat dan hadis Sifat Allah swt. Sebab inilah Hadis Jariah pun beliau menggunakan nukilan Dr Umar sebagai Hadis yang menyokong until membuat kesedaran kita supaya menerima orang2 yang OKU seperti manusia yang lain. Kita pun boleh lihat didalam kuliah UND. Kalau boleh UND mahu membawa kita supaya menggunakan Al Quran dan Hadis untuk membawa pembaharuan kepada kita ummat Islam. Berbeza dengan Ustaz Syihabuddin, usaha memandaikan ummat untuk bijak berfikir, Al Quran dan Hadis tidak banyak digunakan untuk ditaqwil supaya selari dengan dunia semasa tambah2 jika melibatkan ayat2 Sifat Allah swt.
Alhamdulillah. Terima kasih banyak Kapten atas perkongsian ilmu. Sedikit tambahan, begitu jugalah Allah sifatkan makhluk-Nya yang dikategorikan al-ghaibiyat seperti Ruh (jelas dinyatakan ia urusan-Nya), malaikat, hari akhirat, syurga, neraka dan lain-lain. Cukuplah dengan maklumat dari al-Quran dan as-Sunnah. Sudah tentu akal tidak mampu untuk mensifatkan perkara-perkara tersebut. Namun begitu, dituntut pula untuk beriman dengannya.
Allahu Akhbar.. Alhamdulillah.. JazakAllahu khair ya Capt Hafiz. Satu pencerahan yang amat jelas mengenai sifat Allah dengan memperincikan ayat² mutasyabihat. Moga Allah sentiasa memelihara Capt dan pencinta² sunnah baik dari golongan Salafi mau pun golongan Ashairah. Moga golongan Ashairah lebih memahami penjelasan Salafiah ini. WAllahu Alam..
Semua hujah aku dengar..tidak bosan kerna ni ilmu yg baik TerimaKaseh Cpt.Pilot
Alhamdulillah… explanation yg terbaik ,kemas dan mudah…yg pernah saya dengar di dlm youtube dan walau pun bukan dari para ustaz… terima ksih capt..
Saya pun confius dgn Ustaz Noor derus nasib la saya tidak terpengaruh... Alhamdulillah, jelas kapten.. cukuplah saya pegang Al-Ikhlas. jelas padat dan terang, Allah dah terangkan tentang diri-Nya dalam ayat ke-empat tu... dah boleh meruntuhkan semua hujah yang ada.. tak perlu jawab menjela jela sampai pening kepala sehingga menjadi complicated. Allah dah beritahu dengan bahasa yang padu, mudah, indah, jelas dan terang untuk kita semua fahami; namun ada manusia yang menjadikannya susah.
I respect UND’s knowledge and wisdom, but in this sense, i think he just went overboard… but this doesn’t mean I hate him. Cuma dalam hal ini, saya rasa UND perlu lebih berhati2… adalah lebih baik beliau menerangkan pendirian asyairah dalam hal ini tanpa mencipta falsafah2 utk dispute kaedah salaf… saya suka cara maulana asri Yusoff mengupas isu ini…
Alhamdulillah. Terima kasih penjelasannya Cap. Setelah mendengar penjelasan Cap saya dapat tenang kembali setelah bercelaru dari mendengar hujah UND.
Terima kasih Captain kerana memperjelas dan mengukuhkan lagi pegangan saya.. alhamdulillah..
Tq , senang faham penjelasan Kapten . ....Apa2 pun Allah tak serupa dgn makhluk.
Jazakallahu khairan Captain..
Pehak yang tak dapat terima Allah SWT dilangit membayangkan bahawa Allah SWT itu seolah oleh dilingkungi oleh langit. Walhal langit Dan alam semesta ciptaan Allah SWT ini adalah sebesar debu atau lebih kecil lagi jika nak dibandingkan dengan Arasy Allah. Apatah lagi nak dibandingkan dengan Allah SWT.
Memang cerdas dan mantap otak capt ❤❤❤
Kapten antara asbab saya mengenali apa itu Manhaj Salaf pada tahun 2008 dahulu. Alhamdulillah! Saya menyayangimu kerana Allah kapten. ♥️
Manhaj wahabi la apa salaf? Bodohnya kau kena tipu🤣
Jazakallahukhair kapten atas pencerahan
Barakallahufeek
Alhamdulillah. Hikmah kritikan drp sahabat2 manhaj akidah Al Ash’ari menyebabkan ramai org zaman sekarang memegang manhaj Salaf. Ini berbeza dgn zaman dahulu dimana hanya dikalangan segelintir sahaja dan satu negeri yg kecil.
