PROGRAM SYARAHAN ULUNG BERSAMA DENGAN YB MENTERI DALAM NEGERI
ฝัง
- เผยแพร่เมื่อ 29 ต.ค. 2024
- PROGRAM SYARAHAN ULUNG BERSAMA DENGAN YB DATUK SERI SAIFUDDIN NASUTION BIN ISMAIL, MENTERI DALAM NEGERI
SEREMBAN, 22 Oktober 2024 - YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri telah menyampaikan syarahan ulung dengan kupasan tajuk "Dinamika Politik Kontemporari: Cabaran terhadap Kestabilan, Keselamatan Negara dan Ketenteraman Awam" di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seremban, Negeri Sembilan tengah hari tadi.
Syarahan ulung ini berobjektif untuk memberikan pendedahan kepada mahasiswa dan mahasiswi berkaitan dengan ilmu kepimpinan serta melahirkan pemimpin-pemimpin yang mempunyai jati diri yang tinggi apabila melakukan sesuatu perkara.
Program ini turut dimeriahkan lagi dengan pameran jabatan dan agensi daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Penjara Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), dan lain-lain.
Turut hadir, YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, YDH IGP Tan Sri Razarudin bin Husain, Ketua Polis Negara, YDH Dato’ Sri Hazani bin Ghazali, Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Prof. Dr. Yamin Yasin, Rektor UiTM Cawangan Negeri Sembilan, setiausaha-setiausaha bahagian KDN serta warga UiTM Seremban.
#KeselamatanTanggungjawabBersama
#MalaysiaMADANI
#KementerianDalamNegeri