Berwaqaf di Haramain

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 24 ก.พ. 2020
  • 🕋 WAQAF AL-QURAN HARAMAIN 🕋
    Anda berhajat untuk laksanakan wakaf Al-Quran di Tanah Suci?
    Jika setiap huruf Al-Quran yang dibaca di rumah sendiri, Allah gandakan 10 kali kebaikan. Jika di Tanah Haram Mekah akan digandakan lagi sebanyak 100 ribu kali ganda.
    Oleh sebab itu, ramai di kalangan jemaah umrah yang berebut-rebut mengambil peluang untuk mewaqafkan Al-Quran di Tanah Haram Mekah.
    Walaupun demikian, hasrat mereka kadang-kadang tidak kesampaian kerana kesilapan membeli Al-Quran yang tidak diiktiraf ketulenannya.
    Di Mekah dan Madinah terdapat banyak jenis cetakan Al-Quran tetapi hanya cetakan Al Quran dari Kompleks Percetakan Al Malik Fahd Madinah sahaja yang diterima untuk kekal di dalam Masjidil Haram Mekah dan Masjidil Nabawi. Ia mempunyai kriteria yang telah di tetapkan oleh pihak berkuasa Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi. Jika tidak, petugas akan mengumpul dan mengeluarkan Al-Quran daripada berada di dalam dua masjid tersebut.
    Cuma jangan risau, pihak pengurusan masjid masih tetap komited memastikan saham akhirat ini berjalan dan diletakkan di masjid-masjid sekitar Arab Saudi serta negara-negara Islam yang lain. Cuma tak dapatlah pahala 100 ribu kali ganda atau 1000 kali ganda jika diwaqafkan di Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi.
    Antara ciri-ciri Al Quran waqaf:
    ✔️ Mestilah mushaf cetakan dari Kompleks Percetakan Raja Fahd, di Madinah.
    ✔️ Tali penanda, berwarna kuning bagi mushaf sederhana dan biru bagi mushaf besar.
    ✔️ Warna helaian, hijau bagi mushaf sederhana dan biru pula untuk mushaf bersaiz besar.
    ✔️ Mempunyai cop waqaf yang tulen.
    ✔️ Mempunyai tanda bayangan pada helaian kosong pertama dan terakhir.
    Jika tiada semua ciri-ciri ini, maka besarlah peluang untuk dikeluarkan dari rak walaupun mushaf tersebut dicop 'WAQAF' berpuluh-puluh kali sekalipun.
    Jika anda berhajat untuk berwaqaf untuk diri sendiri atau untuk diniatkan buat orang yang tersayang, boleh beritahu kepada mutawwif bertugas. Insyaallah akan diusahakan dan boleh pilih sama ada untuk wakaf di Mekah atau Madinah. Semoga Allah menerima infaq ikhlas dari kita sebagai amalan yang berpanjangan pahala selagi ada yang membacanya. Insyaallah.....
    Untuk memudahkan ummat Islam di Malaysia untuk berwaqaf di dua masjid ini, Mutawwif Hj Shahrizal, merangkap Pengurus Cawangan Fadlim Travel & Tours bersedia untuk menyampaikan hasrat jemaah dari tanah air.
    Beliau akan ke Tanah Suci pada setiap bulan membawa jemaah disamping menyampaikan waqaf daripada ummat Islam di Malaysia.
    Selain daripada Al-Quran, sumbangan waqaf kerusi solat dan wheelchair juga diterima untuk disampaikan ke dua masjid ini termasuk sedekah makanan untuk fakir miskin.
    Berikut adalah kadar waqaf :-
    1. Al-Quran Sederhana - SAR 50 senaskah
    2. Kerusi Solat - SAR 30 sebuah
    3. Wheel Chair - SAR 300 sebuah
    4. Sedekah Makanan - RM 10 / orang
    Berikut adalah tarikh beliau ke sana:-
    1. 27 Feb - 9 Mac 2020
    2. 4 Apr - 15 Apr 2020
    3. 22 Apr - 3 Mei 2020
    Sekiranya berhajat, boleh hubungi beliau :-
    Hj Shahrizal Salleh
    Pengurus Cawangan Fadlim Travel
    Mutawwif Anda
    017-7575900
    waqafharamain.wasap.my/
  • ตลก

ความคิดเห็น •