Satu penjelasan yg sgat mantap & semoga UND & Ust Syihabudin dpt merenung kembali akn kesilapan & kekurgan yg ada pd diri mreka utk brtaubat, semoga mreka kembali kpd aqidah Salafusoleh.
Taubat atas sebab apa? Adakah akidah asyairah ini sesat?
@@MrStranger90
Mngikut kefahaman Salafi mmg golgn Assyairah Maturidiah telah sesat
Terima kasih Kapt. Penjelasan yang amat terang dan jelas. Sungguh! menyusup kekalbu.. Subhanallah.
Alhamdulillah..thanks Capt atas penjelasan ini. Manusia berfikir kedudukan Allah swt dalam perspektif mereka sebagai makluk/manusia.
Sidang Kalam aku dengag, Capt aku dengag. Kedua2nya perbincangan ilmiah yg baik. Kedua2nya dapat memberi kefahaman yg lebih baik d setiap tajuk yg dibincangkan.
Barakallahu fiik, kapten Hafiz (sy dari indonesia)
JazakAllahu Khaira Capt
Allah berfirman DIA di langit.
Ayat 16 Dan 17, Surah Al Mulk.
Terbaik intro, penjelasan & penutup, Capt. Jelas. Kita perlu sedar yg perbezaan manhaj ini, seperti juga dalam bab fekah, telah seribu tahun tanpa penyelesaian. Tetapi ada jalan tengahnya iaitu kita berlapang dada bilamana kita saling memahami alasan kenapa masing² mempunyai sudut pandang yg bertentangan, selagi mana masing² berhajat utk mentanzihkan Allah jalla wa 'ala.
Alhamdulillah...sgt jelas capt..senang faham... penjelasan yg mantap...jazakallahu khair..
Alhamdulillah. Terang n jelas, well said, well explained.
Note: I like UND, dalam "subject" ni saya tak setuju dgn dia. Mereka2 guna kaedah "ilmu kalam".
*Penerangan ringkas tentang "ilmu kalam" bolih rujuk kepada Syaikh Wan Syukri Al Fathoni.
Sy pun suka rujuk ustaz Dr baba wan syukri fattani dlm issue semua issue n ceramah dio.. jikalau tuan tidak keberatan cuba tuan cari buku “evolusi gerakkan penyelewengan dalam islam “ In shaa Allah byk manfaat didalam tu berkaitan dgn issue ini.. buku itu ditulis oleh ustaz asrie sobrie rahimahullah..
Tk sharing
@@shahirothman7026 Alhamdulillah, my pleasure sahabat ku..
benar..salaf juga ada takwil tapi bukan menjadikannya satu mazhab..mazhab takwil adalah method yg bertujuan menakwil apa saja ayat yg dirasakan mutasyabihat terutamanya ayat2 sifat..lebih tersasar jika mengambil sumber dari ilmu kalam greek(aristotle,plato)..jahmiyyah,kulabbiah,muktazillah antara menggunakan ilmu kalam sebagai method tapi sudah tersasar jauh..kulabbiah dikatakan masih selamat ..akhirnya muncul asyairah,maturidiah dari akar kulabbiah lalu membawa ilmu kalam lebih dekat dgn ASWJ..wallahu a'lam
Pendekatan yang dibawa oleh Imam Al-Asy'ari adalah untuk menghadapi hujah golongan Muktazilah yang pesat berkembang ketika itu di mana mereka mendapat sokongan daripada pemerintah2 kerajaan Abbasiah bukan terhadap Salafiah.
Banyak persamaan dalam persoalan akidah antara aliran Salaf dan Asya’irah, iaitu;
• kededua pihak jelas mensucikan Allah taala daripada menyerupai makhluk.
• kededua pihak meyakini bahawa maksud sebenar ayat mutasyabihat bukanlah maksud zahirnya yang menyerupai makhluk.
• kedua-dua pihak mengetahui lafaz yang digunakan dalam ayat-ayat itu adalah lafaz yang difahami oleh manusia dan dapat dirasai oleh pancaindera. Walaupun bahasa Arab luas, tetapi ia tidak merangkumi semua hakikat ilmu. Hakikat Allah s.w.t tidak mampu diterangkan oleh keterbatasan bahasa itu. Bahasa adalah sesuatu yang terhad kerana ia difahami dari sudut makna lafaz sahaja. Menentukan makna hanya dari sudut lafaz sahaja tidak memberi erti yang tepat.
