Jambatan Ikonik Sabah : JAMBATAN GANTUNG TAMPARULI, Tamparuli, Sabah

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 25 พ.ค. 2023
  • Jambatan Gantung Tamparuli merupakan salah satu jambatan bersejarah, ikonik dan terkenal di Negeri Sabah. Jambatan ini terletak di Pekan Tamparuli yang mana kira-kira 35KM dari Kota Kinabalu. Jambatan ini menghubungkan Pekan Tamparuli dengan kawasan luar pekan di daerah itu.
    Jambatan ini menyimpan pelbagai sejarah sejak pembinaannya pada tahun 1930an. Terdapat kisah menarik di sebalik pembinaan jambatan ini. Disebabkan ikoniknya jambatan ini, sebuah lagu turut dicipta yang bertajuk Jambatan Tamparuli nyanyian Justin Lusah.
    Panjang jambatan ini sekitar 200 meter dan dibina menggunakan pelbagai gabungan bahan seperti konkrit, kabel besi dan kayu. Selain daripada aktiviti bergambar dan merakam video sambil meniti jambatan ini, anda juga akan dihiburkan dengan persembahan tarian dan muzik dari kumpulan Persatuan Seni Budaya Tuaran (PESTA).
    Tidak terdapat sebarang bayaran dikenakan untuk melalui jambatan ini, namun terdapat tabung sumbangan ikhlas yang disediakan oleh PESTA bagi mereka yang ingin menyumbangkan sebarang duit sumbangan.
    Muzik :
    Jambatan Tamparuli by Tenghilan Bamboo

ความคิดเห็น • 7

  • @GABANCHANNEL
    @GABANCHANNEL ปีที่แล้ว +1

    Mantap bro..sudah subscribe channel tuan..👌

  • @syafinasaslan68
    @syafinasaslan68 ปีที่แล้ว +1

    Fuyooo

  • @tvsiniranau6551
    @tvsiniranau6551 ปีที่แล้ว

    Salah satu mercu tanda daerah Tamparuli.

  • @farhahtahir6799
    @farhahtahir6799 10 หลายเดือนก่อน

    Persembahannya ada sampai pukul berapa

    • @sasstudio8726
      @sasstudio8726  10 หลายเดือนก่อน

      Yg tu kami tdak pasti.. Mungkin sampai ptg juga sbb penari ni akan bertukar2 org juga..