Explore Gua Batu Maloi

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 17 ต.ค. 2024
  • Gua Batu Maloi ni ialah gua granit yang terletak di kawasan lembah di pertengahan dua puncak gunung di penghujung Banjaran Titiwangsa iaitu di antara Gunung Datok dan Gunung Tampin. Gua ni merupakan gua batu granit terpanjang di Malaysia sepanjang 2.38 kilometer, laluan didalamnya mempunyai 24 check point. Manakala panjang di luarnya pula 987 meter.
    Hutan lipur gua Batu Maloi ni diselia oleh Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan. Tempoh penjelajahan gua ni sekitar 3-4 jam bergantung kepada keadaan peserta atau keadaan alam. Track gua ni pula sering berubah kerana batu-batu tersebut akan berubah hasil tolakan dari arus sungai yang laju terutama setiap kali hujan lebat.
    Sepanjang gua ni, korang perlu meredah track yang agak susah jugak la. Kene prepare mental & fitness! Melompat, merangkak, meniarap, menggelongsor, berenang, menyelam, memanjat semua kene buat dalam air. Terdapat beberapa check point yang menarik kerana bentuk batu dan mitos yang akan disajikan kepada penjelajah gua. Kat sini jugak kita akan lalu Gua Kelawar, Gua Kapal Layar, Gua Dewan, ade satu batu yang terdapat kesan titisan air yang membentuk seakan-akan Maloi dan Puteri Bunian. Menurut lagenda, Maloi ialah orang asli zaman dahulu kala yang bercinta dengan Puteri Bunian. Maloi menjadi perantara antara orang asli dan kaum bunian. Gua Batu Maloi diberi nama sempena batu tempat pemujaan orang asli zaman dulu.
    Agak mencabar juga kerana air di dalam gua agak deras, ada yang dalam sehingga paras leher, boleh hanyut jika tidak berhati-hati, celah batu juga agak sempit..walaupun mencabar korang jangan risau kerana korang akan di iringi guide pandu arah yang berpengalaman dan akan sentiasa membantu. Untuk pencinta alam dan penggemar aktiviti outdoor wajib try sendiri pengalaman teroka gua batu maloi dan memang berbaloi.

ความคิดเห็น •