• Kededua sepakat pada keharusan takwil. Perselisihan hanya pada keperluan menentukan makna takwil yang diperlukan bagi menjaga akidah masyarakat umum daripada menyamakan Allah taala dengan makhluk.
Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi berkata, “Perselisihan seperti itu tidak perlu dirumitkan dan diperbesarkan" .
Akidah Salaf & Khalaf (Dr. Yusuf Al-Qaradhawi)
"brilliant"- exceptionally clever or talented.
Setuju💯
alhamdulilah ty captain
barakallah huum feek
aku suka mendengar dan ambik tahu ceramah org2 yg berilmu walaupun aku mengaji masih tergagap..😁
Saya org awam alhamdulillah faham akidah dgn kefahaman salaf. Itulah akidah warisan nabi Muhammad kpd sahabat dan para salafussalih..
Keliru ni. Asyairah ni aqidahnya tak berasal dari nabi ke? Fahamkan dulu apa itu ahlissunnah wal jamaah
@@MrStranger90 ahli sunnah ( org yg mengikut sunnah nabi dan para sahabat) al jamaah ( dlm kebenaran walau pun dlm bersendirian). Sya menghormati asyaairah tapi yg lbh selamat adlh mengikuti jln salafussalih dlm memahami agama.
@@julsanmohhmat6716 adakah saudara nak kata asyairah ni tak ikut jalan salafussoleh?
@@qismudakwah7934 inshAllah amin asyairah termasuk kalangan ahli sunnah.. Aku tak kata pun ahlu bidaah. Kita berbeza aku pilih pendekatan salaf kamu pilih pendekatan asyairah..
@@qismudakwah7934
Imam Ashaari pewaris ilmu tauhid Tabiin attabiin,Al tabiin,para imam,para Ashabi dan Rasulullah saw
Yang baca kitab tauhid kebanyakan mereka tidak faham
Akhirnya mereka menuduh imam Abu Hassan Ashaari sesat
Sedangkan akidah imam ijmak ulama salaf dan khalaf
Telah mashur
semoga kapten terus diberi kekuatan untuk terus memberi penjelasan mudah dgn fakta.. terima kasih
Alhamdulillah.. lps dgr video UND tu trtggu² jgk ulasan dr asatizah sunnah 😊
Assalamualaikum kapten,,alhamdulillah 2× saya ulang dengar,,,mantap n padu❤
Terbaik kapten... Menjawan kekeliruan Allah ada di mana2.....
Yg mengaitkan Allah dgn makhluk ni siapa ?
Salafi atau asya'irah???
Cuba kita tgk apa kata Salafiyyah.
Ulama salaf kata Allah istiwa' di atas arasy, dan disambung dgn ayat Tiada satupun yg menyerupai Allah, Tiada yg setara dgn Allah..ini adalah sptmana yg Allah sendiri sebut ttg diriNya di dalam Quran.
Ulama salaf juga megatakan Allah turun ke langit dunia di sepertiga malam terakhir.. Turunnya Allah adalah dgn zatNya.. ini juga sebagaimna yg Allah sendiri sebut di dalam Quran. Bagaimana turunnya Allah? Mana mungkin kita tahu tentang hakikat turunnya Allah sedangkan Allah sendiri tidak menceritakannya di dalam Quran.. dah tentu turunnya Allah TIDAK SAMA spt turunnya makhluk.. ini yg kita perlu jelas dan fhm molek..
Ulama salaf/salafiyyah.. kita kata sebagaimana yg Allah kata bukan pakai akal dan hawa' nk describe ttg sifat2 Allah ni.
Adakah jadi mujassimah bila kita kata Allah istiwa' di atas arasy dan tiada satupun yg menyerupaiNya? Dah tentu tidak.
Asya'irah pula mengatakan jika Allah turun di sepertiga malam yg terakhir maknanya arasy kosong? Bumi ini berputar sentiasa dan sepertiga malam berlaku secara berterusan pd setiap masa, maknanya zatnya Allah itu bukan berada di arasy tapi sentiasa berada di langit dunia?
Inilah yg bahaya jika byk menggunakan akal.. kamu tnya soalan2 mcm ni kerana dlm kepala kamu sudah mengaitkan turunnya Allah seperti turunnya makhluk(manusia).. kamulah yg sebenarnya yg menyamakan Allah dgn makhluk kerana kamu telah bertanya soalan2 spt itu..inilah cara memikir yg salah/batil. Didasari dgn akal dan hawa' semata.
Ingin sy tegaskan, kita tak mungkin dpt membagaimana turunnya Allah ke langit dunia atau membagaimanakan istiwa' Allah di atas arasy kerana apa?
Kerana HAKIKAT ZAT ALLAH TU SENDIRI KITA TAK TAHU BAGAIMANA. pernah ke kita lihat Allah? Pernah lihat Wajah Allah? Tangan Allah? Dan segala sifat2 lain spt Allah juga mendengar, melihat dsb. Pernah ke tgk Allah????
Tak pernah. Maka jika xpernah tgk Allah dan tak tahu zatnya Allah tu, mana mungkin kita boleh tau hakikat Dia turun atau istiwa' atas arasy tu bagaimana?
Fhm?
Jgn kita terjatuh di dalam syubhat pemikiran yg batil.. kembalilah kpd akidah Nabi kita, para sahabah , dan ulama2 salaf yg terdahulu dan yg skrg.. agar kita selamat akidah kita, dan kita mati di atas akidah yg benar.
Tak ada masalah kalau dia nak terangkan akidah asya'irah, tapi bab dia hentam salafiyyah agak melampau, sehingga di perbandingkan dengan kristian. Lost respect sikit kat Ustaz Noor Derus. Hm.
Suatu perkara yg perlu diamati sebaiknya.
Jika asya'irah mentakwil ayat tentang Allah istiwa' di atas arasy, bagaimama dgn beribu lg ayat Quran yg menunjukkan Allah itu di atas?
Adakah UND/asya'irah juga nk mentakwil ribuan dalil yg lain yg mengatakan Allah tu di atas?
Klu begitu, Quran perlu ditakwil hampir keseluruhannya kerana dalil yg mengatakan Allah tu di atas sangatlah banyak..
Juga..kalau ribuan ayat ditakwil...maka Quran itu bukanlah lagi kitab penerangan yg nyata(jelas) kerana byk ayat MAJAZ (kiasan) ..akhirnya ia akan menjadi kitab teka teki, bknlah kitab balaghul mubeen (kitab yg nyata).
Cuba pikir2kan.
Dah tentu Quran itu boleh difahami oleh setiap manusia tidak kiralah apa latar belakang org tersebut.. kerana mmg diturunkan Quran tu sebagai petunjuk buat kita umat manusia agar menjadi panduan bg umat manusia.
Alhamdulillah.. sngt jelas
“Sifat Allah difahami sebagaimana sifat makhluk”
Point inilah yang asyairah dan ahli kalam lainya selalu tak nampak atau buat2 tak nampak bila menjelaskan akidah mereka sehingga menuduh akidah hanabilah/ahli hadis itu tidak konsisten, menjisimkan dan menyamakan Allah dengan makhluk. Mungkin sudut pandang mereka berbeza dek kerana pengaruh fasafah yang kuat menyebabkan hal ini masih menjadi polemik sejak ribuan tahun dahulu.
Terima kasih kapten kerana memudahkan perbahasan ini kepada orang awam, semoga manfaatnya sampai kepada ramai dan menjadi amal soleh di sana.
Betul sangat, asyairah tu yg sebenarnya tanpa dia sedari, menyamakan Allah dengan makhluk.
Dua2 bahkan semua umat Islam nak tanzihkan Allah tetapi ada yang berlebihan. Allah sendiri kata "laisa kamislihi syai'", "lam yakullahu kufuwan ahad". Makanya dalam menafi kesamaan itu perlu difahami apa sifat2 makhluq lalu dinafikan adanya sifat2 kekurangan itu pada Allah. Contoh sifat makhluq bergerak dan berhenti, tidak boleh gerak dan henti pada waktu bersamaan, makhluq itu terdiri dari jirim, mengisi ruang dan sebagainya. Itu semua sifat bagi makhluq maka dinafikan adanya pada Allah. Tapi sebahagian lain tak sedetail itu perinciannya. Apa2 pun semua nak tanzihkan Allah
Ada pun sifat Pelihat, Pendengar, Pekata dll itu dinafikan pada kesamaan dengan makhluq seperti Melihatnya Allah tidak berhajat kepada indera pemglihatan, tidak dibatasi oleh jarak, tidak kabur, tidak akan buta dll, beza dengan Penglihatan manusia yang berhajat kepada cahaya, mata dll , bahkan dibatasi oleh jarak, ketajaman penglihatan dll. Bagaimana Allah melihat pun kita tak mampu fikir, inikan pula nak kata Allah duduk🫠
@@MrStranger90 terima kasih atas penjelasan kaedah asyairah/ahli kalam dalam menjelaskan ayat2 sifat. Setuju tiada masalah dengan kedua2 metod kerana akhirnya mereka tanzihkan Allah. Tapi dalam isu ini UND sengaja menyerang metod hanabilah dengan mengatakan ia menggambarkan Islam tidak konsisten, samakan dengan akidah trinity kristian, samakan dengan cara batiniyah terima sahaja ilmu/dalil tanpa soal dan lain2. Kritikan2 ini juga telah menyebabkan ramai orang yang tidak begitu faham dengan akidah salaf/hanabilah atau ahli hadis menyerang dan mempersenda ramai ulama salaf maka tidak hairanlah ramai juga dari kalangan salafiah yang bangkit untuk mempertahankan mazhab mereka.
@@zzzmmmjjj
Sy pengikut imam Abu Hassan Ashaari
Menyamakan segi apa itu,,,kita ini makhluk mana nak sama dengan Allah
Haha
Fitnah anda berhenti setakat itu sahaja,,,
Dalam sifat 20 di ajar cara beza sifat Allah dengan Sifat makhluk
Anda x ada ilmu baik diam
Haha jem
@@sakuralee6381 kan dah cakap, tanpa anda sedari...
Salamwalaikum Tuan Hafiz semoga dalam keadaann sehat dan Rahmat Allah serta di tambahkan ilmu Tauhid dan Akidah menyampaikan ilmu Allah yang Benar kepada masarakat umum.Ulasan dan penerangan tuan membalas hujah sidang kalam ustaz noorderos sunguh bernas dan munasabah mengikut logikal akal serta Quran dan Sunah Nabi SAw.Noorderos berhijah hanya mengikuti akal nyasaja apa Firman Allah di dalamQuran danSabda
Nabi SAW dalam hadisth yang soheh di ketepikan langsong tidak indahkan.Setahu saya apa yang belajar agamawan yang mendahulukan akal daripada Wahyu dan Sunah SAW adalah gulongan jamiah dan muntazilah,dari sini saya perhatikan penyampaian sidang kalam ustaz noorderos dalam masalah sifat Allah banyak persamaan nya dengan jamiah dan mutazilah renongkan dan fikir2kan lah.Ingatlah semua Ulamak Ahlisunahwaljamaha bersepakat mengkufurkan jamiah dan muntazilah. Sekian Wassallam,mohon maaf jika terdapat kekasaran bahasa Amin
Sy bersama dgn captain issue ni.. anda hebat captain dan cukup matang dalam hal n issue ini.. semoga Allah merahmati captain hafiz rahimahullah..
Alhamdulillah... Jelas kapten. Terima kasih
Sangat mudah difahami kapten..huraian yg jelas..
21:21 terima kaseh kapten, otak dan ilmu cetek saya bila tgk und bangga tanya 'soalan sergah' dia tu, sy dok pikir 'apa ke hal nye ko nk paksa aku samakan keupayaan manusia ngan allah', sbb nk explain kaifiyat nnt jd kena kafir ngan dorg lak ... sape x bengang, xde masalah carik masalah
Alhamdulillah.. setuju dengan penjelasan Sdr. Kapten... Masalah yang timbul ini puncanya satu iaitu sifat Allah Subhanahu Wata'ala itu sering disamakan dengan sifat manusia... Akal sentiasa benar merungkai sesuatu yang zahir tetapi apakah Akal juga sentiasa mampu merungkai sesuatu yang ghaib... Kita diajarkan bahawa sesuatu yang ghaib itu mesti di Imani dengan berpandukan bimbingan yang benar..
Jazakallahukhairan Kapten. Ni la juga apa yg saya rasa masa dgr UND/SK duk bincang tentang isu ni dalam video latest dorang. Dia memang "put words into people's mouth", yg biasanya UND sendiri tak setuju dgn perbuatan ni. Paling teruk saya rasa masa UND ulas bila saudara Rajen (seorang hindu) kata "tuhan dimana-mana" & bila UND komen seolah2 itulah pegangan salafi. Tepuk dahi saya dengar UND komen camtu.
Kita se-kapal. Saya terpaksa dengar 3-4 kali statement UND tu utk kepastian. Biaq betoi UND kata macam ni?? Sambil tepuk dahi jugak.
Sangat jelas dan senang jika dpt digunakan akal dgn betul.
Subhanallah... saya rasa sedih kerana tidak sangka Ust. Noor Derus (UND) boleh perlekeh pegangan golongan salaf. Selama ini saya hormat beliau sbg seorg ilmuan agama yg rasional. Jasa bakti beliau dlm memandaikan umat yg terkeliru dgn ajaran2 mengarut di Msia amat saya hargai dan sanjungi. Sayangnya.. kali ini beliau amat mengecewakan saya. Terima kasih tak terhingga kpd Kapten Hafiz yg telah react isu di manakah Allah. Penjelasan kapten amat mudah difahami. Saya doakan agar UND mendapat hidayah dgn pencerahan kapten ni. Mudah2an selepas ini, UND sendiri akan termasuk dlm golongan salafi yg mudah faham isu di manakah Allah apabila kami tidak menyamakan Allah dgn apa sahaja yg ada pd makhluk
Und itu agamawan..kapten asas pendidikan agama pun entah apa2..ko pilih pandangan kapten lg..mmg ko x kenal antara pasir dgn belian..
Ada tak kapten sebut kaedah tafwid. Kalau ada di minit ke berapa ? Kalau tak ada , saya tolak pendapat kapten 100%
@user-kg4yg2nq4j
Baca tauhid imam 4 dengan jelas jangan ambil sekerat2
Kata putus Allah di atas langit,,,,
Sebelum tercipta langit?? Tidak ada ada jawapan tepat.
Akhir kita main ikut,,,,
Di atas langit yang di maksudkan para imam itu bukan sebagaimana atas langit kaum wahabi faham
Wahabi faham tuhan atas langit berjisim atas langit
Para imam itu faham,,terlebih faham,,
Kesimpulannya Ayat Allah ,,,Allah Rabb sekelian Alam
Mohon maaf,,semoga Allah sedarkan kita
Langit,bumi,arasy kursi semua ciptaan Allah
Semua di bawah kekuasaan Allah,wajib beriman
Allah rabb sekelian Alam
Maksud para imam Allah di langit ,Allah menguasai langit dan arasy
Bukan jadikan tempat bagi Allah
Allah itu Hu Ahad tidak layak bertempat dan bukan di jadikan
Wahabi salah faham,,Allah di langit,,,maksud tuhan atas langit
Bila di tanya sebelum langit ada,,,di mana pulak Allah,,,
Terbatal syahadah sebab kita jadikan Allah sebagaimana berhala
Mohon sedar dan bertaubat
@@sakuralee6381 israk mikraj tu Nabi gi mana
@@RikenFly
Kalau pergi Sidratul Muntaha pun bukan boleh bagi Alamat untuk Allah
Adalah anda berfahaman mujasimah menetapkan Allah di Sidratul muntaha
Kalau Tuan kata Allah di atas langit ,,,terbatal Allahu Ahad,,,
Nabi Musa as Bermunajat dengan Allah di atas bukit Tursina,,,
Tapi bukan alamat bagi Allah ,Allah di atas bukit
Haha,,,
Daripada kefahaman tuan adalah mujasimah
Menetapkan Allah di langit
Kalau langit dan bumi telah kiamat?? Anda hilang arah haha
Salaf mahupun Khalaf tidak menetapkan Allah di langit
Para sahabat
Rasulullah saw
Garis panduan telah ada,,,taubat lah kepada Allah
Tinggal jalan yang salah tu
Arasy pun makhluk langit pun makhluk,,,wujud Allah tidak di pengaruhi perkara Bahru
Tapi arasy adalah makhluk paling tinggi ,,paling hampir dengan Ar-Rahman Allah
Itu yang di maksudkan Ar-Rahman ala asyistawa
Maaf yea atas teguran,buat perubahan sebelum kita tersesat jauh
Mari kita sesama kuatkan keimanan dan keyakinan terhadap kebesaran, keagungan, dan kekuasaan Allah.
Takut dan berharaplah kepada Allah.
Yakin bahawa Allah ada , Allah melihat kita dan Allah mengetahui segala galanya.
Allah lah pencita kita dan alam seluruhnya.
Kita hanya perlu patuh dan taat perintah Allah, jauhi larangan Allah dan semua kita lakukan ikut sunnah ikut cara yang Rasulullah saw tunjukkan.
Para Sahabat adalah contoh terbaik sebab mereka di dunia lagi telah dijamin Syurga.
Mari kita banyak banyak istigfar dan berselawat.
Wallahualam.
Saya mengira kapten Hafiz lebih baik penyampaian dari asatizah2 yg popular di TH-cam..terdapat dalil utk menyokong penyampaiannya.
ALhamdulillah.
Sejauh mana kita mampu nak guna akal? KAtakan akal adalah neraca penimbang yang berkapasiti 10 kg. Adakah ianya sesuai untuk menimbang seekor gajah dewasa dengan tepat? Jadi, layakkah akal ini untuk meproses perkara ghaib dengan tepat? Maka marilah kita gunakan akal secara sihat. Semoga bermenafaat.
"قُل لَّآ أَقُولُ لَكُمۡ عِندِي خَزَآئِنُ ٱللَّهِ وَلَآ أَعۡلَمُ ٱلۡغَيۡبَ وَلَآ أَقُولُ لَكُمۡ إِنِّي مَلَكٌۖ إِنۡ أَتَّبِعُ إِلَّا مَا يُوحَىٰٓ إِلَيَّۚ قُلۡ هَلۡ يَسۡتَوِي ٱلۡأَعۡمَىٰ وَٱلۡبَصِيرُۚ أَفَلَا تَتَفَكَّرُونَ" Al-An'aam (6:50)
"Katakanlah: Aku tidak mengatakan kepadamu, bahwa perbendaharaan Allah ada padaku, dan tidak (pula) aku mengetahui yang ghaib dan tidak (pula) aku mengatakan kepadamu bahwa aku seorang malaikat. Aku tidak mengikuti kecuali apa yang diwahyukan kepadaku. Katakanlah: "Apakah sama orang yang buta dengan yang melihat?" Maka apakah kamu tidak memikirkan(nya)?"" Al-An'aam (6:50)
Rujuk Rukun iman dan Rukun Islam dan usaha diamalkan yg diperntah dan tinggalkan apa yg dilarang maka sah lah iman dan islam kita.in sya Allah.mudah difahami dan diikuti
Pembetulan minit 26:14 surah ke 5 ayat 117. Pada teks video tertulis ayat 177.
Jazakallahu khairan atas pembetulan ini.
Alhamdulillah...pencerahan yg baik..kredit buat captain..amat mudah difahami.❤
jazakalllah khair capt
Sebagai org awam.. Asya'irah ada hujahnya.. Salafiah ada hujahnya.. konflik yg panjang 😢 mana mungkin boleh selesai, berlapang dada.. Moga Allah ampuni dosa kita' semua
Xcukup dgn berlapang dada shj saudara.. apa perasaan saudara jika saudara berakidah salaf kemudian ada org dr puak asya'irah melabel anda sbg kafir dan mujassimah? Mcm mana perasaan anda? Anda ingin diam? Biarkan shj labela tersebut tanpa mempertahankan diri dan pegangan anda?
Mgkin saudara memilih utk diam tapi bukan sy.. sy xrela akidah yg diajar Nabi kita dilabel dgn akidah yg sesat menyinmpang.. tak rela. sy perlu meluruskan apa yg salah agar org2 lain yg membaca komen sy fhm molek tentang manhaj yg sebenar.
Saya pun malas nk bincang psl isu akidah ni yg dh lama ulamak bahas tak pernah selesai, awalnya sy pilih utk berlapang dada dan menerima asya'irah seadanya tapi, bagaimana utk berlapang dada bila diri sy dituduh kafir? Akidah yg sy pegang dikatakan sesat?
Perlu diluruskan kpd masyarakat ttg akidah salaf agar masyarakat tahu yg akidah salaf ini bukan akidah yg sesat tapi ianya adalah jalan Nabi dan para sahabah, juga jalan yg mana salafussoleh berada di atasnya..
@@سفيان.شوماري serah pada Allah doakan kefahaman kebaikan padanya.. tidak perlu dipanjangkan lagi.. Allah sebaik-baik penghakiman
Betul, sebagai orang awam kita bukan nya terikat sangat untuk jadi Asyairah atau Salafiyah... Sebagai orang awam kita ambil kedua2 perbezaan atas dasar ilmu..
@@سفيان.شوماريasyairah aku xpercaya samapi mati, mereka tu akidah jahmiyah yg jelas
Kalau dah tau ia Ustad salafi atau Ustad aswaja pilih la nak ikut sapa. Jangan gaduh-gaduh. Samua menuju tempat yang sama. Jalan nya saja yang berbeza.
Alhamdulillah. Alhamdulillah Sangat jelas penerangan. Jazakallah khair captain. Moga captain sentiasa dalam lindungan Allah.
ilmu kalam yg asasnya kpd logik, yg dibenihkan dr pandangan muktazilah...kemudian dipromosi AbuHassanAsShaari, walaupun di akhir hayatnya beliau kembali sebagai ahlissunnah, tapi ajaran sifat20 tlh menyebabkan ada diantara umat Islam yg cuba mengenal Allh secara logik
'Download' pun makhluk yg ajaib,tidak meninggalkan tempatnya sendiri tapi boleh berada ditempat yg lain pada waktu yg sama ,juga berbilang banyak tempat yg berbeza
Tetapi ia ada had dan batasan sbb ia makhluk. Allah tiada bandingan dgn sesuatu.
Itu perbuatan saudara. Mungkin saudara maksudkan dgn data digital yg disimpan dalam cloud.
Alhamdulillah, barakallahu fiik capt, Pencerahan yang membuka minda.
Saya menonton video kapten hafiz, ustaz Syihabudin dan ustaz noor derus.
Saya suka penghujahan dikemukan dari semua pihak. Akan tetapi, saya melihat ada *geng* disana seperti Protagonist Insight suka sebab kononnya lihatlah "Wahabi" bergaduh sesama diri.
Bagi saya orang awam patut lebih baik mendiamkam diri dan mendoakan kesejahteraan para ilmuan Islam. Yang penting jangan mencela dan memberi kata2 kesat.
Paling penting jangan "mengkafirkan" orang itu.
Tidak sabar menonton dialog Ustaz Salman dan Ustaz Noor Derus. Ini bukan nak cakap siapa yang "menang" tetapi sebagai platform kita untuk mendapat ilmu yang bermanfaat.
Semoga Allah merahmati kita semua.
Amin!
TERBAIK KAPTEN.... PENJELASAN YG JELAS DAN PADU.... 💜💜💜
majoriti org awam x fikir lebih2 bab ketuhanan....seperti jodoh ditangan tuhan....org awam terima dan faham tanpa memikirkan caranya...
betul, betul, betul
Kita jangan komen. Tapi kita mendengar untok mendapat ilmu.. Walau pun sesiapa pun sampai kan. Kita bukan lah pandai.
Alhamdulillah, kedua2nya ada hujjah yg bernas dan mantap ..tp bagi saya klu nk berhujah,berdebat dgn non muslim better ambih majhaj Asyariah.
Terima kasih capt ❤
Waw.. awesome...keilmuan kapten bukan kaleng2..T. Kasih kapten smga Allah memelihara kapten sekeluarga.
terbaik.. cukup jelas. Jazakallah khair
setuju dengan captain, itulah kesesatan ahlul kalam.
Tks. Capt atas pencerahannya
Sehat selalu Aamiin..
Bagi sy, jauhi fahaman Assya'irah secara total.
Tak sabar juga untuk tengok dialogue between USA and UND. Both are prominent speakers, but hope the discussion is made in the spirit of friendship. On a personal note, I am confident that USA will be able to refute allegations (if any). Not to undermine you Cap't. you did give concise response. thanks!
Alhamdulillah. Kapten menjawab dengan bahasa yang mudah difahami berdasarkan ilmu dengan akhlak yang baik; STRAIGHT TO THE POINT.
Kita ikuti saluran Kapten Hafiz dan Ustaz Noor Derus dan mengambil manfaat daripada kedua-duanya. Masing-masing bawa dalil. Masing-masing sudah jelaskan kaedah, kefahaman dan hujah masing-masing. Kita orang awam patut belajar jadi cerdik. Nilai hujah dan buat rumusan akidah yang lebih bertepatan dengan maksud dari dalil Al-Quran dan Sunnah, lalu ambil pendirian yang wajar. Allah Maha Mengetahui Segala Sesuatu.
Teruskan usaha Kapten mematangkan ummah. InysaAllah.
Terbaik Kapt.Alhamdullilah
Alhamdulilah captain…byk ilmu yg bermafaat yg saya dpt…jazakallah khairan
Terima kasih capt, we are in same page. Penakwilan sifat Allah berdasarkn ayat mutasyabihat akan membuka ruang kpd banyak perselisihan yg xda hujungnya menyebabk perpecahan dn kafir mengkafir. Sedangkn penyelesaiannya ialah menuju maksud yg sama iaitu tidak menyamai makhluk.
Alhamdulillah.... syukur kepada Allah swt kerana Allah swt telah menganugerahkan tok guru sunnah kepada masyarakat melayu Islam....diantaranya kapten hafiz.....
Jazakallahu khoir kepada al fadhil kapten hafiz ...
👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍😎😎😎😎😎😎😎😎😎😎😎
Apapun ASYA'IRAH tengelam dalam dunia falsafah.....qawaid qawaid falsafah....
Semoga Allah Ta'ala sentiasa memelihara perjuangan Kapten.
alhamdulillah...
Kedua dua Ustaz ada persamaan fikiran.
Iaitu Allah bukanlah Makhluk.
Bersatulah di dalam yg satu.